Anda di halaman 1dari 3

Triffle Istimewa Mat Gebu

yang ni pun order dari kawan opis untuk jamuan

Sumber : Mat Gebu

Sedap memang sedap..tapi renyah sikit la nak membuatnya...nak try tgk resepi kat bawah yer..

BAHAN KEK SPONGE


200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
Jus dari buah2an koktel tadi

CARA MEMBUATNYA :
1. UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla,
ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian
putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen
vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas
kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan).
Sejukkan atas jaringan bila kek masak.
2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan
masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat.
Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.
3. UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2
lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan
jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.
4. UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2
bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus
buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih
putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
5. Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam
atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir
sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan
dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..

Puding Triffle
Puding ni ada 4 layer dan memang sedap dengan gabungan kek, kastard, buah-buahan campuran dan
jelly. Dah beberapa kali saya buat puding ni bila ada majlis. Kali ni sy buat kerana repeat order dari Pn.
Fiza sebanyak 100 bekas.

Dihasilkan: diaridapurmida

Bahan-bahan:-

Bahan A
Kek gulung secukupnya

Bahan B
1 cawan tepung kastard
1 cawan gula pasir
1 tin susu cair
5 cawan air kosong

1 sudu kecil asen vanila

- campur semua bhn B dan masak dengan api perlahan hingga pekat dan berkilat.
- jangan masak lama sgt untuk dapatkan tekstur yg lembik

Bahan C
Buah-buahan campuran dalam tin

Bahan D
Masak serbuk agar-agar jelly perisa strawberry secukupnya
Cara-caranya:-
Mula-mula lapis bahan A, lepas tu letak air buahan campuran supaya kek lembab, lepas tu letak B, C dan
akhir sekali bahan D