Anda di halaman 1dari 3

1.

Irama
Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsur masa dalam
muzik.

a. Muzik bergerak kepada beat


b. Setiap beat dan rehat mempunyai nilai sama ada panjang / pendek.
c. Kumpulan beat membentuk meter.
d. Gabungan not / beat membentuk corak irama yang berlainan dan atau
berulang-ulang.

2. Melodi

Susunan pic secara menaik atau menurun

a. Terdapat pic tinggi,rendah dan sederhana.


b. Pic dalam melodi boleh bergerak menuju ke arah tinggi,rendah dan
mendatar.
c. Pic dalam melodi bergerak secara bertangga atau melompat.
d. Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah
melodi lagu.

3. Warna Ton
- Bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber mempunyai ciri-ciri
yang tersendiri.

- Alat suara - manusia, binatang, kenderaan, alam semula jadi


- ton - gelap , cerah , padat , garau, kasar
- suara - soprano ,alto ,tenor dan bes
- Keluarga alat muzik membranofon, Erofon , kordofon dan idiofon.

Membranofon : Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya


terhasil daripada bahan kulit yang diregangkan.
Erofon : Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya
terhasil melalui peniupan ataupun hembusan angin

Kordofon : Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya


terhasil daripada bahan 'tali' yang diregangkan.

Idiofon : Jenis-jenis alat yang mana suaranya dapat dihasilkan


melalui kaedah-kaedah seperti laga, goyang dan
ketukan.

4. Bentuk

Satu paten/corak boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa pic.


a. Gabungan pic menghasilkan satu idea.
b. Rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu idea muzik

- Motif frasa ABA

5. Harmoni.

Hasil gabungan 2 pic atau lebih dinyanyikan/dimainkan serentak.


a. Dua pic boleh dibunyikan serentak.
b. Gabungan 3 atau lebih pic dimainkan secara serentak.
c. Dua atau lebih rangkaian melodi boleh digabungkan dan dibunyikan
serentak.
d. Iringan kord pada melodi boleh menghasilkan bunyi harmoni.

6. Ekspresi
-Tempo dan dinamik
a. Sesuatu bunyi itu boleh menjadi kuat atau lembut.
b. Satu bunyi boleh dikuatkan atau dilembutkan secara beransur-ansur.
c. Sesuatu bunyi itu boleh dilanjutkan, dilicinkan dan dipendekkan atau
dilembutkan secara beransur-ansur.
d. Sesuatu siri/sekuen bunyi boleh dicepatkan atau dilambatkan.
e. Sesebuah lagu/muzik mempunyai ciri-ciri tersendiri - mud.

Simbol Verbal :

Dinamik: cerscendo diminuendo


Mud: riang, tenang, cemas, cergas.

7. Tekstur / Jalinan
Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi atau gabungan bunyi yang
didengar.
a. Sesuatu bunyi yang didengar boleh memberi bunyi yang nipis atau satu /
tebal atau banyak.
b. Tekstur ditentukan oleh pembentukan harmoni.

Simbol Verbal

Solo, duet, trio, quartet, orkestra

Anda mungkin juga menyukai