Anda di halaman 1dari 7

ANALISIS TAKTIKAL

TEORI TAKTIKAL: PERANAN DEEP


LYING PLAYMAKER DALAM 4-1-4-1

Axello Tacts
Friday, 14 Oct 2016
Apakah peranan deep lying playmaker dalam sistem 4-1-4-1?

Sejak beberapa minggu ini meja diskusi bola sepak kami banyak tertumpu kepada formasi 4-
1-4-1. Ia bukan formasi yang mudah.

Banyak faktor harus diambil kira termasuk, dinamika sesebuah pasukan, kesedaran
taktikal(tactical awareness) oleh pemain dan juga etika kerja di dalam padang.

4-1-4-1 bukan formasi untuk pasukan yang memiliki kadar kerja (work rate) yang sederhana
ataupun rendah. Ia adalah formasi untuk pasukan yang rajin dengan kadar kerja yang tinggi.

adi, saya membuat analisis ringkas tentang peranan deep lying playmaker ataupun no.6 di
dalam sistem 4-1-4-1 berpandukan sistem Bayern Munich (di bawah Guardiola) dan Borussia
Dortmund (Thomas Tuchel).

Bukan mudah untuk pemain yang tipikal deep lying playmaker untuk beraksi dalam sistem
pivot tunggal ini.
Apa Itu Deep Lying Playmaker?

Deep lying playmaker merujuk kepada pemain yang memiliki kemampuan mengolah corak
permainan dari organisasi paling bawah (deep) dalam organisasi bahagian tengah.

Mereka adalah pemain yang paling aktif terlibat dengan bola, transisi pasukan dan juga
melakukan hantaran ke semua arah.

Mereka biasanya memiliki visi dan kualiti hantaran yang tinggi. Pemain yang biasanya
muncul dalam kepala kita adalah Pirlo dan Xabi Alonso.

Model 4-1-4-1 Guardiola

Pep Guardiola pernah menggunakan sistem ini di Bayern Munich walaupun dia lebih
menggemari formasi 4-2-3-1. Namun harus diingat, beliau adalah Guardiola dan kegilaan
kepada formasi bola sepak adalah luar biasa.

Kenapa Pep memilih 4-1-4-1?

Pep menjadikan 4-1-4-1 sebagai platform asas yang akan membentuk transisi formasi lain
dengan mudah ketika menyerang.

Ia boleh menjana formasi seperti 3-2-5 ataupun 2-3-5. Model yang sama dapat dilihat ketika
di Manchester City. Ia bukan formasi yang statik sepanjang perlawanan.

Dalam sistem ini, Pep Guardiola pernah menggunakan Xabi Alonso, Arturo Vidal, Phillip
Lahm dan Joshua Kimmich sebagai pemain no.6 dalam sistem ini.

Dalam pasukan Manchester City pula, pemain seperti Fernando dan Fernandinho adalah
pemain yang menjadi pilihan utama dalam sistem ini.

Thomas Tuchel Dan BvB Musim 20176/17

Pada musim ini, Tuchel antara pengurus yang menggemari formasi ini. Beliau menjadikan
Weigl pivot tunggal dalam sistem ini.

Mereka berjaya mewujudkan bola sepak yang cair dan lancar. Anda pasti masih ingat aksi
dominan Tuchel dalam perlawanan UCL menentang Real Madrid bulan lalu.

Bagaimana no.6 beroperasi dalam sistem 4-1-4-1 Guardiola Dan Tuchel? Model analisis kali
ini adalah untuk Bayern Munich dan Borussia Dortmund berdasarkan 3 aspek utama.
1. Hantaran

Ini adalah peranan penting untuk memastikan hantaran-hantaran yang tajam tepat ke arah
pemain di barisan serangan. Ini adalah aktiviti utama mereka berbanding dengan aksi fizikal
dan skil dengan bola.

Mereka biasanya memiliki kemampuan untuk melakukan hantaran panjang diogonal yang
tajam. Tumpuan utama mereka adalah memecahkan (unlock) pertahanan lawan dengan visi
dalam kadar yang segera atau dengan hantaran Hollywood.

Dalam pasukan Dortmund musim ini, Julian Weigl setakat ini melakukan purata hataran tepat
92.5%. Purata peratusan hantaran beliau dalam UCL setakat ini adalah 95.9%.

Visi untuk pemain yang bermain deep lying playmaker hendaklah tinggi. Mereka juga harus
memiliki kemampuan untuk menyimpan bola di kaki.

Seperkara lagi yang penting adalah mereka harus ada keputusan yang awal sebelum
menerima bola tentang ke mana bola akan dihantar.

Model di bawah ini adalah ketika Arturo Vidal bermain di peranan deep lying playmaker
ketika Bayern dalam bentuk 4-1-4-1.

Vidal ada 2 titik hantaran utama iaitu ke kawasan sayap kanan ataupun kiri. Posisi Vidal itu
penting untuk anda perhatikan kerana ia memang ideal untuk melancarkan hantaran jauh ke 2
titik di sayap.
Dalam keadaan ini, jika Vidal merasakan beliau tidak mampu melakukan hantaran, dia akan
pergi ke pilihan lain di sekitar beliau atapun hantar ke belakang kepada Neuer.

Dalam kes di bawah, vidal pergi ke pemain di tengah.

Apa yang kita pelajari adalah, tujuan ke mana bola akan dihantar sudah ada dalam pelan
taktikal yang lengkap untuk mereka ikuti. Mereka perlu ada keinginan untuk menerima bola
dan menghantar segera.

Anda mesti pernah melihat bagaimana Xabi Alonso akan menghantar bola ke rakan
berdekatan dan menerima semula bola itu semula dan menghantar dengan hantaran jauh.

Ini kerana Xabi kadangkala tidak terlalu bagus dalam memegang bola terlalu lama
berbanding dengan Vidal ataupun Paul Pogba.
2. Bertahan

Satu aspek yang penting untuk deep lying playmaker atau no.6 dalam sistem 4-1-4-1 adalah
kemampuan untuk mentafsir ruang ketika bertahan.

Anda pasti teringat akan cara Makelele beroperasi di no.6. Namun Makelele banyak beraksi
dalam sistem yang ada no.6 berkembar (the double six).

Beberapa minggu lalu kita melihat kesukaran tipikal pemain tengah bertahan yang biasa
bermain dengan pivot kembar seperti Kante apabila bermain dalam 4-1-4-1 Chelsea.

Merujuk kepada model Thomas Tuchel, saya mendapati Weigl banyak bermain dengan ruang
dan memastikan beliau sentiasa ada jarak yang sesuai dalam membendung serangan balas
lawan.

Lihat contoh di bawah. Weigl tidak terburu-buru untuk mara ke hadapan. Dia mahu
memastikan ada lebih jaminan untuk pasukan mereka tidak kehilangan bola.

Weigl memastikan jarak bola dengan beliau tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh.

Ketika BvB kehilangan bola, anda akan lihat di bawah Julian Weigl ada jarak yang sesuai
untuk mengejar (track back) ancaman tersebut.
Apa yang boleh kita pelajari adalah, anda tidak perlu bermain terlalu fizikal sebagai deep
lying playmaker. Paling penting adalah kemampuan untuk mengawal ruang dengan berkesan.

3. Serangan

Dalam perenggan di atas saya menjelaskan bagaiman mereka merancag serangan secara
hantaran. Dalam perkara ke-2 saya menjelaskan kemampuan mereka untuk memastikan jarak
yang sesuai setiap masa.

Ketika menyerang, amat penting untuk mereka berada di garis tekanan (pressing line) yang
betul dalam keadaan yang betul.

Tugas mereka lebih kepada membantu barisan serangan sekiranya pasukan mahu mengisi
(overload) bahagian serangan dengan lebih ramai pemain.

Untuk taktikal yang lebih statik dan kurang progresif, biasanya deep lying playmaker tidak
terlibat di garisan terlalu tinggi.
Rumusan

Deep lying playmaker ada tugas yang lebih berat dalam formaasi 4-1-4-1 berbanding dengan
formasi lain.

Pmain perlu ada kemampuan untuk memahami tujuan utama mereka di dalam kerangkan
sistem terutama sekali aspek seperti arah utama hantaran mereka.

Oleh itu mereka juga harus ada kefahaman taktikal yang tinggi dalam aspek seperti ruang dan
sokongan kepada rakan.

Mustahak juga untuk jurulatih menyediakan pelan taktikal yang difahami oleh semua pemain
terutama pemain tengah berempat di atas pivot.

Biasanya jurulatih akan membekalkan pemain yang ada kemampuan turun naik (pemain
tengah kotak ke kotak) untuk membantu mereka.

Jika tidak, pemain deep lying ini akan menghadapi masalah untuk mengawal ruang terlalu
besar di kiri dan kanan.

Anda mungkin juga menyukai