Anda di halaman 1dari 3

Laporan Program Motivasi Kecemerlangan Akademik Tahun 6 2017

Pada 28 dan 29 Julai 2017 yang lalu, sebuah Kem Motivasi UPSR telah diadakan di
Kampung Sukan Petronas, Miri. Empat buah sekolah telah bergabung untuk menjayakan
program ini iaitu SK Kelapa Sawit No. 3, SK Rumah Tinggi, SK Rumah Barat dan SK
Sungai Bakas. Pada tahun ini SK Rumah Barat telah dipertanggungjawabkan untuk
mengelola program ini dengan dibantu oleh guru-guru dan staf-staf sokongan dari tiga buah
sekolah yang lain.

Kem Motivasi UPSR ini melibatkan 32 orang peserta yang terdiri daripada murid-
murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Objektif program
ini diadakan adalah untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran UPSR dari segi kualiti
dan kuantiti, melahirkan murid-murid yang berjaya dengan cemerlang dalam UPSR dan
merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan guru dan murid dari empat buah sekolah.

Pada hari Jumaat bersamaan 28 Julai 2017, semua peserta telah berkumpul di
Kampung Sukan Petronas, Miri dengan diiringi guru-guru dari sekolah masing-masing.
Aktiviti dimulakan dengan slot bagi teknik menjawab kertas Bahasa Inggeris dan Bahasa
Melayu. Pada sebelah petangnya pula, para peserta menjalankan aktiviti riadah untuk
merehatkan minda setelah penat belajar. Aktiviti yang dijalankan pada sebelah malam pula
adalah aktiviti motivasi pelajar dan cop tapak tangan pelajar pada kain rentang serta aktiviti
burung hantu. Pelbagai kerenah dan telatah peserta dapat dilihat semasa menjalankan aktiviti
ini. Tujuan aktiviti burung hantu ini diadakan adalah untuk memupuk sifat keberanian dan
keyakinan dalam diri para peserta program.

Pada keesokan harinya pula iaitu 29 Julai 2017, selesai sesi moral dan agama, aktiviti
senamrobik dan sarapan pagi, program diteruskan dengan teknik menjawab kertas Matematik
dan Sains. Selepas itu para peserta dibenarkan untuk berehat dan berlatih dalam kumpulan
masing-masing untuk dipersembahkan dalam majlis penutupan. Sebelum majlis penutupan
bermula, sesi refleksi diri telah diadakan. Beberapa orang peserta telah membuat refleksi diri
hasil pengalaman mereka sepanjang berada dalam program tersebut. Selepas itu majlis
penutupan berlansung dengan lancar dan meriah sekali. Selepas berkemas, semua guru, staf
sokongan dan para peserta pun bersurai.
Semoga dengan perlaksanaan program ini para peserta mendapat banyak ilmu dan
semangat yang membara untuk menempuh peperiksaan UPSR bagi tahun 2017. Semoga
program ini akan dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

Disediakan oleh, 1 OGOS 2017

______________________________
(PUAN FARHANA BT. MALIKI)
AJK Dokumentasi,
Kem Motivasi UPSR 2017.
LAMPIRAN