Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN BINA INSAN GURU 2009 (part 1)

KHAS UNTUK KEKAWAN,


saja masukkan laporan BIG dalam blog ni. sebagai perkongsian ilmu bersama kekawan
mahasitua yang sedang bergelut untuk mendapatkan segulung kertas yang bernama ijazah.

Laporan Kursus Bina Insan Guru 1/2009

Taklimat 1
Tarikh : 07.12.2009
Tempat : Dewan Kuliah C
Hari : Isnin
Masa : 12.00 petang

1. Pegawai HEP IPBA Encik Mohd Arus bin Abdul Kudus


1.1 Menerangkan tujuan dan matlamat BIG.
1.2 Pemendekan BIG dari 4 hari 3 malam ke 3 hari 2 malam.
1.3 Memaklumkan jadual BIG
1.4 Memaklumkan 13.12.2009 (Ahad)- BIG akan dijalankan di Blue Lagoon, Port
Dickson.
1.5 Pengangkuatan bas ke Port Dickson akan disediakan.
1.6 Memaklumkan ada peserta yang akan menaiki kendaan sendiri.
1.7 Menyanyikan lagu Negaraku dan KBA dalam BIG.
Refleksi......

Perkara pertama yang terdetik di dalam benak fikiran saya, mengapa program seumpama
ini diterapkan kepada pelajar PGSR? Apakah setelah lebih 20 tahun berkhidmat membina
dan melahirkan insan yang boleh dijadikan modal insan untuk Negara dan bangsa,
khidmat kami sebenarnya dipandang sebelah mata oleh pihak berkenaan? Apakah pihak
pihak yang menetapkan pra-syarat untuk pelajar PGSR menyertai Bina Insan Guru ini,
menidakkan pengalaman saya yang telah acapkali terlibat dengan program seumpama ini
di sepanjang perkhidmatan saya sebagai guru?
Pertanyaan pertanyaan itulah yang muncul apabila mendapat tahu Bina Insan Guru
adalah wajib bagi setiap pelajar PGSR. Sesi perjumpaan dan penerangan pertama oleh
En.Mohd. Arus bin Abdul Kudus merungkai segala persoalan.
Bermula dengan penerangan berkaitan tujuan dan matlamat BIG diadakan hinggalah
kepada jadual aktiviti BIG, memberi sedikit jawapan kepada keraguan saya selama ini.
Setiap dari kita perlu akur bahawa kita tidak semestinya betul dan sentiasa betul. Apa
yang betul pada kita mungkin salah pada orang lain dan apa yang salah pada kita adalah
benar bagi orang lain. Ikhlas mencari ilmu akan membuatkan kita sentiasa gembira
menerima apa yang ditetapkan oleh orang lain.

Taklimat 2
Tarikh : 11.12.2009
Tempat : Dewan Kuliah C
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 9.00 pagi

1. Ketua Jabatan HEP Mohd Tahir bin Kamaruzaman


1.1 Menceritakan pengalaman guru yang pernah menyertai BIG.
1.2 Berharap semua peserta memberi kerjasama semasa menjalankan aktiviti BIG.
1.3 BIG dapat membina kecergasan diri guru.
1.4 Pakaian yang sesuai pada setiap aktiviti.
1.5 Memaklumkan semua pelajar PGSR wajib mengikuti BIG.
1.6 Berharap semua peserta dapat menyelesaikan aktiviti BIG.

REFLEKSI
Ini adalah perjumpaan dan taklimat kali kedua untuk Program BIG dan kali ini
disampaikan oleh Ketua Jabatan HEP sendiri iaitu En. Mohd Tahir bin Kamaruzaman.
Penerangan serba ringkas berkaitan perjalanan dan pengalaman lepas berkaitan Program
BIG ini telah member input yang berguna sebagai persediaan mental dan fizikal bagi saya
dalam menjayakan Program BIG ini.

Jadual BIG

11 Disember 2009 ( Jumaat )


08000900 Taklimat bersama Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan semua jurulatih
12001430 Makan tengah hari dan Solat Jumaat
14301630 Ice Breaking dan LDK 1
16301730 Minum petang dan Solat Asar
17301900 Persiapan diri dan Makan Malam
19002100 Solat dengan Kuliah Maghrib dan Isyak / Kuliah Moral

12 Disember 2009 ( Sabtu )


07300930 Malaysia Cergas dan senaman
09301000 Minum pagi
10001300 LDK 2
13001430 Makan tengah hari
14301630 Persembahan kumpulan bertema Citra Guru
16301700 Minum petang

13 Disember 2009 ( Ahad )


07300930 Pergerakan dari IPGM KBA ke Port Dickson
09301000 Minum pagi
10001300 Aktiviti air atau kembara
13001400 Makan tengah hari
14001630 Aktiviti air atau kembara
16301700 Minum petang
17001730 Refleksi dan Penutup
11/12/2009 ( Jumaat )
14301500 : Taklimat BIG
Seramai 99 orang menghadiri.
Juru acara En Mazlan
Tunjuk ajar oleh Encik Mohd Arus (Kem Komandan)
Semua peserta PGSR mesti bersemangat.

REFLEKSI

Petang yang memberi pengalaman yang tidak menarik bagi saya. Kelemahan yang
ditunjukkan oleh saya dan rakan rakan membawa kepada ketidakpuashatian Kem
Komandan, En. Mohd Arus. Teguran oleh En.Mohd Arus membuatkan saya lemah
semangat untuk meneruskan Program BIG ini. Bagi saya seharusnya pendekatan
diplomasi perlu digunakan dalam menangani pelajar yang berusia dan telah berkhidmat
lama dalam bidang pendidikan.

15001640 : Slot 1-- Ice Breaking dan LDK 1


Semua markah diberi oleh Mentor.
Peserta perlu bersyukur dengan BIG.
Semua peserta berkumpul kepada 10 orang sekumpulan.
Aktiviti suai kenal.
Buat sorakan kumpulan.
Buat misi dan visi kumpulam.
Tayangan Video-- Pengalaman Guru.
Pembacaan cerpen.
Perkongsian Pengalaman daripada En Ruslan, En Kalam, Pn Azizzah

REFLEKSI

Permulaan sesuatu Program pastinya didahulukan dengan Ice Breaking. Biasanya inilah
tugas saya sewaktu mengendalikan Seminar Motivasi atau Perkhemahan. Kali ini saya
menjadi peserta yang menjalankan aktiviti ini. Seronok juga sekali sekala kita menjadi
peserta dan orang lain yang melaksanakan tugasan fasilitator.
Tahniah kepada En. Thahir Nuruddin kerana Berjaya menjalankan tugas dengan
cemerlang sebagai fasilitator untuk slot Ice Breaking ini.

19302100 : Slot 2
Sembahyang Maghrib
Ceramah Pergi Tak Kembali oleh Ustaz Asri bin Abdul Rahman.
Pesanan Jibril kepada Nabi s.a.w kepada umatnya
Kasih Ibu
Pentingkan Qiamullail

REFLEKSI
Slot 2 merupakan slot muhasabah diri. Tahniah kepada Ustaz Asri kerana berjaya
menjentik naluri seorang tua untuk menginsafi segala yang pernah dilakukan. Intonasi
suara dan gerak laku penceramah amat menarik hingga masa 2 jam yang diperuntukkan
seperti terlalu sekejap sahaja.

19302100 : Slot 2
Kursus Moral oleh Encik Mohd Azhar B Abdul Wahab
Perkongsian sajak Jasamu dikenang
12/12/2009 ( Sabtu )
07300930 : Malaysia Cergas /Senaman Pagi
Bertempat di gelanggang tenis
Diketuai oleh Syed Abdellah bin Syed Omar
Aktiviti Kawad
Senam robik
Latihan persembahan
Refleksi
Aktiviti senamrobik yang dijalankan dapat diikuti dengan sempurna. Hebat juga Tuan
Syed senamrobik. Begitu juga dengan Pn. Ana Taksiah yang berjaya mengendalikan
aktiviti ini dengan sempurna dan cemerlang.
10301230 : LDK 2
Pengacara Syed Abdellah bin Syed Omar
Taklimat Ustaz Zarasdi
i. Memaklumkan terdapat 6 kali BIG.
ii. Semua pelajar PGSR diwajibkan.
iii. Berharap semua peserta dapat menjalankan setiap aktiviti nanti
Majlis diserahkan kepada Pn Nooriah Che Leh untuk meneruskan aktiviti
Tayangan video tentang pengajar di kawasan pedalaman
Pembentangan setiap kumpulan berkenaan tajuk-tajuk berikut:
i. Elemen-eleman Jati Diri Guru
ii. Tanggungjawab Profesional Guru
iii. Peranan dan Pengorbanan Guru
iv. Persediaan Guru Untuk Mencapai Aspirasi Pendidikan Negara.
Refleksi
Untuk aktiviti kumpulan, setiap kumpulan telah diberikan tajuk untuk dibincang dan
dibentangkan. Kumpulan saya yang terdiri daripada En. Normazlan Mad Raja sebagai
ketua, Azni, Zalina, CHoo Ying Far, Won Lee Fong, Norazah, Norhayati , Mariamah
dan saya sendiri, telah diberi tajuk Tanggungjawab Profesional Guru untuk dibincangkan.
Banyak elemen telah berjaya dikupas oleh setiap kumpulan. Ini semua mungkin
disebabkan pengalaman yang panjang dalam bidang perguruan yang dialami oleh rakan
rakan.
Selesai aktiviti kumpulan, klip video guru pedalaman ditayangkan. Saya sudah biasa
dengan klip video yang ditayangkan. Malah saya juga telah membuat suntingan dengan
memotong dan mencantum ke semua klip yang terdapat di dalam cd itu serta menambah
sedikit sebanyak dengan klip suasana di sekolah saya.
Tayangan klip video ini akan sentiasa dipertontonkan kepada semua ibu bapa penjaga
sewaktu majlis rasmi di sekolah seperti Hari Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG.
Banyak perkara yang boleh dipelajari dari klip video yang dihasilkan oleh BTP ini.

14001640 : Persembahan Kumpulan


Bertema Citra Guru
Hakim : Encik Ramlan
Pengacara Syed Abdellah bin Syed Omar dan Asifah
Semua persembahan mendapat pujian daripada Encik Ramlan
Refleksi
Persembahan kumpulan merupakan aktiviti yang dinanti oleh semua kumpulan. Di
sinilah dapat dilihat kehebatan dan bakat yang ada pada setiap guru. Saya dan ahli
kumpulan memilih untuk membuat persembahan spontan dengan tema citra guru.
Komitmen dan persefahaman di antara rakan rakan di dalam kumpulan telah
menghasilkan satu persembahan yang di luar jangka. Alhamdulillah, persembahan
kumpulan kami berjaya menarik perhatian dan mendapat pujian dari rakan rakan dan
para pensyarah.
13/12/2009 ( Ahad )
07300800
Berkumpul di KBA
Taklimat pengangkutan
Pengundian aktiviti
Bacaan doa
0800
Bertolak ke Port Dickson
0930--1000
Tiba di Port Dickson
Taklimat daripada Kem Komandan tentang keselamatan, makanan dan persiapan diri.
Minum pagi.
Pecah kepada 2 kumpulan untuk aktiviti air dan kembara.
10001230 : Sesi 1 Aktiviti Air ( berkayak )
En Mohd Arus memberi taklimat tentang cara-cara mengendali kayak dan keselamatan.
Pembahagian pasangan.
Berkayak menuju ke destinasi yang ditetapkan.
Membuat rafting 2 kali
Taklimat mengenai bakat surut dan bakat pasang.
Diarah berkayak balik ke pantai.
Menyusun kayak di pantai.

12301430
Balik ke khemah dan persiapan diri.
Sembahyang.
Makan tengah hari.
14301700 : Sesi 2 Kembara
Berkumpul dan membuat persediaan untuk mengembara ke Hutan Rekreasi Tanjung
Tuan
Taklimat daripada Encik Mohd Arus tentang keselamatan.
Melawati rumah api.
Encik Jeffrey memberi taklimat tentang sejarah dan kegunaan rumah api.
Melihat puaran yang berlaku di kawasan pertembungan air.
Terdapat banyak batu karang.
Taklimat daripada Encik Mohd Arus mengenai cara membaca kompas.
Menuju ke perigi orang kampung.
Air Perigi Keramat banyak dan sihat diminum.
Terdapat tapak Hang Tuah di atas batu berhampiran dengan telaga.
Balik ke khemah menyusuri pantai.
Melalui hutan paya bakau.
17001800
Minum petang.
Mengemaskan tapak perkhemahan.
Majlis penutup dirasmikan oleh Encik Mohd Tahir bin Kamaruzaman
1800 Bertolak dari Port Dickson ke KBA
1900 Berhenti di Hentian Seremban untuk makan malam dan sembahyang.
1945 Meneruskan perjalanan balik.
2030 Tiba di KBA.

Anda mungkin juga menyukai