Anda di halaman 1dari 10

ALASAN PINDAH

salam semua pengunjung blog pertukaran guru jqaf, belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat
hari raya maaf zahir dan batin dari blog pertukaran guru jqaf.

entry kali ini saya ingin berkongsi berkaitan apakah sebab atau alasan atau cara supaya pertukaran guru
dapat diluluskan. ini berdasarkan kepada pengalaman admin blog ini serta pengalaman guru lain serta
pandangan dari orang-orang yang berautoriti dalam hal pertukaran guru khususnya.

1) mempunyai kenalan atau "cable" di semua peringkat termasuk di kementerian pelajaran malaysia,
jabatan pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah. sesiapa guru yang mempunyai kenalan di setiap
peringkat ini terutama pembuat dasar hal pertukaran guru maka guru tersebut saya boleh letakkan 99%
akan dapat bertukar. melalui cable ini juga anda akan tahu bila mereka bermesyuarat berkaitan dengan
hal pertukaran guru. kebiasaannya pihak kementerian dan jabatan pelajaran setiap negeri akan
bermesyuarat bersama . sekiranya anda telefon ketika diorang tengah mesyuarat pertukaran .. ianya
harapan cerah untuk anda dapat bertukar. anda juga perlu tahu hanya pegawai mengenali anda sahaja
akan melayan panggilan telefon ini. sekirannya anda telefon pegawai terbabit dan dalam handset
pegawai tersebut memang ada nama anda serta pegawai tersebut memang mengenali anda, pasti
mereka akan melayan telefon anda ketika itu. tetapi jika sebaliknya, panggilan anda tidak akan dilayan
kerana mereka sudah diperingatkan agar tidak melayan sebarang panggilan kerana sudah tentu
panggilan telefon itu berkaitan dengan pertukaran guru. kalau anda kenal pegawai ini....itulah REZEKI
dan Peluang anda. tidak semua orang memperolehi peluang ini.

2) sebab yang kedua biasanya berkaitan dengan keselamatan diri guru tersebut. sebagai contoh. "anda
mengajar disebuah sekolah di sarawak atau sabah atau johor... anda mempunyai masalah dengan
seorang ibubapa penjaga anak murid anda ditempat anda mengajar sekarang. ibu bapa penjaga murid
tersebut berdendam dengan anda dan telah mengupah sekumpulan samseng untuk mencederakan
anda dan mengugut anda diluar sekolah. anda telah membuat laporan polis. pihak polis juga telah
mensyorkan agar anda bertukar sekolah untuk mengelak dari keadaan menjadi lebih bahaya".
SEKIRANYA ANDA mempunyai sebab ini dan dibuktikan dengan report polis biasanya 90% akan dapat
bertukar demi menjaga keselamatan guru tersebut.

3) sebab perubatan.. sebagai contoh.." anda bekerja di sabah manakala suami bekerja di selangor, anda
sudah berjauhan selama 3 tahun... pada tahun ke-3 anda telah diserang penyakit misteri atau kronik.
anda tidak dapat bangun untuk pergi ke sekolah. anda telah menjalani rawatan di hospital . anda
disahkan mengidap penyakit tulang belakang. pembedahan perlu dilakukan untuk mengetahui sejauh
mana penyakit itu merebak" . dalam kes ini biasanya 88% akan dapat bertukar kerana perlukan
seseorang iaitu suami atau ibubapa (kalau bujang) untuk mengambil perhatian terhadap kesihatan dan
perubatannya. perlu dibukti dengan laporan doktor dan doktor syorkan agar dapat bertukar.

4) sebab sambung belajar.... sebagai contoh yang pernah berlaku.... seorang sahabat ini mengajar di
sarawak... sudah banyak kali mohon tukar pada setiap tahun dengan alasan ibubapanya yang uzur
dikampung... tetapi tidak diluluskan. oleh kerana nekad dan sudah tidak tahan lagi mengajar di sarawak
dan berjauhan dengan ibubapa yang uzur beliau mendapat satu idea iaitu memohon cuti tanpa gaji
dengan alasan untuk sambung belajar di peringkat sarjana di salah sebuah IPTA di semenanjung.
permohonan itu diluluskan oleh KPM dan beliau telah dapat bertukar ke semenanjung dan
menyambung pelajaran sarjana di IPTA tersebut. dalam kes ini 100% dapat bertukar sekiranga KPM
luluskan. tetapi ada beberapa implikasi iaitu tidak ada gaji selama tempoh belajar dan tak semestinya
selepas habis belajar sudah dapat posting baru sekolah yang dipohon. kene tunggu gak lagi . bila saya
tanya puashati tak cara cam tu... beliau menjawab MEMANG PUASHATI WALAUPUN TAK DE GAJI 3
TAHUN ASAL DAPAT TUKAR!

5) sebab suami isteri dan anak.... SEBAB INI MERUPAKAN SEBAB YANG PALING POPULAR... tak perlu
cerita detail pasal sebab ini kerana ianya sudah maklum.... sebagai contoh isteri dan anak di sabah suami
di selangor.. isteri dan anak di selangor suami di kelantan. suami di sabah isteri dan anak di selangor...
macam-macam saudara saudari... kebiasanyaan kes ini 50:50.... rezeki masing- masing. yang penting
MESTI KONSISTEN MOHON TUKAR SETIAP TAHUN WALAUPUN DAH LEBIH 5 TAHUN BERJAUHAN. ini
kerana atas budi bicara pegawai yang terlibat akan meletakkan kes anda sebagai kes khas. biasanya
kalau dah kes khas tidak perlu sangat suka sama suka, tiba-tiba dapat jer pindah. barangkali setiap tahun
pegawai terbabit hanya akan ambil 2 kes jer utk dijadikan kes khas ( atas budi bicara pegawai mengikut
kritikal dan kesungguhan pemohon)

begitulah sebab -sebab yang biasa berlaku apabila tiba musim pertukaran guru. sebab dan kes yang
dinyatakan diatas adalah kes yang benar-benar berlaku melalui pengalaman admin blog . oleh itu tanya
diri sendiri kes anda yang mana satu. BANYAKKAN DOA DAN KALAU BOLEH SAYA SYORKAN PERGI BUAT
UMRAH ..... MOHON BETUL-BETUL DEPAN KAABAH....BERDOALAH DITEMPAT YANG PALING MUSTAJAB
DIDUNIA..... CARA INI PUN PERNAH BERLAKU.. MUDAHAN PERTUKARAN GURU MENGGEMBIRAKAN
HATI TUAN -TUAN DAN PUAN-PUAN SEMUA... ILA LIQA MAA SALAMAH

1. # telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di stesen berkenaan atau 3 tahun di kawasan


hidup susah; atau
2. # bagi mengikuti suami/isteri yang telah bertukar terlebih dahulu dengan syarat pegawai telah
berkhidmat melebihi setahun di pejabat terakhirnya; atau
3. # atas sebab-sebab kesihatan pegawai atau ahli keluarga (suami / isteri / anak-anak) dan ia perlu
pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan; atau
4. # bagi menjaga ibu / bapa yang uzur yang memerlukan jagaan rapi dan ia perlu pengesahan
daripada Pegawai Perubatan Kerajaan; atau
5. # atas sebab-sebab ketidaksesuaian penempatan berdasarkan kepakaran ilmiah atau keadaan
serba salah yang boleh memudaratkan pegawai

MEMOHON MENGAJAR DI NEGERI ATAU DAERAH BERHAMPIRAN DENGAN SEKOLAH ISTERI


KERANA:
1. BAGI MENGIKUTI ISTERI YANG BERKHIDMAT DI SEMENANJUNG DAN SAYA TELAH BERKHIDMAT
MELEBIHI DUA TAHUN DI KAWASAN PENEMPATAN PERTAMA YANG MERUPAKAN KAWASAN
PEDALAMAN.
2. SAYA TINGGAL BERJAUHAN DENGAN ISTERI YANG BARU MELAHIRKAN ANAK DAN
MEMERLUKAN PENJAGAAN RAPI SERTA SOKONGAN MORAL SUAMI, INI KERANA ISTERI
BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN DAN MENGALAMI PENDARAHAN DAN KECEDERAAN YANG
MEMERLUKAN RAWATAN YANG RAPI.
3. MEMBANTU MERINGANKAN BEBAN ISTERI YANG MENYARA DAN MENJAGA KEDUA IBU
BAPANYA YANG TIDAK BEKERJA DAN TELAH LANJUT USIA (UZUR) SERTA MENGHIDAP PENYAKIT
KRONIK IAITU SERANGAN JANTUNG, STROK DAN KENCING MANIS YANG MEMERLUKAN
RAWATAN YANG KERAP DI PUSAT PERUBATAN.
4. IANYA DITAMBAH PULA DENGAN KOMITMEN ISTERI TERHADAP KERJA DISAMPING
TANGGUNGJAWAB MENJAGA ANAK KAMI YANG MASIH KECIL BERUSIA 1 BULAN SETENGAH
DAN MENJADI TANGGUNGJAWAB SAYA JUGA SEBAGAI BAPA MEMBERI DIDIKAN SEBAIKNYA
BAGI MELAHIRKAN ANAK YANG CEMERLANG DAN MEMPUNYAI SAHSIAH MULIA DI MASA AKAN
DATANG.
5. DARI ASPEK KESELAMATAN DAN KECEMASAN, ISTERI YANG TINGGAL BERSAMA KEDUA IBU
BAPANYA YANG SUDAH UZUR DAN SEORANG ANAK BOLEH TERTEDAH KEPADA TRAGEDI
TRAGEDI YANG BOLEH MEMUDARATKAN KESELAMATAN DIRI ISTERI,ANAK DAN KEDUA IBU
BAPA (MERTUA).JIKA BERLAKU KECEMASAN,MASALAH UNTUK BERULANG-ALIK ANTARA
SARAWAK KE KELANTAN YANG MANA INI AKAN MELIBATKAN KOS YANG TINGGI JUGA PERLU
DITANGGUNG OLEH PIHAK SAYA.

6. 1.PEMOHON SUDAH MELEBIHI TEMPOH 3 TAHUN YANG DITETAPKAN BAGI GURU YANG
MENGAJAR DI KAWASAN PEDALAMAN DAN MEMBERI PELUANG KEPADA GURU BARU.
7. 2.PEMOHON AKAN BERKAHWIN PADA HUJUNG TAHUN DAN BERHARAP DAPAT DIPINDAHKAN
AGAR TIDAK MENJEJASKAN PERKHIDMATAN DI MASA MENDATANG.
8. 3.PEMOHON TELAH MEMOHON UNTUK MENYAMBUNG BELAJAR DAN MENGHARAPKAN
PERPINDAHAN AGAR TIDAK MENYULITKAN PROSES MENYAMBUNG BELAJAR.
9. 4.MENJAGA IBU YANG SUDAH LANJUT USIA DAN SER
10. KETIDAKSESUAIAN PENEMPATAN BERDASARKAN KEPAKARAN ILMIAH (GURU PENDIDIKAN
ISLAM) YANG SUDAH MENCUKUPI DI SEKOLAH DAN MELEBIHI KUOTA YANG DIPERLUKAN DAN
KEINGINAN PEMOHON UNTUK BERKHIDMAT DI SEKOLAH YANG KEKURANGAN GURU
PENDIDIKAN ISLAM DAN SITUASI KERJA YANG LEBIH MENCABAR.
11.
12. cara buat rayuan pertukaran guru
13. cara bt rayuan
xde peraturan untuk bt rayuan. tapi sy suka blajar dr rakan2. tgk diorg isi n bt.
Ape yg sy anta ialah :
1. salinan permohanan etukar yg di print dr internet ms isi etukar dulu
2. surat rayuan (surat rasmi bt sndiri je. nyatakan permohonan xberjaya. sebab nk
tukar. pilih negeri baru jika rs negeri yg dipohon sblm ni penuh)
3. surat keizinan suami (jika mohon di negeri yg lain dr tempat suami tinggal) surat ni
penting gak.penah mmber sy xdpt tukar hanya krn xde surat ni. surat bt sendiri
gak. format surat rasmi biasa je. nie kisah benar . sy sendiri ikut kwn bt rayuan
ke putrajaya ms tu. thn 2006. lpas bt surat nie, mmbr tu trus dpt blk penang.
4. surat pengesahan majikan suami. (utk sahkan tmpat suami bertugas)
5. salinan sijil nikah

yg penting, kte mesti cukup syarat iaitu cukup tempoh, ikut suami, ada fmly sakit dll.
kalo cukup syarat, muka xmalu nk berdpan dgn pengawai rayuan tu coz alasan dh kukuh.

negeri yg dipilih mesti ada kekosongan. cuba tnya rakan2 yg berpengalaman negeri mane
lg yg ssh msk..
semua dokumen lengkap n disokong pengetua. (caranya minta pengetua cop, tandatgn n
tulis 'disokong' pada surat rayuan yg kite bt tu.

cara hantar :

1. pd surat rayuan yg kte bt tu,alamat ke putrajaya, di akhir sekali tulis s.k Jabatan
Pelajaran Negeri.... dan Pejabat Daerah ....... yg asal anta ke putrajaya,fotostat 1
salinan pos ke JPN, 1 salinan lg pos ke PPD.

pastikan data emis kte di sekolah adalah yg terkini. rujuk guru data sek masing2.

nie yg sy usaha kan. sntiasa prihatin dgn tarikh2 tertentu. coz byk kes lewat dpt
maklumat.kalo rajin cal bhagian pertukaran putrajaya untuk info terkini.guru data n
media di sek biasanya tahu tentang tarikh2 pertukaran.

sy hanya dpt berkongsi pengalaman ni.gud luck untuk yg nk mencuba thn dpan.sy
doakan.amin. soe xdpt emailkan ape2 dokumen coz kompter sy br je di format...

wah... panjang lebar btl info sy. nie br btl2 guru. hahahaha. jgn boring bc ek
petikan dari: http://www.bicaraguru.com/showthread.php?578-rayuan-saya-berjaya-
(SRWK-KE-KL)-utk-Jan-2010

Tahniah kepada cikgu-cikgu yang berjaya dalam egtukar sesi Januari 2012 dan kepada cikgu
yang masih lagi belum berjaya, dan masih lagi ingin cuba membuat rayuan dan memohon
pertukaran sekolah antara negeri, dalam negeri, dalam daerah bagi sesi Januari 2012, ini
makluman yang Dahlia dapat dari rakan di Facebook Egtukar Untuk Guru.

Tempoh merayu ialah dari :

10 November 2011 hingga 24 November 2011

iaitu 2 minggu dari tarikh keputusan egtukar 2012 diumumkan.

Dokumen yang diperlukan ialah:-

1. Sesalinan borang permohonan (harap2 anda semua ada membuat salinan yg lebih semasa
membuat permohonan dulu),

2. Dokumen sokongan (seperti yg disertakan semasa membuat permohonan),

3. Surat Rayuan (format surat rasmi), dan

4. Cetak Surat Tidak Diluluskan itu..

Cara Mengemukakan Rayuan EGTukar 2012 :

Berjumpa secara personal dengan Ketua Sektor Pejabat Pelajaran masing-masing. Yg


berurusan di Putrajaya, sila rujuk terus ke Putrajaya..

Cikgu-cikgu yang nak buat rayuan pertukaran egtukar , sila rujuk Blog Toriq [klik] untuk
penjelasan lanjut berkenaan pengalaman beliau membuat rayuan egtukar.

Harap Membantu... cuba dan terus cuba ya!


Yang tinggalkan komen beserta HP untuk suruh KPM hubungi kalian, minta maaf, saya tidak
approve sb boleh membahayakan. Usaha sendiri ye cikgu.. Kita nak mintak, kita kena usaha
sungguh2, doa dan tawakal.

Kadang2 Allah tak bagi apa yang kita nak tapi Dia bagi apa yang kita perlu. Wallahualam.

SAYA adalah seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah ditukarkan dari Mersing
ke Lumut pada bulan Mei 2011. Isteri saya seorang guru.

Permohonan pertukaran isteri saya sebagai Guru Pendidikan Islam tidak diluluskan oleh Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor
(JPNJ).

Permohonan pertukaran isteri saya telah dibuat sebanyak dua kali dan rayuan sebanyak tiga kali bagi
Sesi Jun 2011 dan sesi Jan 2012.

Apa yang saya kesali ialah jawapan yang diberikan ialah tiada guru pengganti. Sampai bila KPM dan JPNJ
hendak menunggu guru pengganti? Siapa guru yang sanggup menawarkan diri untuk mengajar di
Daerah Mersing? Penduduk Mersing sendiri ada berkata, "Tiada orang yang nak datang ke Mersing ni
kecuali Pak Malau, anaknya Sri Mersing dan Damak". Walaupun sinis bunyinya tetapi ada kebenarannya.

Adakah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian ingin meminta saya menunggu selama enam bulan lagi
atau 12 bulan lagi sekiranya permohonan pada sesi Jun 2012 tidak diluluskan?

Isteri saya tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib sepanjang beliau berkhidmat dalam profesion
perguruan. Beliau memohon pertukaran kerana ingin mengikut suami dan saya telah memberikan
alasan-alasan yang munasabah melalui surat Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri dan
surat rayuan permohonan pertukaran bagi sesi Jun 2011 dan sesi Januari 2012. Pada masa yang sama
ada kekosongan mata pelajaran yang diajar di Daerah Manjung.

Saya telah memberikan justifikasi dan alasan-alasan yang munasabah seperti berikut:
l Dari aspek hubungan kekeluargaan, saya kini sudah tujuh bulan berjauhan dengan isteri dan anak-anak
yang kini menetap di Mersing, Johor. Saya akan berulang-alik setiap minggu dari Lumut ke
Mersing/Mersing ke Lumut yang memakan masa 12 jam perjalanan dan RM 800 sebulan kos
perbelanjaan pergi dan balik demi tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada empat orang
anak.

l Dari aspek kualiti kerja, sejak pertukaran saya ke Lumut, isteri terpaksa mengambil anak yang
bersekolah tadika pada pukul 12 tengah hari sedangkan pada masa tersebut beliau mempunyai kelas.
Kesannya, telah mengganggu masa pengajaran dan pembelajaran beliau. Bukan itu sahaja, anak
terpaksa dibawa ke kelas sedangkan sebelum ini saya yang menguruskan anak yang bersekolah tadika.

l Dari aspek pengurusan masa, isteri saya kadang-kala lewat hadir ke sekolah kerana menguruskan anak-
anak untuk hadir ke sekolah. Ini akan menjejaskan kualiti kerja beliau sebagai seorang guru. Perkara
sedemikian tidak pernah berlaku sebelum saya bertukar tempat bertugas.

l Dari aspek keselamatan, isteri saya sekarang sedang sarat mengandung anak kelima. Pada 13 hingga 18
November 2011 yang lepas, beliau telah dimasukan ke wad Hospital Daerah Mersing.

Saya terpaksa mengambil cuti tahun bagi pengurusan keluarga dan anak-anak sekolah. Persoalannya
sekarang bagaimana isteri saya terpaksa berhadapan situasi yang sama dengan ketiadaan saya untuk
memandu kereta ke tempat kerja, pengurusan kerja dan anak-anak sehingga bulan Jun 2012?

Masalah juga timbul, apabila isteri saya dihantar berkursus selama tiga hingga empat hari di luar Daerah
Mersing. Saya terpaksa mengambil cuti tahun walaupun pada ketika itu ketua jabatan tidak menyokong
cuti tahun saya atas sebab-sebab tugas yang perlu dilaksanakan.

Adakah KPM dan JPNJ hendak menunggu berlakunya tragedi yang tidak diingini ke atas isteri saya?
Walaupun KPM dan JPNJ ada 1001 alasan yang diberikan, sepatutnya KPM dan JPNJ memberikan
keutamaan kepada kami warga tentera yang kerap bertukar ke pasukan baru.

Adakah KPM dan JPNJ hanya memikirkan pelajar yang ketiadaan guru sedangkan KPM dan JPNJ tidak
memikirkan guru yang ketiadaan suami dan anak yang ketiadaan bapa?
Janganlah KPM dan JPN bersikap pilih bulu. Ada guru yang posting cukup mudah dengan alasan ingin
pulang ke kampung dengan sebab 'ada yang dikenali'.

Saya mengharapkan isteri saya mempunyai azam dan semangat juang yang tinggi dan dapat memberi
komitmen dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan sebagai seorang
pendidik demi agama, bangsa dan negara sempena tahun baru 1433H dan 2012.

ADUAN RAKYAT

Lumut, Perak

Posted by lhakim at 8:03 AM

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

1 comment:

1.

AnonymousMay 30, 2012 10:48 AM

Saya bersimpati diatas apa yang berlaku. Kita mempunyai masalah yang sama. Tetapi saya seorang
guru wanita yang bertugas di Sabah manakala suami pula bertugas di Kuala Lumpur. Saya sudah
membuat dua kali permohonan atas alasan mengikut suami. Cuma apa yang mendukacitakan, bila
ditanya berkaitan dengan perkhidmatan, pihak KPM tidak menerima alasan setahun setengah
perkhidmatan saya. Sedangkan jika dinilai dari aspek yang sama, ramai guru-guru lain yang sebelum ini
lebih singkat berkhidmat dari saya mudah je diluluskan permohonannya. Mungkin saya perlu akui
dengan dasar itu. Tetapi bagaimana pun dengan lafaz taklik yang suami saya jatuhkan. Hukum Tuhan tak
boleh dibuat main. Kita orang Islam sedia maklum apa yang termaktub dalam Al-Quran dan Al-Hadis.
Bukan itu sahaja, nilai sejauhmana keberkesanan slogan-slogan yang diutarakan oleh pihak kerajaan..
"KELUARGA BAHAGIA" - Apa maksudnya.. Kalau dah tak boleh dipindahkan walau pun sebab alasan
penceraian, baik ubah je kepada slogan "KELUARGA SEMENTARA" Tak pun apa maksud "

1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Baik je pindahkan slogan tu "Pencapaian


Diutamakan, Rakyat Dikemudiankan". Sb, potensi seseorang bekerja tu bergantung kepada situasi atau
keadaan seseorang dari aspek fizikal dan mental. Kalau dah mental rasa tertekan je dengan masalah
kesannya kepada fizikal. Jadi musnahlah pada pelajar.
kepada guru-guru yang responds terima kasih diucapkan.

Maklumat tambahan
1. Bagi guru lelaki yang mohon bertukar, hendaklah melampirkan surat pengesahan majikan isteri. Surat
sokongan itu tak perlu cuma jika cikgu nak menambahkukuhkan alasan permohonan Cikgu boleh
menulis kepada pengerusi panel yang dimaksudkan melalui dan salinan Pengetua/Guru Besar.

2. Permohonan menggunakan borang manual masih ada khususnya untuk mereka yang berada pada
jawatan kenaikan pangkat dan penyandang adalah duduk atas gred hakiki misalnya DG44 atau Guru
Cemerlang.

3. Pertukaran Antara Daerah dulunya digunakan untuk Pertukaran Antara Bahagian.

terima kasih.

PERMOHONAN PEGAWAI INI DISOKONG SEPENUHNYA DI ATAS SEBAB-SEBAB YANG DIBERIKAN DAN
BERKHIDMAT LEBIH EMPAT TAHUN DI STESEN YANG SAMA.

Kawasan (P079) : Lipis. P079-LIPIS. Y.B. Dato' Dr.Mohamad Shahrum bin

Osman. Alamat : Lot 3, TIngkat 1, Annexe Centrepoint, 27200 Kuala Lipis,

Pahang

Pejabat Pelajaran Daerah Lipis Kuala Lipis Pahang Darul Makmur 27200 Malaysia

Phone: +609-3121455

Email: ppd.lipis@moe.gov.my

+609-3121595

Website: http://www.moe.gov.my/ppdlipis

JABATAN PELAJARAN PAHANG

BANDAR INDERA MAHKOTA

25604 KUANTAN PAHANG.

NO.TEL:095715700
FAX:095734857