Anda di halaman 1dari 5

PK01 PengurusanPanitia

PK01/3

LAPORAN PROGRAM
KARNIVAL BAHASA MELAYU DAERAH BATU PAHAT
TAHUN 2017

1. Tarikh : 16 & 18 APRIL 2017


2. Masa : 8.00 pagi 4.00 ptg
3. Tempat : DEWAN SK PARIT LAPIS

4. Objektif program :
4.1 Membuka ruang dan peluang yang lebih luas kepada murid sekolah rendah
untuk menyertai pertandingan.
4.2 Menyemai dan meningkatkan minat murid terhadap sikap persaingan yang positif
melalui pendekatan yang lebih interaktif.
4.3 Menggalakkan murid-murid menguasai bahasa Melayu serta meningkatkan
tahap penggunaan bahasa Melayu mereka.
4.4 Meningkatkan kemahiran bertutur serta mencungkil bakat dan kreativiti murid
dalam pidato dan bercerita dalam bahasa Melayu dan seterusnya mencari
pemenang untuk mewakili Daerah Batu Pahat.

5. Jumlah Kos : RM 1200.00


6. Sumber kewangan : Bayaran pendaftaran dan sumbangan pihak tuan rumah.
7. Pelaksanaan Program :
7.1 Pertandingan dijalankan dalam 3 kategori iaitu pidato, bercerita tahap 1 dan
bercerita tahap 2, bicara berirama serta pesta pantun.
7.2 Jumlah penyertaan sebanyak 46 peserta
7.3 Taklimat untuk peserta, hakim dan pegawai petugas telah dijalankan sebelum
memulakan pertandingan.
7.4 Para hakim terdiri daripada guru-guru daripada sekolah-sekolah zon Bandar
sendiri.
7.5 Pertandingan diadakan dalam 2 bahagian iaitu bahagian 1 yang telah dihafal
sebelum pertandingan, dan bahagian 2 yang disampaikan secara spontan.
7.6 Giliran peserta ditentukan secara undian ketika pendaftaran.
7.7 Pertandingan tamat pada pukul 4.00 petang.

HakCiptaTerpeliharaSektorJaminanKualiti, JabatanPelajaran Johor


19 Mac 2012 -Keluaran 03 | Pindaan 00
PK01 PengurusanPanitia

7.8 Perasmian penutup dan penyampaian hadiah diadakan pada pukul 1.00 hingga
2.00 petang. Perasmian penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh
En Mohd Suhaimi (PPD Batu Pahat)
7.9 Jamuan makan disediakan pada masa sebelum pertandingan dan pada pukul
10.00 hingga 11.00 pagi.

8. Keputusan pertandingan :
8.1 Pidato Piala KPM
6.1.1 Johan - SK Pintas Puding
6.1.2 Naib Johan -SK Bukit Rahmat
6.1.3 Ketiga - SK Seri Broleh

8.2 Bercerita Tahap 1


6.2.1 Johan - SK Kota Dalam
6.1.2 Naib Johan -SK Seri Gading
6.1.3 Ketiga - SK Tengku Mariam

8.3 Bercerita Tahap 2

6.3.1 Johan - SK Seri Comel


6.1.2 Naib Johan -SK Seri Mulia
6.1.3 Ketiga - SK Seri Sabak Uni

8.4 Bicara Berirama

8.4.1 Johan - SK Separap

8.4.2 Naib Johan - SK Convent

8.4.3 Ketiga - SK Pintas Puding

8.5 Pantun

8.5.1 Johan - SK Sungai Suloh

8.5.2 Naib Johan SK Pintas Puding

8.5.3 Ketiga - SK Monfort

HakCiptaTerpeliharaSektorJaminanKualiti, JabatanPelajaran Johor


19 Mac 2012 -Keluaran 03 | Pindaan 00
PK01 PengurusanPanitia

9. Penilaian Program :
9.1 Kekuatan :
9.1.1 Program dapat dijalankan mengikut apa yang telah dirancang dalam
mesyuarat zon.
9.1.2 Karnival Bahasa Melayu dapat mencungkil bakat murid dan berjaya
mewujudkan saingan hebat antara peserta yang menunjukkan potensi
yang sangat cemerlang dan akhirnya berjaya mencari peserta terbaik
untuk mewakili daerah
9.1.3 Penyertaan 100% bagi semua sekolah Daerah Batu Pahat

9.2 Kelemahan :
9.2.1 Jumlah peserta yang ramai hingga 6 peserta dalam sesuatu kategori
menyebabkan masa pertandingan lama.
9.2.2 Jumlah kewangan yang terhad dan jumlah perbelanjaan yang tinggi.
Perkara ini diselesaikan oleh tuan rumah dengan mencari sumber
kewangan untuk menampung perbelanjaan tersebut.
9.2.3 Peserta yang bertanding kebanyakannya kurang latihan. Ini mungkin
disebabkan kesuntukan masa untuk berlatih bahagian 1 dan 2 (spontan)

9.3 Cadangan penambahbaikan :


9.3.1 Peserta patut diberi latihan dan tunjuk ajar yang lebih supaya bakat
sebenar murid dapat dicungkil.
9.3.2 MPZ diharapkan dapat membantu menampung perbelanjaan pengurusan
program.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(ASMAHANI BINTI IBRAHIM)


Setiausaha
Panitia BM SK Bindu

HakCiptaTerpeliharaSektorJaminanKualiti, JabatanPelajaran Johor


19 Mac 2012 -Keluaran 03 | Pindaan 00
PK01 PengurusanPanitia

LAPORAN BERGAMBAR

HakCiptaTerpeliharaSektorJaminanKualiti, JabatanPelajaran Johor


19 Mac 2012 -Keluaran 03 | Pindaan 00
PK01 PengurusanPanitia

HakCiptaTerpeliharaSektorJaminanKualiti, JabatanPelajaran Johor


19 Mac 2012 -Keluaran 03 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai