Anda di halaman 1dari 2

Ulang Kaji PT3 - Peribahasa (Bahagian 12)

Tulis peribahasa yang sesuai untuk setiap ayat di bawah.

1. Belakangan ini, pelbagai produk penjagaan kesihatan dan kecantikan yang muncul di pasaran.
2. Arman makan dengan gelojoh sekali tanpa memikirkan orang lain di sekitarnya.
3. Walaupun ditangkap ketika sedang mencuri, lelaki itu tetap menafikan tindakannya.
4. Nasihat wanita itu tidak memberi sebarang kesan kepada anaknya yang degil.
5. Tiga beradik itu hilang tempat bergantung setelah ibu bapa mereka terkorban dalam satu kemalangan ngeri.
6. Perangai dan perwatakan Ariff saling tidak tumpah seperti ayahnya.
7. Myra terlalu merindui kekasihnya yang berkursus di luar negara selama setahun.
8. Meskipun selalu berselisih faham, Tiara dan adiknya tetap akan berbaik semula.
9. Amira rajin membantu ibunya melakukan kerja-kerja rumah walaupun tanpa disuruh.
10. Salim sering ditegur oleh ibunya kerana selalu tidak menyudahkan kerja yang dilakukan.

Latihan Soalan Peribahasa PT3 - Bahagian 13

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat-tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan.

Soalan 1

Jurulatih itu hanya memilih pemain yang disukainya untuk bermain dalam setiap perlawanan. ___(1)___. Tindakan
jurulatih tersebut telah menyebabkan pemain-pemain tidak saling bekerjasama. ___(2)___.

Soalan 2

Rizal secara tidak sengaja telah menyinggung perasaan ayahnya sehingga ayahnya merajuk. ___(3)___.

Untuk memujuk ayahnya, Rizal telah memasak masakan kegemaran ayah. ___(4)___.

Soalan 3

Pegawai bank itu telah dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa menggelapkan wang pelanggan. ___(5)___.

Pegawai bank itu tidak jujur walaupun telah diamanahkan untuk menjaga maklumat kewangan pelanggan. ___(6)___.

Soalan 4

Pengalamannya yang tidak seberapa kerana baru sahaja bekerja tidak melayakkan dia menjawat jawatan sebagai
Ketua Pengurus. ___(7)___.

Walau bagaimanapun, dia tidak berputus asa kerana baginya jika hendak berjaya, dia perlu berusaha bersungguh-
sungguh. ___(8)___.

Soalan 5

Rafiq menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih-sayang. ___(9)___.

Namun begitu, setelah mereka berjaya, mereka lupa akan pengorbanan ayah mereka. ___(10)___.

Anda mungkin juga menyukai