Anda di halaman 1dari 2

Kertas Cadangan Projek Mikro

(Berdasarkan Modul Pencapaian Melintang)

Nama Projek: I Must, I Can, I Will..!

Rasional:

Berdasarkan keputusan PT3, walaupun lemah dalam mata pelajaran lain, pelajar ini mendapat A
dalam Mata Pelajaran Sejarah. Bagi memastikan potensi pelajar digilap sepenuhnya, bimbingan dan
perhatian akan diberikan bagi memastikan pelajar ini mencapai target yang ditentukan.

Objektif: Melepasi markah 50% dalam AR3 2017

Sasaran: Nurul Atikah Binti Dhaif (4A1)

Cadangan Tarikh Pelaksanaan: Sepanjang tahun 2017

Data Kajian Tindakan:

Pelajar ini dilihat berpotensi untuk skor dalam mata pelajaran Sejarah berdasarkan ujian diagnostik
yang telah dilaksanakan pada bulan Januari. Pelajar ini mendapat markah tertinggi dalam kelas
dengan 60% markah. Walau bagaimanapun, format ujian diagnostik yang dijalankan bukanlah dalam
bentuk format SPM. Oleh sebab itu, sasaran untuk mencapai markah 50% telah ditetapkan kerana
diyakini sesuai dengan kemampuan pelajar tersebut.

Berdasarkan pemerhatian, pelajar ini menunjukkan minat untuk belajar tetapi masih lemah dalam
teknik menjawab soalan. Pelajar ini didapati tidak faham akan kehendak sebenar soalan-soalan.

TOV:

ETR: 50%
Fokus Intervensi : Pencapaian setiap ujian sekolah

AR1 AR2 AR3

Target 40% 45% 50%

Pencapaian

Pelaksanaan:

Bagi mengoptimalkan kemampuan dan potensi pelajar ini, latih tubi soalan format SPM akan
diberikan dua minggu sekali. Palajar juga akan diminta untuk membuat Jadual belajar persendirian
mengikut Bab. Sebuah buku log akan disediakan untuk ulangkaji, latihan, jadual belajar dan rekod
markah.

Disediakan Oleh,

___________________________

(CIK STEPHANIE VIVIANA AK AJOL)

Anda mungkin juga menyukai