Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN PROGRAM JOM JENGOK PELAJAR 2017

1.0 Pendahuluan
Gejala ponteng sekolah merupakan salah satu masalah disiplin yang semakin ketara.Hal
ini amat membimbangkan ramai pihak khususnya kepada pihak sekolah. Justeru itu,
masalah ponteng sekolah dan ponteng kelas ini perlulah di atasi dengan segera bagi
mengelakkan daripada timbulnya pelbagai gejala buruk yang lain rentetan daripada
perilaku ponteng tersebut. Program Jom Jengok Pelajar ini bertujuan untuk memberi
kesedaran kepada murid tentang kesalahan perilaku ponteng di samping memberi
pendedahan mengenai kesan buruk yang akan diterima sekiranya sikap negatif ini tidak
diubah.

2.0 Rasional
Menyedarkan murid bahawa gejala ponteng akan menyebabkan kesan buruk terhadap
masa hadapan mereka sekiranya tidak di atasi.

3.0 Matlamat
Kempen ini juga bermatlamat untuk memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar dan
semua guru betapa pentingnya peranan mereka dalam mengurangkan kadar ponteng
sekolah dan ponteng kelas. Hal ini juga dapat membaiki tahap disiplin dan akademik
setiap pelajar dan sekali gus menaikkan kembali reputasi SMK Seberang Perak.

4.0 Objektif
1. Menyedarkan para pelajar tentang pentingnya hadir ke sekolah dan berada di dalam
kelas pada setiap masa pengajaran dan pembelajaran
2. Pelajar dapat mengetahui dan memahami implikasi gejala ponteng sekolah
3. Menanam, menghayati dan mengamalkan budaya positif dalam kalangan murid.
4. Menyediakan pelbagai alternatif yang berfaedah supaya menyekat murid daripada
terlibat dengan ponteng sifar.

5.0 Kumpulan Sasaran


Pelajar yang bermasalah ponteng SMK Seberang Perak

6.0 Tarikh
Sepanjang tahun 2017

7.0 Tempat
Lawatan ke rumah pelajar
JAWATANKUASA PROGRAM
Pengerusi : Tn Hj A. Saifuddin bin Abdul Aziz - Pengetua
Naib Pengerusi : Penolong Kanan HEM
: Penolong Kanan Pentadbiran
: Penolong Kanan Kokurikulum
: Penolong Kanan Pend. Khas
Penyelaras : Pn. Siti Rohani bt Azizan - Guru Kanan Teknik Vokasional
Setiausaha : Pn. Noor Asyikhin bt Osman - Guru Bimb. & Kaunseling
Pen. Setiausaha : Pn Hafidah Hani bt Hanafi - Guru Bimb. & kaunseling
Ahli-ahli : En. Zainuldin b Zainol - Guru Kanan Bahasa
: Pn. Rushdah bt Ramli - Guru Kanan Kemanusiaan
: Pn Tan Choon Heong - Guru Kanan Sains Matematik
: Ustaz Fauzi b Osman - Guru Pendidikan Islam
: En Hamzah b Derani - Guru Pendidikan Moral
: En Ahmad Shukri b Ibrahim - Guru Disiplin

8.0 PENILAIAN PROGRAM


Penilaian Jangka Pendek Pengurangan gejala ponteng dalam kalangan pelajar
Penilaian Jangka Panjang Ponteng sifar di SMK Seberang Perak

9.0 PENUTUP DAN RUMUSAN


Adalah diharapkan Program Jom Jengok ini dapat berjalan dengan lancar atas
kerjasama ahli jawatankuasa pelaksana yang telah dilantik. Melalui Kempen Ponteng
Sifar ini, berharap dapat menyedarkan murid-murid tentang implikasi gejala ponteng.

Disediakan oleh,

...........................................
(Noor Asyikhin binti Osman)
Guru Bimbingan dan Kaunseling

Unit Bimbingan & Kaunseling

Anda mungkin juga menyukai