Anda di halaman 1dari 3

1. Tugasan 1: Perancangan simulasi asas pertolongan.

a. Perancangan Simulasi secara berkumpulan untuk menguruskan asas pertolongan


cemas.
b. Penulisan laporan mengenai perancangan simulasi :

Fitrah kejadian manusia menurut seorang tokoh iaitu Jean Piaget mengatakan
bahawa kanak-kanak sememangnya mempunyai rasa ingin tahu yang sangat tinggi dan
membara dalam kalangan kanak-kanak. Oleh sebab itu, adalah amat penting bagi
seorang guru prasekolah mahir dan sentiasa bersedia dengan ilmu atau kemahiran asa
pertolongan cemas. Hal ini demikian kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila
masa dan dimana jua kita berada.

Sebagai seorang guru prasekolah, kita tidak boleh menghalang sifat ingin tahu
kanak-kanak ini kerana sifat ini merupakan aset penting dalam penerokaan dan
pembelajaran persekitaran mereka. Maka bagi menghadapi situasi seperti ini, guru
prasekolah seperti saya perlulah mempelajari dan menguasai ilmu serta kemahiran asas
pertolongan cemas. Ilmu ini juga adalah amat penting bagi kanak-kanak untuk kuasai
kemahiran ini agar mereka boleh menangani sendiri kecederaan-kecederaan kecil yang
melibatkan diri mereka sekiranya perlu.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya dan ahli kumpulan praktikum fasa 2 iaitu
Ardie telah menguruskan simulasi pertolongan cemas di Prasekolah Anggerik, Sekolah
Kebangsaan Seksyen 1, Bandar Kinrara, Puchong. Tujuan utama simulasi ini
dilaksanakan di prasekolah saya adalah untuk mendedahkan kanak-kanak di prasekolah
tersebut dengan ilmu dan kemahiran asas pertolongan cemas. Ini kerana sekiranya
perkara seperti telah didedahkan sejak awal lagi, kanak-kanak akan dapat menangani
sendiri kecederaan-kecederaan kecil yang melibatkan diri mereka sekiranya perlu.

Sesuai dengan pepatah Melayu yang mengatakan, berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing. Setiap pihak atau setiap individu memainkan peranan masing-masing tidak kira
sekecil mana peranan tersebut, semuanya adalah penting. Program seperti ini tidak
akan dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya semua pihak di atas tidak
memberikan kerjasama dan sokongan yang padu dalam menjayakan objektif program.
Kesimpulannya, pelaksanaan program bengkel pertolongan cemas ini mempunyai
banyak kekuatan daripada kelemahan. Maka, program-program seumpamanya harus
digalakkan dan diperbanyakkan lagi khasnya di prasekolah. Bagi cadangan untuk
pelaksanaan program bengkel pertolongan cemas yang akan datang, ibu bapa boleh
dilibatkan sekali sebagai fasilitator yang berperanan sebagai tenaga pengajar. Selain
daripada kanak-kanak, ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut juga akan memperoleh
manfaat yang besar kerana pada masa yang sama ibu bapa juga akan dapat
mempelajari kemahiran asas pertolongan cemas tersebut. Akhir kata melentur buluh
biarlah dari rebungnya, membentuk insan biarlah dari kecilnya.
2. Tugasan 2 : Penulisan secara individu.
a. Penggunaan TMK untuk menguruskan tingkah laku kanak-kanak berumur 4-6 tahun.

3. Tugasan 3 : Pembentangan secara individu.

Anda mungkin juga menyukai