Anda di halaman 1dari 2

SEHATI, SEJIWA

Ruj:SKKP 40/006/1(61)
Tarikh:15 Oktober 2015

YDP PIBG
SK Kuala Pegang
09110 Baling
Kedah Darul Aman
Melalui dan Salinan
Guru Besar
SK Kuala Pegang

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Dengan segala hormatanya perkara diatas dirujuk.Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang akan
mengadakan program lawatan sambil belajar ke Sungai Petani ( Hotel SP Inn) 17 OKTOBER 2015

2. Program lawatan sambil belajar ini merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan
untuk member pendedahan dan pengelaman secara langsung kepada murid-murid.Lawatan ini terdiri
daripada 40 orang murid dan 8 orang pengiring.

3. Sehubungan itu,saya ingin memohon sumbangan ikhlas dari pihak tuan untuk menampung
perbelanjaan .

4. Saya amat berharap permohonan untuk mendapatkan sumbangan program ini dapat
dipertimbangkan dengan sewajarnya.Segala sumbangan yang dihulurkan amatlah kami hargai dan
didahulukan dengan ucapan terima kasih

Sekian,terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

.
(RADZIAH RAZALI)
Penyelaras Kelab B. Inggeris
SK Kuala Pegang.

Beri Nilai