Anda di halaman 1dari 1

Minggu Ketujuh

Entri Catatan Mingguan (3M)

Tarikh: 27 Oktober hingga 2 November

Tajuk Entri: Reaksi pekerja di pusat beli-belah

Cetusan Rasa Hati:

Menceritakan kembali

Minggu ini saya berkesempatan ke pusat beli-belah untuk membeli barang-barang keperluan
harian.Semasa membeli barang, saya tidak dapat menjumpai barang yang dicari-cari. Oleh itu, saya
bertegur dengan salah seorang pekerja di situ untuk bertanya. Pekerja tersebut pada mulanya tidak
mempedulikan pertanyaan saya. Setelah ditegur kali kedua, beliau meninggikan suara dan terus beredar
dari situ tanpa memberikan sebarang respons.

Menghubungkaitkan:

Saya berasa sungguh kecewa dengan kelakuan pekerja tersebut. Beliau tidak melakukan sebarang kerja
sewaktu saya mengadukan pertanyaan. Malah, saya tidak diendahkan oleh beliau. Perkara yang sama
berlaku kepada salah seorang pembeli semasa saya lalu di tempat tersebut. Secara jelasnya amalan
kesantunan bahasa tidsk dipraktikkan dalam situasi ini.

Menggambarkan:

Secara peribadi saya merasakan penggunaan bahasa yang kasar oleh segelintir pekerja mencerminkan
budaya rakyat kita yang kurang menyenangkan sekiranya pelancong asing mengalami situasi yang sama.
Oleh itu, adalah perlu untuk kita mengamalkan kesantunan berbahasa tanpa mengira tempat dan masa.

Anda mungkin juga menyukai