Anda di halaman 1dari 1

Selamat sejahtera puan,

Pada pandangan saya, kesantunan berbahasa bermaksud kehalusan


dan kesopanan menggunakan bahasa ketika berkomunikasi dengan
orang lain sama ada melalui lisan atau tulisan dalam pergaulan
harian. Kesantunan berbahasa adalah amat penting dalam kalangan
masyarakat kita. Hal ini kerana, sejak kebelakangan ini kesantunan
berbahasa semakin berkurangan dalam kalangan pelajar-pelajar
sekolah. Perkara ini boleh menyebabkan isu-isu seperti
pertelingkahan, konflik antara dua pihak menjadi serius dan
seterusnya mencemarkan budaya masyarakat Malaysia yang kaya
dalam kesopanan dalam pertuturan selama ini. Selain itu,
penggunaan bahasa rojak juga makin berleluasa dan hal ini
menyebabkan kesantunan berbahasa masyarakat kita
berkurangan. Oleh itu, pemupukan kesantunan adalah perlu dari
peringkat akar umbi lagi bagi mencegah isu-isu yang kurang
menyelesakan daripada berlaku.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai