Anda di halaman 1dari 4

Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani Kelas : 5 Bijak Bilangan murid : 35 orang

Tajuk : Lari Berganti-ganti


Masa : 7.30pagi 8.00 pagi
Standard pembelajaran : 1.9.2, 2.9.3, 5.3.2
Objektif pembelajaran : Berkebolehan melakukan kemahiran asas berlari dan menukar baton dalam zon pertukaran.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:


1. Tukar Baton
1.1. Murid dalam kumpulan kecil. Berada di kawasan permainan masing-masing.
1.2. Murid pertama dari setiap kumpulan berada di garisan permulaan.
1.3 Dua orang murid lain berada di luar petak pertukaran A dan B
1.4 Murid pertama di petak B akan berlari sambil membawa baton dan memberi baton kepada murid di petak A
1.5 Murid di petak A akan menerima baton dan berlari kea rah petak B. Murid di petak B akan menerima baton dan terus
berlari ke petak A semula.
1.6 Ulang beberapa kali.
2. Aktiviti Surat Ekspres
2.1. Murid dalam dua kumpulan kecil berada di kawasan berlari
2.2. Murid pertama dari setiap kumpulan berada di tempat permulaan
2.3. Dua orang murid dari setiap kumpulan berada di zon pertukaran A dan B.
2.4 Apabila murid pertama mula berlari sambil membawa baton, murid A dan B berdiri di garisan menunggu A dan B.
2.5 Apabila murid pertama dari kumpulannya sampai ke penanda, murid A dan B yang berada di garisan menunggu mula
berlari ke hadapan. Pertukaran baton berlaku di dalam zon pertukaran.
2.6 Aktiviti diteruskan sehingga semua pelari selesai giliran memberi dan menerima baton.
2.7 Ulang aktiviti sehingga semua ahli kumpulan berlari dan menukar baton.
3. Permainan Kecil : Lari Berganti-ganti U
3.1.Murid dalam kumpulan kecil.
3.2 Seorang murid dari setiap kumpulan berada di tempat ditetapkan.
3.3 Apabila isyarat diberi, murid lumba lari berganti-ganti sambil membawa baton dan memberi baton kepada rakan
sepasukan yang berada di zon pertukaran.
3.4 Kumpulan yang tiba dahulu dikira pemenang.
4. Menyejukkan badan secara berpasangan

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) :


Keusahawanan : Kesanggupan belajar dari kesilapan

Bahan Bantu Belajar: Skital, baton dan wisel

Penilaian pengajaran dan pembelajaran:


a. Senarai semak lari berganti-ganti
Refleksi :