Anda di halaman 1dari 8

Masalah pemilihan aliran yang sesuai ini juga tambah merumitkan apabila keputusan PT3

antara setiap sekolah juga tak dapat dibandingkan memandangkan penggunaan soalan yang
berbeza.

Justeru itu, penilaian yang tepat adalah penting bagi menentukan hala tuju yang terbaik bagi
pemilihan aliran yang sesuai. Pemilihan aliran yang sesuai juga dapat menentukan masa depan
yang lebih cemerlang untuk pelajar.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh digunakan oleh ibubapa dan pelajar PT3 dalam
menentukan aliran yang sesuai semasa di tingkatan 4 nanti.

1. Pencapaian
Keputusan PT3 boleh digunakan sebagai kayu ukur pencapaian pelajar, terutamanya bagi yang
berhajat nak ke aliran Sains. Pencapaian bagi subjek seperti Sains dan Matematik harus diberi
perhatian memandangkan lebih banyak "Sains dan Matematik" yang akan anda pelajari semasa
di aliran Sains nanti. Ada banyak lagi faktor yang mempengaruhi. Namun sekurang-kurangnya
ini adalah indikator awal yang membolehkan atau membataskan pencapaian akademik anda
semasa di tingkatan 4 kelak.

Pencapaian yang baik, tak bererti anda boleh buat dengan baik dalam aliran Sains dan juga
pencapaian yang kurang memuaskan, tak bererti anda tak boleh buat dengan baik dalam aliran
Sains.

2. Kemampuan
Selain daripada pencapaian PT3, perlu juga ada muhasabah diri menilai kemampuan belajar
bagi 2 subjek tadi, iaitu Sains dan Matematik. Jika pada kebiasaannya, anda mengalami
kesukaran untuk belajar dan juga mendapat markah yang kurang memuaskan, maka anda perlu
pertimbangkan dengan sebaiknya jika ingin meneruskan minat dalam aliran Sains. Bimbang tak
terbawa pulak bebannya nanti.

Jangan perasan. Sebaliknya nilai diri anda dengan sebaik mungkin. InshaAllah percaturan anda
nanti akan jadi satu percaturan yang terbaik. InshaAllah.

3. Minat
Pemilihan aliran juga boleh didasarkan kepada minat anda terhadap bidang tertentu. Bak kata
orang, bila ada minat, semua pun boleh jadi. Namun jika nak ikut minat, perlu utamakan juga
Pencapaian dan Kemampuan anda dalam subjek berkenaan. Minat saja tak cukup. Nanti anda
pula yang kesusahan dan terpaksa berendam air mata dengan keputusan yang teruk semasa
SPM nanti.
Minat dalam aliran Sains atau sastera juga boleh ditentukan melalui Ujian Psikometrik yang
dijalankan oleh pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling. Boleh rujuk guru kaunseling sekolah bagi
memastikan kecenderungan minat dan bakat anda.

4. Tanya
Pendapat peribadi saya, dengan sistem PT3 sekarang, jalan terbaik adalah dengan rujuk terus
kepada guru Sains dan Matematik anda sama ada anda benar-benar layak untuk mengikuti
aliran Sains. Ini kerana, hanya guru Sains dan Matematik anda sahaja yang benar-benar tahu
kemampuan dan juga keupayaan anda dalam aliran Sains.

Jadikan pendapat mereka sebagai satu lagi pilihan yang boleh dipertimbangkan oleh anda
semasa memilih. Baka kata pepatah, "sekilas ikan di air, dah tahu jantan, dah tahu betinanya.."

5. Istikharah
Tips terakhir sekali adalah selepas melakukan semua tips-tips di atas, maka wajarlah jika kita
memohon pertolongan dari Yang Maha Esa semoga diberi petunjuk untuk pilihan yang terbaik
untuk kita. Usaha akhir ini juga merupakan satu lagi ikhtiar terbaik bagi kita yang berada dalam
dilema. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Memiliki Segalanya.

Kepada pelajar PT3 dan ibubapa yang prihatin, buatlah pilihan yang TEPAT semasa memilih
aliran Sains atau Sastera. Ini kerana pemilihan aliran yang betul akan memastikan masa depan
yang cemerlang buat pelajar semasa Tingkatan 4 dan sekaligus semasa SPM nanti. Manakala
pemilihan aliran yang salah pula pasti akan memberi satu bencana buat mereka.
Hala Tuju Selepas PT3: Tips Memilih Mata Pelajaran Elektif Di Tingkatan 4 di
Sek Men Harian Biasa

Perkara yang selalu menjadi isu sewaktu buka sekolah untuk murid tingkatan 4 setiap tahun ialah
aliran mata pelajaran elektif yang manakah yang boleh murid ceburi.

KELAS ALIRAN SAINS

NILAI PULANGAN TINGGI

- Biologi/Fizik/Kimia/Add Math/ Prinsip Akaun


- Fizik/Kimia/Matematik Tambahan/ Prinsip Akaun
- Fizik/ Kimia/Matematik Tambahan/ Rekacipta
- Fizik/Kimia/ ICT / Matematik Tambahan
-Fizik/Kimia/Matematik Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan
- Bahasa Arab/ Matematik Tambahan/ Prinsip Akaun/ Pendidikan Al Quran Sunnah/ Pendidikan
Syariah

Kekuatan :
1) Peluang IPT lebih terbuka luas kepada murid aliran sains kerana murid aliran sains boleh
meneruskan kursus sains atau berubah haluan ke aliran perakaunan mahupun sosial.
2) Peluang ke matrikulasi terbuka untuk murid yang mengambil pakej bersama mata pelajaran
Matematik Tambahan .
3) Terdapat 4 subjek elektif dimana IPT memerlukan sekurang -kurangnya satu matapelajaran
elektif

Cabaran:
1) Mesti mempunyai peruntukan masa yang berdisiplin kerana kesukaran subjek itu sendiri dan
lebih banyak mata pelajaran elektif berbanding aliran lain di sekolah mennegah harian biasa.
2) Berminat dan bukan dipaksa atau mengikut kawan kerana subjek yang banyak memerlukan
motivasi yang tinggi untuk meneruskan kecemerlangan

Syarat Masuk ke Aliran Sains Syarat kemasukan mengikut Surat Pekeliling KPM 22/2014
mengenai Kriteria Kemasukan Murid Ting 4 Aliran Sains Tahun 2016 Berdasarkan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah Peringkat Menengah Rendah:
1) murid yang mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam mata pelajaran Sains dan Matematik
digalakkan mengikuti aliran Sains Ting 4
2) murid yang mendapat gabungan gred A/C, B/C atau C/C dalam Sains dan Matematik, Band 4
dalam pentaksiran sekolah bagi kedua-dua subjek tersebut serta meminati aliran sains
berdasarkan psikometrik
3) kes khas: murid mendapat gabungan A/D, B/D atau C/D dalam Sains dan Matematik, band 4
dalam pentaksiran sekolah bagi kedua-dua subjek tersebut serta berminat dalam aliran Sains
berdasarkan psikometrik
4) gred E dalam mana-mana subjek sains dan Matematik tidak digalakkan memohon
KELAS ALIRAN PERAKAUNAN
Sains Pertanian, prinsip akaun dan perniagaan (SMKSP)
Prinsip Akaun dan Ekonomi Asas
Prinsip Akaun dan Perdagangan
Prinsip Akaun, Ekonomi Asas dan Perdagangan

Di SMKSP ditawarkan kelas Sains Pertanian, Prinsip Akaun dan Perniagaan

Kekuatan
1)Kelas yang memerlukan kekuatan data dan pengiraan tetapi kurang penghafalan jika
dibandingkan dengan aliran sains.
2) Alternatif aliran kelas bagi murid yang mendapat pencapaian yang agak baik bagi PT3 tetapi
tidak berminat ke aliran sains dan psikometriknya juga mempunyai kod teori Holland E atau C.

Cabaran
1) Jika kelas tersebut tidak mengambil Matematik Tambahan, automatik dia tidak layak
memohon untuk meneruskan pengajian ke matrikulasi
2) Namun demikian peluang ke universiti dan kolej masih terbuka dengan kekuatan 2 mata
pelajaran elektif yang kredit untuk ke universiti manakala ke politeknik dan kolej serendah 1
mata pelajaran elektif yang kredit

KELAS ALIRAN PERDAGANGAN DAN SENI


Mata pelajaran elektif Pendidikan Seni

4A2/4A3

Kekuatan :
1) Murid aliran akademik yang rendah penguasaan akademiknya
2) Silibus mata pelajaran elektif yang agak rendah tahap kesukarannya

Cabaran
1) Mesti berminat dengan kerja projek folio bagi sokongan untuk markah SPM
2) Mesti kreatif dan berbakat dalam seni lukis
3) Subjek elektf yang diambil hanya boleh memasuki kursus tertentu di peringkat universiti dan
politeknik kerana pakej mata pelajaran elektif ini tidak banyak ditawarkan di peringkat universiti
dan kolej selepas SPM.

KELAS ALIRAN MPV (MATA PELAJARAN VOKASIONAL)


Mata pelajaran vokasional seperti Rekaan Jahitan Pakaian , Seni Reka Tanda, Automotif,
Katering Dan Penyajian Makanan, Pendawaian Domestik, Akuakultur dan haiwan reakreasi,
Tanaman Makanan, Penjagaan Muka Dan Dandanan Rambut, Produksi Multimedia, Membuat
Perabot, Hiasan Dalaman Asas, Menservis Automobil, Menservis Motorsikal, Menservis
Peralatan Penyejukan Dan Penyamanan Udara
Di SEKOLAH KITA TIADA DITAWARKAN. JIKA BERMINAT PELAJAR BOLEH
MOHON KE ALIRAN VOKASIONAL, GIAT MARA DAN INSTITUSI YANG
MENAWARKAN BIDANG TERSEBUT.

Kekuatan:
1) Murid yang berbakat dengan kerja kemahiran tangan dan mempunyai mata pelajaran akademik
teras sahaja.
2) Beban akademik yang paling minimum bagi murid yang lemah penguasaan akademik
3) Akan menerima sijil SPM apabila memenuhi syarat pensijilan SPM dan Sijil Mata Pelajaran
Vokasional

Cabaran:
1) Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam kursus bentuk kemahiran sahaja
dan potensi masa hadapan yang lebih cerah jika menyambung dengan kursus yang sama.
2) Pengambilan terhad untuk murid ini bertukar laluan akademik dengan menggunakan sijil SPM
semata-mata untuk ke kursus berorientasikan akademik pula dan subjek teras seperti Matematik
dan Sains perlu minimum B jika bersaing dengan murid aliran pakej elektif yang lain yang lebih
diterima untuk ke kursus berorientasikan akademik kerana pakej mata pelajaran elektif yang lebih
sesuai.

KELAS ALIRAN PVMA (PROGRAM Vokasional Menengah Atas)


Kelas Penyediaan Makanan, Membuat Pakaian, Seni Kecantikan, Animasi, Pembuatan Perabot,
Dekorasi Dalaman, Automotif, Motorsikal, Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, pendawaian
Elektrik, Akuakultur, Tanaman

Kekuatan:
1) Murid akan menduduki peperiksaan yang setara SPM pada akhir ting 5. Murid akan menerima
pernyataan MPAK iaitu Pernyataan Mata pelajaran Aliran Vokasional bagi mata pelajaran
akademik yang tertentu DAN sijil kemahiran malaysia (SKM ) tahap 1 dan 2 atau pensijilan lain-
lain dari agensi pentauliahan peringkat tempatan dan antarabangsa. Ini bermakna jika gagal SPM
masih lagi layak mendapat sijil SKM tahap 1 dan 2 berdasarkan syarat pemberian sijil SKM.
2) Murid yang berbakat dengan kerja kemahiran tangan dan mempunyai mata pelajaran akademik
teras sahaja.
3) Mata pelajaran akademik teras tidak mempunyai Sains. Malah subjek Matematik adalah
mengikut Kolej Vokasional yang tidak sama dengan Matematik aliran perdana. Ini bermakna
subjek teras yang rendah tahap kesukarannya.

Syarat Masuk
1) calon warganegara Malaysia
2) murid bersekolah di SMK atau di SMBK
3) murid mestilah telah menduduki PT3, Pentaksiran Sekolah, pentaksiran psikometrik,
pentaksiran PaJSK
4) Sihat tubuh badan
5) Bebas masalah mental
6) Bebas dari penagihan dadah dan sakit kronik (jantung, darah tinggi, kencing manis, epilepsy,
atau kecacatan yang menghadkan kerja amali
7)Menguasai 3M
8) Tidak rabun warna
9) Berminat dengan kursus dipohon

TIPS MEMILIH ALIRAN YANG SESUAI


Berdasarkan penerangan di atas, saya berharap murid tingkatan 4 tahun 2017 sudah bersedia
dengan pilihan masing-masing dan bersedia mengikuti pembelajaran sewaktu bermula penggal
satu persekolahan. Jika anda berada dalam dilema memilih aliran mata pelajaran elektif yang
sesuai di tingkatan empat, maka perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan:

1) pencapaian Pt3 dan pencapaian sekolah . Memenuhi syaratkah masuk ke kelas sains. Jika
tidak, anda perlu melihat pilihan yang lain memandangkan subjek sains agak berat sesuailah
dengan gelarannya mata pelajaran bernilai tinggi.

2) Psikometrik anda? Kemanakah kecenderungan anda. Kombinasi pencapaian akademik dan


psikometrik yang serasi menunjukkan anda boleh mencapai keputusan akademik yang lebih baik
kerana kelayakan dan minat anda. Jika kelayakan tidak cemerlang seperti D tetapi minat
cenderung ke kursus tersebut , maka anda mempunyai turun naik motivasi yang tidak tetap untuk
meneruskan aliran anda pada masa tersebut kerana anda perlu lipatgandakan usaha anda.

3) Jika pencapaian akademik anda melayakkan anda ke mana-mana aliran sekali pun, yang
memuktamadkan keputusan itu ialah psikometrik anda. Kemanakah minat anda membawa anda?
Ini kerana kursus yang anda minat anda perlu harunginya selama 2 tahun, dan meneruskan
pengajian ke peringkat tertinggi juga dengan subjek aras tinggi mata pelajaran elektif yang anda
ambil di tingkatan 4 ini selepas SPM.

4) Jika pencapaian akademik tidak melayakkan anda memilih, ia bermaksud pilihan yang sangat
terhad dan anda tidak berminat ke arah mata pelajaran vokasional atau kemahiran, lebih baik
anda memilih mata pelajaran dengan subjek elektif yang paling minimum di sekolah tersebut. Ini
kerana subjek vokasional perlu disertai dengan minat. Jika psikometrik anda juga menunjukkan
stail yang sama iaitu tidak berminat dengan kemahiran, maka jangan memaksa diri mengambil
mata pelajaran kemahiran seperti jahitan, seni reka tanda atau masakan. Ini kerana subjek ini
diajar dalam tempoh masa yang lama dan hasil dari projek merupakan eviden untuk markah yang
perlu komited oleh murid mengikutinya setiap kali pembelajaran.

5) Melangkah ke tingkatan 4 sebenarnya adalah pintu masuk ke arah tuju yang betul untuk
menceburi kursus yang anda inginkan, anda ingin bekerja dan dikenali di profesion tersebut.
Sememangnya ada sahaja senior yang hala tujunya tidak seperti kursus yang diceburinya.
Contohnya masuk aliran sains tetapi end up di universiti dengan kursus perakaunan. Yang
penting diri anda, jangan membeza-bezakan antara awak dengan orang lain. Ini kerana apabila di
peringkat SPM, keputusan tidak melayakkan untuk menyambung ke kursus sains, maka
seseorang perlu adjust semula hala tuju hidupnya yang bersesuaian. Yang penting tingkatan 4
ialah tiket masuk untuk ke peringkat yang lebih tinggi.

6) Jika anda di persimpangan memilih aliran sains tulen Biologi atau aliran sains perakaunan
kerana sekejap anda ingin menjadi doktor atau farmasi dan adakalanya ada menunjukkan
kecenderungan ke jurutera, kod mata Holland pada psikometrik juga tidak menunjukkan
perbezaan yang ketara , maka anda lebih baik memilih jurusan Biologi kerana jika anda tidak
mengambil Biologi anda tidak dapat masuk ke aliran perubatan atau sains hayat, tetapi jika anda
tidak mengambil Perakaunan anda masih lagi boleh mengambil jurusan kejuruteraan kerana
kekuatan fizik dan matematik tambahan.
7) Jika anda dalam persimpangan mengambil aliran Sains dan Perakaunan dengan psikometrik
kod 3 mata Holland juga mempunyai selisih beza yang sedikit atau sama kerana anda berminat
dengan keduanya , maka lebih baik anda memilih aliran Sains. Kerana murid aliran Sains dapat
bertukar kursus ke perakaunan selepas SPM. Manakala murid perakaunan tidak boleh menukar
aliran ke kursus berorientasikan Sains selepas SPM.

Anda mungkin juga menyukai