Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA

KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN KESELAMATAN (3K)

BIL. 1/2017

Tarikh : 2 Feb 2017 (Khamis)


Masa : 1.10 petang
Tempat: Bilik Gerakan

Kehadiran:

1. Ucapan Aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan ummul kitab Al-fatihah.

1.2 Berharap piawaian 3K yang dibuat mengikut standard yang telah ditetapkan
mencukupi aspek kebersihan, sistem keselamatan berfungsi dan persekitaran yang
selamat (Contoh : Tempat pembiakan nyamuk aedes)

Tindakan: Makluman

2. Ucapan Penasihat
2.1 Berharap semua pihak dapat berusaha untuk mengekalkan markah sekolah dalam
aspek 3K demi merealisasikan visi sekolah iaitu mencapai tahap sekolah
berprestasi tinggi menjelang 2018.

Tindakan: Makluman

3. Perkara yang dibincangkan


3.1 Aktiviti Tahunan Program 3K 2017
3.1.1 Keceriaan Kelas seperti susun atur dan hiasan kelas pada minggu
pertama persekolahan.
3.1.2 Program bersama Bomba pada 21 April 2017 berkaitan dengan
ceramah keselamatan serta demonstrasi memadam kebakaran,
menangkap ular dan pertolongan cemas.
3.1.3 Gotong-royong peringkat sekolah pada 22 April 2017 fokus untuk
membersihkan kawasan-kawasan seperti kelas, bilik-bilik khas dan
kantin.
3.1.4 Gotong-royong Perdana pada 13 Mei 2017 seperti yang diarahkan
oleh pihak kementerian melibatkan murid-murid, guru-guru dan ibu
bapa serta penjaga murid.
3.1.5 Keceriaan Tandas
- Pintu tandas dan selak akan dibaiki
- Cadangan untuk mengecat dinding tandas dengan pelbagai jenis
warna supaya nampak ceria
- Cadangan untuk mengecat doa masuk ke tandas pada dinding
sebagai panduan kerana penggunaan kertas tidak efektif dan
tidak tahan lama
3.1.6 Tampal dan gantung kata-kata hikmah di kantin dan di dewan
terbuka. Polisterin dan kayu tidak sesuai. Cadangan untuk menulis
dan mengecat kata-kata hikmah di tangga menggunakan cat minyak
supaya lebih berwarna-warni dan cantik serta diserahkan
pelaksanaannya kepada Panitia English.
3.1.7 Dinding di sebelah tandas lelaki dibuat lukisan mural berkaitan
dengan sifir, pelaksanaan oleh Panitia Sains dan Matematik.
3.1.8 Pertandingan Keceriaan Kelas dengan ganjaran piala pusingan secara
mingguan untuk mengumpul mata pada hujung tahun bagi
mendapatkan hadiah mengikut Tahap 1 dan Tahap 2. Antara aspek
yang diutamakan ialah membuat sudut bacaan, carta, jadual waktu,
jadual tugas dan pelan laluan kecemasan ( Lubang di dalam Kelas 3
cerdik akan ditampal pada waktu cuti persekolahan)

Tindakan : Semua Guru, Murid


dan Kakitangan

3.2 Perancangan Aspek Keselamatan


3.2.1 Laluan keluar masuk sekolah perlu lebih sistematik.

Tindakan : En. Naslie / Pengawal


Keselamatan

3.2.2 Papan tanda dan poster keselamatan perlu ditambah terutamanya di


kantin dan bangunan baru apabila siap nanti

3.2.3 Pemeriksaan alat pemadam api yang sudah tamat tempoh dan perlu
ditukar ganti

3.2.4 Pelan laluan kecemasan perlu dikemaskini

3.2.5 AJK Keselamatan dimasukkan sekali bersama 3K melibatkan


program bersama tetapi laporan berasingan.

3.2.6 Latihan Kebakaran peringkat sekolah akan diadakan sekali lagi


untuk penggal kedua persekolahan.

3.2.7 Membuat dan membina lebih banyak taman di kawasan sekolah.


Cadangan untuk melihat dan memastikan kawasan yang sesuai
terlebih dahulu dan akan dibincangkan kemudian.

3.2.8 Pemantauan sistem perparitan sekolah perlu dilakukan oleh semua


pihak dan maklumkan kepada pekerja jika memerlukan tindakan
lanjut.

4. Hal-hal lain
4.1.1 Mural di dinding-dinding bangunan sekolah akan diserahkan kepada
pihak PIBG sebagai salah satu aktiviti sarana ibubapa..
5. Penutup

5.1 Guru Besar berharap semua pihak akan melaksanakan tanggungjawab masing-
masing demi sekolah tercinta dan juga untuk anak-anak murid hasil didikan kita
supaya mereka dapat belajar dalam suasana yang lebih kondusif dan lebih selamat.

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan mesyuarat
ditangguhkan pada jam 3:30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

. ..
Setiausaha Guru Besar
Program 3K

Tarikh: 7 Feb 2017

Anda mungkin juga menyukai