Anda di halaman 1dari 9

Nama : __________________________ Kelas : ________________

Nama & Logo sekolah

UJIAN BULANAN 1
Tahun semasa

PENDIDIKAN MORAL
TAHUN 6
SATU JAM
(60 MINIT)

Arahan Soalan :
Jawab semua soalan di bahagian A,B,C,D,E,F

BAHAGIAN A
Bulatkan jawapan yang betul.

1. Viknesh makan makanan yang __________ seperti buah-buahan untuk mengalas perut ketika lapar.
A. berkhasiat C. panas
B. sedap D. sejuk

2. Kita dapat menunjukkan rasa bersyukur kepada tuhan dengan cara :


A. Menjaga alam sekitar. C. Bermain badminton di waktu petang.
B. Mengecat rumah dengan warna hitam. D. Menyanyikan lagu kebangsaan

3. Murid yang bersikap ____________ akan mempunyai tingkah laku yang baik dan terpuji.
A. pemarah C. positif
B. periang D. negatif

4. Berbaik sangka terhadap rakan-rakan mencerminkan fikiran dan jiwa yang ____________.
A. cantik C. wangi
B. sihat D. kecil
5. ____________ pemikiran dan jiwa menjamin hubungan yang sihat dalam hidup bermasyarakat.
A. Kebersihan C. Semangat
B. Perasaan D. Rasional

6. Ajaran agama menuntut kehidupan keluarga yang ____________.

1
A. bahagia C. menarik
B. kecil D. jahat

7. Pilih menu yang sihat.


A. Nasi, ikan kukus dan sayur- C. Aiskrim dan sepotong kek.
sayuran segar. D. Buah-buahan dan kentang goreng.
B. Dua ketul ayam goreng dan air
berkarbonat.

8. Apakah yang dimaksudkan dengan kebersihan mental?


A. Otak yang sihat dan cerdas. C. Berfikiran bersih, terbuka, dan tidak berprasangka
buruk.
B. Berfikir secara pantas. D. Otak yang mampu memberikan pendapat.

9. Amalan berhemah tinggi dapat ________.


A. menyusahkan hidup anggota C. melahirkan masyarakat yang sejahtera
masyarakat
B. mewujudkan masyarakat yang D. melahirkan masyarakat yang gagah.
senang dibuli

10. Pilih perlakuan yang menunjukkan amalan berhemah tinggi.


I. Membongkokkan sedikit badan ketika lalu di depan orang yang lebih tua.
II. Memohon maaf apabila melakukan kesalahan.
III. bertegur sapa apabila bertemu dengan rakan.
IV. memotong perbualan ibu bapa dengan tetamu.

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B. I, II dan IV D. I, II, III dan IV

11. Bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan anggota keluarga.
A. mengadu masalah kepada C. meluahkan perasaan di dalam diari.
rakan-rakan
B. bermusyawarah bersama ahli D. keluar bermain di waktu petang.
keluarga

12. Berikut merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat cina kecuali.
A. Tahun Baru Cina C. Hari Chap Goh Mei
B. Perayaan Kuih Bulan D. Hari Deepavali

13. Makanan yang haram bermaksud.


A. Makanan yang perlu dimakan C. Makanan yang dilarang agama daripada dimakan
bersama keluarga.
B. Makanan yang boleh dimakan D. Makanan yang kaya dengan vitamin.
sedikit sahaja.

2
14. Kebaikan menyelesaikan masalah bersama-sama dengan anggota keluarga ialah
A. Anggota keluarga dapat C. Menanam sikap bersyukur ke dalam diri.
membantu dalam membuat
keputusan.
B. Menjadikan kita seorang yang D. Menjadikan kita seorang yang pentingkan diri.
jujur dan amanah.

15. Bersalaman, mengucapkan salam dan menundukkan kepala merupakan salah satu cara untuk menunjukkan :
A. Perasaan tidak berpuas hati. C. Sikap bertimbang rasa.
B. Rasa hormat terhadap D. Bertanggungjawab terhadap perbuatan.
seseorang.

16. Perbuatan yang dapat merenggangkan hubungan sesama anggota keluarga termasuklah ________.
I. menceritakan keburukan anggota keluarga kepada jiran.
II. bertengkar dan tidak mahu berbaik-baik semula.
III. menerima teguran yang diberikan.

A. I sahaja. C. II sahaja.
B. I dan II. D. I, II dan III.

(16 Markah)

3
BAHAGIAN B
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Kemudian, padankan gambar dengan pernyataan di sebelah.

Keluarga Bahagia

Kepercayaan Kepada Tuhan

Usaha Tangga Kejayaan

Amalkan budaya hidup yang


sihat

(12 Markah)
4
BAHAGIAN C
Tandakan ( / ) pada perbuatan yang baik dan ( X ) pada pernyataan perbuatan atau tidak baik.

1. Azmeer gemar membaca majalah sains kerana dia bercita-cita untuk menjadi seorang
saintis yang disegani.

2. David rajin mengulangkaji pelajaran dan membuat latih tubi bagi mata pelajaran yang
kurang dikuasainya.

3. Siew Lin tidak yakin dia akan berjaya memenangi pertandingan merentas desa itu.

4. Michelle suka membuat memek muka apabila disuruh ibunya untuk membuat kerja
rumah.

5. Shiva menyiapkan terlebih dahulu semua kerja rumahnya sebelum keluar bermain
bersama rakan-rakan.

6. Chandran banyak menghabiskan masanya dengan menonton televisyen dan bermain


permainan video.

7. Lee tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru kerana semua rakan-rakanya
juga tidak menyiapkannya.

8. Ali suka pergi ke masjid kerana dapat bermain-main bersama rakan-rakannya disana.

9. Jamal tidak membuang sampah ke dalam tong sampah kerana tukang sapu akan
membersihkannya.

10. Harni gemar bercakap bohong demi menjaga perasaan rakan-rakannya.

11. Encik Fadhil sering ke kebunnya pada hujung minggu untuk menebas semak samun

12. Kita hendaklah sentiasa menghormati ibu bapa dan ahli keluarga keluarga yang lebih
tua daripada kita.

13. Chong Wei sering berlatih bersungguh-sungguh untuk memenangi semua kejohanan
yang disertainya.

(13 Markah)

5
BAHAGIAN D
Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan.

Hai, adik-adik! Apa khabar, diharap semuanya sihat sejahtera. Hari ini Kak Siti ingin
mengajak adik-adik untuk bersama-sama mensyukuri anugerah yang telah diberikan
oleh Tuhan kepada kita. Bersyukur adalah satu kewajipan, ia bermaksud setiap
manusia mestilah bersyukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah diberikan.
Tuhan menganugerahkan kita kesihatan yang baik. Oleh itu, kita perlu
menunjukkan kesyukuran dengan menjaga kesihatan supaya kita tidak mudah jatuh
sakit. Kita mesti mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti melakukan riadah,
bersenam, mengambil makanan yang seimbang dan tidur secukupnya.
Keluarga yang bahagia merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai. Kita
perlu mematuhi segala suruhan Tuhan dengan menjaga dan menyayangi keluarga kita. Ini akan memupuk kemesraan
antara keluarga dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Tahukah adik-adik, tuhan telah mencipta alam ini dengan begitu indah sekali? Oleh itu kita tidak boleh
melakukan perbuatan yang boleh mencemarkan alam sekitar. Kita hendaklah bersama-sama menjaga anugerah tuhan
ini dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat, mengamalkan kitar semula dan membersihkan kawasan
sekitar tempat tinggal atau sekolah.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Bersyukur kepada Tuhan?


____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

2. Nyatakan cara-cara menjaga kesihatan yang dianugerahkan oleh tuhan.


____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

3. Bagaimanakah kita dapat menjaga alam sekitar yang dianugerahkan oleh Tuhan?
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

4. Nyatakan apakah kepentingan membina keluarga yang bahagia?


____________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

5. Pada pandangan kamu, apakah yang akan terjadi sekiranya kita tidak mensyukuri nikmat yang dikurniakan
oleh Tuhan?
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
(10 Markah)

6
BAHAGIAN E
Garisi jawapan yang betul.

1. Amanah adalah salah satu sikap orang yang ( jujur, bersyukur).

2. Orang yang amanah (tidak, sentiasa) akan menyalahgunakan kuasa yang diberikan.

3. Kita hendaklah menyayangi (semua , sebahagian) makhluk Tuhan tidak kira yang sihat ataupun yang sedang

sakit.

4. Bersikap ( positif, negatif ) terhadap semua perkara dapat mengelakkan pergaduhan.

5. Untuk menjaga maruah dirinya, Kean Seng ( berpegang, menolak ) kuat kepada ajaran agamanya.

6. Saya akan menjaga maruah diri dengan ( menjauhi, mendekati ) perlakuan-perlakuan yang buruk dan

memalukan diri dan keluarga.

7. Mengamalkan hobi yang ( sihat, buruk ) dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

8. Siti sentiasa ( menjaga, mencemarkan ) nama baik keluarganya.

9. Kita mesti ( menghormati, mempermainkan ) amalan dan larangan agama-agama yang dianuti oleh rakan-

rakan.

10. Setiap individu harus mengamalkan tingkah laku ( bersopan, berlagak ) dalam kehidupan seharian.

11. Masalah penagihan dadah merupakan gejala yang ( mengancam, membangunkan) negara kita.

12. Perbuatan ( memaafkan, memarahi ) orang yang mengakui kesalahannya adalah perbuatan mulia.

(12 Markah)

7
BAHAGIAN F
Jawab soalan yang diberikan berpandukan gambar.

1. Bersukan merupakan satu bentuk hobi yang sihat. Selain daripada bersukan nyatakan beberapa lagi bentuk hobi
yang sihat dan dapat menjaga maruah diri.
a. ______________________________________________________________
b. ______________________________________________________________
c. ______________________________________________________________

2. Apakah kebaikan mengisi masa lapang dengan hobi yang sihat?


______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

3. Bagaimanakah hobi yang sihat dapat menjaga maruah diri seseorang?


______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

(7 markah)
-soalan tamat-

Disediakan oleh, Disemak oleh,


AJK Panitia Moral Tahun 6 Ketua Panita Pendidikan Moral
SK . SK .

8
Disediakan oleh, Disemak oleh,

.. ..
(Nama ) (Nama )
AJK Panitia Moral Tahun 6 Ketua Panita Pendidikan Moral
SK . SK .

Anda mungkin juga menyukai