Anda di halaman 1dari 4

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Bagaimana Mengajar Pelajar Untuk Berfikir Secara KBAT?


Satu kesulitan dalam menghadapi pembelajaran abad ke 21 adalah mengajarkan pelajar teknik
untuk berfikir secara KBAT. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ini walaupun sebenarnya sudah lama
wujud sejak penciptaan Model Taksonomi Bloom, tetapi barulah kini semakin giat dipromosikan
sebagai kemahiran berfikir yang juga boleh diajar kepada semua aras pelajar, tanpa perlu lagi
melalui KBAR, iaitu Kemahiran Berfikir Aras Rendah.

Jom kita tengok beberapa cara dan strategi yang boleh digunakan oleh rakan guru bagi
menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT.

1. Tingkatkan Soalan Aras Tinggi


Bagi membiasakan pelajar dengan soalan sebegini, maka guru hendaklah sentiasa memberikan
soalan berbentuk KBAT. Semakin banyak soalan KBAT, semakin luas tahap pemikiran seseorang
pelajar itu.

Tapi, bagaimana yang dikatakan dengan soalan KBAT?. Antara ciri-ciri Soalan KBAT adalah
soalan yang menguji kemahiran berfikir pelajar pada tahap Analisa, Sintesis dan juga Penilaian.
Soalan-soalan berbentuk 'Wajarkan', 'Cadangkan', 'Ramalkan' adalah antara beberapa kata tugas
yang memerlukan pelajar menguasai KBAT. Maka perbanyakkan lah soalan-soalan yang
sebegitu.

2. Mempelbagaikan Aktiviti Penyelesaian Masalah


Bagi menggalakkan juga pelajar berfikir secara KBAT, maka guru boleh lah memperbanyakkan
lagi aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah. Dalam situasi baru yang diberi, pelajar perlu
lah menggunakan kemahiran menganalisa, mensintesis dan juga menilai apakah konsep yang
bersesuaian dan boleh digunapakai bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Objektif dalam menyelesaikan masalah juga haruslah diterapkan iaitu bagi membolehkan kita
membuat penyelesaian yang terbaik, meneroka dan mempertimbangkan pelbagai pilihan dengan
sebanyak mungkin, dan membolehkan kita bertindak atas keputusan yang telah diambil kira
semua faktor serta kesan akibatnya.

Secara ringkas, langkah-langkah menyelesaikan masalah adalah bermula dengan menyedari


apakah permasalahan, memahami masalah, meneroka pilihan-pilihan penyelesaian, meninjau
kesan akibat daripada pilihan-pilihan dan juga memilih pilihan terbaik sebagai penyelesaian.

3. Teknik Menyoal
Teknik menyoal adalah teknik paling lama dan paling popular dalam bidang pendidikan. Pemilihan
teknik ini dalam pdp dapat melahirkan interaksi antar guru dan pelajar secara berkesan. Teknik ini
dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi pelajar dan dan
pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam
pdp bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.

Salah satu perkara penting ketika berkomunikasi adalah aktiviti bertanya dan menyoal. Kemahiran
bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk mendapatkan sesuatu maklumat, tetapi juga
membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling memahami dan
bekerjasama.

Tujuan Teknik Penyoalan


- Melihat keupayaan pelajar memahami sesuatu blok informasi
- Mengalih perhatian pelajar daripada satu fakta kepada fakta yang lain
- Menegaskan kepentingan isi
- Mengarah pelajar ke arah membentuk konsep pemahaman yang tersendiri
- Mengesan pengetahuan berbahasa pelajar
- Mengalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatid, logik dan juga kritis
- Mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar

Walaubagaimanapun, penggunaaan teknik penyoalan adalah untuk mencerna pemikiran. Ini


kerana soalan yang dikemukakn untuk menaganalisis, mensintesis dan menilai kemahiran dan
menyediakan latihan untuk pelajar berkomunikasi.

Di sini juga saya sertakan sedikit Panduan Penyoalan yang betul bagi membantu guru untuk
mengasah pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar.

Prinsip Panduan Penyoalan


- Soalah hendaklah dirancang
- Soalan bersesuaian dengan peringkat kebolehan pelajar
- Aras soalan tidak terlalu senang dan tidak terlalu sukar
- Beri peluang kepada pelajar untuk berfikir mengenai jawapan
- Kemukakan soalan kepada keseluruhan kelas
- Elakkan daripada mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja
- Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid
- Bentuk soalan perlu diubah-ubah untuk menarik perhatian murid
- Soalan dapat didengar dengan jelas oleh pelajar seluruh kelas
- Soalan haruslah mampu mendorong pelajar untuk berfikir
- Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya
- Soalan hendaklah ringkas dan juga jelas

4. Aktiviti Pemikiran Aras Tinggi Dalam Buku Teks


Tanpa kebanyakkan daripada kita sedari, buku teks yang disediakan sudah lama mengandungi
aktiviti yang boleh merangsang pemikiran aras tinggi. Perhatikan semula kandungan dalam buku
teks serta aktiviti yang disediakan bagi pembelajaran tertentu.

Maka gunakanlah sebaiknya aktiviti dalam buku teks tersebut bagi membentuk pelajar yang mahir
dalam menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT

5. Pembelajaran Berasaskan Projek


Satu lagi perkara yang boleh menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT adalah dengan
memperbanyakkan aktiviti pembelajaran yang berasaskan projek, project-based learning (PBL).

Pembelajaran berasakan projek merupakan pelaksanaan program atau aktiviti dalam jangka
panjang. Proses pembelajaran ini memerlukan pelajar bekerjasama, misalnya menyediakan soalan
berkaitan projek dan mengimpelementasikan penyelidikan dengan mengumpulkan data,
menganalisis data dan menghasilkan laporan samada secara lisan atau pun bertulis.

Dengan ini pelajar-pelajar dapat didedahkan dengan proses kemahiran berfikir dalam
menyelesaikan tugasan yang diberikan. Maka pelajar perlu dilibatkan dalam proses pengajaran
yang aktif dan menyeronokkan seperti kaedah projek. Pelaksanaan STEM juga mampu menjadi
pemangkin kepada pembelajaran berasaskan projek.

6. Menggunakan Alat Berfikir


Strategi terakhir dalam mengajar pelajar untuk berfikir secara KBAT adalah dengan menggunakan
alat berfikir. Alat berfikir mampu membantu pelajar menggunakan minda dengan lebih bijak dan
berkeesan. Pemikiran menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan tidak terburu-buru dalam melakukan
sesuatu.

Ini adalah antara alat-alat berfikir yang boleh digunakan untuk meningkatkan ketrampilan dalam
berfikir, iaitu:
- Soalan dan penyoalan
- Peta Minda
- Pengurusan Grafik
- CoRT
- i-Think
- 6 Thinking Hat

Alat pengurusan grafik juga dikenali sebagai peta pengetahuan, peta konsep, peta cerita dan alat
pengurusan kognitif. Alat komunikasi yang menggunakan simbol untuk menggambarkan
pengetahuan, konsep, pemikiran, idea-idea dan juga hubungan antara mereka. Tujuan utama
pengurusan grafik adalah untuk menyediakan bantuan visual bagi membantu pelajar berfikir.

Alat CoRT (Cognitive Research Trust) merupakan instrumen kognitif dalam bentuk garis panduan
yang digunakan untuk meningkatakn kualiti pemikiran seseorang. Penggunaan alat ini dapat
memandu pelajar untuk membuat keputusan dengan mengambil kira pelbagai faktor,
menyelesaikan masalah, meluaskan pandangan terhadap sesuatu isu, meneliti kesan terhadap
suatu tindaka, meneroka kepentingan apabila diberi pelbagai pilihan serta melihat sesuatu dari
pelbagai sudut pandangan
Terangkan tiga kepentingan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan
pembelajaran
1. Menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad
ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia.
Soalan KBAT memerlukan pelajar untuk mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan menilai
sesuatu maklumat daripada menyatakan semula fakta. Semasa proses penyelesaian masalah,
secara tidak langsung pelajar akan berfikir secara aktif, kreatif dan kritis dan ini menyebabkan
pelajar kita cerdas berfikir.
2. Menghasilkan pelajar yang berfikir secara kreatif dan kritis
KBAT memerlukan pemikiran yang meluasdan mendalam dalam menyelesaikan masalah. Jadi,
KBAT penting dalam membentuk pelajar yang sentiasa berfikir, bukan sahaja menyelesaikan
masalah seperti masalah rutin yang hanya menyelesaikan langkah demi langkah mengikut hafalan
teori. Kemahiran berfikir secara kritis berguna untuk membantu mengelak kesilapan
3. Membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang
munasabah.
Kemahiran berfikir aras tinggi dapat menghasilkan idea baru dan munasabah. Pelajar yang
mengaplikasikan konsep KBAT dapat membuat pertimbangan yang wajar dalam menyelesaikan
masalah dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.