Anda di halaman 1dari 6

SK TAMAN BUKIT INDAH

68000 AMPANG
SELANGOR

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN MEMBINA BLOG
KELAB KOMPUTER
1.0 PENDAHULUAN

Pertandingan mencipta blog ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh
Kelab Komputer Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah. Penyertaan pertandingan
ini adalah terbuka kepada semua ahli Kelab Komputer dan pelajar Tahap 2 Sekolah
Kebangsaan Taman Bukit Indah 2016. Ia akan diadakan di Makmal Komputer Sekolah
Kebangsaan Taman Bukit Indah. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak
Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum.
Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial
mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba
melalui aktiviti ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam era teknologi
kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat pertandingan ini adalah untuk melahirkan pelajar yang mahir dengan pengetahuan
komputer. Ianya bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji pengetahuan dan
kefahaman pelajar mengenai komputer. Pelbagai kriteria disusun dalam pertandingan ini agar
kemahiran dan kefahaman komputer dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh
cabaran yang mendatang.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan pengetahuan IT dalam kalangan pelajar dalam bentuk riadah dan
rekreasi.
3.2 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang
disediakan.
3.3 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas
semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.4 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
3.5 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.
4.0 TARIKH DAN TEMPAT PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh : 22 Jun 2016


4.2 Tempat : Makmal Komputer

5.0 TENTATIF PROGRAM


5.1 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

6.0 PERASMIAN

Cadangan perasmi adalah Guru Besar SK Taman Bukit Indah, Puan Jamilah binti Abdul
Rahman. Guru Besar SK Taman Bukit Indah akan diberi peluang memberi ucapan ringkas,
merasmikan pertandingan ini serta menyampaikan hadiah kepada pemenang.

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1 Jumlah peserta : 18 orang pelajar Tahap 2 SK Taman Bukit Indah


(senarai nama peserta adalah seperti Lampiran 2)

8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Pengerusi : Puan Jamilah binti Abdul Rahman (Guru Besar)


Encik Shamsudin bin Latif (Penolong Kanan Kokurikulum)

Guru Penasihat : Mohd Hamdan bin Sidek

Jawatankuasa pelaksana

Pengerusi : Mohd Hamdan bin Sidek


Naib pengerusi : Rosmayanti binti Zainol
Setiausaha : Mohd Fakhruddin bin Hashim
Bendahari : Nurzalinah binti Nawawi
9.0 PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk pertandingan ini:

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


(RM)
15 orang X RM
1 Hadiah 45.00
3.00
2 Hadiah 3 X RM 5.00 15.00
3 Lain-lain : - 20.00
Jumlah 80.00

Sumber Kewangan:
1. Peruntukan Ko-Kurikulum

10.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti pertandingan kuiz
ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan
yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan amat kami
hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.
(MOHD HAMDAN BIN SIDEK)
Guru Penasihat, Guru Besar,
Kelab Komputer, SK Taman Bukit Indah
SK Taman Bukit Indah
LAMPIRAN 2

SENARAI NAMA PESERTA PERTANDINGAN MENCIPTA BLOG


SK TAMAN BUKIT INDAH

BIL NAMA PESERTA KELAS KUMPULAN


1. Tahun 6 1
2. Tahun 5 1
3. Tahun 5 1
4. Tahun 6 2
5. Tahun 5 2
6. Tahun 4 2
7. Tahun 6 3
8. Tahun 5 3
9. Tahun 4 3
10. Tahun 6 4
11. Tahun 5 4
12. Tahun 5 4
13. Tahun 6 5
14. Tahun 5 5
15. Tahun 5 5
16. Tahun 6 6
17. Tahun 6 6
18. Tahun 5 6
LAMPIRAN 1

TENTATIF PERTANDINGAN MENCIPTA BLOG


KELAB KOMPUTER 2016
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT INDAH

Aturcara Majlis

2.00 2.15 petang : Pendaftaran kumpulan

2.15 2.30 petang : Peserta mengambil tempat

2.45 4.45 petang : Pertandingan kuiz dijalankan

4.45 5.30 petang : Majlis Perasmian Penutup


Penyampaian Hadiah
Refleksi pelajar

5.30 petang : Bersurai

Anda mungkin juga menyukai