Anda di halaman 1dari 1

No.

Telefon : 05-8073704
No. Fax : 05-8050420

Ruj. Kami: SKLJ/0/17 (02)


Tarikh : 8 OGOS 2017
Kepada:

Ibubapa / Penjaga,
Murid-murid Tahun 6,
SK Long Jaafar, 34600, Kamunting, Perak.

Tuan/Puan

JEMPUTAN KE PROGRAM TEMUMURNI GURU-GURU DAN IBU BAPA TAHUN 6

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan sukacitanya pihak sekolah ingin menjemput Tuan/Puan untuk hadir ke Program Temumurni bagi
membincangkan keputusan percubaan dan inisiatif terakhir yang boleh dilakukan menjelang UPSR 2017.

3. Perjumpaan ini akan diadakan pada :

Tarikh : 11 Ogos 2017 (Jumaat)

Masa : 2.30 ptg

Tempat : Bilik Seri Gading, SK Long Jaafar

4. Perjumpaan ini bertujuan untuk memberi pencerahan kepada ibu bapa mengenai tips dan usaha terakhir
yang boleh dilaksanakan oleh pihak ibu bapa bagi membantu anak-anak untuk menduduki peperiksaan yang
akan berlangsung kurang dari sebulan.

5. Segala kerjasama dan keprihatinan semua ibu bapa untuk membantu menjayakan program ini didahului
dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

..
(TN HAJI MOHD NASIR BIN ABU BAKAR)
Guru Besar
SK Long Jaafar