Anda di halaman 1dari 8

PROGRAM PEMBESTARIAN PENDIDIKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SEREMBAN

22 JULAI 2010 (KHAMIS, JAM 8.00 PG)

1. BACAAN DOA
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Dengan Limpah Kurnianya
Marilah kita semua,
Selaku insan kerdil sifat dan upaya,
Dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih,
Menghimpunkan segala harapan dan hasrat,
Dengan bait-bait doa serta munajat
Sempena Majlis Program Pembestarian Pendidikan Sekolah-sekolah Daerah Seremban.

Majlis menjemput. untuk tampil


seketika memimpin pembacaan doa. Dipersilakan.

(APABILA SELESAI DOA)


Terima kasih diucapkan kepada ...atas pimpinan doa sebentar
tadi.

2. KATA ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS


- Yang Dihormati Tn Abdullah bin Yussuf
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, NSDK
- Yang dihormati En Ramli b. Basir,
Pegawai dari Unit Aplikasi Pendidikan ,
Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM ,
- Yang berusaha En Mat Azalan b Budin
Pen Pengarah BTPNNS merangkap penyelaras Program Pembestarian Pendidikan NS
- En ..
..JPNS
- En ..
..PPD Seremban

1
-Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat
Kegiatan Guru
- Para jemputan, Guru-guru penyelaras bestari , guru-guru penyelaras ICT ,tuan-tuan dan
Puan-puan
Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Sirih pinang di dalam puan,


Buat santapan putera idaman,
Sebagai hidangan puteri rupawan,
Buat cicipan dagang nan maulan;
Selamat datang kami ucapkan,
Buat tuan puan budiman,
Ke sidang majlis penuh taakulan,
Bersama merapat ukhwah dan taulan.

Hadirin yang dihormati,


Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi lantaran dengan izin-Nya ,dihimpun dan
dipertemukan kita semua bagi menjayakan Program Pembestarian pendidikan sekolah-
sekolah daerah Seremban .

Saya bagi pihak Jawatankuasa Majlis mengalu-alukan kehadiran tuan2 dan puan2 ke majlis
ini.

Hadirin, hadirat yang dikasihi sekalian,

Pembestarian adalah proses berterusan ke arah pembudayaan penggunaan teknologi dalam


pedidikan untuk meningkatkan keberkesanan P&P serta pengurusan sekolah. Berdasarkan
pelan pembestarian pendidikan, kita telahpun melalui Fasa yang ketiga iaitu Fasa
Pembestarian Sekolah yang bermula dari tahun 2006 dan berakhir pada tahun 2010. Dalam
Fasa ini diharapkan semua sekolah di Malaysia dapat memanfaatkan semua inisiatif ICT KPM.

Justeru program ini diadakan bertepatan dengan objektifnya bagi memberi maklumat kepada
guru yang bertanggungjawab memastikan semua inisiatif ICT di sekolah dapat dimanfaatkan
secara optimum. Insyaallah perkara-perkara ini akan diperjelaskan dengan lebih lanjut melalui
taklimat dan perkongsian maklumat pada hari ini. Harapan kami agar program ini dapat
membantu tuan-tuan dan puan-puan dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

2
3. UCAPAN ALU-ALUAN KPP (PENGERUSI JK PENGANJUR)

Tuan-tuan dan puan-puan,


Majlis pada pagi ini dimulakan dengan ucapan oleh Tuan Abdullah b Yussuf, Ketua Penolong
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri NSDK. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan KPP BTPNNS atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi. Untuk makluman semua Tuan Abdullah b Yussuf merupakan KPP
BTPNNS yang baru.

4 Hadirin yang dihormati ,


- Makluman tentang kedatangan dan kandungan fail
- Minum pagi

Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya mempersilakan En Ramli b Basir , pegawai
dari Unit Aplikasi Pendidikan, BTP, KPM untuk menyampaikan taklimat yang bertajuk
Pengenalan Aplikasi Learning Management System (LMS) untuk sekolah2.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Ramli bin Basir

5 TAKLIMAT PENGISIAN DATA SSQS PN RAMLAH MUDA GURU PENYELARAS


BESTARI SDAR
Penggunaan ICT dalam pengurusan sekolah serta pengajaran dan pembelajaran (P&P)
merupakan satu usaha murni Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk membudayakan
pengintegrasian dan penggunaan ICT secara optima dalam kalangan warga sekolah. Usaha ini
adalah selaras dengan keperluan tenaga kerja yang berteraskan ICT. Tambahan pula,
pembudayaan ICT dalam kalangan warga sekolah mampu mengeluarkan tenaga kerja yang
berfikiran glokal, kritis dan kreatif. Salah satu usaha untuk memastikan pembudayaan
pengintegrasian ICT dalam kalangan warga sekolah terlaksana maka KPM dan Multimedia
Development Corporation (MDeC) telah menjalankan program pemantauan secara on site
yang mana telah dapat mengumpulkan amalan-amalan terbaik untuk dijadikan panduan
pelaksanaan dan pengukuran pencapaian pembudayaan ICT.

Untuk menggalakkan penglibatan yang aktif, penggunaan ICT di sekolah perlu diukur dan
digred. Pelbagai peralatan pemantauan telah dirancang tetapi yang paling penting ialah
Kelayakan Standard Sekolah Bestari atau Smart School Qualification Standards (SSQS)
dengan Kedudukan Bintang atau Star Ranking sebagai alat ukur pencapaian pembudayaan ICT

3
di sekolah. Untuk memperkukuhkann lagi penggunaan ICT, bengkel-bengkel latihan berasaskan
ICT, aplikasi tambah-nilai secara online serta bimbingan di lokasi sekolah perlu dijalankan.
Pengukuran ini diperlukan untuk memantau jenis sumber ICT yang ada, sejauh mana dan sifat
usaha dalam pembangunan professional, dan perubahan dalam cara P&P. Sepanjang dua
tahun pelaksanaan program ini, kebanyakan responden kurang memahami kehendak soalan
dalam sistem. Oleh yang demikian taklimat dan bengkel pengisian data SSQS perlu diadakan
bagi memantapkan kefahaman dan meningkatkan star ranking setiap sekolah.

Tuan2 dan puan2,


Majlis diteruskan dengan sesi taklimat yang pertama iaitu Pengenalan Eduwebtv. Majlis
dengan sukacitanya menjemput En Md.Kamsani b. Othman, Penolong pengarah Sektor
Penyiaran BTP, KPM untuk menyampaikan taklimat tersebut.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk membentuk perkembangan potensi individu


secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan pelajar yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pemangkin ke arah pengubahsuaian ini
adalah pembentukan Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini bagi menetapkan
sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja untuk menghadapi cabaran
abad akan datang.

Pengubahsuaian sistem pendidikan memerlukan perubahan dari segi budaya dan amalan yang
sedia ada di sekolah rendah dan menengah. Sistem pendidikan perlu berubah daripada
pembelajaran secara menghafal kepada bentuk pembelajaran yang
merangsangkan pemikiran dan kreativiti, dengan mengambil kira pelbagai kebolehan dan gaya
pembelajaran pelajar. Pelajar perlu lebih bertanggungjawab ke atas keperluan
pendidikannya, manakala ibu bapa dan masyarakat pula perlu memainkan peranan yang lebih
aktif dalam menangani sesuatu perubahan.
Objektif panduan pembestarian sekolah adalah untuk:
membantu sekolah memahami konsep dan amalan sekolah bestari;

4
mengenal pasti amalan bestari yang boleh dilaksanakan oleh sekolah dengan sumber
sedia ada;
menggalakkan sekolah mengambil inisiatif, meningkatkan diri dari segi amalan
Pengajaran dan pembelajaran, pengurusan dan infrastruktur yang ada; dan
menggalakkan sekolah menggunakan teknologi, khasnya teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) sebagai pengupaya untuk mencapai tahap pembestarian yang makin
tinggi.

Pengumuman rehat

Taklimat en Azalan

Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan program ini amat dihargai
dan kami berasa begitu terharu dengan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada semua
pihak. Bagi pihak seluruh ahli jawatankuasa, majlis
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.

Semoga kecemerlangan teknologi pendidikan mewarnai kegemilangan pelajar, guru, institusi


pendidikan dan negara.

Bias luahan buat titipan,


Rona curahan jadikan sisipan;
Refleksi kendiri jadikan amalan,
Impak dan impian jadikan iltizam.

Banyak kelok ke penarik,


Kelok tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan buruk tinggalkan di sini.

5
Terima kasih atas segala perhatian, salam kemaafan di setiap kesilapan dari tuturkata
mahupun lakucara, jumpa lagi pada lain ketika. Sebelum bersurai, sudilah apa kiranya
menyaksikan pameran serta menjamu selera hidangan yang tersedia.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

Pertama sekali, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah subhanahuataala kerana dengan izinNya
maka majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Malaysia Sabah
(UMS) dengan INTEL Electronics Malaysia dapat jua dilaksanakan dan disempurnakan sebentar sahaja
lagi. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis MOU ini.

Dalam dunia ICT yang pesat membangun, kesan daripada momentum globalisasi yang kian rancak,
maka Malaysia perlu terus menggandakan kepakaran sumber manusianya. Justeru itu, usaha
mewujudkan suatu komuniti yang celik Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bukan lagi sesuatu
yang baru. Malaysia menerima dan menganggap peranan ICT begitu penting sekali, sebagai jentera
kemajuan ekonomi negara menerusi pembangunan projek Multimedia Super Corridor (MSC).

Salah satu daripada aplikasi MSC yang begitu penting adalah projek Pembestarian Sekolah di mana
ianya bertujuan untuk membentuk suatu komuniti Malaysia yang celik ICT. Pembestarian Sekolah
adalah mekanisma penting dalam menggandakan lagi gerakan pembangunan ekonomi negara. Aspirasi
kerajaan dalam melengkapkan warganegara Malaysia dengan kemahiran ICT turut didukung dengan
pelbagai usaha penyediaan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar atau generasi muda
melalui projek SchoolNet, MySchoolNet, penyediaan makmal komputer di sekolah-sekolah, pengenalan
kepada mata pelajaran ICT dan banyak lagi.

Keperluan ICT dalam pendidikan dilihat semakin meluas apabila Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) 2006-2010 dilancarkan. Salah satu daripada isu utama PIPP ialah pembangunan modal insan
yang melibatkan pendidikan ICT sehingga ke kawasan luar bandar.

Selaras dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi turut
melancarkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang berkait secara langsung dengan
kepentingan ICT. Aspek ini begitu jelas dinyatakan dalam teras kedua yang berbunyi Menambah baik
kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan menitikberatkan penggunaan ICT dalam penyampaian
ilmu serta pemperolehan kemahiran abad ke-21 dengan lebih berkesan lagi.

6
Selain itu, teras ke 6 iaitu, Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat, turut melihat ICT sebagai
wacana memangkin pembangunan modal insan. Dengan penggunaan ICT, Pembelajaran Sepanjang
Hayat (PSH) akan lebih mudah dan berkesan melalui kemudahan Internet dan e-pembelajaran.
Kejayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) pada zaman teknologi ini memerlukan manipulasi ICT
yang menggalakkan pembelajaran kendiri setiap individu. Melalui ICT juga, pembelajaran menjadi lebih
terbuka tanpa kekangan fizikal, jarak dan masa.

Dalam tempoh sedekad yang lalu, Malaysia telah berusaha dalam menyediakan negara ke arah
pembentukan masyarakat berteknologi. Berdasarkan kepada perkembangan pesat ini, ICT telah terbukti
sebagai suatu jentera yang begitu penting kepada pembangunan ekonomi. ICT perlu bagi melahirkan
suatu negara bangsa yang berteknologi tinggi dan merupakan elemen penting dalam membangun modal
insan di negara ini.

Dalam hubungan ini, maka peranan pendidik di IPTA adalah sangat besar dalam memastikan
kecemerlangan pendidikan. IPTA perlu menyahut aspirasi negara dalam membangunkan modal insan
melalui pelbagai kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, pendidik di
IPTA perlu mempunyai ciri akademia cemerlang dan berinovatif yang mampu melahirkan graduan yang
memiliki aspek kognitif dan kemahiran insaniah yang bestari dan pelbagai.

Bagi mencapai hasrat ini, maka Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS) seperti juga fakulti
pendidikan IPTA yang lain, berasa begitu bertanggungjawab untuk melahirkan pendidik dan bakal
graduan yang cemerlang dan berinovatif. Graduan yang dilahirkan di Sekolah Pendidikan dan
Pembangunan Sosial (SPPS) adalah bakal guru yang merupakan tenaga pendidik kepada generasi muda
yang menjadi pelapis kepada generasi akan datang. Peranan yang begitu kritikal ini akan disahut oleh
Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS) demi masa hadapan negara dalam usaha
melahirkan pendidik atau guru yang mampu memikul aspirasi negara sehingga melangkaui tahun 2020
kelak.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Sememangnya UMS telah pun mengambil beberapa langkah dalam meningkatkan penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran seperti penyediaan Wireless Network di semua bangunan di UMS,
1-MegaLab dan Learning Management System (LMS). Pihak UMS juga mempunyai Unit Media dan
Teknologi Pendidikan (UMTP) yang bertanggungjawab memastikan semua prasarana ICT termasuklah
LCD, LAN, Internet, laman web, makmal komputer, perisian-perisian dan semua yang berkaitan dengan
ICT dapat dimanfaatkan oleh warga universiti. Dengan adanya prasarana ini, diharapkan ICT dapat
membantu dalam peningkatan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, ini semua
7
adalah prasarana semata-mata, matlamat pendidikan berinovatif tidak akan tercapai tanpa melalui
kemahiran penggunaan teknologi yang berkesan.

Oleh yang demikian, melalui MOU ini, adalah diharapkan ia dapat memberikan manfaat kepada
mahasiswa mahasiswi kita, hasil daripada usaha murni Intel Electronics dan UMS dalam
mempertingkatkan lagi pendidikan di IPTA. Melalui program Intel Teach, para pensyarah UMS dapat
meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Selain itu guru-guru
yang bakal dilahirkan oleh SPPS kelak adalah yang dapat memanfaatkan teknologi ICT sepenuhnya
dalam mendidik generasi muda kita.

Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak INTEL Electronic atas
kesudian mengadakan persefahaman dengan pihak UMS. Semoga persefahaman yang dimulakan pada
hari ini akan memacu deras usaha kita menjadi sebuah universiti berinovatif bertaraf dunia.

Sekian dan terima kasih.

Sememangnya tidak boleh menafikan bahawa teknologi pendidikan adalah penting dalam
usaha mencapai pendidikan berkualiti. Namun dengan kewujudan pelbagai perkembangan
dalam teknologi komunikasi maklumat, profesion keguruan terpaksa berhadapan dengan
pelbagai isu dan cabaran pendidikan. Cabaran-cabaran tersebut bukan sahaja menuntut
kegigihan para pendidik dalam memartabatkan profesion mereka tetapi juga harus berupaya
menampilkan diri dengan beberapa ketrampilan baru dalam aspek teknologi moden serta
ketinggian ilmu dalam mendidik dan membimbing generasi muda negeri ini.

Anda mungkin juga menyukai