Anda di halaman 1dari 31

PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

TOPIK 4 FIQH MUAMALAT


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat:

1. Mengenalpasti dan mengkategorikan asas muamalat Islam


2. Membandingbeza muamalat Islam dengan muamalat konvensional
3. Mengklasifikasi konsep halal dan haram dari sudut pemakanan dan pekerjaan

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

Fiqh Muamalat

A. Asas Muamalat B. Konsep Halal


Islam Haram dalam
ISlam

Jual beli Hutang


Pemakanan

Saham Pinjaman
Pekerjaan

Riba Sewaan

Gadaian

Perbezaan Muamalat Islam Dengan


Muamalat Konvensional

JAPIM IPG KPI Page 1


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

PENGENALAN

Topik empat ini adalah berkaitan dengan beberapa persoalan penting dalam aspek muamalat
Islam yang akan dipelajari oleh pelajar PPISMP Semester 2. Pelajar akan didedahkan tentang
asas muamalat Islam, perbezaaan antara muamalat Islam dan muamalat konvensional serta
menganalisis asas muamalat Islam seperti jual beli, jual beli saham, pinjaman, hutang, riba,
sewaan dan gadaian. Topik ini juga akan membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat
berkaitan konsep halal dan haram dalam Islam dari sudut pemakanan dan pekerjaan.
Diterangkan juga bagaimana cara yang diperlukan oleh seseorang muslim untuk
menganalisis dan mencerakin aspek halal dan haram dalam pemakanan dan pekerjaan..

A. ASAS MUAMALAT DALAM ISLAM


1.0 Pengenalan

Manusia tidak boleh hidup bersendirian tanpa bantuan orang lain, hal tersebut adalah
merupakan satu fitrah. Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan
urusan dunia, dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-
menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya. Muamalat juga merupakan tatacara atau
peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-
masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial
Islam .

Muamalat yang dimaksudkan ialah perhubungan antara manusia sesama mereka


untuk mendapat keperluan masing-masing dengan cara yang baik sesuai dengan ajaran dan
tuntutan agama serta landasan syarak. Segala harta yang ada di alam ini samada di muka
bumi, dilaut atau di dasar adalah milik Allah s.w.t secara mutlak.Manusia disuruh memiliki
harta yang di sediakan oleh Allah s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di
anugerahkan kepadanya.Mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai
pemegang amanat Allah s.w.t dan bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.

Firman Allah S.W.T :

JAPIM IPG KPI Page 2


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Maksudnya : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah
di merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t
dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka
hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya)

(Surah Al-Mulk : 15)


Mencari harta kekayaan amat di galakkan oleh Islam,kerana harta merupakan alat
bagi mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. menunaikan
tanggungjawabnya terhadap agama. Dalam mencari harta kekayaan,umat Islam di kehendaki
menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk faedah
bersama. Bagi memastikan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh manusia dilaksanakan
dengan baik dan mencapai keredhaan Allah s.w.t. Islam lah menggariskan beberapa peraturan
bagi mencapai matlamat tersebut.

1.1 Peranan Muamalat

Mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera. Muamalat yang di jalankan


berlandaskan syariat Islam akan melahirkan masyarakat yang aman dan jauh daripada
sebarang penipuan,pemerasan,ketidakadilan,memonopoli harta dan sebagainya,inilah
matlamat muamalat dalam Islam demi kesejahteraan umat manusia.
Muamalat dalam Islam bertujuan menghindarkan berlakunya sebarang penindasan
sesama manusia. Islam menegah umatnya melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak
baik yang akan menyusahkan pihak yang di tindas.
Supaya semua kegiatan ekonomi yang dijalankan bersih daripada sebarang perbuatan
yang dilarang oleh Allah s.w.t,kita hendaklah meninggalkan perkara-perkara yang keji
seperti riba,rasuah,menipu atau sebagainya yang dilarang oleh Allah s.w.t.
Bermuafakat secara Islam melahirkan manusia yang berakhlak mulia dalam
menjalankan suatu amanat Allah s.w.t.
Memudahkan manusia untuk merasai kurniaan Allah s.w.t dengan cara yang betul dan
diredhainya. Sekiranya tiada peraturan bermuamalat,manusia akan melakukan apa
saja untuk memperoleh harta yang banyak,mereka juga akan mengunakan harta
mengikut nafsu tanpa memikirkan kepentingan orang lain.
Mengalakkan manusia supaya rajin bekerja untuk meningkatkan taraf ekonomi
keluarga,masyarakat dan negara.
Melahirkan masyarakat yang saling bekerjasama, tolong menolong dan bantu-
membantu untuk kebaikan dan kebajikan bersama.

JAPIM IPG KPI Page 3


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Supaya harta kekayaan yang disediakan oleh Allah s.w.t tidak hanya di monopoli oleh
golongan tertentu sahaja. Semua manusia berhak mendapat dan memiliki harta
mengikut keupayaan masing-masing asalkan dengan cara yang betul dan diredhai
Allah s.w.t

1.2 Kelebihan Muamalat

Memperolehi harta kekayaan dengan cara yang diredhai oleh Allah s.w.t.

Seseorang itu dapat menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan


kebajikan.

Seseorang yang menggunakan hartanya untuk faedah orang lain akan beroleh pahala
daripada Allah s.w.t.

Orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah akan mendapat keberkatan
hidup di dunia dan di akhirat.

Firman Allah s.w.t:

Maksudnya :

Berimanlah kamu kepada Allah dan rasulnya dan belanjakanlah (pada jalan
kebajikan) sebahagian daripada harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya
kamu menguasainya sebagai wakil,maka orang yang beriman antara kamu serta
mereka membelanjakan (sebahagian daripada harta itu pada jalan Allah) maka
tetap beroleh pahala yang besar.

(Surah Al-Hadid : 7 )

Peraturan-peraturan dalam bermuamalat mengikut Islam secara tidak langsung


melahirkan manusia yang berakhlak mulia .

Mewujudkan masyarakat yang adil,bertanggungjawab,amanah,jujur dan terhindar


daripada melakukan perbuatan yang tidak baik.

JAPIM IPG KPI Page 4


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Antara kesan-kesan yang timbul sekiranya muamalat yang dijalankan tidak


mengikut syariat Islam termasuklah :

a) Membawa kepada pergaduhan dan permusuhan


b) Melahirkan sebuah masyarakat yang tidak aman.
c) Melahirkan individu yang bersikap mementingkan diri sendiri.
d) Mendapat harta dengan cara yang tidak halal.
e) Menggunakan harta pada perkara-perkara yang tidak diredhai oleh Allah dan
membazir.
f) Melahirkan manusia yang bersifat tamak, kedekut, haloba dan sanggup
menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri.

2.0 JUAL BELI (AL-BAY)

2.1 Pengertian
Bahasa : Pertukaran sesuatu dengan sesuatu yang lain.
Istilah syarak : Menukar harta atau benda yang mempunyai nilai mengikut cara-cara tertentu
yang diharuskan oleh syarak dengan lafaz ijab dan kabul

2.2 Hukum
Hukum asal jual beli adalah harus. Ini bertujuan bagi menyempurnakan hajat manusia yang
memerlukan sesuatu sebagai pemilikan. Syariat ini termaktub dalam al-Quran dan al-Hadis.
Malah, telah diakui oleh ijmak ulama.

a) Dalil al-Quran
Firman Allah s.w.t :

Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.


( Al-Baqarah : 275 )

b) Dalil Al-Hadis

JAPIM IPG KPI Page 5


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Nabi s.a.w ditanya mengenai pekerjaan apa yang paling suci lalu jawab baginda :

: : "
."
...Pekerjaan tangan seseorang dari setiap jual beli yang baik-baik iaitu
jual beli yang tidak sambil (menipu barang dagangan) lagi pula tidak khianat
.

c) Ijmak Ulama :
Seluruh ulama bersepakat bahawa jual beli adalah harus untuk keperluan dan kepentingan
dalam kehidupan. Imam al-Syafie berkata,
Asal bagi semua jual beli adalah harus jika kedua-dua orang yang berjual beli
itu reda dengan barang yang dijual beli itu, kecualilah jenis jual beli yang
dilarang Rasulullah s.a.w.
(Al-Syafie : 1981)

2.3 Rukun Jual Beli


a) Penjual dan Pembeli
seorang yang baligh, berakal dan mampu menguruskan barangan dengan baik;
dilakukan atas kemahuan sendiri dan bukan secara paksaan dan bebas
membuat pilihan kecuali dalam kes yang melibatkan undang-undang;
penjual dan pembeli adalah dua orang individu yang berlainan;
beragama Islam bagi jual beli yang melibatkan al-Quran, al-Hadis dan kitab
yang
mengandungi ayat al-Quran di dalamnya;
pembeli bukan seorang yang kafir harbi (yang boleh diperangi) jika barangan
yang dibeli
adalah peralatan senjata.

b) Barang jualan
hendaklah wujud dan boleh diserahkan semasa akad jual beli dilakukan
kecuali dalm jual beli al-Salam dan al-Istishna;
bersih dan suci;

JAPIM IPG KPI Page 6


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

berfaedah menurut syarak dan bernilai menurut Islam


kepunyaan penjual atau wakilnya;
diketahui oleh penjual dan pembeli tentang kadar, jenis dan sifatnya.

c) Harga
bayaran adalah bernilai atau laku dalam pasaran;
bayaran jelas jumlahnya;
bayaran adalah milik pembeli;
bayaran boleh diserahkan kepada penjual walaupun secara hukum ( sah jual
beli dengan cek
atau kad kredit )
jenis matawang bayaran diketahui oleh penjual dan pembeli

d) Ijab dan Qabul


Tawaran (ijab) hendaklah berterusan dan tidak diubah hinggalah
telah diterima (qabul);
ijab dan qabul berlaku dalam satu majlis dan tidak wujud tempoh yang lama
antara kedua-duanya;
ijab dan qabul tidak diselangi dengan percakapan atau perkataan lain yang
tidak berkaitan dengan akad;
wujud persamaan ijab dan qabul walaupun berlainan lafaz;
akad jual beli tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu yang tidak berkaitan
dengan akad;
akad jual beli tidak boleh dihadkan untuk tempoh tertentu.

2.4 Bentuk Bentuk Jual Beli


a) Jual beli yang dibenarkan :
- Bay al-Tauliah : menjual barangan yang dibeli dan telah diterima
dengan harga asal ketika dibeli tanpa keuntungan;
- Bay al-Isyraq : menjual sebahagian barangan yang dibeli dan telah
dengan sebahagian harga asal ketika dibeli tanpa keuntungan;
- Bay al-Murabahah : menjual barangan yang dibeli dan telah diterima
dengan harga asal ketika dibeli dengan tambahan keuntungan pada

JAPIM IPG KPI Page 7


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

kadar yang tertentu;


- Bay al-Wadhiah : menjual barangan yang dibeli dan telah diterima
dengan harga asal ketika dibeli dengan diturunkan sedikit harga;
- Al-Sarf / Tukaran matawang : jual beli dua barangan yang kedua-
duanya dalam bentuk matawang;
- Bay al-Salam : jual beli barangan secara tempahan tetapi perlu bayaran
pendahuluan dan ada tempoh penyerahannya;
- Bay al-Istishna : jual barang yang belum wujud dan tidak memerlukan
mendahulukan dengan bayaran dan tempoh penyerahannya boleh
ditentukan dan boleh tidak ditentukan;
- Bay al-Wafa : kontrak jual beli dengan menjual harta tetap yang tidak
boleh dipindahkan kepada pembeli seperti tanah dan rumah.

b) Jual beli yang haram dan tidak sah :


- Jual beli barangan yang haram untuk kegunaan maksiat atau
keburukan. Contohnya, menjual patung berhala ataupun dadah;
- Jual beli yang mempunyai unsur perjudian. Contohnya, membeli
sesuatu barang sebagai pertaruhan untuk mendapat hadiah lumayan;
- Jual beli yang mempunyai unsur penipuan. Contohnya, menjual
buah- buahan yang diperagakan elok di bahagian atas tetapi buruk
didalam serta dibawahnya;
- Jual beli yang mengandungi dua akad (kontrak) dalam satu.
Contohnya, kita menjual kereta kepada seseorang dengan harga
RM10,000 secara tunai dan dengan harga RM2,000 secara ansuran
selama setahun;
- Jual hutang dengan hutang. Contohnya, kita ada berhutang RM100
dengan Ahmad. Pada masa yang sama, Borhan membayar hutang
dengan kita RM100. Kemudian, kita meminta Borhan membayar hutang
kita sebanyak RM100 itu kepada Ahmad;
- Jual beli barangan yang tidak sempurna hak milik. Contohnya, kita
menjual suatu barangan yang dibeli tetapi belum diserahkan barangan
itu kepada kita oleh pemiliknya;
- Jual beli barangan gharar, tiada kepastian dan tidak boleh
diserahkan kepada pembeli. Contohnya, menjual burung di udara atau

JAPIM IPG KPI Page 8


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

ikan di lautan.
- Jual beli barangan yang belum wujud. Contohnya, menjual buah-
buahan putik yang masih dipokok atau anak lembu yang masih dalam
kandungan;
- Jual beli barangan bersyarat. Contohnya, kita berkata aku jual
keretaku ini dengan syarat engkau jual kereta engkau kepadaku.

c) Jual beli yang haram tetapi sah :


- Membeli atau menjual barang yang sedang dalam tawaran orang
lain;
- Monopoli dalam jual beli. Contohnya, membeli barang dengan tujuan
menyekat orang lain membeli atau supaya orang lain tidak menjualnya;
- Jual beli hadir libad (orang bandar kepada orang desa), iaitu
membeli daripada orang yang tidak mengetahui harga sebenar, samada
mereka dari desa ataupun dari bandar;
- Jual beli tulaqqi al-Rukhban (memintas perdagangan), iaitu
menyekat penjual dari desa yang tidak mengetahui harga pasaran di
tengah jalan untuk membeli dengan harga yang murah;
- Jual beli najasy, iaitu membeli barang dengan tujuan orang lain terikut
ikut membelinya hingga mereka mambayar dengan harga yang lebih
tinggi;
- Membeli barangan yang halal untuk tujuan maksiat. Contohnya,
membeli ayam tetapi digunakan untuk memuja keramat;
- Jual beli sewaktu azan solat Jumaat (kepada mereka yang
diwajibkan solat Jumaat). Ia bermula daripada imam menaiki mimbar
hinggalah selesai menunaikan solat;
- Mengurangkan sukatan dan timbangan.

3.0 JUAL BELI SAHAM

3.1 Pengertian

JAPIM IPG KPI Page 9


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Bahasa : berasal daripada perkataan arab sahm mempunyai pelbagai makna antaranya ialah
nasib atau bahagian seperti firman Allah s.w.t. dalam surah al-Saafaat ayat 141:

...dengan satu keadaan Yang memaksa) maka Dia pun turut mengundi, lalu
menjadilah ia dari orang-orang Yang kalah Yang digelunsurkan (ke laut)

Istilah syarak : ialah sejenis tertibatan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat pemilikan.

Menurut pandangan ahli-ahli ekonomi, saham dimaksudkan kepada dua perkara:


1. Bahagian tertentu pemodal sesebuah syarikat harta dan bahagian ini mewakili
sebahagian tertentu modal syarikat menerusi pemilikan skrip saham bagi setiap pemodal.
Ini dilihat sebagai suatu cara bagi pengesahan hak miliknya dalam sesebuah syarikat.

2. Skrip saham atau dokumen yang sah yang diberikan kepada setiap pemodal sebagai
mengesahkan pemilikannya kerana setiap saham yang diberi kepada pemodal
memberikannya suatu hak dalam syarikat mengikut peraturan yang selayaknya. Jumhur
fuqaha muasirin berpendapat bahawa Islam secara umumnya mengharuskan penerbitan
dan jual beli saham, dengan syarat tidak mengandungi unsur-unsur yang haram seperti
riba, gharar, perniagaan benda yang haram dan unsur-unsur haram yang lain. Oleh itu,
hukum sesuatu saham berbeza mengikut sifat saham tersebut dan jenisnya
.
3.2 Hukum
Hukum urusniaga saham mengikut jenis aktiviti perniagaan sesuatu syarikat :

a. Syarikat yang aktivitinya halal.


Hukumnya harus bermuamalah dengan saham syarikat ini tanpa sebarang khilaf.

b. Syarikat yang aktivitinya haram.


Seperti bank yang mengamalkan riba, syarikat pembuatan arak dan sebagainya. Hukumnya
haram secara ittifaq.

JAPIM IPG KPI Page 10


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

c. Syarikat yang aktivitinya syubhat.


Syarikat yang mengeluarkan perkhidmatan dan barangan yang halal, tetapi kadangkala
bermuamalah dengan uruniaga yang haram , seperti syarikat barangan elektrik, ubat-ubatan,
kenderaan dan lain-lain yang membiayai aktiviti syarikat dengan pinjaman ribawi atau
urusniaga yang melibatkan riba.Para fuqaha muasirin berselisih pendapat tentang masalah
ini kepada 3 pendapat :

i. Pendapat pertama : Haram bermuamalah dengan saham syarikat ini selagimana


tidak 100% halal.
ii. Pendapat kedua : Harus bermuamalah dengan saham ni tetapi dengan syarat,
berdasarkan kaedah fiqh dan nas yang terbina di atas asas memudahkan dan
mengangkat kesusahan
iii. Pendapat ketiga : Makruh

3.3 Rukun Saham :

pemegang saham
pinjaman
kadar tertentu daripada keuntungan syarikat

3.4 Pelaburan Saham Menurut Pandangan Islam :

saham tersebut mestilah bebas daripada unsur riba'


pelaburan saham bukanlah di dalam syarikat korprat atau perdagangan yang
berurus niaga dalam perkara-perkara haram
saham yang dibeli mestilah tidak mempunyai unsur-unsur spekulasi

4.0 PINJAMAN ( AL-ARIYAH)

4.1 Pengertian

Bahasa : sesuatu yang dipinjam pergi kemudiannya kembali. Ia juga bermaksud saling
bertukar dan mengganti sesuatu.

JAPIM IPG KPI Page 11


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Istilah syarak : bermaksud mengambil manfaat daripada sesuatu barang tanpa membayar
imbuhan. Ariyah adalah kontrak memberi kebenaran kepada peminjam untuk menggunakan
manfaatnya sahaja dan bukannya untuk tujuan pemilikan.

4.2 Hukum
Hukum pinjaman adalah harus selaras dengan dalil al-Quran, al- serta ijmak ulama

a) Dalil al-Quran
al-Ariyah masih berada dalam konsep tolong menolong yang digalakkan dalam Islam. Firman
Allah s.w.t :

Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa dan jangan
tolong menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran
( Al-Maidah : 2)

b) Dalil al-Hadis
Konrak pinjaman merupakan perintah dan amalan Rasulullah s.a.w. sendiri semasa hayat
baginda. Antaranya, hadis diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda :
Siapa yang mempunyai tanah,hendaklah ini hibah (memberikannya) atau
meminjamkannya.
(Riwayat Muslim)

4.3 Rukun dan syarat sah al-Ariyah


Terdapat empat rukun dalam al-Ariyyyah iaitu :
a) Peminjam
b) Pemberi pinjaman
c) Barang pinjaman
d) Lafaz pinjaman

Secara amnya,suatu kontrak pinjaman akan tamat jika mengalami salah satu perkara berikut:
a) peminjam memulangkan barangan pinjamannya

JAPIM IPG KPI Page 12


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

b) pemilik menuntut semula barangnya, walaupun tempoh pinjaman belum tamat


c) salah satu pihak meninggal dunia
d) salah satu pihak hilang kelayakan seperti muflis, gila atau bodoh

5.0 HUTANG (AL-QARD)

5.1 Pengertian

Bahasa : pengasingan sebahagian dari sesuatu. Dalam aspek ini, seolah-olahnya si pemberi
pinjam telah mengasingkan sebahagian dari harta miliknya untuk diberi pinjam kepada si
peminjam yang akan mengembalikan semula kepada si pemberi pinjam dalam tempoh
tertentu

Istilah syarak : al-Qard ialah pinjaman yang dilakukan untuk sesuatu kegunaan samada dari
wang ringgit atau lainnya yang akan dipulangkan samada dalam bentuk zat yang sama
ataupun tidak.

a) Dalil al-Quran

Al-Qard telah disyaricatkan melalui al-Quran, al-Sunnah dan al-Ijmac. Selain Ayat Hutang
di atas masih ada ayat al-Quran lain yang menyentuh tentang al-Qard, diantaranya firman
Allah swt:

Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik iaitu
dengan mengeluarkan hartanya di jalan Allah, maka Allah akan melipatgandakan
balasan baik kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah-lah yang
menyempitkan dan melapangkan rezki dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan.

(Al-Baqarah : 145)

JAPIM IPG KPI Page 13


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

b) Dalil al-Hadis

Hadis Nabi Muhammad saw juga banyak menyebut tentang al-Qard, diantaranya sabdaan
Nabi Muhammad saw:


...Sesiapa dari kalangan orang Islam yang memberi pinjaman kepada orang Islam
yang lain sebanyak dua kali maka seolah-olahnya dia telah memberi sedekah satu
kali.

Ulamak juga telah berijmac bahawa al-Qard adalah disyaricatkan dalam Islam.

5.2 Hukum

Hukum al-Qard bagi pemberi pinjam dan yang meminjam adalah bergantung kepada keadaan
mereka. Kadangkala hukumnya menjadi wajib dan Kadangkala menjadi sunat dan lain-lain.\

Hukum Al-Qard ke Atas Peminjam (Al-Muqrid)

a) Wajib

Memberi pinjam menjadi wajib sekiranya orang yang hendak meminjam dalam keadaan
terdesak untuk menyara hidupnya atau keluarganya dan si al-muqrid adalah orang yang
mampu untuk memberi pinjaman.

b) Haram

Haram ke atas al-muqrid memberi pinjaman kepada orang yang diyakini akan menggunakan
pinjaman tersebut untuk melakukan perkara yang haram seperti menggunakan wang
pinjaman untuk berjudi dan sebagainya.

c) Sunat

Pada umumnya, sunat memberi pinjam kerana perbuatan tersebut boleh membantu
menyelesaikan masalah mereka yang memerlukan.

d) Makruh

JAPIM IPG KPI Page 14


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Hukum makruh akan terjadi dalam urusan memberi pinjaman sekiranya pinjaman diberi tidak
mengikut keutamaan orang-orang yang ingin meminjam dan juga menjadi makruh jika
diyakini bahawa orang yang meminjam akan membazirkannya.

e) Harus

Harus memberi pinjaman jika urusan tersebut bukan untuk membantu orang yang berhajat
tetapi hanya sekadar tujuan tertentu seperti memberi pinjaman semata-mata supaya pinjaman
tersebut terjamin keselamatannya jika diberi pinjam kepada sesiapa yang boleh dipercayai.

Hukum Al-Qard ke Atas yang Meminjam (Al-Muqtarid)

a) Wajib

Meminjam sesuatu keperluan menjadi wajib jika pinjaman tersebut dilakukan untuk
menyelamatkan nyawa seseorang.

b) Haram

Haram ke atas seseorang yang ingin meminjam sesuatu untuk digunakan dalam perkara yang
haram.

c) Sunat

Disunatkan meminjam sesuatu keperluan jika perkara itu boleh mengurangkan bebanan yang
tertanggung.

d) Makruh

Makruh hukumnya jika meminjam sesuatu semata-mata untuk berlebih-lebihan dalam


sesuatu perkara.

e) Harus

Diharuskan meminjam sesuatu keperluan sekiranya berhajat dan hajat tersebut tidak sampai
ke tahap sunat atau wajib.

Kontrak al-Qard ialah mendekatkan diri kepada Allah swt dan berbuat baik sesama
insan kerana manfaat pinjaman dirasai oleh al-muqtarid, sedangkan al-muqrid hanya berjasa,
berbakti dan berbuat baik kepadanya. Agama Islam sebagai agama yang diterima oleh Allah
swt dan yang bersifat al-kamal iaitu sempurna telah mengatur sistem yang terbaik untuk

JAPIM IPG KPI Page 15


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

menjayakan proses al-Qard. Sistem tersebut diatur supaya tidak ada unsur riba dan rasuah
yang diharamkan oleh Allah swt dan supaya tidak ada keraguan, penipuan, penindasan,
kezaliman dan sebagainya yang boleh mencemarkan keimanan seseorang.

6.0 RIBA

6.1 Pengertian

Bahasa : ialah bertambah, lebih atau pertambahan. Apa yang dimaksudkan sini adalah
pertambahan modal.

Istilah syarak: Akad dan perjanjian tambahan bagi sesuatu pertukaran barang atau nilai
tertentu dengan sebab tangguh sama ada tidak diketahui persamaanya disegi syara ketika
akad atau diketahui persamaanya waktu akad dan sama ada menangguhkan kedua tukaran itu
atau salah satunya.

6.2 Hukum
Semua agama samawi dan syariat islam mengharamkan amalan riba.Hal tersebut berdasarkan
dalil nas al-Quran dan al-Hadis antaranya ialah:

a) Dalil al-Quran

...Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul
melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-
hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka

JAPIM IPG KPI Page 16


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba".


padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari
Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya
dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya
terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi lagi (perbuatan
mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
(Surah al-Baqarah : 275 )
b) Dalil al-Hadis
Hadis yang menunjukkan pengharaman riba ialah :



..Rasulullah S.A.W. telah melaknat pemakan riba, orang yang memberikan riba,
orang yang menjadi penulisnya dan saksi-saksinya. Kemudian Rasulullah S.A.W.
mengatakan: Mereka semua adalah sama.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim dan Ahmad dan Abu Daud dan Tarmizi)

Hadis lain yang menunjukkan bahaya riba ialah :


:
:
.
...Hendaklah kamu menjauhi tujuh perkara yang membinasakan,sahabat-sahabat
bertanya.Apakah ia wahai Rasullullah s.a.w? Jawab Baginda: Syirikkan Allah
S.W.T.,melakukan perbuatan sihir, membunuh diri, atau jiwa yang dilarang oleh
Allah S.W.T. kecuali dengan cara yang sebenar,makan riba,makan harta anak
yatim,lari daripada medan peperangan dan menuduh zina terhadap perempuan-
perempuan yang baik yang tidak ada perasaan untuk melakukannya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

JAPIM IPG KPI Page 17


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

6.3 Jenis-Jenis Riba

Menurut pendapat Imam Syafii, riba yang terdapat dalam konteks jual beli terbahagi
kepada tiga jenis:
Riba al-Fadlu
Riba Nasiah
Riba al-Yady

6.3.1 Riba Al-Fadlu


Riba al-Fadlu ialah riba yang dibayar lebih kepada satu pihak dengan sebab
penukaran.Riba al-Fadlu juga jual beli yang disertai dengan tambahan dengan salah satu
jenis barang yang sama jenis.Contoh:jual beli sekilo gandum dibayar dengan sekilo setengah
gandum.
Riba al-Fadlu juga berlaku dalam jual beli duit dengan duit atau wang dengan wang,
atau makanan disamping ada pertambahan. Contohnya seseorang yang menjual emas kepada
seseorang hingga sesuatu tempoh tertentu dan dibayarnya dengan emas dan tambahan perak.
Riba seperti ini berlaku baik benda yang dijual beli sama jenis atau berlainan jenis.

6.3.2 Pembentukan Riba Al-Fadlu.


Riba al-Fadlu secara umumnya berlaku dalam enam jenis benda iaitu:
Emas.
Perak.
Hintah (biji gandum).
Tamar.
Garam.
Gandum (tepung).

6.3.3 Pengharaman Riba Al-Fadlu

Ia diharamkan dengan berdasarkan Hadis dan Qiyas. Antara dalil Hadis ialah:



JAPIM IPG KPI Page 18
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum,barli dengan
barli,tamar dengan tamar dan garam dengan garam sama banyak dengan tunai.
Apabila berlainan jenis pula bolehlah kamu jual sekehendak kamu asalkan tunai.
(Riwayat Muslim dan Ahmad)

Walaupun riba al-Fadlu selalunya terjadi dengan enam jenis barang seperti yang tersebut
tadi, namun dalam keadaan lain ia boleh dikiaskan dengan perkara berikut :
Beras
Gula
Dan lain-lain
Oleh itu barangan yang mempunyai unsur riba tersebut boleh dijual dengan yang sama
jenisnya,seperti emas dengan emas berdasarkan tiga syarat:
Hendaklah sama sukatan dan timbangan keduanya.
Dengan tunai.
Terima dalam majlis akad.
Barangan jenis riba lain yang tidak sama jenisnya juga seperti gandum dengan
Dengan harga tunai.
Terima dalam majlis akad.

7.0 SEWAAN (AL-IJARAH)

7.1 Pengertian
Bahasa : bermaksud jual beli manfaat. Ia merujuk kepada bayaran atau ganjaran yang
diberikan kepada orang yang melakukan sesuatu kerja. ini juga termasuklah upah, sewa atau
imbuhan.
Istilah : al-ijarah bermaksud kontrak untuk mendapatkan manafaat daripada sesuatu barangan
tertentu dengan bayaran tertentu.

7.2 Hukum

JAPIM IPG KPI Page 19


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Hukum al-jarah atau sewaan adalah harus. Jumhur ulama mengharuskannya berpandukan
kepada dalil al-Quran dan al-Hadis.

a) Dalil al-Quran
Firman Allah s.w.t.:

jika mereka menyusukan anak untuk kamu, berikanlah upah kepada mereka.
( al-Talaq : 6)
b) Dalil al-Hadis:
Banyak hadis berkaitan amalan perintah Rasulullah s.a.w. yang menunjukkan keharusan
sewa. Antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Ibn. Abbs r.a.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berbekam dan memberikan upah kepada
pembekamnya .
(Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)

7.3 Jenis-jenis Sewaan


Sewaan ada dua jenis, iaitu :
1. Ijarah zimmah : Ialah menyewa sesuatu yang belum ada di hadapan mata sewaktu
akad. Sewaan jenis ini diisyaratkan tunai pembayarannya dan menerimanya pada
majlis akad.
2. Ijarah ain : Ialah menyewa / mengupah sesuatu yang sudah ada di hadapan mata
sewaktu akad.
7.4 Hikmat-hikmatnya
Di antara hikmat-hikmat sewa menyewa dan upah mengupah ialah :
Memberi kemudahan kepada orang-orang yang tidak memiliki sesuatu barang
mendapat faedah daripadanya.
Menambah kelapangan bagi tuan ampunya barang dengan beroleh bayaran sewanya.
Mengeratkan perhubungan di antara satu sama lain.
Supaya anggota masyarakat mendapat kemudahan dan kesenangan hidup.
Menggalakkan pihak-pihak yang mampu supaya sentiasa memberi kemudahan kepada
pihak-pihak yang kurang mampu.

JAPIM IPG KPI Page 20


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

7.5 Rukun dan syarat sah al-ijarah


Terdapat lima rukun al-ijarah iaitu :
a) Pemberi sewa, mereka dipanggil dengan istilah mujir, iaitu orang yang diberi
bayaran atau yang diupah
b) Penyewa, mereka juga dipanggil dengan istilah mustajir iaitu orang memberi bayaran
atau upah
c) Manfaat atau perkhidmatan
d) Bayaran atau upah
e) Sighah iaitu ijab dan qabul

Contoh
Setiap barang yang sah dijualbeli, mendatangkan munafaat dan kekal zatnya, sahlah
dipersewakan ; dan setiap mereka yang sah melakukan urusan jualbeli, sahlah bagi mereka
menjalankan urusan sewa menyewa ini. Supaya lebih terang, cara sewa menyewa dan upah
mengupah, di bawah ini diterangkan contoh-contohnya :

1. Noriah mengupah Salmah menyusui anaknya dengan bayaran sebanyak $100.00


sebulan. Noriah dinamakan orang yang mengupah, Salmah, dinamakan orang yang
mengambil upah. Bayaran $100.00 itu dinamakan upah.

2. Zaid telah menyewa sebuah motokar dari Kota Bharu hendak pergi ke Kuala Lumpur
dengan bayaran sebanyak $80.00. Zaid dinamakan yang menyewa mustakjir.
Wang sebanyak $80.00 itu dinamakan sewa- ujrah dan tuan punya motokar itu
dinamakan pemberi sewa mukjir.

3. Encik Zamri menyewa sebuah rumah kepunyaan Encik Ali dengan sewa sebanyak
$50.00 sebulan. Encik Zamri dinamakan yang menyewa mustakjir Ali
dinamakan pembeli sewa mukjir dan wang bayaran itu dinamakan sewa ujrah

JAPIM IPG KPI Page 21


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

8.0 GADAIAN (AL-RAHN)

8.1 Pengertian

Bahasa : bererti kekal, tetap dan berterusan. Kata rahnum dengan kata gadaian dalam
bahasa Malaysia, ertinya menurut bahasa ialah mempertaruhkan sesuatu umpamanya
menggadai nyawa, menggadaikan tanahair dan sebagainya.
Istilah syarak : menjadikan sesuatu barang sebagai cagaran kepada sesuatu hutang buat
menjelaskan hutang itu ketika tidak kuasa membayarnya.

8.2 Hukum
Hukum al-Rahn atau gadaian adalah harus berdasarkan dalil al-Quran dan al-Hadis serta
ijmak ulama. Berikut disertakan dalil tentang keharusan tersebut.

a) Dalil al-Quran

...Jika kamu dalam musafir (lalu kamu berhutang) sedang kamu tidak
memperoleh seorang penulis, hendaklah diadakan barang gadaian yang
dipegang ( pemiutang).
(al-Baqarah : 283)

b) Dalil al-Hadis
Ulama fiqh Islami bersepakat bahawa Rasulullah s.a.w. adalah orang pertama yang terlibat
dalam melakukan gadaian dalam Islam. Ini diceritakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh
Aisyah r.a. :
...Rasulullah s.a.w. membeli makanan daripada seorang Yahudi secara hutang
dengan menggadaikan sebuah perisai besi.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

8.3 Hikmah Gadaian dalam Islam

Berhutang adalah merupakan suatu jalan bagi mengatasi kesulitan perbelanjaan tetapi
kadang-kadang orang-orang yang berkemampuan tidak sanggup hendak memberi hutang

JAPIM IPG KPI Page 22


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

kepada seseorang yang dipercayainya kecuali dengan sesuatu cagaran. Dengan adanya
cagaran itu, hutang yang diberikan itu akan terjamin dan terselamat. Memandangkan kepada
keadaan inilah Islam mengharuskan bermualamat dengan cara bergadai iaitu berhutang
dengan meletakkan suatu pertaruhan atau cagaran supaya terjamin pembayarannya bila mana
sampai tempohnya kelak. Dengan cagaran itu, pihak memberi hutang tidak merasa apa-apa
keraguan lagi kerana bila sampai tempohnya nanti, walaupun orang yang berhutang itu tidak
sanggup menjelaskannya, pemberi hutang yang memegang gadaian itu boleh menjualnya dan
mengambil harganya sekadar yang telah diperhutangkannya.

Contoh
Ramli memerlukan wang sejumlah $3,000.00. Untuk mendapat wang sejumlah tersebut ia
terpaksa berhutang daripada Fakrul dengan menggadaikan kebun getahnya iaitu sebagai
cagaran kepada hutangnya itu dengan perjanjian apabila ia tidak dapat melunaskan
hutangnya itu dalam tempoh yang telah ditetapkan, Fakhri bolehlah menjual kebun tersebut;
dan jika harganya lebih mahal daripada jumlah wang yang diperhutangkan itu, wang
selebihnya itu hendaklah diberikan kepada Ramli kerana ianya adalah kepunyaan Ramli.
Muamalat hutang dengan cagaran sebagaimana yang tersebut di atas inilah dikatakan rahnun
(gadai). Ramli yang memerlukan wang itu dinamakan rahin (penggadai). Fakhrul yang
memberikan wang dinamakan murtahin (pemegang gadai). Kebun yang dicagarkan itu
dinamakan marhun (yang digadaikan). Wang sebanyak $3,000.00 itu dinamakan marhun bih
(hutang gadaian). Muamalat cara ini mestilah dengan ada ucapan di antara si penggadai dan
si pemegang gadai.

8.4 Rukun-rukun Gadaian


Dari keterangan-keterangan di atas nyatalah, rukun-rukun gadaian itu empat perkara iaitu :-
1. al-Rahin (Penggadai) dan al-murtahin (pemegang gadai). Kedua-duanya
hendaklah:
Keahlian mengurus hartanya (ahliyatut Tabaru). Dengan syarat ini,
penjaga, bapa atau lainya, tidak boleh menggadaikan harta kanak-
kanak dan harta orang-orang gila kecuali jika terpaksa atau ternyata
ada keuntunganya.
Akil baligh: tidak sah bagi kanak-kanak dan orang-orang gila.
Tidak dipaksa : melakukan gadai mestilah dengan kehendak sendiri.
Tidak sah jika dipaksa.

JAPIM IPG KPI Page 23


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

2. al-Marhun (Barang yang digadai) barang-barang yang digadai hendaklah


barang-barang yang sah diperjualbelikan. Barang-barang yang tidak sah
diperjualbelkan, tidak sah ianya digadaikan.
3. al-Marhun bih (hutang) bayaran atau barang yang diberi kepada penggadai itu
mestilah hutang yang dimaklumi. Maka tidak sah jika tidak berupa hutang
seumpama benda yang wajib diganti seperti barang yang dirampas, barang
pinjaman atau sebagainya.
4. Sighah (Lafaz kontrak) tidak sah gadaian melainkan dengan ijab dan Kabul.
Syarat-syaratnya sama dengan syarat-syarat pada urusan berjualbeli. Maka tidak
sah jika diselangi oleh perkataan lain atau berselang lama. Juga tidak sah jika
bertaklik dan jika memakai jangka waktu.

8.5 Perbezaan Muamalat Islam dan Konvensional

Perbezaan Sistem Kewangan Islam dan Konvensional boleh dilihat kepada konsep
dan operasi. Konsep Kewangan Islam merujuk kepada prinsip-prinsip syariah yang bebas
daripada unsur-unsur yang dilarang seperti riba, gharar (keraguan), maisir (judi), tadlis
(penipuan), penindasan, ketidakadilan, memonopoli harta dan sebagainya. Manakala konsep
sistem kewangan konvensional pula berlandaskan pemberian faedah(riba) dalam hampir
semua transaksi,baik dalam pinjaman, overdraf,pajakan,sewa beli simpanan dan kad kredit.

Dari sudut operasi pula, Sistem Kewangan Islam adalah berteraskan akad yang telah
dipersetujui oleh Syarak seperti Bai Bithaman Ajil (BBA), Wadiah, Mudarabah,
Musyarakah dan sebagainya. Manakala sistem kewangan konvensional pula operasinya
adalah tidak berteraskan akad-akad yang sah dari sudut Syarak dan kebanyakkannya terlibat
dalam sistem pinjaman yang berteraskan riba.

Sistem kewangan Islam pelaburannya bebas dari unsur ketidakpastian (gharar). Setiap
pelaburan adalah mengikut hukum islam dan dipastikan tidak terlibat dalam aktiviti yang
telah diharamkan seperti perjudian, spekulasi, jualan minuman keras, makanan tidak halal
dan sebagainya. Sistem kewangan konvensional pula memberi kebebasan melakukan
pelaburan untuk memaksimumkan keuntungan dan tidak bercanggah dengan undang-undang

Sistem kewangan islam terdiri daripada ulama, ahli akademik dan pakar perbankan
islam. Mereka merupakan ahli majlis penasihat syariah sepusat yang ditubuhkan untuk

JAPIM IPG KPI Page 24


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

mengawal selia dan memastikan perjalanan operasi intitusi perbankan islam adalah konsisten
serta sentiasa mengikut hukum syarak.Sistem kewangan konvensional pula mereka pakar
dalam urusan perbankan sahaja bagi memastikan bank mencapai keuntungan maksimum

MUAMALAT ISLAM KONVENSIONAL


Tujuan kerana Allah- konsep Tujuan utama ialah keuntungan-
taawun kapitalis dan sosial

Tiada unsur riba & penindasan Berasaskan riba/penindasan

Berpandukan syariat islam dalam Mengabaikan tanggungjawab


semua urusan sosial

Harta sebagai alat mendekatkan Pengumpulan harta-matlamat


diri kepada Allah hidup

B. KONSEP HALAL HARAM DALAM ISLAM

2.0 Pengenalan

Dari sudut bahasa halal berasal dari kalimah Arab iaitu halla, yahillu, hillan, wahalalan yang
bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh hukum syarak. Daripada istilah syarak pula halal
sebagai sesuatu yang diharuskan, yang terungkai padanya ikatan larangan, dan diizinkan oleh
syarak untuk melakukannya. Halal juga didefinisikan sebagai sesuatu yang harus, yang
diizinkannya di sisi syarak.
Manakala haram dari perkataan Arab harama, menjadi haram iaitu berlawanan dengan
al-halal. dan al-haram adalah perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t.. Menurut al-
Qaradawi istilah haram adalah perkara yang telah dilarang oleh syarak daripada
melakukannya dengan larangan yang keras, iaitu berupa amaran bahawa sesiapa yang
melanggar larangan tersebut akan membawa siksaan Allah s.w.t. di akhirat, juga adakalanya
mendapat hukuman syariat di dunia

2.1 PEMAKANAN

JAPIM IPG KPI Page 25


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia. Tanpa makanan kesihatan
manusia akan terjejas. Makanan dapat membekalkan haba dan tenaga bagi tujuan menjaga
serta mengekalkan suhu badan.Ia juga berfungsi dalam aktiviti pernafasan dan aliran darah
bagi semua kerja otot dalam badan serta terlibat bagi proses penggantian zat dalam badan
(metabolisme). Selain itu, umat Islam memerlukan makanan untuk tujuan beribadat kepada
Allah SWT.Pemakanan dapat di takrifkan sebagai sains yang berkenaan dengan zat, khasiat
dan nutrien dalam makanan. Ia merupakan kombinasi satu proses di mana organisma
mengambil, menghadam, menyerap, mengangkut, mengguna dan mengkumuh bahan
makanan untuk tujuan pembuatan serta membaik pulih komponen dalam badan.

Berikut dinyatakan sebab-sebab mengapa kita dituntut untuk makan makanan yang halal:

a. Perintah Tuhan
Sebab utama mengapa perlu memakan makanan yang halal ialah kerana memang itu sudah
diperintahkan Tuhan kepada kita. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman:

Wahai sekalian manusia ! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang
halal yang baik (halalan tayyiban)".
(Surah al-Baqarah: 168)

Rasulullah menegaskan juga di dalam sabdanya: Mencari yang halal adalah fardhu (wajib)
bagi setiap orang Islam. (Riwayat Dailami)

b. Mengelakkan daripada azab Neraka

Memakan makanan yang halal boleh mengelakkan seseorang itu daripada ditimpa azab di
Akhirat.
Maksud Hadis: Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih
layak baginya. (Riwayat Thabrani)

Maksud Al-Hadis: "Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang
haram". (Riwayat Ahmad)

JAPIM IPG KPI Page 26


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

c. Doa makbul

Orang yang makan makanan halal, doanya makbul berbeza dengan orang yang makan
makanan haram, terhijab doanya dengan Tuhan.

Rasulullah bersabda:
Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu
lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram,
dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa:
Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya.

(Riwayat Muslim)

d. Diterima Amalan

Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalan diterima. Sebaliknya makanan
yang haram itu, membuatkan amalan kita tidak diterima Tuhan.

Sabda Rasulullah: Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya


seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada
diterima Allah amal darinya empat puluh hari.
(Riwayat Thabrani)

e. Hati bersih

Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab kepada pembentukan hati seseorang. Ini
sepertimana disabdakan oleh Rasulullah: Hati yang bersih ditempa daripada makanan
yang bersih (halal).

JAPIM IPG KPI Page 27


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

2.2 PEKERJAAN

Pekerjaan ialah satu kegiatan yang dilakukan untuk mendapatkan pendapatan yang halal
Pandangan Islam terhadap pekerjaan ialah sesuatu yang mulia, merupakan satu ibadat ,satu
cara melahirkan masyarakat yang tolong menolong,juga ianya satu kewajipan yang mesti
ditunaikan.Islam menuntut umatnya bekerja kerana ia akan dapat meningkatkan taraf hidup
seseorang, membolehkan seseorang itu berdikari tanpa bergantung kepada orang lain, malah
ia menjadi tanggungjawab individu. Matlamat bekerja dalam Islam ialah supaya manusia itu
dapat mencari rezeki yang halal, membangun dan memajukan ekonomi serta yang paling
utama mendapatkan keredhaan Allah

Di antara ciri-ciri pekerja dan pekerjaan yang dianggap sebagai ibadah adalah:

a. Pekerjaan yang disertakan dengan niat mendapat keredhaan Allah;


b. Pekerjaan itu mestilah perbuatan yang harus atau boleh dikerjakan menurut
syarak;
c. Tidak meninggalkan perkara-perkara wajib seperti solat.
d. Menghasilkan kerja yang berkualiti.
e. Dilaksanakan dengan tekun, cekap dan bersungguh-sungguh;
f. Berasaskan prinsip syariah seperti amanah, adil dan bertanggungjawab;

g. Menghindarkan diri dari perasaan riak, (menunjuk-nunjuk), ingin dipuji dan


terkenal sebagai orang yang rajin, tekun, orang baik dan ingin disebut-sebut
sebagai ahli ibadah oleh orang ramai, suka berbangga dengan memberitahu
kepada orang lain akan amal kebajikannya dan menghindarkan diri dari
merasa bangga kerana ia telah banyak berbuat kebajikan dan amal ibadah.

Rasulullah s.a.w telah memperingatkan umatnya untuk berwaspada dengan pekerjaan-


pekerjaan yang haram ini. Rasulullah s.a.w. menyebutkan salah satu tanda rosaknya akhlak
umat manusia dengan sikap acuh tak acuh mereka terhadap cara mencari harta kekayaan. Di
antara mata pencarian yang dilarang adalah:

a. Pekerjaan yang berupa kesyirikan dan sihir, seperti perdukunan, paranormal,


peramal nasib, dan hal-hal yang sejenis dan semakna dengannya.

JAPIM IPG KPI Page 28


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

b. Pekerjaan yang berupa ciri-ciri menuju kesyirikan, seperti menjadi membuat


patung, melukis gambar makhluk yang bernyawa, dan hal - hal yang sejenis
dan semakna dengannya.
c. Jual beli dalam perkara yang diharamkan oleh syariat seperti bangkai, babi,
darah, anjing, patung, lukisan makhluk yang bernyawa, minuman keras,
narkotik , dan sebagainya.
d. Memakan harta riba.
e. Menimbun bahan-bahan perdagangan di saat harganya murah dan diperlukan
oleh masyarakat dengan tujuan meraih keuntungan yang berlipat ganda pada
saat harganya melambung tinggi.
f. Perjudian .
g. Memakan harta anak yatim secara zalim.
h. Mencuri dan merompak .
i. Mengurangkan timbangan dan sukatan.
j. Rasuah dan penipuan.
k. Menunda-nunda pembayaran gaji buruh dan pekerja atau mengurangkan hak-
hak mereka.

Prinsip-prinsip halal-haram di dalam Islam adalah jelas dan mudah difahami. Justeru itu
Islam merupakan agama yang sangat menitikberatkan perkara yang baik dan buruk.
Timbulnya halal dan haram di dalam Islam adalah sebagai panduan bagi manusia untuk
mengenal pasti sesuatu yang baik ataupun buruk. Namun begitu Islam bukanlah sebuah
agama yang rigid, dalam sesetengah keadaan, sesuatu perkara yang ditegah akan dibenarkan
untuk melakukannya demi meraikan kemaslahatan manusia. Walau bagaimanapun
kelonggaran kepada yang haram tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Ini
kerana kewajipan di dalam mencari sesuatu yang halal merupakan kefarduan bagi umat
Islam.

JAPIM IPG KPI Page 29


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

UJI MINDA

1. Apakah yang dimaksudkan dengan muamalat?. Jelaskan tiga tujuan muamalat.

2. Jual beli adalah perkara yang diharuskan oleh syara'. Terangkan tiga jenis jual beli

yang dilarang tetapi sah.

3. Senaraikan rukun jual beli serta nyatakannya secara terperinci.

4. Berikan pengertian sewaan dan sertakan rukun-rukunnya.

5. Jelaskan tiga hikmah diharuskan sewaan.

6. Jelaskan sebab kontrak menjadi batal. Huraikan satu persatu

7. Jelaskan perbezaan muamalat Islam dengan muamalat konvensional.

8. Terangkan konsep halal dan haram dalam pekerjaan?.

JAPIM IPG KPI Page 30


PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

RUJUKAN

al- Sayyid Sabiq. (1993) Fiqh al-Sunnah. Kaherah: Al-Fath li al-Llam al-Arabi

al- Shafie (1981). al-Umm. Beirut. Dar al-Fikr

Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali a-Sharbaji. (1987). Al-Fiqh al-Manhaji. Damsyik:
Maktabaah al Saobah

Wahbah al-Zuhayli. (1984). Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu. Beirut: Dar al-Fikr

Zaharuddin Abd. Rahman (2007). Wang, Anda dan Islam. Kuala Lumpur: Truewealth
Publishing.

JAPIM IPG KPI Page 31