Anda di halaman 1dari 1

Pn Yusnita Binti Ramli

Lot 5096, Jln Gobiah,


Off Jln Bkt Lintang,
75460 Melaka 05 OKTOBER 2017

Guru Kelas 1 Anggerik,


SK Air Molek.

Puan,

KETIDAKHADIRAN ANAK KE SEKOLAH


Perkara di atas adalah dirujuk.

Saya penama seperti di atas adalah ibu kepada murid kelas Puan iaitu ILHAM HAKIM BIN
ABDUL RASHID ingin memaklumkan kepada Puan sebab ketidakhadiran anak saya ke sekolah
pada hari RABU bersamaan dengan 04 OKTOBER 2017.

2. Sebab ketidakhadiran anak saya ke sekolah pada hari berkenaan adalah kerana anak saya
mengalami demam dan sakit kepala. Maka saya tidak membenarkan anak saya ke sekolah
kerana masalah kesihatan beliau dan hanya merawatnya di rumah.

3. Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar Puan dapat membantu beliau yang telah
ketinggalan satu hari pembelajaran disekolah. Kerjasama Puan saya akhiri dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

.......................................

(YUSNITA BINTI RAMLI)

Anda mungkin juga menyukai