Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGACARA MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-9 2017

SK ST MARY TOWN (M), SANDAKAN

BIL AGENDA CUE TEKS

1. Para hadirin Para hadirin Mohon perhatian kepada semua hadirin, bagi melancarkan majlis kita pada hari ini, sila
mengambil mengambil tempat pastikan telefon bimbit anda berada dalam mode senyap.
tempat
Hadirin juga diminta untuk mengurangkan pergerakan keluar masuk dewan semasa
majlis berlangsung.

Semua hadirin diminta berdiri ketika Yang Berbahagia masuk diumumkan dan nyanyian
Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu Sekolah. terima kasih.

2. Ketibaan Selepas mendapat Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia ENCIK RAMLAN JAGAH TIMBALAN
tetamu isyarat VIP masuk ke PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SANDAKAN.
dalam dewan.
jemputan

Nyanyian lagu Apabila VIP telah Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku Dan Lagu
Negaraku berada di tempat Sekolah dengan iringan muzik. Para hadirin diminta bersedia.
duduk utama

(NYANYIAN LAGU)

Apabila lagu sekolah Para hadirin dipersilakan duduk.


tamat dinyanyikan.
3. Bacaan doa. Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Rev.Father Stanley
William Matakim, ______________________

(BACAAN DOA)

Selepas selesai Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
bacaan doa
Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi memberkati majlis pada hari ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan En
Effendi Amat untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

(BACAAN DOA)

Selepas selesai Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas pimpinan
bacaan doa bacaan doa sebentar tadi.

4. Ucapan Alu- Apabila VIP dan para Sayang merbah mencari makan
aluan hadirin selesai Terbang seiring di hujung muara
Selamat datang kami ucapkan
mengambil tempat Awal salam pembuka bicara
duduk.
Yang Berbahagia
1. EN RAMLAN JAGAH , TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SANDAKAN
2. Rev.Father Stanley William Matakim, __________________________________
3.

Yang Berusaha,
EN. JAMA ANAK RIGOG, Guru Besar Sekolah Kebangsaan St Mary Town
Encik Shamsul Kamal Bin Hj Rafiee, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan St Mary Town

Yang Dihormati,
1. PN RUSMAH JAMPI, PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SK ST MARY TOWN
2. EN FREEEDY ANAK GRAMAN, PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, SK ST
MARY TOWN
3. PN LEE MUI LI@ MARY LEE, PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SK ST MARY
TOWN
4. PN. MIMI YONG MING MEE, PENOLONG KANAN PETANG SK ST MARY TOWN
Barisan Guru-Guru,
Barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Para ibu bapa,
Serta murid-murid yang diraikan sekalian.

Salam sejahtera dan salam sehati sejiwa. Limpahan syukur kehadrat Ilahi kerana
dengan rahmat dan kurnia-Nya kita dapat berkumpul di dalam dewan yang indah ini
bagi meraikan Majlis Konvokesyen Kali Ke-9 Sesi 2017 Sk St Mary Town.
Majlis terlebih dahulu merakamkan sekalung terima kasih atas keprihatinan dan
kesudian Yang Berbahagia EN. RAMLAN JAGAH serta semua hadirin kerana sudi
meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan majlis ini.

5. Ucapan Hadirin dan hadirat sekalian,


Guru Besar
Kini majlis mempersilakan Yang Berusaha EN JAMA ANAK RIGOG, Guru Besar SK ST
Mary Town untuk menyampaikan ucapan semangat serta dorongan buat murid-murid
yang diraikan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

(UCAPAN GURU BESAR)

Selepas ucapan Guru Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha EN JAMA ANAK RIGOG
Besar. atas ucapan sebentar tadi.

6. Ucapan Sudilah tuan tampil ke depan,


Perasmi Tampil ke depan tersenyum manis,
Sudilah tuan beri ucapan,
Beri ucapan merasmi majlis.
Majlis dengan itu mempersilakan Yang Berbahagia EN. RAMLAN JAGAH TIMBALAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SANDAKAN untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Konvokesyen Kali Ke-9 Sesi 2017 Sk St Mary Town.

Majlis dengan penuh hormatnya mempersilakan.

(UCAPAN PERASMI)

Sebaik sahaja ucapan Hadirin yang dihormati sekalian, maka dengan itu rasmilah sudah majlis kita pada pagi
perasmian ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Yang Berbahagia EN.
RAMLAN JAGAH atas ucapan perasmian sebentar tadi.

7. Persembahan Sidang hadirin sekalian, sebelum meneruskan majlis, marilah sama-sama kita
koir menyaksikan persembahan lagu yang bertajuk TERIMA KASIH NYANYIAN ASAL FAIZAL
TAHIR DAN KUASA CINTA NYANYIAN ASAL EZAD LAZIM yang akan disampaikan oleh
kumpulan koir SK ST Mary Town. Untuk pengetahuan para hadirin, lagu Terima Kasih
ini ditujukan khas buat guru-guru yang telah mendidik mereka selama ini di Sk St Mary
Town. Manakala lagu Kuasa Cinta pula ditujukan khas buat semua ibu bapa yang telah
berkorban demi anak-anak tahun 6 ini. Oleh itu, sama-sama kita saksikan.

(NYANYIAN KOIR)

Selepas habis Hadirin sekalian, lagu itu tadi telah dinyanyikan oleh kumpulan koir dengan anggotanya
nyanyian koir seramai 35 orang di bawah pimpinan PUAN SUZANA USIR.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan sebentar tadi.

8. Penyampaian Berkebaya batik berwarna merah,


Skrol Sesi 1 Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Kini, tibalah kita ke acara penyampaian skrol sidang pertama. Untuk itu, majlis dengan
penuh sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Puan Maureen Lai dan Encik
Syamsul Kamal Bin Hj Rafiee bagi menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia EN.
RAMLAN JAGAH untuk menyempurnakan acara. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Apabila VIP sudah Dipersilakan penerima pertama,


bersedia di pentas

Selepas penerima
Seterusnya
sebelumnya turun
dari pentas utama

(PENYAMPAIAN SKROL)

Selepas penerima Majlis merakamkan ucapan setinggi-tingi penghargaan kepada Yang Berbahagia EN.
terakhir selesai
RAMLAN JAGAH atas kesudian beliau menyampaikan anugerah sebentar tadi.
menerima anugerah
Persembahan
9. Tayangan Slaid Hadirin sekalian,

Majlis akan berhenti rehat buat seketika.

Bersarang merbah di pohon nangka


Manis madunya pabila dimakan
Majlis kini berehat seketika
Pelbagai persembahan kami sembahkan.

Sebagai halwa telinga dan mata, kita meriahkan majlis kita pada hari ini dengan
tayangan slaid yang bertemakan persahabatan dan kenang-kenangan daripada murid-
murid Tahun 6.

(TAYANGAN SLAID)

Selepas tayangan Begitulah tadi persembahan slaid daripada murid-murid Tahun 6 yang disediakan oleh
slaid
Encik Christopher Choo. TERIMA KASIH DIUCAPKAN,
Penyampaian
10. Skrol Sesi 2 Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian skrol sidang ke-2 kepada para graduan.
Oleh itu, majlis sekali lagi mempersilakan Yang Berusaha Puan Maureen Lai dan Encik
Syamsul Kamal Bin Hj Raffiee, menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia EN.
RAMLAN JAGAH untuk menyempurnakan acara.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Apabila VIP sudah Penerima skrol pertama bagi sidang ke-2 ialah
bersedia di pentas

Seterusnya
Selepas penerima
sebelumnya turun (PENYAMPAIAN SKROL SESI 2)
dari pentas utama

Selepas penerima
terakhir selesai Diminta Yang Berbahagia, Guru Besar Dan YDP PIBG untuk kekal berada di atas pentas
menerima anugerah bagi acara penyampaian anugerah khas.

11. Penyampaian Sidang hadirin sekalian,


Anugerah Khas
Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah khas. Anugerah ini dibahagikan
kepada 4 kategori iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Kokurikulum
Cemerlang, Anugerah Akademik Cemerlang, dan Anugerah TOKOH MURID.

Bagi anugerah murid pilihan guru, penerimanya merupakan ..


Tahniah diucapkan.

Selepas tamat Sekali lagi majlis mengucapkan tahniah kepada para penerima anugerah khas.
penyampain anugerah
khas perkhidmatan.
Seterusnya sebagai penghargaan daripada pihak sekolah, majlis dengan segala
12. Penyampaian hormatnya mempersilakan Yang Berusaha EN. JAMA ANAK RIGOG Guru Besar SK St
Cenderahati Mary Town untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia EN. RAMLAN
JAGAH. Dipersilakan.

(PENYAMPAIAN CENDERAMATA)

Selepas selesai Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Maureen Lai atas
penyampaian kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi.
cenderamata
13 Persembahan Seterusnya kita hangatkan lagi majlis ini dengan persembahan lagu yang bertajuk I
Koir BELIEVE I CAN FLY NYANYIAN ASAL R. KELLY DAN SERIBU IMPAN NYANYIAN ASAL
CASEY Yang akan disampaikan oleh kumpulan koir SK ST Mary Town. Untuk
pengetahuan para hadirin, lagu INI MENCERITAKAN MENGENAI PERJALANAN SUKA
DUKA MURID-MURID INI SEPANJANG MEREKA MENUNTUT ILMU DI SK ST MARY
TOWN. Oleh itu, sama-sama kita saksikan.

(NYANYIAN KOIR)

Selepas selesai Hadirin sekalian, lagu itu tadi telah dinyanyikan oleh kumpulan koir dengan anggotanya
persembahan koir. seramai 35 orang di bawah pimpinan PUAN SUZANA USIR.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN.
14 BERGAMBAR MAJLIS DITERUSKAN DENGAN ACARA BERGAMBAR BAGI GURU-GURU SK ST MARY
GURU-GURU TOWN. DIJEMPUT SEMUA GURU UNTUK MENGAMBIL TEMPAT MASING-MASING DI
ATAS PENTAS.

SETERUSNYA, DIJEMPUT KELAS _____UNTUK BERGAMBAR DI ATAS PENTAS.

15. Penutup. Sidang hadirin yang dimuliakan,


Dengan ini selesailah sudah Majlis Konvokesyen Kali Ke-89Sesi 2017 Sk St Mary Town.
Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia EN.
RAMLAN JAGAH, tetamu kehormat dan para hadirin sekalian yang telah menyerikan
dan menjayakan majlis konvokesyen pada pagi ini.

Kepada para murid yang diraikan, diharapkan majlis yang gilang gemilang ini dapat
membakar semangat dan membuka ruang untuk murid-murid terus memajukan diri.
Sesungguhnya doa dan harapan kami akan sentiasa bersama kalian.

Akhir kata

Bunga dedap di atas para


Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta.

Hinggap cemara di pagar besi


Mencari makan di awal pagi
Selesai sudah majlis graduasi
Dilain masa bersua lagi.

Sekian, wabilahi taufik walhidayah assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai