Anda di halaman 1dari 2

Tajuk : KESALAHAN BAHASA

Tajuk Jurnal: Adakah Target Panic menyebabkan prestasi merudum di kalangan Pemanah

Pengenalan kesalahan bahasa

Definisi kesalahan bahasa ialah kesalahan yang kerap kali dilakukan dalam membuat sesuatu
ayat. Kesalahan dari segi tatabahasa ini merangkumi kesalahan pembentukan kata, penggabungan kata,
penyusunan ayat, ejaan, dan kesalahan-kesalahan kebahasaan lain seperti penggunaan kata
kerja, kata nama, dan yang seumpamanya. Sub topik di bawah akan memberi contoh-contoh
kesalahan bahasa yang dapat dikenal pasti dari artikel Hak Untuk Didengar.

Sebelum itu, teknik-teknik mengesan dan membetulkan kesalahan bahasa harus diketahui dan ianya seperti
berikut:-
1. Kenal pasti jenis kesalahan yang hendak dibetulkan sama ada kesalahan ejaan, kesalahan imbuhan,
kesalahan istilah atau kata atau kesalahan tatabahasa.
2. Baca ayat berulang-ulang supaya anda dapat mengenal pasti kesalahan ayat itu.
3. Perhatikan kesalahan dengan meneliti perkataan demi perkataan serta cuba kaitkan dengan hukum
tatabahasa yang telah dipelajari.
4. Sebaik mungkin, garisilah perkataan atau frasa yang telah dibaiki.
5. Satu ayat terdapat 2 kesalahan yang perlu dibaiki.

Umumnya, jurnal ini mempunyai kesalahan-kesalahan asas seperti kesalahan ejaan dan tertinggal ejaan yang
betul dan lain-lain. Dapat dilihat, iaitu arher (archers), recurver (recurve), Komenwealth (komenwel) dan
kuatitatif (kuantitatif).
Pertamanya, dari segi kesalahan ejaan. Menerusi kesalahan ejaan ini lazimnya dieja terpisah kecuali
beberapa kekecualian. Kesalahan ejaan ini memfokuskan kesalahan ejaan kata majmuk. Apa yang di dapati
ialah maklumbalas (maklum balas), walaubagaimanapun (walau bagaimanapun), mengenalpasti (mengenal
pasti), digunapakai (diguna pakai), samada (sama ada), pembolehubah (pemboleh ubah), temubual (temu
bual), campurtangan (campur tangan), jangkamasa (jangka masa), kajiselidik (kaji selidik) dan hubung kait
(hubung kait).

Keduanya kesalahan ejaan menerusi mengeja perkataan yang dipengaruhi sistem ejaan lama dan
daripada bahasa-bahasa yang lain. Sebagai contoh isytihar (isytihar), istirahat (istirahat), selsema (selesema),
pengkalan (pangkalan) dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun tidak terdapat kesalahan yang dipengaruhi
sistem ejaan lama di dalam jurnal ini.

Ketiga, kesalahan ejaan menerusi mengeja kata sendi nama (di- dan ke-) dan awalan (di- dan ke-).
Umumnya, kata sendi nama (di- dan ke-) yang menunjukkan tempat ini perlu dieja secara terpisah. Melalui
jurnal ini beberapa kesalahan mengeja kata sendi nama telah dikenal pasti iaitu dikalangan (di kalangan),
dimana (di mana), diperingkat (di peringkat), dimanamana (di mana-mana), digunapakai (diguna pakai),
diperolehi (di peroleh), disemua (di semua), disampaing (di samping) dan diterbalik (di terbalik).
Kesalahan ejaan seterusnya ialah tanda baca. Melalui tanda baca ini terdapat beberapa item yang perlu dilihat
antaranya tanda titik dan koma, tanda sempang (antara ke dengan angka, Antara yang merujuk tahun dengan
imbuhan akhiran an dan antara huruf kecil dengan huruf besar) dan tanda seru. Di dalam jurnal ini terdapat
beberapa kesalahan ini antaranya ialah Masalah Target Panic ini biasanya berlaku tanpa tanda-tanda yang
jelas dan akibatnya pemanah hilang fokus dan prestasi atlet merudum tanpa dapat dikawal. Sebaiknya,
Masalah Target Panic, biasanya berlaku tanpa tanda-tanda yang jelas. Akibatnya pemanah hilang fokus dan
prestasi atlet merudum tanpa dapat dikawal.

Seterusnya, ialah kesalahan kosa kata. Kesalahan ini biasanya disebabkan oleh perkataan yang tidak
tepat atau tidak sesuai. Sebagai contoh Kami sedang membincangkan perkara itu I sangat rumit (Kami sedang
membincangkan perkata itu, yang sangat rumit). Kesalahan kosa kata ini juga mempunyai kesalahan-keslahan
lain iaitu menggunakan bentuk kata tunggal bagi bentuk ganda (kedua pelajar, sebetulnya kedua-dua pelajar).
Selain itu terdapat beberapa lagi sebagai contoh penanda jamak dengan menggandakan kata nama yang sudah
mendukung maksud banyak, menggandakan kata nama yang didahului oleh perkataan yang menandakan
jumlah banyak dan menggandakan kata majmuk yang dieja terpisah. Walau bagaimanapun, tidak terdapat
dengan jelas menerusi jurnal ini berkaitan dengan kesalahan kosa kata.

Seterusnya ialah guna kata sendi nama dengan cara yang salah. Kesalahan kata sendi nama di (tempat),
pada (masa, orang, binatang dan benda anstrak) telah dikenal pasti melalui jurnal ini. Antara kesalahannya
ialah di masa itu, sebetulnya pada masa itu dan di ingatan, sebetulnya pada ingatan. Banyak lagi kesalahan
sendi nama yang diperolehi iaitu kesalahan kata sendi nama ke (tempat dan benda konkrit tak bernyawa, serta
masa) kata sendi nama kepada (benda bernya dan benda abstrak, kecuali masa), kata sendi nama dari (tempat
dan waktu), kata sendi nama daripada (hal-hal yang lebih umum seperti untuk orang, perbandingan, asal
kejadian dan sebagainya).

Akhirnya, kesalahan imbuhan. Tidak menggunakan imbuhan dengan betul. sebagai contoh kami sudah
jawab soalannya. Sebetulnya, kami sudah menjawab soalannya. Menerusi jurnal ini didapati beberapa
kesalahan imbuhan antaranya, satu sesi temubual juga dilakukan untuk mendapatkan input ketiga. Sebetulnya,
satu sesi menemubual juga dilakukan untuk mendapatkan input ketiga.

Secara keseluruhan, banyak lagi kesalahan kelasahan bahasa yang lebih mendalam boleh dikaji.
Antaranya pengaian kata sendi nama, kesalahan menggunakan kata ganti nama diri, kesalahan berkait dengan
penggunaan perkataan yang hampir sama bunyi tetapi berlainan makna dan kesalahan makna perkataan yang
merangkumi penggunaan banyak dan ramai, penggunaan guna dan pakai dan penggunaan bila dan apabila.
Jurnal ini tidak mempunyai kesalahan yang boleh dianggap besar yang mempengaruhi maksud ayat dan hanya
mempunyai kesalahan-kesalahan asas.

Anda mungkin juga menyukai