Anda di halaman 1dari 21

PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

TOPIK 1 Al-Quran & Al-Sunnah Panduan

Hidup
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat:

1. Menjelaskan peranan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan hidup


manusia
2. Menghuraikan bidang ekonomi, politik, sosial, kebajikan dan pendidikan
sebagai panduan hidup berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah
3. Menganalisis dan menghuraikan ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah berkaitan
bidang ekonomi, politik, sosial, kebajikan dan pendidikan

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

1.1 Al-Quran dan Al-Sunnah Panduan Hidup

Ekonomi Politik Kebajikan Pendidikan

Sosial

JAPIM Page 1
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

PENGENALAN

Topik 1 ini adalah berkaitan dengan beberapa persoalan penting berkaitan peranan al-
Quran dan al-Sunnah sebagai panduan hidup yang akan dipelajari oleh pelajar PPISMP
Semester 2. Pelajar akan didedahkan dan diberi penerangan yang mendalam tentang peranan
al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan hidup manusia dari aspek ekonomi, politik, sosial,
kebajikan dan juga pendidikan. Topik ini juga akan membantu pelajar untuk mendapatkan
maklumat dalam menghuraikan ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah berkaitan bidang-bidang
ekonomi, politik, sosial, kebajikan dan juga pendidikan. Para pelajar juga diterangkan juga
bagaimana cara untuk menganalisis dan menghuraikan ayat-ayat al-Quran dan al-Hadis
berkaitan bidang ekonomi, politik, sosial, kebajikan dan juga pendidikan

1.0 AL-QURAN DAN AS-SUNNAH PANDUAN HIDUP

Al-Quran al-Karim merupakan Kalamullah dan mukjizat teragung yang diturunkan kepada
Rasulullah SAW melalui Malaikat Jibril AS. Al-Quran adalah satu panduan dan petunjuk
Allah SWT untuk hamba-hambaNya mengenali Pencipta sekelian alam agar mendapat
kebahagiaan hidup yang sebenar di dunia ini dan seterusnya di akhirat nanti. Manakala As-
Sunnah secara umumnya ialah apa yang dikesan daripada Rasulullah SAW samada dari
perkataan, perbuatan, persetujuan atau sifat baginda, akhlak ataupun yang berkaitan sejarah
baginda SAW, samada sebelum dibangkitkan sebagai rasul ataupun selepas kebangkitan
(Jamaluddin al-Qasimiy, Qawaid al-Tahditih,1979)

1.1 Peranan al-Quran dan as-Sunnah dalam kehidupan manusia

Al-Quran diturunkan untuk mendidik manusia khususnya masyarakat Islam dalam


menjalani kehidupan di dunia dengan sebaik mungkin kerana mereka yakin adanya hari
pembalasan kelak. Al-Quran juga mengajak manusia supaya sentiasa memerhati serta
merenungi tanda-tanda kekuasaan Allah yang ada di langit dan di bumi. Alam ini merupakan
bahan untuk berfikir, sebagai lembaran buku pengetahuan di samping menjadi bukti bagi
kesatuan pentadbiran dan peraturan (Muhammad Shadid 1994). Manakala Al-Sunnah adalah
sumber yang memperincikan penjelasan yang terkandung di dalam Al-Quran serta bertindak
sebagai pengukuh terhadap kebenaran ajarannya selaku sumber utama yang menjelaskan
tentang ajaran Islam.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Maaidah ayat 3:
JAPIM Page 2
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Maksud: Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Aku
cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redha Islam sebagai agama bagimu ...
(Al-Maa-idah: 3)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Telah aku tinggalkan untuk kamu semua dua perkara. Kamu tidak akan sesat
selagimana kamu berpegang kedua-duanya, Kitab Allah dan Sunnah RasulNya.

Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT membawa panduan khusus dan
menyeluruh untuk manusia. Manakala As-Sunnah yang disandarkan kepada Rasulullah SAW
berperanan antaranya mengkhususkan umum, mentaqyidkan, mengumumkan yang khusus,
menjelaskan apa yang terkandung di dalam Al-Quran.

Al-Quran dan As-Sunnah berperanan bukan terbatas kepada urusan-urusan


pengabdian diri secara khusus kepada Allah SWT yang berkaitan akidah, ibadah dan akhlak
semata-mata, tetapi seluruh urusan kehidupan manusia di dunia merangkumi politik,
ekonomi, sosial, pendidikan, kebajikan dan juga kemasyarakatan. Ajarannya sangat
menjunjung tinggi keterbukaan dan toleransi, membentuk persefahaman dan kerjsama tanpa
memandang latar belakang yang dimiliki seperti budaya, agama, bangsa dan sebagainya.

1.2 Bidang ekonomi menurut al-Quran dan as-Sunnah

Aktiviti ekonomi adalah aktiviti manusia sehari-hari dan merupakan kegiatan utama
dalam mempertahankan hidup dan mengisi proses sejarah. Suasana yang terbentuk dalam
sesebuah masyarakan samada dalam aspek, politik, sosial, ekonomi dan lain-lain sangat
dipengaruhi oleh jenis aktiviti yang dilakukan dalam masyarakat tersebut.

Sebagai sumber rujukan utama dalam kehidupan manusia, Al-Quran bukan sahaja
menzahirkan aspek-aspek ketuhanan yang mesti difahami dan dipatuhi dan dicernakan dalam
kehidupan manusia, tetapi juga aspek kemanusiaan yang memberi kebebasan untuk mengatur
kehidupan.

JAPIM Page 3
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Terdapat tiga perkara utama berkaitan ciri-ciri ekonomi dalam Al-Quran iaitu:

a. Kombinasi antara nilai-nilai khusus dan semasa.

Suatu nilai yang khusus di mana dasar-dasar ekonomi tersebut telah ditetapkansecara
khusus oleh Allah SWT tanpa ada sebarang perubahan. Manakala nilai semasa yang
mana pelaksanaan dan caranya diserahkan kepada tuntutan dan keperluan manusia.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat 29:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memakan


(gunakan) harta sesama kamu dengan jalan yang salah, melainkan dengan jalan
perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah
kamu berbunuh-bunuhan sesame sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani
kamu.
(An-Nisa: 29)

Firman Allah SWT lagi dalam surah Al-Baqarah, ayat 168 169:

Maksudnya : Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang
terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena
sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan
itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah
apa yang tidak kamu ketahui."
JAPIM Page 4
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

(Al-Baqarah : 168 169)


b. Kombinasi antara kepentingan peribadi dan kemaslahatan umum.

Setiap sistem ekonomi samada Kapitalis, Sosialis, ataupun Islam mempunyai tujuan
yang sama, iaitu untuk memenuhi keperluan manusia yang pelbagai meliputi
kepentingan peribadi dan kemaslahatan umum. Walaubagaimanapun,cara
penyelesaian yang terakhir membezakan antara satu sistem ekonomi dengan yang
lain. Ekonomi Kapitalis lebih cenderung untuk membela kebebasan individu,
ekonomi Sosialis bertindak mementingkan kebersamaan manakala Ekonomi Al-
Quran memelihara kedua-dua kepentingan individu dan masyarakat secara adil dan
saksama.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 143:

Maksudnya: Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan


yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan
lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat
manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula
akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya
kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau
mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi
melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul
serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada
kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat
(untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk
hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah
Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).

JAPIM Page 5
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

(Al-Baqarah : 143)
c. Kombinasi antara kepentingan material dan tuntutan spiritual

Secara umumnya, semua sistem ekonomi di dunia menjurus kepada matlamat yang
sama, iaitu memenuhi keperluan material. Ekonomi Kapitalis sentiasa berusaha
mengumpul dana individu untuk keperluan individu, manakala ekonomi sosialis berusaha
memenuhi keperluan sosial yang digambarkan melalui kemakmuran ekonomi
masyarakatnya secara keseluruhan. Berbeza dengan kedua-duanya, Ekonomi Al-Quran
menetapkan keperluan material menjadi satu jalan menuju ke arah matlamat yang lebih
utama dan abstrak, mencapai ketenangan spiritual yang mana ianya hanya mampu dicapai
dengan melaksanakan tuntutan-tuntutan yang memenuhi kriteria yang telah digariskan
oleh Allah SWT, iaitu menjauhi laranganNya dan semata-mata mengharapkan
keredhaanNya.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 148 :

Maksudnya : Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing
menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di
mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun
pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu
(Al-Baqarah : 148)

1.3 Bidang politik menurut al-Quran dan as-Sunnah

Al-Quran dan As-Sunnah telah menetapkan konsep asas yang mesti dipatuhi dalam urusan
permesyuaratan dan sistem membuat keputusan melalui firman Allah SWT dalam surah Ali
Imran ayat 159:

JAPIM Page 6
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Maksudnya : Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut
terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka
menjauhkan diri dari sekelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka, mohonkanlah
ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu.
Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada
Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.

(Ali Imran : 159)

Manakala penyusunan politik yang menetapkan posisi manusia menjadi pemimpin,


keharusan memilih dan mentaati pemimpin telah diperjelaskan dengan terperinci oleh
Rasulullah SAW di dalam hadis yang bermaksud

Hadis Ibnu Umar r.a. Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w berkata, baginda telah
bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab
terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan
dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin
bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala
seorang isteri adalah pemimpin rumahtangga, suami dan anak-anaknya, dia akan
bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya
dan dia akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah
pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.

Dalam keharusan berlaku, bersifat adil dan melaksanakan keadilan


dalam memerintah, Allah SWT menjelaskan di dalam surah An- Nisa ayat 58:

Maksudnya:Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada


yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di

JAPIM Page 7
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi
pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha
Mendengar lagi Maha Melihat.

(An- Nisa : 58)

Menurut perspektif al-Quran dan al-Sunnah, etika politik adalah untuk mewujudkan
pemerintahan yang bersih, efisien dan efiktif. Ianya juga bertujuan melahirkan suasana politik
yang demokratik yang memiliki ciri-ciri keterbukaan, rasa bertanggungjawab, menanggapi
aspirasi rakyat, menghargai perbezaan dalam persaingan, kesediaan untuk menerima
pendapat yang lebih benar, serta menjunjung tinggi hak asasi manusia dan keseimbangan hak
dan kewajipan dalam kehidupan berbangsa. Ianya diharapkan mampu menciptakan suasana
harmonis, kekuatan sosial politik serta kepentingan golongan lain untuk mencapai kemajuan
bangsa dan Negara.

Berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah, terdapat beberapa prinsip etika politik iaitu :

a. Kekuasaan sebagai Amanah

Prinsip ini telah di nyatakan oleh Allah SWT secara jelas di dalam surah An- Nisa
ayat 58 iaitu :

Maksudnya : Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menyampaikan amanah


kepada orang yang berhak menerimanya dan memerintahkan kamu apabila
menetapkan hukum-hukum diantara manusia supaya kamu menetapkan nya dengan
adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.
Sesungguhnya Allah Maha mendengar dan Maha Melihat.
(An- Nisa : 58)

Dalam konteks kenegaraan, amanah dikaitkan dengan kekuasaan dan


kepimpinan yang merupakan satu bentuk penguasaan terhadap orang-orang dibawah
pimpinannya. Islam secara tegas melarang pemimpin melakukan penyalahgunaan

JAPIM Page 8
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

kuasa yang diamanahkan kepada mereka kerana semuanya akan


dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.

b. Musyawarah

Prinsip secara musyawarah dalam Al-Quran terbukti dengan jelas dalam surah As-
Syura ayat 38 iaitu :

Maksudnya: Dan juga (lebih baik dan lebih kekal) orang-orang yang menyahut dan
menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan solat dengan sempurna, dan urusan
mereka dijalankan secara bermesyuarat sesame mereka, dan mereka mendermakan
pula sebahagian daripada apa yang Kami beri kepadanya.
(As-Syura : 38)
Manakala dalam surah Ali Imran ayat 159, Allah memerintahkan RasulNya
melaksanakan amalan musyawarah dalam setiap urusan. Firman Allah SWT:

Maksudnya : Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah


(kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka
(sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras
hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai
kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka,
dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal
keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat,
untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah
Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
(Ali Imran : 159)

Musyawarah boleh dimaksudkan sebagai satu medan bertukar pendapat, idea, gagasan
dan berfikir menyelesaikan masalah sebelum tiba masa untuk membuat keputusan.

JAPIM Page 9
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Melalui musyawarah, sikap yang berbentuk penindasan yang dilakukan oleh pihak
yang kuat terhadap golongan yang lemah dapat dihindarkan dan semua pihak dapat
melahirkan pendapat dengan yakin dan adil.

Dalam Islam, perkara utama yang dihasratkan melalui musyawarah ialah


pemupukan jiwa persaudaraan dan bukannya mementingkan kelompok yang menang
ataupun kalah. Pengambilan keputusan dalam musyawarah juga hanya dikakukan
untuk perkara-perkara kebaikan sahaja dan melarang pengambilan keputusan dalam
perkara keburukan. Dengan kata lain, musyawarah yang disarankan di dalam Islam
menekankan prinsip Amar Maaruf Nahi Munkar (menyuruh kepada kebaikan dan
melarang keburukan)

c. Keadilan Sosial

Menurut Islam etika utama dalam bermasyarakat adalah menegakkan keadilan


sesama manusia. Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Maidah ayat 8:

Maksudnya : hai orang-orang yang beriman, hendaknya kamu menjadi saksi yang
adil dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum menyebabkan kamu berlaku
tidak adil. Bersikap adillah kamu, karena adil itu lebih dekat kepada taqwa, dan
bertakwalah kepada Allah karena sesungguhnya Allah sangat mengetahui apa yang
kamu lakukan.
(Al-Maidah : 8)

Penekanan tentang keadilan ini adalah suatu perintah untuk membentuk manusia yang
jujur, bertanggungjawab dan sentiasa bertindak sesuai dengan kehedak social hingga
wujud keharmonian dan keadilan dalam hidup.

d. Persamaan

JAPIM Page 10
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Prinsip persamaan di dalam Islam merangkumi semua aspek iaitu social,


ekonomi, politik, budaya dan lain-lain. Salah satu prinsip persamaan dinyatakan oleh
Allah SWT di dalam surah Al-Hujuraat ayat 13 :

Maksudnya : Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang


laki-laki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku
supaya kamu kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah
adalah yang paling bertakwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
dan Maha Mengenal."
(Al-Hujuraat : 13)

1.4 Bidang Sosial menurut al-Quran dan as-Sunnah

Islam telah menetapkan konsep asas yang mengandungi nilai-nilai keperihatinan


terhadap manusia, terutamanya dalam memandu kaedah dasar dalam pemikiran beragama
yang sebenar. Al-Quran mengajar cara berfikir yang bersepadu, pemahaman hidup yang tidak
memisahkan antara kehidupan di dunia dan akhirat malah saling berkait antara satu sama lain.

a. Ukhuwah Dalam Al-Quran

Menurut M. Quraish Shihab, ukhuwah Islamiyah adalah ikatan persaudaraan yang


bersifat sejagat. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran yang menjelaskan empat
jenis persaudaraan iaitu:

Ukhuwwah ubudiyyah atau ketundukan kepada Allah SWT


Ukhuwaah Insaniyyah iaitu persaudaraan seluruh umat manusia yang berasal dari
seorang ayah dan ibu
Ukhuwwah wathaniyyah wan-nasab iaitu persaudaraan kebangsaan dan keturunan
a. Ukhuwwah fi din al-Islam iaitu persaudaraan sesama Muslim

JAPIM Page 11
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Beberapa maksud ukhuwwah (persaudaraan) yang dinyatakan adalah berdasarkan


pemahaman terhadap teks ayat-ayat al-Quran yang secara jelas menggambarkan tentang
persaudaraan atas dasar keimanan kepada Allah SWT dan juga persaudaraan yang jalinannya
bukan kerana agama. Ini tercermin dengan jelas dari pengamatan terhadap penggunaan bentuk
jamak kata tersebut dalam al-Quran, yang menunjukkan dua arti kata akh, yaitu:

Terdapat 22 kali bentuk jama perkataan Ikhwan, yang


biasanya digunakan untuk persaudaraan tidak sekandung disertakan dengan perkataan ad-dn
(agama) sebagaimana dalam firmanNya dalam surah At-Taubah ayat 11 :

Maksudnya: Apabila mereka bertaubat, melaksanakan solat dan menunaikan zakat,


mereka adalah saudara-saudara kamu seagama.

(At-Taubah : 11)

Manakala sebahagian ayat yang lain pula tidak dirangkaikan dengan kalimah ad-din
(agama) seperti firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 220:

Maksudnya: Mengenai (urusan-urusan kamu) di dunia dan di akhirat dan mereka


bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim.
Katakanlah: "Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya", dan jika kamu
bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-
saudara kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta
benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki
tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka).
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Al-Baqarah : 220)

JAPIM Page 12
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Secara jelasnya, ayat tersebut menunjukkan bahwa al-Quran memperkenalkan


persaudaraan seagama dan persaudaraan tidak seagama di dalam pergaulan sesama manusia.

Manakala bentuk jamak kedua yang digunakan oleh al-Quran adalah ikhwah, terdapat
sebanyak tujuh kali dan digunakan untuk makna persaudaraan seketurunan, kecuali satu ayat iaitu
dalam surah Al-Hujuraat ayat 10:

Maksudnya:Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka


damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada
Allah supaya kamu beroleh rahmat.

(Al-Hujurat : 10)

Apa yang menarik untuk difikirkan ialah penggunaan kalimah Ikhwah di dalam Al-
Quran yang bermaksud persaudaraan seketurunan ketika membincangkan tentang
persaudaraan sesama Muslim dan tidak menggunakan kalimah Ikhwan sedangkan ianya
digunakan dalam banyak keadaan yang memberi maksud persaudaraan seketurunan.
Bukankah lebih tepat menggunakan kata terakhir, jika melihat kenyataan bahwa saudara-
saudara seiman terdiri dari banyak bangsa dan suku, yang tentunya tidak seketurunan?

M. Quraish Shihab menjelaskan, hal ini bertujuan untuk mempertegas dan


mempererat jalinan hubungan antara sesama Muslim, bahawa hubungan tersebut bukan saja
dijalin oleh keimanan (yang di dalam ayat itu ditunjukkan dengan perkataan al-muminn),
tetapi juga dijalin oleh persaudaraan seketurunan (yang ditunjukkan dengan perkataan
ikhwah). Ianya merupakan kewajiban yang tidak boleh ditolak oleh umat yang mengaku
beriman agar selalu menjalin hubungan persaudaraan yang harmonis di antara mereka, dan
tidak satu pun yang dapat dijadikan alasan untuk melahirkan keretakan hubungan sesama
mereka.

b. Petunjuk al-Quran Untuk Memantapkan Ukhuwah

Bagi memantapkan ukhuwwah, Al-Quran telahmenetapkan garis panduan iaitu


perbezaan adalah suatu ketetapan yang berlaku dalam kehidupan ini. Ianya adalah satu

JAPIM Page 13
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

ketetapan Ilahi demi kesejahteraan hidup, sekaligus demi mencapai matlamat kehidupan
makhluk di atas muka bumi ini. Firman Allah SWT dalam surah Al-Maaidah ayat 49:

Maksudnya: Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran)


dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang
telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka
jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa
nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari
kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan)
suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau
Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam
agama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang
telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat
kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu
semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.

(Al-Maaidah : 49)

Ayat di atas jelas membuktikan bahawa sekiranya Allah SWT mengkehendaki


kesatuan pendapat, nescaya diciptakanNya manusia tanpa akal sepertimana makhluk lain
seperti haiwan dan benda-benda tidak bernyawa yang tidak memiliki kemampuan untuk
memilih. Dengan kefahaman ini, seorang Muslim akan lebih mengiktiraf tentang adanya
pandangan yang berbeza dengan pandangannya yang semuanya berada dalam kehendak
Allah SWT. Akhirnya, dia akan menjadi seorang yang lebih bertoleransi, tidak gelisah dan
tidak memaksa orang lain secara halus mahupun kasar agar menerima pandangan agamanya.

1.5 Bidang Kebajikan menurut al-Quran dan as-Sunnah

JAPIM Page 14
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Al-Quran mendorong manusia untuk beriman dengan Allah SWT dan meyakini
bahawa segala kebaikan yang diterima oleh manusia merupakan anugerah daripada Allah
SWT. Di samping itu, mereka juga harus meyakini bahawa dalam setiap harta yang dimiliki
oleh manusia itu terdapat hak Allah SWT yang harus dikeluarkan demi kemaslahatan
masyarakat. Jelas menunjukkan di dalam perintah ini, nilai-nilai kemasyarakatan untuk
mengeratkan ikatan persaudaraan dalam kalangan anggota masyarakat samada orang kaya
ataupun fakir miskin.

Al-Birr bermaksud kebaikan atau kebaktian, adalah suatu perilaku yang berkait
dengan sekelompok kaum mukminun yang mempunyai kedudukan istimewa di sisi Allah
SWT yang disebut sebagai Al-Abror. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 44:

Maksudnya: Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan (al-birr),


sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca
Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?

(Al-Baqarah : 44)

Firman Allah SWT lagi dalam surah Al-Mujaadalah ayat 9:

Maksudnya:Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu mengadakan pembicaraan


rahasia, janganlah kamu membicarakan tentang membuat dosa, permusuhan dan durhaka
kepada Rasul. Dan bicarakanlah tentang membuat kebajikan (al-birr) dan takwa. Dan
bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya kamu akan dikembalikan.

(Al-Mujaadalah : 9)

JAPIM Page 15
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Al-Quran juga menjelaskan pembalasan atas setiap amal kebajikan di akhirat, iaitu
iman dan amal soleh, serta pembalasan atas amal kemaksiatan, iaitu kufur dan keji, samada
yang zahir mahupun yang batin. Firman Allah SWT dalam surah Al-Anaam ayat 160:

Maksudnya:Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka


baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan
sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan)
yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).
(Al-Anaam : 160)

Firman Allah SWT lagi berkaitan dengan kebajikan dalam surah Al-Maaidah ayat 2:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat
sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang
dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk
korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-
orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia
dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan
mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram
maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu
kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu -
mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk
membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada
melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana

JAPIM Page 16
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar
perintahNya).

(Al-Maaidah : 2)

Kemuncak segala kebajikan di atas muka bumi ini ialah meletakkan keyakinan hakiki
tentang keimanan kepada Allah SWT yang dinyatakan secara tegas oleh Allah SWT melalui
firmanNya di dalam surah Al-Baqarah ayat 177 iaitu:

Maksudnya: Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak
timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari
akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya
seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-
anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan
kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan
mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan
orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan
ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan,
dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang
demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan
kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.

(Al-Baqarah : 177)

Di dalam ayat yang lain, Allah SWT menjelaskan lagi melalui firmanNya dalam surah
Al-Baqarah ayat 189 iaitu:

JAPIM Page 17
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran)


anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-
waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara
kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu
berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan
masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada
Allah supaya kamu berjaya."
(Al-Baqarah : 189)

1.6 Bidang Pendidikan menurut al-Quran dan as-Sunnah

Pendidikan merupakan teras kepada pembangunan sesebuah masyarakat dan negara. Tanpa
pendidikan, masyarakat umumnya akan hidup dalam kemunduran di samping akan
menyebabkan keruntuhan moral yang berleluasa. Pendidikan berupaya memelihara dan
memancarkan nilai-nilai asas sesebuah masyarakat dan begitu juga sebaliknya pendidikan
juga boleh menjadi punca kekeliruan dalam sesebuah masyarakat. Pendidikan juga dapat
membantu pertumbuhan sahsiah dan menyemai serta mengekalkan jati diri seseorang
individu.

Dalam konteks Islam pula, menurut Kurshid (1975), pendidikan merupakan satu
proses pendidikan bagi kognitif, fizikal dan roh untuk melahirkan insan yang
berperikemanusiaan. Definisi falsafah ini menumpu kepada pembentukan individu sehingga
menjadi seorang manusia yang benar-benar sempurna bukan sahaja dari segi pertambahan
ilmu bahkan dari segi pembentukan akhlak dan rohani.

Secara umumnya, proses pendidikan terhadap manusia berlaku sejak azali lagi apabila
Allah SWT menciptakan Nabi Adam AS seperti firmanNya dalam surah Al- Baqarah ayat 31:

JAPIM Page 18
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Maksudnya:Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama benda dan
gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman
Terangkanlah kepadaKu nama benda ini semuanya jika kamu golongan yang
benar.
(Al- Baqarah : 31)

Ayat ini jelas menggambarkan bagaimana Allah SWT mengajar Nabi Adam segala
nama benda yang terdapat di dalam dunia ini yang bakal dihuninya. Tujuan pengajaran ini
ialah untuk kemudahan Nabi Adam dan zuriatnya tinggal di dunia sehingga hari kiamat
(Ashraf 1985; Kamarul Azmi dan Ab. Halim, 2007).

Mencari ilmu dan mengajarkannya adalah satu kewajipan yang sangat mulia. Oleh itu
mencari ilmu adalah satu kewajipan bagi setiap Muslim. Lebih tegas lagi, Islam mewajibkan
bagi setiap umat Islam untuk menuntut ilmu sebagaimana sabda Rasulullah SAW (Ibn Majah
t. th.) yang bermaksud:

Menuntut ilmu itu adalah kewajipan ke atas setiap orang Islam.

Sabda Rasulullah SAW ini menunjukkan bahawa kewajipan menuntut ilmu bukanlah
eksklusif kepada golongan tertentu sahaja bahkan kewajipan tersebut adalah ke atas seluruh
umat Islam.

Pendidikan dalam al-Quran menunjukkan tujuan Allah SWT menciptakan manusia itu
sendiri iaitu penyerahan diri secara ikhlas kepada Pencipta yang terarah kepada tercapainya
kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Manusia dipertanggungjawab sebagai khalifah atau
pemimpin untuk memakmurkan bumi ini kerana manusia dibekalkan dengan akal yang
berpotensi untuk berfikir dan mencari ikhtiar bagi mengatur kehidupan mereka di dunia ini
(Ashraf 1985). Ianya jelas sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Zaariyat ayat 56:

Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(al-Zaariyat : 56)

JAPIM Page 19
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Islam adalah agama yang amat mementingkan dan menggalakkan umatnya menuntut
ilmu. Ianya terbukti dengan peranan al-Quran sebagai sumber terpenting dalam pembinaan
tamadun Islam agar umatnya terus belajar dan belajar serta sering menyelidiki sesuatu
perkara. Perkara ini termaktub di dalam wahyu yang pertama diturunkan kepada Rasulullah
SAW dalam firman Allah SWT dalam surah al-Alaq ayat 1-5:

Maksudnya:Bacalah dengan (menyebut) nama tuhanmu yang menciptakan, Dia telah


menciptakan manusia dari segumpal darah, Bacalah, dan tuhanmu lah yang paling pemurah,
yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam.Dia mengajar kepada manusia apa yang
tidak diketahui.
(Al-Alaq : 1-5)

Ayat ini memberi isyarat dan perintah yang amat jelas dalam bidang pendidikan.
Perkataan iqra (bacalah) yang disebutkan oleh malaikat Jibrail as berulang-ulang kali kepada
Rasulullah SAW menegaskan supaya umat manusia belajar, mengkaji dan mencari ilmu. Jika
diteliti secara lebih mendalam, ayat ini mendidik dan mengajak orang yang beriman supaya
menjadi orang yang berilmu (Mohd.Yusuf 2002). Petunjuk awal ini jugalah yang telah
mendorong Rasulullah SAW menjadikan aspek pembinaan peribadi cemerlang fizikal, mental
dan spiritual mendahului segala agenda lain yang bersifat duniawi, material dan
pembangunan fizikal (Zainuddin Jaafar 2003).

Berdasarkan ayat ini juga, ulama membuat kesimpulan bahawa belajar atau mencari
ilmu itu adalah merupakan perkara wajib terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan
agama Islam (Mohd. Yusuf 2002). Kejadian Allah SWT yang sangat luas memerlukan kajian
yang mendalam, menuntut manusia menggunakan akal dan memperoleh pengetahuan yang
tinggi. Penguasaan ilmu adalah amat dituntut oleh Islam. Justeru itu, Islam mewajibkan setiap
umatnya, lelaki atau perempuan menuntut ilmu. Kewajipan ini juga bertujuan supaya umat
Islam itu tergolong dalam umat Islam yang cerdas dan terhindar dari kejahilan.

JAPIM Page 20
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

JAPIM Page 21