Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN LICHOK

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SARATOK

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN MEMASAK

TARIKH

8 NOVEMBER 2017

ANJURAN :

PANITIAN PENDIDIKAN ISLAM

PANITIA PENDIDIKAN MORAL


PENDAHULUAN

Pertandingan memasak dianjurkan bagi mengisi program selepas UPSR yang dianjurkan bagi
melibatkan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar kelas. Pertandingan ini
merupakan di bawah kelolaan Panitian Pendidikan Islam dan Panitia Pendidikan Moral

MATLAMAT

Memberi pendedahan kepada murid-murid serta diharap dapat membantu murid-murid ini
menguasai kemahiran diri disamping meningkatkan potensi diri serta tahap keyakinan diri
secara tidak langsung melalui pertandingan.

OBJEKTIF

Pertandingan ini dianjurkan bertujuan ;


1. Memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam semua bidang kurikulum dan
ko-kurikulum khasnya dalam aspek pengurusan diri
2. Meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar melalui aktiviti bersuasana pertandingan.
3. Mempertingkatkan kemahiran bersosial untuk hidup berdikari dikalangan pelajar
berkeperluan khas.
4. Meningkatkan daya saing dan memupuk semangat kerja berpasukan.
5. Membimbing sikap berdikari dalam diri murid
6. Mengaplikasikan pembelajaran di dalam kelas ke situasi sebenar

SASARAN

Pelajar-pelajar Tahun 6 sesi 2017

PERATURAN PERTANDINGAN

Ahli Kumpulan
1. Terdiri daripada 4 orang murid dalam satu kumpulan
2. Boleh terdiri dari murid dari kelas berbeza

Yuran
1. Setiap kumpulan dikenakan yuran sebanyak RM4.00

Bahan / Alatan
1. Semua bahan dan alatan untuk tujuan pertandingan perlu disediakan sendiri oleh
ahli kumpulan.

Menu
1. Menu adalah berdasarkan keputusan jawatankuasa pertandingan
Pengadilan
1. Setiap kumpulan diminta menyediakan satu hidangan santapan untuk tujuan
pengadilan.
2. Hidangan akan diadili oleh beberapa individu yang dilantik oleh jawatankuasa
pertandingan memasak.
3. Keputusan pengadil adalah muktamad.

BUTIRAN PERTANDINGAN

Butiran ;
Tarikh : 2 Nov 2011
Hari : Rabu
Jam : 7.45 pagi 11.00 pagi

Agihan Masa ;
1. Melakukan akiviti berbeza

Akitiviti tersebut adalah ;


1. Penyediaan Hidangan Pertama
2. Penyediaan Hidangan Kedua
3. Penyediaan Hidangan Ketiga
4. Masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti adalah sama iaitu 90 minit

PENUTUP

Diharap dengan adanya aktiviti-aktiviti yang dirancang ini dapat memberi impak yang positif
dan pengisian masa selepas UPSR dimanafaatkan sebaik-baiknya. Dengan adanya kerjasama
daripada semua pihak maka akan tercapai segala matlamat dan dapat melahirkan generasi
yang berfikiran terbuka dan rasional.
Disediakan oleh,

.
(NOOR SYAFIQ AIMAN BIN MOHD ISA)
Guru Pendidkan Islam
SK. Lichok

Disemak oleh,

(MAIMUNAH BINTI AGAT)


Penolong Kanan Kurikulum
SK. Lichok

Disahkan oleh,

(MASDUKI BIN SULAIBI)


Guru Besar
SK. Lichok

Anda mungkin juga menyukai