Anda di halaman 1dari 18

TAJUK 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

Pada permulaan kami didedahkan dengan beberapa tajuk-tajuk yang akan dibincangkan
dalam kuliah. Sesi pembelajaran dimulakan dengan kumpulan yang pertama untuk
membentangkan berkaitan tajuk Sosiologi dan Pembelajaran. Melalui sesi pembelajaran
kali ini, guru menerangkan dengan lebih lanjut tentang pengertian sosiologi iaitu mempelajari
masyarakat, perilaku masyarakat, dan perilaku sosial manusia dengan mengamati perilaku
kelompok yang dibangunnya serta ilmu-ilmu yang berkaitan dengan sosiologi. Di samping itu,
turut dikaitkan dengan pencetus sosiologi, Augustu Comte yang dikenali sebagai bapak
sosiologi, Emile Durkheim (ilmuwan sosial Perancis), Herbert Spencer (ilmuwan Inggeris)
serta Lester F.Ward (ilmuwan Amerika). Ilmuwan tersebut turut mencetuskan tahap-tahap
perkembangan intelektual termasuklah tahap teologis, tahap metafisis dan tahap positif. Guru
turut meyenaraikan antara ilmuwan besar dalam bidang sosiologi ini. Di samping itu, guru
membincangkan tentang sosiologi yang diperkenalkan Augutu Comte termasuklah sosiologi
statis dan sosiologi dinamis serta daripada beberapa ilmuwan dalam bidang ini.

Secara amnya, sosiologi dan pembelajaran penting dalam pendekatan pengajaran guru
kerana dengan ini murid mampu membentuk konsep diri yang positif serta meningkatkan
kualiti hidup serta daya social pergaulan bersama rakan sebayanya. Sosiologi juga dikaitkan
dengan objek iaitu masyarakat yang memerlukan ilmu sosiologi bagi meningkatkan
kemampuan seseorang untuk menyesuaikan diri atau beradaptasi dengan lingkungan
sosialnya. Setelah selesai membincangkan berkaitan topic yang dipelajari, guru mengadakan
aktiviti yang dikenali sebagai kenali rakan anda. Setiap pelajar diagihkan kepada beberapa
kumpulan dengan diberi nombor. Pelajar tidak mengenali antara satu sama lain dalam
kumpulan tersebut. Oleh itu, aktiviti ini berupaya membuatkan pelajar tersebut kenal antara
satu sama lain. Pelajar diberi kertas dan diminta memberi first impression terhadap ahli
kumpulan tersebut. Melalui aktiviti yang dijalankan, hal ini dapat dirumuskan bahawa
hubungan yang baik dapat diwujudkan sekiranya pelajar memahami pengertian sosiologi
dengan baik.
TAJUK 2 : INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN

Sesi pembelajaran diteruskan dengan topik Interaksi dan Pembelajaran. Guru menerangkan
dengan lebih lanjut bentuk-bentuk interaksi dalam pembelajaran. Interaksi dalam
pembelajaran membawa maksud satu jalinan hubungan di antara guru dan pelajar. Guru dan
pelajar akan sentiasa berinteraksi antara satu sama lain supaya saling melengkapi. Interaksi
antara individu merangkumi 3 kategori termasuklah percakapan guru, percakapan pelajar dan
kesenyapan. Percakapan guru terbahagi kepada pengaruh langsung dan pengaruh tidak
langsung. Guru turut mendedahkan berkaitan jenis-jenis interaksi seperti interaksi sehala,
interaksi dua hala, dan interaksi pelbagai hala.

Tambahan pula, interaksi antara pelajar dan guru amatlah penting dalam pengajaran
dan pembelajaran (P&P) kerana ia dapat memastikan murid faham mengenai sesuatu
pelajaran. Dalam pengajaran, guru harus memastikan objektif dan sasarannya dapat dicapai,
dengan adanya interaksi ini, ia akan meningkatkan kefahaman dan minat pelajar.

Interaksi sehala melibatkan pendekatan yang lebih memusatkan kepada guru


manakala interaksi dua hala melibatkan perbincangan atau kaedah menyoal. Interaksi
pelbagai hala melibatkan pendekatan kumpulan atau kaedah projek serta kaedah
menyelesaikan masalah. Terdapat dua aktiviti yang dijalankan termasuklah copy paste,
menara impian dan bakat lakonan. Melalui aktiviti yang dijalankan, pelajar dapat memahami
interaksi yang sesuai digunakan bagi memastikan proses P&P berjalan dengan lancar.
TAJUK 3 :KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR.

Sesi pembelajaran diteruskan lagi dengan tajuk seterusnya iaitu Kajian Pengurusan
Pembelajaran Pelajar. Namun, penekanan diberikan pada dua subtopik, perspektif
multidisiplin pengurusan pembelajaran dan kajian-kajian pengurusan pembelajaran pelajar.
Guru menerangkan dengan lebih lanjut berkaitan definisi multidisiplin dan perkaitan dengan
guru dan pelajar. Multidisiplin merujuk kepada kepelbagaian bentuk yang dialami dalam
melaksanakan pendidikan di dalam sesebuah negara seperti bidang ekonomi, agama dan sains.
Guru turut mendedahkan ilmuwan yang membincangkan tentang multidisiplin seperti Santa
Fe Instate dan Murray Gell. Di samping itu, guru turut memperkenalkan tokoh-tokoh yang
membicarakan tentang kajian-kajian pengurusan pembelajaran pelajar termasuklah
Muhammad Bustaman dan Abd Rahman Rashid. Antara kajian yang dijalankan bagi
meningkatkan standard kualiti pengurusan pembelajaran termasuklah pengurusan masa guru
yang berkesan, kaedah pembelajaran semasa, teknik pengajaran yang sesuai dengan keadaan
semasa dan sukatan buku teks.

Aktiviti yang dijalankan ialah menjawab soalan matematik dalam bahasa Inggeris dan
menggunakan bahan bantu mengajar dalam subjek-subjek tertentu seperti Sejarah bagi
menarik minat pelajar. Melalui aktiviti yang dijalankan, dapat disimpulkan bahawa
pendekatan guru itu sendiri dalam menyampaikan maklumat kepada para pelajarnya
merupakan aspek penting bagi menarik minat pelajar untuk belajar. Guru perlu
mengaplikasikan kemudahan yang sedia ada. Selain itu, perspektif multidisiplin yang
memerlukan kreativiti guru dalam memastikan proses p&p berjalan dengan lancar.
Contohnya seperti pelaksanaan PPSMI yang membantu pelajardalam memperbaiki tahap
kefahaman mereka bagi mata pelajaran bahasa Inggeris.
TAJUK 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI.

Sesi pembelajaran kali ini diteruskan lagi dengan tajuk Kepimpinan dan Organisasi. Guru
memberikan pendedahan berkaitan gaya kepimpinan yang perlu diterapkan kepada setiap
guru. Guru turut menjelaskan tentang organisasi yang terdapat di sekolah yang diketuai oleh
pengetua, penolong-penolong kanan, guru serta pelajar. Di samping itu, guru mendedahkan
bidang- bidang tugas bagi pengetua, penolong kanan, kaunselor dan guru kanan mata
pelajaran. Selain itu, guru turut membincangkan gaya kepimpinan yang diamalkan di sekolah
termasuklah autokratik, demokratik, laissez-faire dan kontigensi. Autokratik merupakan
kepimpinan yang bercorakkan mutlak. Guru menerima arahan daripada pengetua tanpa
banyak soal manakala demokratik pula lebih bersifat liberal. Pengetua akan berbincang
bersama guru malahan guru diberi peluang untuk memberi pandangan serta pendapat masing-
masing. Laissez-faire pula bertentangan sifatnya dengan autokratik dengan memberi
kebebasan, kurang unsure-unsur kawalan dan kurang memberi pandangan. Pengetua hanya
bertindak sebagai pemerhati senyap. Hal ini berbeza dengan kontingensi yang lebih
mengamalkan tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan
mentadbir organisasi sekolah.

Kepimpinan yang dijalankan mengikut situasi. Terdapat beberapa tokoh yang


membicarakan tentang kepimpinan bilik darjah termasuklah Hook dan Vass yang
mendefinisikan kepimpinan sebagai satu kemahiran di mana guru menggunakan kepimpinan
untuk mengurus dirinya sendiri dan berkomunikasi dengan yang lain, mengaitkan perkara
yang berlaku sehari-hari dengan interaksi dua pihak, menyampaikan visi kepada murid-murid
dan meyakinkan mereka supaya mengikut. Guru juga menyenaraikan ciri kepimpinan
berkesan yang dicetuskan oleh Shippen. Tambahan pula, guru turut menjelaskan definisi gaya
pengajaran serta jenis gaya pengajaran yang diamalkan seperti pengajaran secara tidak
langsung dan pengajaran secara langsung. Antara aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran
membuat lukisan yang bercorakkan alam sekitar. Aktiviti yang dijalankan berkaitan
subtopik gaya kepimpinan. Ketua yang dilantik diminta ke hadapan dan diarahkan untuk
memilih corak kepimpinan yang ada seperti autokratik, demokratik, laissez-faire dan
kontigensi serta mengaplikasikan konsep tersebut dalam kumpulan masing-masing
TAJUK 5 : PENGURUSAN MURID.

Sesi pembelajaran diteruskan lagi dengan tajuk Pengurusan Murid. Guru menjelaskan
aspek-aspek yang perlu ditekankan dalam topik ini termasuklah mengurus rekod murid,
kesediaan murid belajar dan memotivasikan murid. Sistem Maklumat Murid Berkomputer ini
terdapat maklumat mengenai butir-butir peribadi murid yang telah direkodkan. Dalam sistem
ini mencakupi maklumat senarai rekod kesihatan murid seperti penyakit alahan, semput, sakit
jantung dan sebagainya. Maklumat ini sangat penting sebagai langkah-langkah keselamatan.
Rekod kedatangan harian murid juga terdapat di dalam sistem ini. Sistem maklumat
berkomputer ini juga memudahkan urusan pertukaran sekolah dan memudahkan pendaftaran.
Guru perlu menitikberatkan pemantapan system pengurusan pelajar seperti kad 001 pelajar,
profil murid perlu kemas dan perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku
pelajar. Selain itu, konsep kesediaan pelajar juga perlu diambil kira dari segi kesediaan
kognitif, afektif dan psikomotor.

Kesediaan kognitif lebih berkait rapat dengan mental untuk memahami dan berfikir.
Manakala, kesediaan afektif merujuk kepada sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat
dan nilainya untuk menerima pelajaran yang disampaikan. Kesediaan psikomotor merujuk
kepada penguasaan kemahiran yang berpusat kepada tindakan fizikal termasuklah
perkembangan fizikal iaitu fungsi anggota dan pengawalan penyelarasan penggerak di dalam
seluruh tubuh badan.
TAJUK 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH.

Topik ini menerangkan mengenai pengurusan bilik darjah. Dua pengurusan sumber yang
perlu dikuasai oleh guru adalah pengurusan sumber manusia dan sumber fizikal. sumber
manusia merupakan satu faktor yang perlu diberi perhatian bagi memastikan visi dan misi
untuk kepentingan manusia itu sendiri dalam sesebuah organisasi dapat dilestarikan secara
optimum. Manakala, Sumber fizikal adalah sumber yang berkaitan dengan kebendaan atau
alam semula jadi. Manakala sumber fizikal di dalam bilik darjah pula seperti yang kita tahu
merangkumi segala kemudahan dan peralatan yang terdapat di dalamnya seperti kerusi meja
untuk pelajar dan guru, papan hitam, papan kenyataan, ruang bacaan, almari buku, alat bantu
mengajar (ABM) dan sebagainya.

Selain itu, ilmu yang perlu diterapkan dalam diri seseorang guru itu adalah ilmu
pengurusan bilik darjah, ilmu interaksi yang berkesan, ilmu pengurusan bilik darjah, ilmu
pengurusan iklim bilik darjah, dan ilmu pembelajaran dan pengajaran. Kesemua aspek ini
perlu dikuasai oleh seseorang guru sewaktu mengajar di dalam bilik darjah. Kemahiran juga
diperlukan untuk mengurus bilik darjah. Kemahiran pengurusan sumber fizikal, bahan
mengajar, pengurusan kaunseling, kemahiran pengajaran dan pembelajaran serta kemahiran
pengurusan sumber manusia. Strategi yang berkesan juga diperlukan sewaktu mengurus bilik
darjah.

Antara strateginya adalah seperti perancangan murid, perancangan bilik darjah,


wujudkan suasana kondusif, dan menyampaikan pengajaran dengan menggunakan teknologi
terkini. Antara aktiviti adalah senaman untuk kami hilangkan mengantuk, susunan kotak
mancis untuk melihat kumpulan mana boleh membuat satu menara yang paling tinggi dan
kukuh. Selain itu, aktiviti susunan puzzle di mana diberi satu puzzle untuk disusun dan
bagaimana untuk interaksi dengan ahli kumpulan yang lain untuk menyiapkan tugasan dan
aktiviti-aktiviti lain juga.
TAJUK 7: PENGURUSAN SUMBER

Pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber ialah segala usaha guru bagi melengkapkan
pendekatan dan strategi pengajaran dengan melibatkan pelajar supaya belajar melalui
penggunaan sumber-sumber pembelajaran. Antara sumber yang sering digunakan oleh pelajar
dan guru di sekolah ialah pusat sumber. Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah sebuah tempat
yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus
secara sistematis.

Pusat sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan keperluan bagi


memperkukuhkan pengajaran-pengajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran
maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan
berkemahiran belajar sepanjang hayat. Pusat sumber sekolah merupakan institusi yang paling
utama di dalam sistem pendidikan negara kerana peranan yang dimainkannya sebagai tempat
menyediakan bahan, khidmat, kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah banyak hala iaitu di antara guru dengan
bahan, bahan dengan murid dan guru dengan murid dan bahan. Strategi ini mengutamakan
kecekapan dan kemahiran murid dalam memanipulasikan pelbagai jenis bahan. Strategi ini
lebih sesuai digunakan oleh guru kerana ia menekankan perkembangan jasmani, kognitif dan
rohani murid-murid. Pembelajaran berasaskan sumber sangat berguna dalam membantu guru
menghadapi murid pelbagai keperluan. Strategi ini menyediakan pelbagai wahana untuk
murid belajar untuk kadar masing- masing pada setiap masa dan di tempat pilihan mereka.

Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran
termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai. Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna
untuk menyampaikan pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai
media pendidikan. Koleksi bahan buku dan bukan buku yang boleh membantu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sama ada bagi keperluan guru atau murid. Antara komponen
pembelajaran berasaskan sumber ialah (1) penggunaan buku teks, (2) aktiviti penelitian, (3)
pencarian bahan dari pelbagai sumber, (4) latihan penyelesaian masalah dan (5) penggunaan
alat pandang dengar.

Strategi pemusatan bahan terbahagi kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan
bahan pembelajaran. Bahan-bahan yang digunakan ialah seperti carta, graf, peta specimen,
model gambar, slaid video, perakam pita dan projektor. Bahan yang lebih canggih adalah
pakej pembelajaran berasaskan komputer, CD-ROOM, komputer multimedia, cakera padat
interaktif, bahan daripada internet, persidangan-tele dan persidangan-video. Strategi ini
memupuk sifat-sifat sosial yang positif khasnya bila murid dan guru berkongsi sumber dan
bahan.

Selain itu, guru perlu memainkan peranan yang penting bagi menanam minat
membaca dalam kalangan murid. Dengan membaca pelbagai jenis buku, murid akan
mendapat pelbagai ilmu pengetahuan secara tidak langsung. Koleksi bahan buku dan bukan
buku yang juga boleh membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada bagi
keperluan guru atau murid. Seterusnya, dengan adanya pusat sumber ini hasrat kerajaan akan
tercapai iaitu bagi melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani serta menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Oleh itu, pihak guru perlu
menjalankan pelbagai aktiviti supaya hasrat kerajaan tercapai seperti mengadakan
melaksanakan Program Galakan Membaca di sekolah. Justeru, PSS perlu membina koleksi
bahan bacaan tambahan (BBT) yang berkualiti dan pelbagai bagi menarik minat membaca
dan seterusnya amalan pembelajaran sepanjang hayat.
TAJUK 8 : STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN (BILIK

DARJAH/MAKMAL/STUDIO/DLL).

Topik ini menerangkan mengenai pengurusan bilik darjah. Dua pengurusan sumber yang
perlu dikuasai oleh guru adalah pengurusan sumber manusia dan sumber fizikal. sumber
manusiamerupakan satu faktor yang perlu diberi perhatian bagi memastikan visi dan misi
untuk kepentingan manusia itu sendiri dalam sesebuah organisasi dapat dilestarikan secara
optimum. Manakala, Sumber fizikal adalah sumber yang berkaitan dengan kebendaan atau
alam semula jadi. Manakala sumber fizikal di dalam bilik darjah pula seperti yang kita tahu
merangkumi segala kemudahan dan peralatan yang terdapat di dalamnya seperti kerusi meja
untuk pelajar dan guru, papan hitam, papan kenyataan, ruang bacaan, almari buku, alat bantu
mengajar (ABM) dan sebagainya.

Selain itu, ilmu yang perlu diterapkan dalam diri seseorang guru itu adalah ilmu
pengurusan bilik darjah, ilmu interaksi yang berkesan, ilmu pengurusan bilik darjah, ilmu
pengurusan iklim bilik darjah, dan ilmu pembelajaran dan pengajaran. Kesemua aspek ini
perlu dikuasai oleh seseorang guru sewaktu mengajar di dalam bilik darjah. Kemahiran juga
diperlukan untuk mengurus bilik darjah. Kemahiran pengurusan sumber fizikal, bahan
mengajar, pengurusan kaunseling, kemahiran pengajaran dan pembelajaran serta kemahiran
pengurusan sumber manusia. Strategi yang berkesan juga diperlukan sewaktu mengurus bilik
darjah. Antara strateginya adalah seperti perancangan murid, perancangan bilik darjah,
wujudkan suasana kondusif, dan menyampaikan pengajaran dengan menggunakan teknologi
terkini.
TAJUK 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU.

Pelajar bersetuju bahawa disiplin ialah latihan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut
peraturan yang ditetapkan. Majoriti pelajar mengatakan bahawa kepatuhan kepada peraturan
sekolah boleh membentuk pelajar menjadi individu yang bertanggungjawab dan disiplin
diadakan untuk mewujudkan suasana yang harmoni di sekolah. Sebahagian besar pelajar
berpendapat disiplin sekolah amat penting untuk menjamin kesejahteraan pelajar, guru dan
sekolah bahkan mereka bersetuju bahawa penerangan mengenai peraturan sekolah telah
disebarkan secara terperinci kepada pelajar. Majoriti pelajar juga berpendapat peraturan
sekolah yang sedia ada perlu diubah suai mengikut peredaran semasa tetapi ada juga pelajar
yang berpendapat peraturan yang ditetapkan di sekolah adalah sesuai dan tidak mengongkong.
Kebanyakan pelajar tidak bersetuju bahawa membentuk disiplin secara paksaan adalah lebih
berkesan kepada pelajar sekolah kerana pelajar akan memberontak jika mereka dwipaksa
melakukan perkara yang mereka tidak suka.

Selain itu, ramai pelajar bersetuju bahawa hanya orang yang berdisiplin sahaja boleh
berjaya dan sebab itulah pelajar sentiasa berusaha mematuhi peraturan sekolah walaupun
peraturan itu tidak rasional. Majoriti pelajar bersetuju bahawa kesedaran diri pelajar itu
sendiri lebih baik dalam membentuk disiplin yang berkesan. Oleh kerana itu, ramai pelajar
yang tidak bersetuju memakai pakaian menutup aurat kerana terpaksa mematuhi peraturan
sekolah. Dengan wujudnya kesedaran diri sendiri berbantukan keimanan yang jitu dalam diri
pelajar dapat mendorong mereka mematuhi disiplin yang ditetapkan dengan kerelaan diri
sendiri.

Guru juga memainkan peranan yang penting untuk mendidik pelajar selepas ibu bapa.
Oleh sebab itulah hubungan yang erat antara pelajar dan guru dapat melahirkan disiplin yang
baik. Di samping itu, guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai murni setiap kali selepas sesi
pembelajaran sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Ramai pelajar yang tidak bersetuju
bahawa kurangnya minat dalam belajar menyebabkan mereka melakukan kesalahan disiplin
di sekolah.

Sebahagian besar pelajar bersetuju bahawa kegiatan kokurikulum mempunyai banyak


faedah kepada pelajar dan ia dapat meningkatkan tahap dan mutu disiplin pelajar. Oleh itu,
pelajar bersedia memikul tanggungjawab apabila dilantik menjadi pengerusi persatuan atau
kelab. Guru-guru juga akan mengambil tindakan apabila pelajar tidak menghadiri aktiviti
kokurikulum untuk memastikan pelajar tidak terjebak dengan perkara yang tidak berfaedah.
Ada di antara mereka juga berpendapat perhimpunan mingguan sekolah adalah salah satu
cara untuk membentuk disiplin pelajar. Pengawas akan mengambil tindakan ke atas pelajar-
pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Dan seterusnya guru disiplin akan menggunakan
rotan sekiranya pelajar melakukan kesalahan. Ada juga pelajar bersetuju mengimplikasi
peraturan menggantung pelajar daripada persekolahan apabila mereka didapati bersalah
melanggar disiplin dapat mengurangkan masalah disiplin sekolah.
TAJUK 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID.

Konsep penasihatan Zuraidah (1994), memberi nasihat adalah strategi menyelesaikan


masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat Kamus dewan, nasihat ialah ajaran,
petunjuk, yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada
seseorang tentang pelbagai hal. Gibson dan Mitchell (1999), nasihat digunakan bagi
menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna. Ia juga mengajar bagaimana untuk
berfikir dan bertindak

Ciri-ciri penasihatan berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada


menumpukan kepada diri individu yang bermasalah, berbentuk arahan atau suruhan daripada
seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada orang lain. Orang yang berautoriti ini adalah
lebih berpengalaman, banyak pengetahuan dan pengiktirafan. Memberi nasihat adalah
strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.

Tiga cara bagi menghadiri sesi kaunseling dan bimbingan iaitu secara sukarela,
rujukan (dibuat oleh pihak HEM) dan dijemput (dihantar surat bagi menghadiri sesi tersebut).
Kemudian, ciri-ciri pelajar yang perlu diberi kaunseling dan bimbingan ialah murid yang
mempunyai masalah sahsiah, masalah peribadi dan masalah disiplin (terutamanya pelajar
asrama).

Kaedah mentadbir satu organisasi ialah secara bimbingan. Kaunseling. Melalui


bimbingan, masalah dapat diselesaikan. Sebagai contoh ; masalah pembelajaran. Manakala
melalui kaunseling, masalah seperti rakan sebaya, jati diri dan ibu bapa pula akan
diselesaikan. Pengurusan di sekolah ini menyelesaikan masalah melalui empat tahap iaitu
nasihat, teguran dan amaran.
TAJUK 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA.

Topik ini menyentuh mengenai kepelbagaian budaya dalam kalangan murid. Murid yang
berbeza budaya ini memerlukan pengurusan yang baik untuk menguruskannya. Pelbagai
aspek yang perlu dilihat terlebih dahulu seperti kelas kehidupan, agama, jantina, orientasi
seksual, bahasa, umur, kenegerian, kenegaraan dan juga kaum atau etnik sebelum pengurusan
pelbagai budaya itu dijalankan. Pengurusan merentasi budaya ini juga merangkumi
pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya iaitu yang melibatkan aspek fizikal
bilik darjah, dan sudut-sudut pembelajaran dan bacaan.

Selain itu, peranan guru juga diperlukan sebagai Physical Environment Designer.
Tambahan pula kurikulum mata pelajaran yang diajar, penerapan nilai murni dan program
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan turut terlibat. Isu kepelbagaian budaya murid
seperti bahasa melayu sebagai bahasa pengantar, masyarakat majmuk, penyatuan jati diri
Malaysia, belia generasi negara, dan sekolah wawasan menjadi isu dalam pengurusan
pelbagai budaya ini yang perlu diambil kira oleh semua bakal guru.
TAJUK 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA.

Di dalam topik ini, pengurusan murid merupakan satu agenda penting dalam sebuah institusi
pendidikan. Pengurusan murid yang efektif mampu memberikan impak yang mendalam
terhadap personaliti murid seperti tingkah laku, kemahiran berfikir, kecerdasan kognitif,
intrapersonal dan interpersonal. Lantaran ini kerana ianya selaras dengan perkara yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mahukan sistem pendidikan
di Malaysia dapat melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani (JERI). Kaedah pemulihan dan pengayaan diguna pakai bergantung
kepada masalah seseorang murid itu.

Pemulihan merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang


mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira
(3M). Manakala, Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran
yang dilakukan samaada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Tujuan
program pengayaan ialah untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman disamping
mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Terdapat juga pelbagai kecerdasan dalam
kalangan murid. Setiap murid mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza. Setiap kecerdasan
perlu dinilai sama rata dan sama berat.

Kecerdasan murid dapat dipertingkatkan melalui peluang pendidikan seperti


menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan dan aktiviti yang menyeronokkan.
Manakala, murid berkeperluan khas boleh ditakrifkan sebagai golongan murid istimewa yang
kurang berupaya (disabled), murid pintar cerdas (gifted), murid berisiko (at risk) dan murid
bermasalah dari segi pembelajaran dan tingkah laku. Pengurusan murid yang dikendalikan
oleh guru di sekolah dapat membantu menarik minat murid untuk belajar dan
memperkembangkan kebolehan mereka dari segi kognitif, afektif, dan psikomotor. Dalam
tajuk, apa yang dapat lihat adalah pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan
berkeperluan khas mempunyai hubungkait di antara satu sama lain dan guru di sekolah
haruslah kreatif dalam menjalankan P&P di dalam kelas serta bijak dalam memberikan
pendidikan kepada murid mengikut tahap mereka.
TAJUK 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN.

Sudah menjadi fitrah setiap manusia yang cinta akan sesuatu yang cantik, bersih dan ceria.
Begitulah juga dengan pelajar-pelajar sekolah yang memerlukan persekitaran sekolah yang
baik bagi merangsang pembentukan jiwa yang tenang dan aman dalam menimba ilmu
pengetahuan. Jadi tidak hairanlah mengapa pihak pengurusan sekolah amat menekankan
aspek iklim dan persekitaran sekolah yang baik. Mana mungkin pelajar dapat belajar dengan
tenteram sekiranya persekitaran sekolahnya kucar kacir, kotor, berbau dan bising.

Pada kebiasaanya, sebuah sekolah yang iklimnya dianggap positif mempunyai ciri-ciri
fizikal sekolah yang bersih dan menarik, hubungan sosial yang baik antara semua warga
sekolah serta suasana kerja yang produktif. Manakala iklim negatif atau tertutup lazimnya
mempunyai keadaan sekolah yang kucar-kacir, kurang selamat, tidak tenteram dan teratur,
malah sering menghadapi konflik dan masalah disiplin (Mok Soon Sang, 2003).

Pada amnya, iklim dan persekitaran sekolah akan membawa pengaruh yang penting
terhadap pembentukan tingkah laku, imej mental, aspirasi dan interaksi sosial bagi anggota-
anggota di dalamnya (Abdullah Sani bin Yahya, 2007). Terdapat kajian yang menunjukkan
bahawa sekolah yang berpencapaiaan tinggi mempunyai tahap keceriaan yang lebih baik
berbanding sekolah yang persekitarannya kurang ceria (Mohd Redzauddin bin Ismail, 2008).
Oleh hal yang demikian, suasana dan iklim sekolah adalah amat penting dalam membantu
pelajar untuk belajar dengan tenteram dan selesa.

Selain itu, apabila kawasan persekitaran sekolah yang cantik dan ceria, pelajar tidak
akan jemu untuk hadir ke sekolah lagi kerana merasa bahagia berada di kawasan sekolah. Hal
ini bukan sahaja dapat mengelakkan masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar malah
masalah disiplin pelajar dapat dikurangkan kerana emosi pelajar tidak terganggu. Dalam
masa yang sama, sesebuah sekolah yang cantik dan menarik pasti akan mendapat pujian
daripada pelbagai pihak terutamanya ibu bapa pelajar yang menghantar anak-anak mereka ke
sekolah. Mereka akan bertambah yakin dengan pihak pentadbiran sekolah yang mampu
mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi membantu proses pembelajaran anak-anak
mereka.

Tetapi tidak dinafikan terdapat halangan-halangan tertentu dalam merealisasikan


hasrat tersebut. Salah satu halangan terhadap melaksanakan sesuatu projek keceriaan
biasanya timbul daripada masalah kewangan. Dalam hal ini, semua pihak patut bekerjasama
termasuklah, pengetua, guru-guru, staf-staf sekolah, para pelajar dan pihak Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG). Pihak sekolah perlu berusaha mencari penaja, pelajar pula boleh
menjalankan kutipan derma melalui program-program tertentu, guru-guru pula membantu
para pelajar menjalankan program-program amal. Sekiranya iklim dan persekitaran sekolah
dalam keadaan yang bersih dan ceria, sudah pasti motivasi dan prestasi pelajar dapat
ditingkatkan ke tahap yang optimum seterusnya mewujudkan budaya sekolah yang positif.
TAJUK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN.

Setiap bakal guru perlu lah membuat persediaan dari segala sudut sebelum melangkah ke
alam persekolahan. Persediaan yang rapi membolehkan guru menghadapi segala
kemungkinan yang akan berlaku ketika proses pembelajaran dijalankan. Pembelajaran akan
berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah
yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Guru
perlu tahu untuk menyampaikan kandungan pelajaran berbentuk teori dan amali. Guru perlu
sentiasa mengubahsuai strategi mengikut jangkaan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah.
Guru yang berhasrat untuk menjadikan pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajian
atau penyelidikan mengenai kaedah yang paling sesuai untuk sesuatu isi pelajaran, topik atau
kemahiran. Murid lebih tertarik kepada kaedah yang kemaskini dan menggunakan peralatan
elektronik seperti komputer, internet, powerpoint, dan video.

Walau bagaimanapun, guru yang bijak menggunakan gaya tingkah laku dan intonasi
suara, bercerita, memek muka humor, akan tetap menarik minat pembelajaran dan murid
mengikuti pengajaran secara efektif. Guru efektif sentiasa berfikir dan merancang aktiviti
penglibatan murid-murid dalam pengajaran. Kemahiran berkomunikasi dan interaksi ke
pendidikan pelbagai hala guru-murid, murid-murid, dan murid-guru menjadi teras
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Murid akan merasa pendapat dan kehadirannya
diperlukan serta dihargai. Murid-murid perlu mengenali di antara satu sama lain, saling
berinterkasi dan menggunakan panggilan baik-baik. Semasa menyampaikan pengajaran guru
seharusnya mempunyai pemikiran positif dan bersangka-suka terhadap murid agar ilmu yang
disampaikan diterima dengan hati terbuka, ikhlas, telus, tulus, berminda ceria dan humur.
Memandang terus dan telus terhadap individu murid dan melihatnya dengan penuh empati
serta.

Guru seharusnya berkemahiran mengemukakan pelbagai jenis soalan dengan tujuan


tertentu berasaskan konsep penyoalan. Di antara tujuan penyoalan ialah mendapatkan
maklumat, menguji kefahaman, menimbulkan kepekaan, menarik perhatian, membayangkan
jawapan, dan mengukuhkan pemahaman. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat
berkait rapat dengan pengurusan bilik darjah yang berdisiplin, susunan meja dan kerusi yang
suasana belajar, persekitaran harmoni keilmuan, dan keceriaan wajah ilmuan. Lantaran
sedemikian akan membolehkan guru melaksanakan perancangan pengajaran dengan berkesan
dan pencapaian pembelajaran maksimum.
Bilik darjah merupakan medan peranan, tanggungjawab dan amanah seseorang guru
dalam melaksanakan akauntabiliti profesionnya. Seseorang guru dikategorikan sebagai
efektif apabila pengajaran yang disampaikan mendatangkan kesan positif di kalingan pelajar.
Tahap efektif guru lazimnya dikaitkan dengan tahap pencapaian pelajar sama ada dalam
perolehan pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan apresiasi. Semua ini menjadi key
performance index terhadap keterampilan guru dan guru efektif. Guru berkebolehan
menjangkau perlakuan yang akan berlaku semasa pengajaran, berjenaka deduktif, dan
menggunakan kehadirannya dalam bilik darjah dengan terbaik dan sepenuh kebaikan.