Anda di halaman 1dari 2

Saya bersetuju Tamadun islam banyak memberi pengaruh kepada Tamadun Melayu

Antaranya ialah seperti berikut :

Pendidikan

- Sistem pendidikan telah wujud di Tanah Melayu akan tetapi kedatangan pendakwah dari Negara
Arab telah mempengaruhi cara pendidikan di tanah melayu dan menyebabkan system
pendidikan di Tanah Melayu lebih tersusun. Golongan bawahan juga berpeluang mempelajari
ilmu seperti orang atasan buktinya banyak madrasah dan pondok dibina supaya kesemua
masyarakat dapat mempelajari ilmu.Dorongan belajar bermula dengan pengajaran membaca Al
Quran dan kitab-kitab yang ada ketika itu.natijahnya banyak cendekiawan dan intelektual dalam
golongan melayu telah lahir dan berfungsi membantu meluaskan ilmu pengetahuan kepada
masyarakat melayu

Agama dan kepercayaan

Kepercayaan kepada banyak Tuhan yakni kepercayaan animism,dinamisme dan politeisme Berjaya
digubah kepada kepercayaan kepada yang Maha Esa. Yakni Allah S.W.T.selain itu juga Berjaya merubah
pemikiran , akidah,budaya dan tingkah laku masyarakat melayu ketika itu.Pendakwah telah Berjaya
menarik pemerintah ketika itu dengan kecantikan agama islam dan kesannya para rakyat dan pengikut
turut mengamalkan agama islam dan ketika itu juga masyarakat yang berpuak-puak menjadi satu kerana
mempercayai akidah yang sama kerana agama islam itu sendiri tidak mengira bangsa ,kaum dan
agama.islam itu bersaudara.

Bahasa dan kesusasteraan

Bukti keteguhan islam di tanah melayu ketika itu ialah dengan kewujudan penggunaan bahasa jawi oleh
orang melayu dan tulisan arab juga diperkenalkan ketika itu.masyarakat melayu juga menyuaikan
bahasa arab kepada bahasa melayu.perubahan ini juga dikenali sebagai bahasa jawi.ia berperanan untuk
menulis kitab kitab agama,hikayat, undang-undang dan oentadbiran.

Undang-undang islam

Undang-undang menjadi lebih teratur dan jelas apabila budaya islam telah merasao kedalam
masyarakat melayu ketika itu.buktinya sistem perundangan lebih jelas dan adil kepada setiap
orang.sistem perundangan yang terlaksana berkisar dalam bidang keluarga(munakahat),jual
beli(muamalat) jenaya(inayat) kemasyarakatan(muamalat).terbukti dengan naskah melayu dalam
perundangan seperti hokum kanun melayu Melaka yang mengandungi 27 fasal undang undang dan
undang undang Melaka yang terkandung dalam muzium british yang mengandungi 44 fasal,sistem iini
wujud untuk menjamin kemakmuran dari semua masyarakat
Politik dan pemerintah

Sistem politik ketika itu digubah apabila kedatangan islam ketika itu. Buktinya agama islam telah
ditabalkan sebagai agama rasmi di Melaka.instisusi islam juga diwujudkan bagi membantu
mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskan islam.beberapa jawatan seperti imam , kadi dan
sebagainya telah diwujudkan bagi melaksanakan peraturan peraturan yang telah ditetapkan.Sultan
berkuasa penuh bagi menguruskan dalam urusan pentadbiran Negara.Sultan berperanan menguruskan
sistem pentadbiran berjalan dengan lancer dan berkesan.kesannya kerajaan Melayu ketika itu amat
maju dan stabil

Adat dan Cara hidup

Adat dan cara hidup yang bertunjangkan pegangan animisme dan hinduisme telah diganti dengan cara
dan budaya yang cantik dalam Agama Islam.Adat melayu menjadi lebih kemas dan tersusun dengan
pegangan agama islam itu sendiri.Pegangan syirik dan perkara karut telah disingkirkan daripada
pegangan masyarakat ketika itu akan tetapi tidak semua.cara hidup yang lebih harmoni telah wujud dan
keadilan dalam keluarga iaitu dan ikutan nenek moyang juga digantikan dengan pegangan kepada Al
Quran dan Sunnah.

Kesimpulan

Kedatangan pendakwah islam dari Negara Arab Berjaya mengubah Tamadun Melayu ketika itu dan
natijahnya ialah kita sekarang dapat mengamalkan agama islam itu sendiri.islam itu syumul.menyeluruh
dalam semua perkara dari segi keluarga,ekonomi,perundangan,perkahwinan dan banyak lagi dalam
menguruskan kehidupan seharian dan tidak tertumpu kepada kehidupan di dunia bahkan di akhirat.

Anda mungkin juga menyukai