Anda di halaman 1dari 4

(https://itunes.apple.

com/gb/app/utus
(https://play.google.com/store/apps/details?
borneo-
(https://www.facebook.com/UtusanBorneoOnline/)
(https://twitter.com/utusanborneo/)
id=com.borneopostonline.utusanborneo)
online/id917583812)

Halaman Utama (/) Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) Guru prasekolah perlu


bertutur bahasa Inggeris

Guru prasekolah perlu bertutur bahasa


Inggeris
2016-09-22

Ia bagi memudahkan penguasaan bahasa itu di peringkat pendidikan awal, kata Fatimah

// Oleh Mohd Shafik Ahmad //


BERKUALITI: Fatimah ketika menunjukkan contoh prasekolah berkualiti sambil
disaksikan Hasidah semasa sidang media di pejabatnya di Kuching semalam.

KUCHING: Tenaga pengajar prasekolah perlu berani bertutur dalam bahasa Inggeris bagi memudahkan
penguasaan bahasa itu di peringkat pendidikan awal.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Masyarakat Datuk Fatimah Abdullah berkata langkah
tersebut bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di tadika.

Bagaimanapun, jelasnya penggunaan kaedah tersebut harus dilaksanakan dengan menggunakan teknik yang
menceriakan bagi memudahkan pemahaman.

Gunakan pelbagai cara seperti melalui lagu, permainan malah lakonan (drama) juga berkesan dalam teknik
pengajaran.

Dengan cara ini mereka (kanak-kanak) dapat mengikuti tunjuk ajar para guru prasekolah untuk belajar
bertutur bahasa Inggeris, katanya.

Fatimah berkata demikian pada sidang media di pejabat kementeriannya di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau menekankan faktor kesungguhan perlu ada dalam kalangan guru prasekolah untuk
belajar bahasa Inggeris dari mula.

Tingkatkan kesedaran sejak dari mula lagi untuk belajar bahasa Inggeris, kita harap selepas ini pelajar-
pelajar fasih berbahasa Inggeris.


Supaya kebolehan mereka bertutur bahasa itu sama seperti penguasaan dalam bahasa Melayu, ujar
Fatimah.

Bercakap mengenai Konvensyen Pendidikan Prasekolah Siri Ke-11 Bagi Tahun 2016, beliau berkata majlis
itu akan diadakan di Hotel Kingwood Sibu pada 23 hingga 25 September ini dengan tema All Children Can
Speak English.

Menurut Fatimah, pihaknya telah menerima sebanyak 580 penyertaan yang membabitkan para guru
prasekolah dari seluruh negeri Sarawak.

Pemilihan tema itu selaras dengan hasrat kerajaan dalam meningkatkan kesedaran dalam kalangan peserta
tentang isu semasa berhubung pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dalam pendidikan awal kanak-
kanak.

Selain itu kemahiran pedagogi dan ilmu mengenai penguasaan bahasa itu dapat ditingkatkan dalam
kalangan pengajar, katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengumumkan sebanyak tujuh prasekolah dan tadika
disenaraikan untuk penilaian institusi pendidikan awal kanak-kanak berkualiti setelah mencapai tahap
penanda aras yang ditetapkan.

Antaranya Prasekolah SK Paon Temaga, Tabika KEMAS Taman Sepakat Jaya, Kelab Tabika Perpaduan
Sekama, Tadika Rhema Tabuan Jaya, Tadika Yayasanku Sayang, Tadika Sri Keria dan Tadika SeDidik
Kampung Igan.

Fatimah ketika ditemui mahu lebih banyak prasekolah mencapai tahap penanda aras berkualiti sekali gus
melahirkan modal insan yang cemerlang pada masa akan datang.

Turut hadir Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga Sharifah Hasidah
Sayeed Aman Ghazali.

Kategory Sarawak (/sarawak)

Facebook (https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=http://www.utusanborneo.com.my/2016/09/22/guru-prasekolah-perlu-bertutur-bahasa

Twitter (https://twitter.com/intent/tweet?text=$twitter_msg&url=http://www.utusanborneo.com.my/2016/09/22/guru-prasekolah-perlu-bertutur-b
Google+ (https://plus.google.com/share?url=http://www.utusanborneo.com.my/2016/09/22/guru-prasekolah-perlu-bertutur-bahasa-inggeris)
Email (mailto:?subject=$title&body=http://www.utusanborneo.com.my/2016/09/22/guru-prasekolah-perlu-bertutur-bahasa-inggeris)
Print


Carian

Utusan Borneo Online


135,334 likes

Like Page Share

Be the first of your friends to like this

Copyright 2017, Utusan Borneo Online