Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KONSEP

PROGRAM TAMAN ILMU


BERKONSEPKAN HERBA KELAS
PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK
LABIS

TEMPOH PELAKSANAAN : FEBRUARI HINGGA MEI 2015

TEMPAT : HADAPAN BANGUNAN PPKI SK LABIS


KERTAS KONSEP PROGRAM TAMAN ILMU BERKONSEPKAN HERBA
KELAS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK LABIS

1.0 PENDAHULUAN

Program Taman Ilmu Berkonsepkan Herba PPKI Sekolah Labis merupakan program di
bawah PPKI SK Labis. Program ini mampu untuk memberikan pendedahan kepada
murid-murid PPKI SK Labis tentang tanaman pokok herba dan kegunaannya yang
semakin dilupakan oleh generasi masa kini. Selain itu, program ini juga merupakan salah
satu cara dalam mencantikkan kawasan hadapan bangunan PPKI SK Labis dengan
pelbagai jenis tanaman herba.

2.0 MATLAMAT
2.1 Memelihara warisan ubatan-ubatan yang berasaskan herba yang diwarisi oleh
nenek moyang kita dahulu.
2.2 Meningkatkan pengetahuan murid-murid PPKI SK Labis tentang tanaman-
tanaman pokok herba dan kegunaan-kegunaannya.
2.3 Menjadikan Taman Ilmu Berkonsepkan Herba ini sebagai sumber rujukan
kepada murid-murid dan warga SK Labis.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mewujudkan sebuah Taman Ilmu Berkonsepkan Herba yang kemas,
cantik dan teratur dari segi landskap dan susun atur tanaman herba yang
dipamerkan.
3.2 Mendapatkan kerjasama yang erat daripada pihak guru dan murid-murid
PPKI SK Labis.

4.0 TEMPOH PELAKSANAN

FEBRUARI HINGGA MEI 2015

5.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SK Labis.

6.0 LOKASI PROGRAM PERKEBUNAN

Cadangan tempat tanaman di hadapan bangunan kelas Program Pendidikan Khas


Integrasi SK Labis.
7.0 PENGISIAN PROGRAM

Aktiviti dirancang secara berperingkat-peringkat dan mengikut tahap keupayaan


murid bermasalah pembelajaran.

BIL AKTIVITI PELAKSANAAN TINDAKAN


1. Menyediakan tapak untuk tanaman Februari Guru dan PPM
pokok herba:
- Membersihkan tayar
- Mengecat tayar dengan
menggunakan cat minyak

2. Menanam anak pokok herba: Februari hingga Semua guru, PPM


- Menggembur tanah April dan murid
- Membaja tanah
- Menyiram tanaman pokok herba

3. Membina dan melabel tanaman pokok Mei Guru dan PPM


herba berdasarkan nama saintifik.

8.0 SUMBER TENAGA

4 orang guru Pendidikan Khas, 2 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan 8 orang
murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
9.0 JAWATANKUASA PROGRAM

PENASIHAT : Puan Hajah Noorini binti Kasran


(Guru Besar)

PENGERUSI : Encik Jais bin Basir


(GPK Kurikulum)

NAIB PENGERUSI : Puan Norhazilah binti Abdullah


(GPK Kokurikulum)

PENYELARAS : Puan Norlina binti Yusof


(Penyelaras PPKI)

SETIAUSAHA : Cik Nur Amira Emylia binti Mohd Nor


(Guru)

BENDAHARI : Puan Siti Noor Farehah binti Mohd Suhadi


(Pembantu Pengurusan Murid)

AHLI JAWATANKUASA :

1. AJK TEKNIK DAN ALATAN : Puan Norafidah binti Saat (PPM)

2. AJK KAWALAN DAN KESELAMATAN : Cik Nurhafiza binti Abdullah (Guru)

3. AJK DOKUMENTASI : Cik Nurul Atiqah binti Ahmad (Guru)

4. AJK KAWALAN MURID : Puan Norafidah binti Saat (PPM)


10.0 ANGGARAN BELANJAWAN

10.1 Jumlah Kewangan PPKI SK Labis (peruntukan mata pelajaran Pusat Sumber)
= RM150 .00

10.2 Butiran Kewangan:

BIL. KEPERLUAN ALATAN KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH


1. Tanah Merah 5 kampit RM 5.00 RM 25.00
2. Cat Minyak 2 tin RM 19.00 RM 38.00
3. Anak pokok Mas Cotek 1 beg RM 8.00 RM 8.00
4. Anak pokok Tongkat Ali 1 beg RM 8.00 RM 8.00
5. Anak pokok Misai Kucing 1 beg RM 5.00 RM 5.00
6. Anak pokok Hempedu 1 beg RM 5.00 RM 5.00
Bumi
7. Anak pokok Geroda 1 beg RM 5.00 RM 5.00
8. Anak pokok Mahkota 1 beg RM 8.00 RM 8.00
Dewa
9. Pokok renek 10 beg RM 2.00 RM 20.00
10. Batu hiasan putih 3 kampit RM 10.00 RM 30.00
RM 150.00
11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan perancangan yang telah disusun akan berjalan lancar di


samping mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak. Program ini diharap dapat
membantu murid PPKI lebih mengenali tanaman herba dengan lebih mendalam.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.......................................... ................................

(CIK NUR AMIRA EMYLIA BINTI MOHD NOR) (PN. NORLINA BINTI YUSOF)

Setiausaha Tanaman Pokok Herba PPKI SK Labis Penyelaras PPKI SK Labis

Disahkan Oleh,

..........................................

(PUAN HAJAH NOORINI BINTI KASRAN)

Guru Besar SK Labis


LAKARAN TAPAK TANAMAN POKOK HERBA

Tayar diwarnakan
dengan cat minyak
merah dan kuning

Pokok herba
ditanam di dalam
setiap tayar

Pokok renek
ditanam di
sekeliling tapak
tanaman

Anda mungkin juga menyukai