Anda di halaman 1dari 57

MIKRO KREDIT AR RAHNU SEBAGAI WAHANA

DAKWAH : KAJIAN TERHADAP PELAKSANAANNYA


OLEH YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM
MALAYSIA (YaPEIM)

BAB SATU

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Y.A.B. Dato Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya

ketika merasmikan pembukaan cawangan Ar Rahnu BIMB di Kota Bharu, Kelantan

pada 16 Jun 2010 yang lalu telah mengiktiraf kejayaan skim mikro kredit Ar Rahnu,

khususnya yang diperkenalkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia

(YaPEIM), katanya sejak diperkenalkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam

Malaysia (YaPEIM) pada tahun 1993, lebih 4.3 juta rakyat negara ini mendapat

manfaat daripada Program Mikro Kredit Ar Rahnu, terutama wanita dan peniaga kecil

bagi mendapatkan modal perniagaan atau pinjaman dengan kaedah yang lebih

langsung.1

Berpaksikan kepada pengiktirafan tersebut, pengkaji cuba untuk mengkaji skim

mikro kredit Ar Rahnu yang dilaksanakan itu dengan menfokuskan kepada kesedaran

dan perkaitannya dengan isu dakwah. Selain berfaedah memberikan sirna baru dalam

kehidupan golongan yang berpendapatan rendah atau miskin, untuk meneruskan

kelangsungan hidup, skim Ar Rahnu ini juga mampu dilihat sebagai suatu mekanisma

dakwah yang amat berkesan dalam usaha menarik minat non-muslim mengenali sistem

muamalat Islam.

1
Berita Harian, Jun 17, 2010 Ekonomi. Lihat juga Prosiding Bengkel Serantau Inovasi Pelaksanaan
Ar Rahnu 2007, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, Cetakan kedua 2011. H. Belakang

1
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Sistem muamalat Islam amat menitik beratkan kepada keadilan dan kesaksamaan

kepada kedua-dua pihak yang bermuamalah2. Justeru tidak hairanlah hari ini banyak

syarikat-syarikat besar berebut-rebut memperkenalkan produk-produk yang berpaksikan

norma-norma Islam, malah menjadi pilihan bukan hanya kepada umat Islam sendiri,

tetapi juga kepada non-muslim. Produk insuran (takaful), bank Islam, pajak gadai Islam

(Ar Rahnu) jelas menjadi alternatif menggantikan sistem konvensional yang sedia ada

yang terang-terangan mengamalkan unsur riba dan penindasan.

Dalam kajian ringkas ini, pengkaji cuba menyelami peranan yang dimainkan

oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dalam usaha untuk

membangunkan ekonomi Islam melalui pelbagai pendekatan antaranya

memperkenalkan skim mikro kredit Ar Rahnu.

YaPEIM adalah merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang

dinaungi oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia. Ia ditubuhkan pada 13hb. Oktober

1976 dan diperbadankan di bawah Trustee Incorporation Act 1952 sebagai sebuah

badan bebas dan mempunyai pemegang amanah yang dilantik oleh Perdana Menteri

Malaysia ketika itu, Y.A.B Tun Hussein Onn.3. Bagi menggerakkan potensi dan

meluaskan peranannya, YaPEIM telah disusun dan dilancarkan semula pada 20 Julai

1984 oleh Y.A.B. Tun Dr. Mahadir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia pada masa

itu4.

2
http://www.takaful-ikhlas.com.my/malay/GUI/pdf/Keadilan_kontrak_Islam.pdf, 30 Nov 2011,
3
Amran Bin Mahmud (1995), Peranan YPEIM Dalam meningkatkan Ekonomi Umat Islam : Satu Kajian
Kritis Tentang Keberkesanannya, (Kajian Ilmiah, Fakulti Syariah, Akademi Pengajian Islam Universiti
Malaya, Kuala Lumpur), hal. 1
4
YaPEIM (2011), Profil Korporat YaPEIM, h.2
2
1.3 PERNYATAAN MASALAH KAJIAN

Kajian ini secara khususnya akan dijalankan berdasarkan kepada beberapa soalan

berikut :-

1. Apakah perspektif Islam terhadap pelaksanaan Ar Rahnu?

2. Bagaimana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) boleh

terlibat secara langsung dalam pelaksanaan sistem ar rahnu?

3. Apakah uslub / manhaj dakwah yang ada dalam sistem ar rahnu yang

dilaksanakan oleh YaPEIM?

4. Adakah petugas - petugas YaPEIM sedar dan bersedia untuk memikul amanah

dakwah?

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif sesuatu penyelidikan meliputi perkara-perkara yang hendak dicapai atau

dilaksanakan dalam sesuatu projek penyelidikan.5 Secara umumnya kajian ini akan cuba

mengenengahkan isu berkaitan mikro kredit Ar Rahnu sebagai wahana atau medium

dakwah.

Secara khususnya :

1. Mengali saranan Islam ke atas pelaksanaan Ar Rahnu berdasarkan sumber utama

al Quran dan al Hadis.

2. Mengkaji sejarah keterlibatan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia

(YaPEIM) dalam pelaksanaan mikro kredit Ar Rahnu.

3. Mengenalpasti manhaj / uslub dakwah dalam pelaksanaan Ar Rahnu YaPEIM.

4. Meneroka kesedaran dan kesediaan petugas-petugas Ar Rahnu YaPEIM

berperanan sebagai dai melalui dakwah bil hal.

5
Ahmad Mahdzan Ayob (1997), Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi, Kuala Lumpur : Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd., h. 41.
3
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

1. Kajian ini boleh menyumbang kepada memperbanyakkan khazanah keilmuan Islam

khususnya dalam bidang Ar Rahnu dan dakwah. Buku berkaitan bidang tersebut

banyak di pasaran namun agak kurang membicarakan dua bidang tersebut dalam

satu lapangan.

2. Kajian ini penting kerana menggabungkan dua bidang berlainan iaitu dakwah dan

ekonomi yang mana kesalingan keduanya bidang tersebut mampu meningkatkan

lagi kesyumulan, keindahan dan kemegahan Islam kepada masyarakat.

3. Kajian ini juga diyakini mampu menghasilkan satu kesedaran kepada pengusaha

yang menawarkan perkhidmatan Ar Rahnu khususnya YaPEIM bahawa mikro

kredit Ar Rahnu ini merupakan saluran atau wahana dakwah yang tidak kurang

pentingnya dalam arus pemodenan ini.

4. Selain daripada itu, kajian ini juga penting kerana ia diyakini mampu memberi

input bagi pengurusan organisasi Ar Rahnu dalam melahirkan tenaga kerja yang

mempunyai roh pendakwah (menyampaikan syiar Islam) melalui dakwah bil hal.

1.6 SKOP KAJIAN

Kajian ini hanya membincangkan berkaitan mikro kredit (pinjaman kecil-kecilan) yang

bertujuan untuk digunakan dalam memulakan suatu aktiviti berskala kecil antaranya

modal permulaan perniagaan, modal untuk sara hidup dan sebagainya. Subjek utama

kajian adalah Ar Rahnu sebagai wahana dakwah, ini merupakan gabungan yang

difikirkan agak janggal kerana melibatkan dua bidang yang berlainan iaitu bidang

ekonomi dan dakwah. Namun kajian ini bukanlah bertujuan untuk mendalami kedua

4
bidang tersebut tetapi merupakan usaha awalan untuk mengenalpasti elemen dakwah

dalam perlaksanaan perkhidmatan Ar Rahnu ini. Institusi yang dipilih ialah Yayasan

Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang melibatkan sebilangan warga

kerjanya sebagai responden. Mereka dipilih secara rawak dan kebanyakkan mereka

ditemui ketika mengikuti kursus wajib institusi yang disediakan untuk meningkatkan

kemahiran skill selain menyuntik motivasi dikalangan pekerja.

1.7 TEMPAT KAJIAN

1.7.1 Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) adalah sebuah yayasan

yang ditubuhkan oleh Kerajan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan di

bawah trustees (Incorporation) Act 1952. Bagi menggerakkan potensi dan meluaskan

peranannya, YaPEIM telah disusun dan dilancarkan semula pada 20 Julai 1984 oleh

Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia pada masa itu.

Antara okjektif penubuhannya ialah menangani persoalan masyarakat secara

realistik, bersepadu, strategik dan professional melalui usaha meningkatkan taraf

sosioekonomi, mengukuhkan tradisi keilmuan, memantapkan kebajikan ummah dan

membangun Institusi Islam demi kepentingan pembangunan ummah; menghidupkan

budaya amal jariah dengan menyediakan prasarana yang diyakini untuk masyarakat

melaksanakan sadaqatulJariah melalui pendekatan pengurusan moden;

memperkukuhkan asas kekuatan YaPEIM melalui usaha memantapkan pengurusan

secara menyeluruh meliputi aspek pengurusan kewangan dan pelaburan serta

pentadbiran secara umum.

1.7.2 Koperasi YaPEIM Berhad (KYB)

5
Koperasi YaPEIM Berhad (KYB) adalah merupakan institusi dibawah kawalan

YaPEIM yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan skim Mikro Kredit Ar

Rahnu ini. KYB merupakan sebuah syarikat kerjasama yang ditubuhkan di bawah Akta

Koperasi 1993, didaftarkan pada 12 Ferruari 1996, sehingga 31 Disember 2010, jumlah

keanggotaan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu keanggotaan penuh iaitu seramai 375

orang anggota dan keanggotaan tiada hak penuh iaitu seramai 132,463 anggota yang

terdiri dari skim khas yang diwujudkan.

Antara objektf utama penubuhan ialah untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi

anggota-anggotanya dan orang ramai melalui aktiviti-aktivitinya mengikut prinsip

koperasi dan menjalankan fungsi pinjaman/ pembiayaan, pengguna dan perkhidmatan.

Antara Aktiviti utama koperasi tersebut adalah pelaksana Mikro Kredit Ar Rahnu

YaPEIM di samping aktiviti-aktiviti hiliran seperti pelaburan hartanah, ejen korporat

Etiqa Takaful Berhad, Perkhidmatan Rawatan Perubatan Komplimenteri, Perkhidmatan

kenderaan sewa, projek mesra kembali ke sekolah dan pelaburan jangka pendek.

1.8 DEFINISI OPERASIONAL KAJIAN

Definisi operasional kajian akan mengelakkan pembaca daripada memahami persepsi

yang berbeza dengan kehendak dan maksud yang ingin disampaikan oleh penyelidik. Ia

juga memberi batasan yang sah kepada kefahaman istilah dan tujuan kajian.6 Secara

operasional, sesuatu konsep itu didefinisikan agar ia boleh diukur serta dilihat dari

beberapa dimensi, aspek dan sudut.7

Tajuk kajian ini ialah Mikro Kredit Ar Rahnu Sebagai Wahana Dakwah :

KajianTerhadap Pelaksanaannya Di YaPEIM. Dalam menghuraikan istilah-istilah

6
Othman Mohamed (2001), Penulisan Tesis dalam Bidang Sains Sosial Terapan. Serdang: Penerbit
Universiti Putra Malaysia, h. 20
7
Sakaran, Uma (1984), Research Method for Managers: A Skill-building Approach. New York: John
Wiley & Sons, h. 119.
6
yang terdapat dalam kajian ini, pengkaji cuba menonjolkan istilah-istilah utama yang

terdapat dalam tajuk tesis.

i. Mikro

Makna umum bagi mikro mengikut kamus dewan bermaksud kecil, halus; meliputi skop

(hal, faktor dsb) yang umum atau menyeluruh.8

ii. Kredit

Manakala makna kredit pula iaitu wang yg dipinjamkan, jumlah atau kemudahan

pinjaman, piutang ; kemudahan membayar terkemudian drpd penerimaan barang,

penangguhan pembayaran (bagi barang yg dibeli); butir perakaunan (spt bayaran dll) yg

dicatatkan di ruang sebelah kanan buku kira-kira.

Apabila dua perkataan tersebut disatukan menjadi mikro kredit (micro credit)

membawa makna seperti berikut :-

Grameen Banking mendefinisikan kredit mikro sebagai pengembangan

pinjaman dalam jumlah kecil kepada pengusaha yang terlalu lemah kualifikasinya untuk

dapat mengakses pada pinjaman dari bank tradisional.9

Manakala Calmeadow mendefinisikan mikro kredit sebagai aliran pinjaman

modal untuk mendukung pengusaha kecil dalam memulakan perniagaan, umumnya

dengan alternatif jaminan kolateral dan sistem monitoring pengembalian. Pinjaman

diberikan untuk melayani modal kerja sehari-hari, sebagai modal awal untuk memulai

usaha, atau sebagai modal investasi untuk membeli asset tidak bergerak.10

8
Dewan Bahasa Dan Pustaka (2002) Kamus dewan Edisi ketiga. h.888
9
http://www.grameen-info.org/index.php?option=com_content&task=view&id=28&Itemid=108
10
Calmeadow. (1999). Community Micro-loan Funds in Canada. Dalam Sorce of Finance.
http://strategis.ic.gc.ca/epic/internet/insofsdf.nsf/vwGeneratedInterE/so03061e.html
7
Sementara itu definisi kredit mikro yang dicetuskan dalam pertemuan The World

Summit on Microcredit di Washington, pada tanggal 2-4 Februari 1997 adalah

program/kegiatan memberikan pinjaman yang jumlahnya kecil kepada masyarakat

miskin untuk kegiatan usaha meningkatkan pendapatan, pemberian pinjaman untuk

mengurus diri sendiri dan keluarganya.11

iii. Sebagai

Makna sebagai pula ialah hampir sama keadaannya ; seperti ; seumpama ;12 untuk, bagi

; jadi, menjadi, selaku.13

iv. Wahana

Manakala Wahana bererti saluran atau perantaraan (yg memungkinkan sesuatu

dilakukan, disampaikan, atau dicapai).14

v. Dakwah

Ialah usaha yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan dengan pendekatan tertentu

untuk membawa manusia kepada keredaan Allah.15

vi. Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) adalah merupakan Institusi

di bawah Jabata Perdana Menteri (JPM). Beribu pejabat di Jalan Kampung Attap, Kuala

Lumpur.

11
http://gdrc.org/icm/concept.html, 18 November 2011
12
Kamus pelajar edisi kedua, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sebagai
13
Dewan Bahasa Dan Pustaka. Op. Cit. h 84
14
Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ibid. h. 1541
15
Ab. Aziz Mohd. Zin (1997), Pengantar Dakwah Islamiah, Penerbit Universiti Malaya. H.2
8
1.9 KAJIAN LITERATUR

Sorotan kajian lepas ialah proses penelitian, penilaian dan pemahaman secara mendalam

hajis kajian dan penulisan yang lepas yang mempunyai kaitan dengn persoalan yang

akan dikaji16

Prof. Madya Dr. Mohd. Hassan Bin Mohd Osman, (2007) dalam kertas

projeknya bertajuk Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan Usahawan Kredit

Mikro Di Negeri Johor telah mengenalpasti faktor kejayaan kritikal yang wujud pada

usahawan kecil, jenis perniagaan yang menjadi pilihan mereka, tujuan pinjaman dana

yang diperolehi dan juga mengetahui jumlah pulangan yang mereka perolehi.17

Zaiman Ramli (2010) mengkaji berkaitan Pengurusan Kredit Mikro Di

Kalangan Wanita telah diterbitkan dalam jurnal e-Bangi telah merumuskan bahawa

kebanyakan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sememangnya menggunakan

kredit yang diperolehi untuk membiayai ekonomi yang mereka usahakan. Hanya yang

perlu diberikan perhatian serius ialah kebanyakan mereka kurang mengambil berat

tentang hal-hal berkaitan pengurusan kewangan mereka. Rata-rata mereka hanya

memastikan bahawa mereka mampu membayar balik kredit setiap minggu seperti yang

dijadualkan.18

Abibullah Haji Samsudin (2002) dalam kajiannya bertajuk Skim Ar Rahnu :

Satu Model Mikro Kredit Di Malaysia telah mengkaji berkaitan persepsi penggadai

tentang Ar Rahnu, kesannya ke atas masyarakat dan memberi gambaran tentang market

ring skim Ar Rahnu. Hasil kajian tersebut, beliau merumuskan bahawa skim Ar Rahnu

16
Idris Awang, (2009), Penyelidikan Ilmiah : Amalan Dalam Pengajian Islam, Kamil & Shakir Sdn. Bhd.
Selangor. h.39
17
Prof. Madya Dr. Mohd Hassan Mohd Osman (2007), Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan
Usahawan Kredit Mikro Di Negeri Johor, Fakulti Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
18
Zaimah Ramli (2010), Pengurusan Kredit Mikro Di Kalangan Wanita, Jurnal e-Bangi, 2010,Fakulti
Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM, h.139
9
mampu dijadian sebagai satu daripada skim mikro kredit yang boleh memberi jaminan

kepada sama ada peminjam wang atau mereka yang meminjam wang.19

Mohd Sharif Baharuddin (2002) menerusi kajiannya bertajuk Skim Ar Rahnu :

Ke Arah Pengukuhan Kerjasama Serantau menekankan aspek pengalaman

pelaksanaan sistem gadaian di Malaysia iaitu sistem gadaian konvensional dan gadaian

secara Islam. Skop kajian beliau meliputi kelemahan-kelemahan pelaksanaannya serta

mengutarakan cadangan bagi membentuk kerjasama serantau dan usaha untuk

memantapkan lagi skim Ar Rahnu. Kajiannya juga menyentuh bagaimana skim ini

memberi manfaat kepada pembangunan dan peningkatan taraf hidup dolongan rendah

dan sederhana serta peniaga-peniaga kecil di Negara serantau.20

Mokhtar Abdul Razak (2007), Pakej Program Mikro Kredit Berasaskan Ar

Rahnu menjangkakan bahawa skim Ar Rahnu ini mampu menjadi satu mekanisme

atau resources kepada masyarakat dalam membangun capacity sekaligus memperbaiki

taraf kehidupan di mana capacity building yang sebenarnya memberi kebebasan kepada

masyarakat untuk menguruskan sumber.21

Kajian yang dilakukan oleh Abibullah Haji Samsudin (2010), bertajuk Kajian

Keberkesanan Skim Ar Rahnu Dalam Memantapkan Dan Memperkukuh Usahawan

Kecil Di Negara-Negara Serantau pula mebuktikan bahawa Skim Ar Rahnu telah

Berjaya membantu memantap dan mengukuhkan usahawan-usahawan kecil di Negara-

negara Anggota Persidangan Sekretariat Ar Rahnu Serantau iaitu Malaysia, Indonesia,

Brunei dan Thailand untuk menjalankan perniagaannya. Dengan Adanya modal yang

19
Abibullah Hj Samsudin (2002), Skim Ar Rahnu : Satu Model Mikro Kredit Di Malaysia, kertas
kajian yang dibentangan dalam Konvensyen Ar Rahnu Serantau 2002, bertempt di Pusat Dagangan Dunia
Putra, Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2002.
20
Mohd Sharif Baharuddin (2002), Skim Ar Rahnu : Ke Arah Pengukuhan Kerjasama Serantau, kertas
kajian yang dibentangan dalam Konvensyen Ar Rahnu Serantau 2002, bertempat di Pusat Dagangan
Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2002.
21
Mokhtar Abdul Razak (2007), Pakej Program Mikro-Kredit Berasaskan Ar Rahnu, Kertas kajian
yang dibentangkan dalam Bengkel Serantau Inovasi Pelaksanaan Ar Rahnu 2007, bertempat di Pulau
Pinang pada 21 Oktober 2007.
10
diperolehi daripada Skim Ar Rahnu maka usahawan-usahawan kecil boleh

meningkatkan pengeluarannya selain dapat mengembangkan perniagaan mereka kerana

usahawan-usahawan ini akan menjadi sumber baru yang dapat menjanakan peuang

pekerjaan.22

1.10 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian merujuk kepada tatacara melaksanakan kajian. Manakala, reka

bentuk kajian pula menjawab soalan apakah jenis kajian yang digunakan. 23 Reka bentuk

penyelidikan mempunyai dua tujuan; pertama, membenarkan penyelidik mencari satu

kaedah sesuai untuk menjalankan penyelidikan; kedua, menentukan tatacara yang

termurah bagi menjawab soalan penyelidikan.24 Ia juga merupakan keseluruhan proses

penyelidikan yang dijalankan, daripada proses pengkonseptualan masalah kajian

hinggalah kepada proses penulisan laporan.25 Justeru, ia amat penting kerana ia

merupakan pelan untuk mengumpul data, rangka asas menjelaskan hubungan antara

variabel kajian dan sebagai kerangka yang menggariskan setiap prosedur yang bermula

daripada hipotesis hinggalah ke analisa data.26 Setiap reka bentuk penyelidikan

mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Oleh itu, pemilihan reka bentuk

22
Abibullah Haji Samsudin (2010), Kajian Keberkesnan Skim Ar Rahnu Dalam Memantap dan
Memperkukuh Usahawan Kecil Di Negara-Negara Serantau, Kertas Kerja ini telah dibentangkan
Sempena Persidangan Sekretariat Ar Rahnu Serantau 2010 pada 10-12 Oktober 2010 Di Bandar Seri
Begawan, Brunei Darussalam.
23
Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003), Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia, h. 98.
24
Syed Arabi Idid (1993), op.cit., h. 35; Emory, C. William (1985), Business Research Method. 3rd.
Edition. Homewood, Illiois: The Irwin in Information and Decision Sciences, h. 58.
25
Othman Lebar (2007), op.cit., h. 59.
26
Zamalia Mahmud (2008), Handbook of Research Methodology A Simplified Version. Shah Alam:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), h. 33; Uma Sakaran (1984), op.cit., h. 66-67.
11
penyelidikan banyak bergantung kepada tujuan kajian dan masalah kajian yang ingin

diselesaikan.27

1.10.1 Metode Kajian

Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dan kualitatif. Kajian kuantitatif adalah

bertujuan mendapatkan data dalam bentuk angka seperti bilangan, kekerapan, pecahan

dan juga peratus yang dihasilkan melalui kaedah yang melibatkan proses perhitungan28

Manakala kajian kualitatif pula bermaksud proses pengumpulan data dari sumber-

sumber yang dikenalpasti sesuai dengn keperluan kajian berkenan29

1.10.2 Sumber Data

Penyelidik mengaplikasikan dua bentuk kaedah penyelidikan dalam kajian ini iaitu

penyelidikan secara kualitatif dan kuantitatif. Justeru, penyelidik menumpukan kepada

beberapa kaedah berikut:

i. Penyelidikan Perpustakaan (Library Research)

Penyelidikan perpustakan merupakan cara utama yang digunakan penyelidik di dalam

usaha mendapatkan informasi dan konsep yang berkaitan dengan tajuk kajian. Ini

meliputi aspek pemahaman terhadap mikro kredit Ar Rahnu serta huraian berkenaan

pelaksanaannya.

27
Sidek Mohd Noah (2002), Reka Bentuk Penyelidikan: Fasafah, Teori dan Praktis. Serdang: Penerbit
Universiti Putra Malaysia, h. 41; Noorzan Mohd Noor (2010), Writing Research & Thesis Proposal:
Guidlines & Examples. Shah Alam: UPENA, h. 156.
28
Idris Awang (2009), Penyelidikan Ilmiah Amalan Dalam Pengajian Islam. Shah Alam : Kamil dan
Shakir Sdn. Bhd. h.68
29
Ibid.
12
Penyelidik telah merujuk kepada kamus, ensiklopedia, tesis, disertasi, artikel, jurnal dan

bahan-bahan bacaan yang bersesuaian dengan tajuk kajian. Antara perpustakaan yang

dirujuk oleh penyelidik termasuklah Perpustakaan Utama Universiti Malaya,

Perpustakaan Peringatan Zaaba Universiti Malaya dan Perpustakaan Akademi

Pengurusan YaPEIM

ii. Penyelidikan Lapangan

Penyelidikan lapangan digunakan bagi melengkapkan data perpustakaan serta

membantu penyelidik untuk mendapatkan maklumat-maklumat baru dan releven dengan

kajian. Penyelidik memulakan proses penyelidikan lapangan dengan memenuhi

beberapa prosedur, diantaranya termasuklah:

i. Memohon kebenaran daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia

(YaPEIM) untuk mengedarkan soal selidik.

ii. Memohon keizinan membuat observasi khusus iaitu melalui keterlibatan dlm

bengkel serantau Inovasi Ar Rahnu YaPEIM yang telah dianjurkan pada 22 23

November 2011 bertempat di Pulau Langkawi Kedah.

- Soal Selidik

Responden kajian ini telah dipilih secara rawak mudah berstrata di kalangan kakitangan

Ar Rahnu YaPEIM di seluruh cawangan. Soal selidik yang dibina dibahagikan kepada

tiga bahagian; (a) Demografi Responden; 6 item (b) pelaksanaan mikro kredit ar Rahnu ;

3 item dan (c) perspektif responden terhadap elemen dakwah dalam pelaksanaan skim

ini : 11 item.

13
Tujuan Soal selidik:

1. Mengkaji pelaksanaan skim mikro kredit ar Rahnu yang dilaksanakan oleh

YaPEIM

2. Mengenalpasti kefahaman responden terhadap kewujudan faktor dakwah.

3. Mengkaji pendekatan dakwah yang diaplikasikan dalam pelaksanaan skim.

Soalan soal selidik ini mengandungi 3 bahagian iaitu:

Bahagian A : Demografi responden (mengetahui latar belakang responden)

Bahagian B: Pengetahuan tentang pelaksanaan skim mikro kredit ar Rahnu

yang dilaksanakan oleh YaPEIM.

Bahagian C: Persepsi responden terhadap elemen dakwah dalam skim dan

kesediaan untuk menjayakannya.

- Observasi

Pengkaji telah melakukan pemerhatian ke atas perlaksanaan melalui urus tadbir Ar

Rahnu itu diperingkat ibu pejabat dan transaksi jual-beli yang dilakukan di kaunter

cawangan.

Selain itu, observasi juga dijalankan sepanjang berlangsungnya beberapa

program yang dianjurkan antaranya, Program Perasmian Pembukaan Cawangan Ar

Rahnu Daerah Langkawi, Bengkel Serantau Inovasi Ar Rahnu dan Persidangan

Pengurus-Pengurusn Ar Rahnu YaPEIM yang bermula dari 20 23 November 2011

bertempat di Langkawi Kedah Darul Aman.

14
1.10.3 Metode Analisis Data

i. Metode Induktif

Metode induktif merupakan satu proses membuat kesimpulan daripada maklumat

khusus atau spesifik kepada umum (daripada penemuan kepada teori). 30 Dalam kata lain

ia juga diertikan sebagai proses penghuraian yang membawa kepada pencapaian sesuatu

kesimpulan hukum daripada fakta-fakta atau maklumat-maklumat yang bersifat

khusus.31 Metode ini terdapat dalam bab dua untuk mengetahui definisi ar Rahnu, dalil

al Quran dan al Hadis, sejarahnya di Malaysia dan sejarah keterlibatan YaPEIM.

ii. Metode Deduktif

Manakala metode deduktif pula bermaksud membuat kesimpulan daripada maklumat

umum kepada khusus (daripada teori kepada penemuan).32 Melalui proses deduktif,

kesimpulan atau rumusan dibuat daripada maklumat atau fakta yang ada. 33 Metode ini

digunakan dalam menganalisis elemen dakwah yang terdapat dalam pelaksanaan skim

mikro kredit Ar Rahnu ini.

iii. Alat atau Tool yang digunakan

Dalam usaha menganalisa data yang diperolehi melalui soal selidik, penyelidik

menggunakan program perisian komputer Statistical Package For Social Science

(SPSS). Tool ini digunakan untuk membuat penjelasan serta menghuraikan soal selidik

yang diedar kepada responden. Analisis lengkap boleh dilihat di bab ketiga dalam kajian

ini.

30
Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003), Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia, h. 12.
31
Sidek Mohd Noah (2002), Reka Bentuk Penyelidikan: Fasafah, Teori dan Praktis. Serdang: Penerbit
Universiti Putra Malaysia., h. 6.
32
Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003), op.cit., h. 12.
33
Sidek Mohd Noah (2002), op.cit., h. 5.
15
1.11 SISTEMATIKA PENULISAN

Bab Pertama kajian memuatkan pengenalan bab. Ia juga membincangkan secara khusus

mengenai latar belakang kajian, kenyataan masalah kajian, objektif kajian, persoalan

kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, skop kajian, tempat kajian, definisi

operasional kajian, kajian-kajian lepas, kerangka konseptual kajian, metodologi kajian,

sistematika kajian dan kesimpulan.

Seterusnya Bab Kedua kajian memfokuskan berkaitan mikro kredit ar Rahnu. Ia

dimulai dengan pengenalan kepada definisi ar Rahnu, ayat al-Quran dan hadis berkaitan

ar rahnu dan sejarah pengwujudan ar rahnu di Malaysia dan keterlibatan YaPEIM.

Manakala Bab Ketiga pula memperihalkan secara terperinci berkenaan fokus

utama kajian iaitu sistem ar rahnu YaPEIM sebagai medium dakwah, kesalingan antara

dua elemen yang berlainan iaitu sistem muamalah Islam dalam pendekatan dakwah.

Seterusnya dimuatkan analisis-analisis data yang telah diperolehi sama ada melalui

kaedah soal selidik, temubual dan observasi yang dilakukan.

Manakala Bab Keempat merupakan Bab rumusan dan cadangan kajian, di mana

pengkaji membincangkan hasil kajian secara keseluruhan. Pengkaji juga membuat

rumusan kajian serta mencadangkan beberapa cadangan umum dan khusus.

16
BAB DUA

Definisi Pajak Gadai

Pajak gadai ialah pinjaman wang dengan menyerahkan barang sebagai cagaran untuk

tempoh tertentu (kalau tidak ditebus dlm tempoh tersebut barang itu akan menjadi milik

orang yg memberi pinjaman) ; menyerahkan atau meletakkan sesuatu dlm keadaan

terancam atau sebagai cagaran untuk mendapatkan sesuatu faedah dan sebagainya34

Definisi Ar Rahnu

Dari Segi bahasa, ar Rahnu ialah bermaksud kekal dan tetap35, contohnya Firman Allah

s.w.t. : terikat / tetap dengan apa yang dikerjakan al-Thur (52:21); Letak iaitu

meletakkan sesuatu disisinya; nipis36

Ar Rahnu mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang mantap ataupun ia bermakna

tahanan, seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang

dikerjakannya............." al-Muddaththir (74:38)

Dari segi syara Ar Rahnu ditakrifkan dengan pelbagai definisi antaranya :

Ahmad Azhar Basyir - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadikan suatu benda yang

bernilai menurut pandangan syara sebagai tanggungan hutang dengan adanya benda

yang menjadi tanggungan itu seluruh atau sebahagian hutang dapat diterima"37

34
Dewan Bahasa Dan Pustaka, Op. Cit. h.358
35
Kamus Munjid Fi al-lughah wa al-alam, Cetakan ke-37, Beirut 1998, h. 284
36
Ibid.h.284
37
Ahmad Azhar Basyir, (1987), Garis Besar Sistem Ekonomi Islam,Yogyakarta : Universitas Gadjah
Mada
17
H.M Arsjad Thalib Lubis - mentakrifkan ar Rahnu sebagai "menjadi suatu barang yang

berupa harta dan ada harganya jadi jaminan hutang dan ia akan dijadikan

pembayarannya jika hutang itu tidak dapat dibayar"38

Mokhtar Razak mendefinisikan ar Rahnu sebagai suatu barang berharga dijadikan

sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya jika

hutang tersebut dijelaskan39

Kesimpulannya ar Rahnu ialah mekanisme di mana satu barangan berharga dijadikan

sandaran oleh penghutang untuk mendapatkan pinjaman dari pemiutang dengan

berlandaskan syarat-syarat tertentu.

Sumber Dari al-Quran dan al- Hadis

Firman Allah Swt :












Maksudnya: Jika kamu dalam perjalanan (dan bermu'amalah tidak secara

tunai) sedang kamu tidak memperoleh seorang penulis, Maka hendaklah ada

38
H.M. Arsyad Thalib Lubis (1975), Ilmu Fiqih (Ibadat, Muamalat, Marakahat dan Jinayat), Medan :
Firma Islamiayah
39
Mokhtar Abdul Razak (2007), Pakej Mikro Kredit Berasaskan Ar Rahnu, Prosiding Bengkel Serantau
Inovasi Pelaksanaan Ar Rahnu 2007, Kuala Lumpur : YaPEIM h.12
18
barang tanggungan yang dipegang (oleh yang berpiutang). akan tetapi jika

sebagian kamu mempercayai sebagian yang lain, Maka hendaklah yang

dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa

kepada Allah Tuhannya; dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan

persaksian. dan barangsiapa yang menyembunyikannya, Maka Sesungguhnya ia

adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu

kerjakan.

Al-Baqarah (2:283)

Dalam sebuah Hadis, dari Qatadah, dari Anas "Bahawasanya Nabi saw menggadaikan

(Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama (Abu sy Syahmi) di

Madinah dan Baginda mengambil gandum untuk keluarganya."40

Riwayat al-Bukhari dan Muslim, Kitab Buyu

Dalam riwayat lain, dari Ikrimah, dari Ibn Abbas katanya : "Bahawasanya Nabi saw

menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi atas pinjamannya

sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya."41

Riwayat At Tirmidzi; AnNasaI dan Ibn Majah

Dalam sebuah Hadis - "Dari Aswad, dari Aisyah r.a berkata : Sesungguhnya Nabi SAW

membeli makanan daripda seorang Yahudi dengn pembayaran secara bertangguh dan

mencagarkan baju besi baginda.42

40
Jamaluddin Abdullah Bin Yusof az Zailaiy (1995), Nasib ar Rayatu fi Takhrij Ahadith al Hidayaat,
Beirut : Dar al Hadis, h.267
41
Ibid., lihat juga At Tarmidzi, http://www.islamweb.net/ newlibrary/display_book.php? idfrom=3572
&idto=3670 & bk_no = 9 &ID=515
42
Ibid.,
19
Riwayat al Bukhari, Hadis no. 2326

Rukun Ar Rahnu

Ar Rahnu (gadaian) dalam Islam mempunyai 5 rukun iaitu :

1. Pemberi gadai (Rahin) dan penerima barang gadaian (Murtahin).

2. Hutang (Marhun Bih).

3. Sighah (Ijab dan Qabul) iaitu Majlis penyerahan dan penerimaan gadaian.

4. Penerimaan barangan gadaian oleh pemberi hutang secara mutlak.

5. Barang gadaian (Marhun). Terdiri dari barang-barang yang halal dan sah untuk

dijual beli menurut pandangan syarak.

Syarat ar-Rahnu (gadaian)

Syarat-syarat ar-Rahnu (gadaian) terbahagi kepada tiga iaitu:

1. Syarat penggadai (Rahin) dan Pemegang Gadaian (Murtahin)

2. Syarat barang yang digadai (Marhun)

3. Syarat Hutang (Marhun Bih)

Syarat penggadai (Rahin) dan Pemegang Gadaian (Murtahin)

Antara syarat Penggadai (Rahin) dan Pemegang Gadaian (Murtahin) ialah:

1. Mukallaf

2. Pilihan sendiri

3. Penggadai dan pemegang gadaian adalah harta masing-masing

20
Syarat barang yang digadai (Marhun).

Antara syarat barangan gadaian (Marhun )ialah:

1. Tidak boleh menggadai manfaatnya, tetapi mestilah barang

2. Mestilah boleh dijual.

Syarat hutang (Marhun Bih)

Antara syarat hutang (Marhun Bih) pula ialah:

1. Mestilah dinilai, atau boleh digunakan, seperti wang, emas dan perak

2. Hutang itu jumlahnya mestilah diketahui oleh kedua belah pihak

3. Hutang itu mestilah tetap, ianya tidak kurang dan tidak bertambah apabila

melakukan pembayarannya.

Sighah

Sighah ialah lafaz Ijab dan Qabul

21
SEJARAH AM PAJAK GADAI DI MALAYSIA

Sejarah Am Perniagaan Pajak Gadai Di Malaysia

Perniagaan pajak gadai di Malaysia adalah merupakan perniagaan tradisi yang dibawa

masuk daripada negeri China oleh orang Cina berketurunan Hakka. Di Malaysia,

industri pajak gadai telah wujud secara rasmi sejak tahun 1871 setelah Pawnbrokers

Ordinance 1871 dikuatkuasakan di Negeri-negeri Selat. Pada mulanya, industri ini

tertakluk kepada 13 buah enakmen/ordinan/kaedah yang ditadbir oleh Kerajaan Negeri

masing-masing.

Pada 2 Januari 1973, Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 [Akta 81] dan

Peraturan-Peraturan Pemegang Pajak Gadai 1972 telah dikuatkuasakan diseluruh

Malaysia termasuk Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Pentadbiran Akta

ini adalah terletak di bawah portfolio Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran pajak gadai di Malaysia serta

menjamin industri pajak gadai yang sihat di samping melindungi kepentingan

pengguna. Seterusnya, Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 (Pindaan 2003) [Akta 81]

telah diluluskan oleh Parlimen dan telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2004 manakala

Peraturan-peraturan Pemegang Pajak Gadai (Kawalan dan Pelesenan) 2004 yang

digubal berdasarkan Akta pindaan tersebut dikuatkuasakan mulai 16 Januari 2005.

Melalui pindaan Akta tersebut, peranan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bandar

Kuala Lumpur, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah dan Akauntan Negeri

Sarawak dalam pengeluaran lesen pemegang pajak gadai (PPG) telah dimansuhkan.

Peranan tersebut telah diambilalih sepenuhnya oleh Ketua Setiausaha Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dilantik sebagai Pendaftar Pemegang Pajak

22
Gadai dengan dibantu oleh Timbalan Pendaftar Pemegang Pajak Gadai beserta

Inspektor-Inspektor untuk menjalankan tugas pelesenan dan penguatkuasaan seperti

yang termaktub di bawah peruntukan Akta 81.43

Pengurusan pajak gadai secara konvensional ini lebih bermotifkan untuk

mencipta keuntungan daripada individu yang memerlukan kemudahan wang tunai

kerana desakan kehidupan dan aktiviti ini hanya dibatasi oleh undang-undang dalam

Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. Aktiviti pajak gadai konvensional ini lebih bersikap

memeras dan menindas golongan masyarakat berpendapatan rendah (dengan

mengenakan kadar faedah yang tinggi atas setiap pinjaman yang diberikan) dan ia

dikenali sebagai lintah darat.44

Walaupun Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 dan Peraturan-peraturan pajak

gadai 1972 bertujuan untuk menjamin industri pajak gadai yang sihat disamping

melindungi kepentingan pengguna, namun pajak gadai konvensional telah mengenakan

kadar faedah yang tinggi yang boleh dianggap sebagai mengeksploitasi bahkan secara

jelas bertentangan dengan Islam yang mengharamkan riba.45 Walaupun akta 1972

menghadkan jumlah maksimum caj faedah sebulan adalah 2.5 peratus, namun secara

praktikalnya caj yang diambil adalah sekitar 3 hingga 4 peratus. Malah sering berlaku di

mana barang cagaran (marhun) dicuri oleh pemilik pajak gadai dan ia jika tidak dibayar

/ ditebus pada masa tertentu akan dilelong dan lebihannya tidak akan dipulangkan

kepada pemajak. Berlaku juga kes kedai pajak gadai ditutup, berpindah dan beroperasi

tanpa lesen.46

Atas kesedaran pelbagai pihak mengenai ketidakadilan yang berlaku dalam

pengoperasian pajak gadai cara konvensional ini, berbagai kajian telah dibuat untuk

43
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, http://www.kpkt.gov.my/kpkt, Sejarah Am
Perniagaan Pajak Gadai Di Malaysia, 05 Disember 2011
44
Mohd Sharif Baharuddin, Skim Ar Rahnu : Ke Arah Pengukuhan Kerjasama Serantau, Kuala Lumpur :
YaPEIM, h.58
45
Ibid., h.59
46
Prof. Madya Dr. Abdul Ghafar Hj Ismail, Ar Rahnu : Ke Arah Pengukuhan Kerjasama Serantau
Pengalaman Malaysia, Kuala Lumpur: YaPEIM, h.74
23
meneliti kelemahan dan kekurangan Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 dan cara

perlaksanaannya. Hasil dari kajian tersebut, satu inisiatif untuk menubuhkan pajak gadai

Islam telah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kebangsaan Bahagian Hal Ehwal

Islam Malaysia pada April 1983.47 Juga telah dibincangkan di dalam mesyuarat Jemaah

Menteri pada 30 Januari 1985 dan bersetuju pada dasarnya dengan mengemukakan

Rancangan Penubuhan Pajak Gadai Islam.48

Melalui mesyuarat Majlis Kebangsaan Bahagian Hal Ehwal Islam Malaysia,

mengusulkan agar Majlis Agama Islam Negeri atau Bank Islam Malaysia Berhad untuk

melaksanakan pajak gadai Islam. Saranan tersebut telah disambut oleh Majlis Agama

dan Adat Istiadat Terengganu dengan melancarkan Muassasah Gadaian Islam

Terengganu (MGIT). Insititusi ini merupakan yang pertama mempelopori pajak gadai

Islam berkonsepkan Ar Rahn dan al- Qardhul Hasan pada 23 Januari 199249 dan

diikuti oleh Perbadanan Kemajuan Ikhtisad Negeri Kelantan (PKINK). Pelaksanaan

melalui anak syarikatnya; Permodalan Kelantan Berhad (PKB). Iaitu mewujudkan

kedai Ar Rahn dan memperkenalkan konsep upah simpan dalam pajak gadai Islam

yang mula beroperasi pada 12 Mac 1992.50

Penglibatan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)

Hasil daripada mesyuarat jemaah menteri pada 30 Januari 1985, di bawah Rancangan

Penubuhan Pajak Gadai Islam, YaPEIM menyatakan hasrat untuk melaksanakan pajak

gadai Islam tetapi menghadapi masalah untuk melaksanakan cadangan tersebut kerana

bertentangan dengan Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 dan keterikatan dengan

Undang-Undang tubuh yayasan.

47
Op. Cit. Mohd Sharif Baharuddin, h.60
48
Mokhtar Abdul Razak, Op. Cit. h.11
49
Ibid. h.60
50
Op. Cit. Prof. Madya Dr. Abdul Ghafar Hj Ismail, h.74
24
Justeru bagi mempercepatkan urusan tersebut tanpa melibatkan pindaan akta

yang kebiasaannya mengambil masa yang lama, Jawatankuasa Pemandu Skim

dipengerusikan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (ketika itu Penasihat Bank Negara

Malaysia) pada tahun 1992 telah menyarankan agar diadakan koloborasi diantara Bank

Rakyat dan YaPEIM untuk merealisasikan penubuhan Pajak Gadai Islam. Hasilnya

pada 21 Oktober 1993 projek perintis dibawah perkongsian pintar tersebut berjaya

memperkenalkan Skim Ar Rahn kepada masyarakat dan ia telah mendapat sambutan

yang baik daripada pelbagai golongan.

Memandangkan permintaan yang begitu menggalakkan, pada 5 November 1997

YaPEIM terus melebarkan usahanya dengan menjalingkan hubungan kerjasama dengan

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam). Dan seterusnya melalui Koperasi YaPEIM

Berhad (Koperasi YaPEIM) pada 2 Oktober 2000. Program Mikro Kredit Ar Rahnu

yang dilaksanakan melalui Koperasi YaPEIM ini dikenali sebagai Ar Rahnu YaPEIM.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1993, Program Mikro Kredit Ar Rahnu di

bawah YaPEIM telah berupaya membantu 4.7 juta kumpulan sasar (secara terkumpul)

dengan jumlah pembiayaan terkumpul RM6.7 billion.51 Sehingga penghujung tahun

2010, YaPEIM telah berjaya mewujudkan 100 cawangan Ar Rahnu YaPEIM di seluruh

negara. Pada tahun 2011 ini sebanyak 30 cawangan baru Ar Rahnu YaPEIM akan

diwujudkan di seluruh negara menjadikan 130 buah cawangan secara keseluruhannya

secara langsung di bawah YaPEIM. Ini melibatkan keahlian seramai 209,560 orang

dengan transaksi gadaian sebanyak 1,061,245. Manakala jumlah pembiayaan yang telah

dikeluarkan adalah RM1,521,044,764.00.

Dengan pengwujudan 130 cawangan Ar Rahnu YaPEIM ini, di jangka 360,000

orang atau kumpulan sasar akan mendapat manfaat yang disediakan dengan jumlah

51
Mokhtar Abdul Razak (2011) Program Mikro Kredit Ar Rahnu Sebagai Pemangkin (Catalyst)
Pembangunan Sosial Ekonomi Ummah : Tinjauan, Pengalaman Institusi Pelaksana, Kertas Kerja ini
dibentangkan pada Bengkel Serantau Inovasi Ar Rahnu 2011 bertempat di Hotel Awana Porto Malai,
Pulau Langkawi pada 21-22 November 2011.
25
pembiayaan berjumlah RM625 juta disediakan pada setiap tahun. Sementara itu,

penawaran Ar Rahnu YaPEIM melalui Institusi Perbankan pula, sehingga 31 Oktober

2011 mencatatkan bilangan keahlian seramai 825,084 dengan transaksi gadaian

sebanyak 4,125,427 dan jumlah pembiayaan sebanyak RM6,459,913,951.00 menerusi

126 buah kaunter di seluruh negara.

Berdasarkan kepada perkembangan di atas, sehingga 31 Oktober 2011,

pelaksanaan Skim Ar Rahnu YaPEIM yang dilaksanakan melalui YaPEIM dan

kerjasama Institusi Perbankan seperti jadual 1 :-

INSTITUSI
BUTIRAN YaPEIM JUMLAH
PERBANKAN
Bilangan Keahlian 209,560 825,084 1,034,644

Bil Transaksi Gadaian 1,061,245 4,125,427 5,186,672

Jumlah Pembiayaan RM1,521,044,764 RM6,459,913,951 RM7,980,958,715


Jadual 2.1 : Statistik Transaksi di Ar Rahnu YaPEIM dan kerjasama Istitusi Perbankan

Ar Rahnu Sebagai Wahana Dakwah Melalui Program Pembangunan Sosio-


Ekonomi Ummah

Program Ar Rahnu dalam konteks YaPEIM bukan sahaja menyediakan kemudahan

mikro kredit, malah ia juga sebagai satu Program Pembangunan Komuniti dalam

kerangka membangun sosioekonomi ummah dan memastikan wujudnya Komuniti

Lestari (Sustainable Community). Program Ar Rahnu ini juga mengambilkira pakej

yang menjangkau daripada sekadar menyediakan kemudahan Ar Rahnu sebagai produk

asas sahaja malah ianya satu Program Pembangunan Komuniti.

Walaupun pada asasnya kriteria Mikro Kredit mengambilkira saiz pinjaman,

kumpulan sasar, tujuan penggunaan pinjaman dan terma dan syarat yang dikenakan,

bagaimanapun dalam konteks YaPEIM, Program Mikro Kredit yang diperkenalkan

adalah bertujuan bagi meningkat Pembangunan Keupayaan Komuniti (Community


26
Capacity Building) dalam kerangka membangun sosioekonomi ummah dan memastikan

wujudnya Sustainable Community. Program ini akan mengambilkira pakej yang

menjangkau lebih daripada hanya sekadar menyediakan kemudahan Skim Ar Rahnu

sebagai produk asas. Pakej yang diperkenalkan oleh YaPEIM ini merangkumi langkah-

langkah berikut:

Kelab Maya Sahabat Ar Rahnu

Skim Galakan Usahaniaga Printis

Skim Anugerah Jejak Jaya

Skim Sahabat Emas Ar Rahnu

Pelbagai Kadar Khas kepada Golongan Miskin dan Golongan

Kurang Bernasib Baik.

i.Kelab MAYA Sahabat Ar-Rahnu

Inisiatif yang diambil oleh YaPEIM dalam konteks ini antaranya adalah menubuhkan

Kelab Maya Sahabat Ar Rahnu (Kelab MASA) yang mana penggadai atau penerima

manfaat Ar Rahnu yang bergadai bagi tujuan perniagaan dikumpulkan di bawah satu

payung. Kelab ini diperkenalkan sebagai usaha mewujudkan komuniti Ar Rahnu yang

benar-benar dapat memanfaatkan Ar Rahnu sebagai saluran mendapat modal bagi

menjayakan perniagaan secara kecil-kecilan seterusnya berusaha memajukan diri dan

keluarga.

Kelab ini telah digerakkan dengan wujudnya Pangkalan Data Sahabat Ar Rahnu

(PDSAR) yang telah diwujudkan di lokaliti penawaran Skim Ar Rahnu dan bakal

menjadi sumber rujukan dan menjadi asas pengembangan program perniagaan kepada

mereka yang terlibat. Kelab ini mampu memberi manfaat kepada Penerima Manfaat

27
Skim Ar Rahnu (Sahabat Ar Rahnu atau singkatannya SABAR) sekaligus mewujudkan

satu Komuniti SABAR.

Pewujudan Komuniti SABAR ini sekaligus dapat mengumpulkan semua

penerima manfaat Skim Ar Rahnu yang mempunyai persamaan dalam tujuan

menggadai iaitu untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Komuniti ini akan terus dibantu

oleh YaPEIM melalui pelaksanaan pelbagai kursus/ seminar, khidmat nasihat dan lain-

lain program/aktiviti mengikut keperluan SABAR yang diatur dari semasa ke semasa

bagi membolehkan mereka memajukan dan memperkasakan diri dalam pelbagai aspek.

Melalui Kelab ini Sahabat Ar Rahnu akan diberi pendedahan terhadap pelbagai

langkah yang boleh memajukan diri mereka. Di antara aspek yang diberi penekanan

ialah ilmu berhubung dengan perniagaan, pengurusan, pemasaran, peluang perniagaan

dan usaha mewujudkan jaringan sesama mereka. Sehingga penghujung Oktober 2011,

sejumlah 37,601 penerima manfaat Ar Rahnu telah layak menganggotai Kelab MASA

ini.

Bagi tujuan tersebut, YaPEIM telah mewujudkan modul Program Latihan Asas

Perniagaan/Pengurusan dan Latihan Lanjutan kepada anggota Kelab MASA serta

individu yang berpotensi/bakal memanfaatkan Ar Rahnu YaPEIM bagi tujuan

perniagaan. Di antara kandungan modul tersebut adalah seperti berikut:-

JENIS JENIS
TAJUK MODUL
KURSUS MODUL

Kursus Modul Siri 1 Modul 1 Motivasi Usahawan


Induksi 1 Modul 2 Ciri-ciri Usahawan
Modul 3 Persediaan Menjadi Usahawan
Modul 4 Perancangan & Pengurusan
Projek

Kursus Modul Siri II Modul 5 Simpan kira (Teori & Latihan)


Induksi 2 Modul 6 Pemasaran
Modul 7 Bengkel Pengurusan Projek

28
Kursus Modul Siri III Modul 8 Modul Pengurusan Tauhidik
Lanjutan (Merangkumi perbahasanan berkaitan
Pandangan Sarwa Islami,Etos Kerja
Islam,Kepimpinan dan Kepengikutan
Syura,Amal Jamai)
Jadual 2.2 : Siri Kursus Induksi Anggota Kelab MASA

Melalui kursus yang disediakan, YaPEIM telah melaksanakan kursus tersebut

kepada anggota Kelab MASA seperti berikut:-

TAHUN BIL KURSUS BIL PESERTA


2009 310 35,328
2010 235 25,915
Jumlah 545 61,243
Jadual 2.3 : Pelaksanaan Kursus Induksi Kepada Anggota Kelab MASA

Mulai tahun 2011, anggota Kelab MASA berpeluang menyertai program Siri

Seminar Peluang-Peluang Perniagaan dan Lawatan Sambil Belajar. Program ini akan

diadakan mengikut kategori tertentu supaya halatuju dan impak program dapat

diperolehi secara lebih berkesan kepada anggota yang terlibat. Diantara pendekatan

program adalah seperti berikut:-

- Mengenalpasti anggota Kelab yang benar-benar menjalankan perniagaan,

konsisten dan berdaya maju sahaja menyertai program ini.

- Memperkenal konsep mentor mantee di mana usahawan yang juga

merupakan anggota Kelab yang telah dikenalpasti berjaya dan terlibat secara

langsung dalam industri akan bersama menjayakan program ini sama ada

sebagai perunding/tenaga pengajar bagi memberi impak tersendiri kepada

peserta.

Penglibatan Agensi sokongan seperti JAKIM (Persijilan Halal), FAMA (aspek

pemasaran), Agro Bank, MARA, TEKUN, SME dan lain-lain (Agensi Pembiaya) dan

29
sebagainya dilihat sebagai satu saluran untuk anggota mengembangkan perniagaan

mereka di masa akan datang.

Pelaksanaan aktiviti yang digerakkan melalui Kelab ini dilihat sebagai

kesinambungan terhadap pembangunan sosiekonomi dalam dua (2) bidang utama iaitu

bidang pendidikan dan bidang keusahawanan di mana secara tidak langsung dapat

membantu anggota memajukan diri dan keluarga di lokaliti penawaran Ar Rahnu

YaPEIM.

Melalui pelaksanaan program ini sejumlah 60 Anggota Kelab yang berjaya dipilih

mengikuti program mentor mentee dalam sektor perniagaan berikut :-

BIDANG SIRI SEMINAR PELUANG


BILANGAN
BIL PERNIAGAAN DAN LAWATAN SAMBIL
PESERTA
BELAJAR
Pemperosesan dan pengeluaran makanan ringan
1 20 Peserta
Kerepek
Pemperosesan dan pengeluaran makanan berdasarkan
2 20 Peserta
Konsep Sejuk Beku
Pemperosesan dan pengeluaran makanan Kek dan
3 20 peserta
Pastri
Jadual 2.4 : Pelaksanaan Siri Seminar Peluang-Peluang Perniagaan dan Lawatan Sambil
Belajar.

ii.Skim Galakan Usahaniaga Printis

Skim ini diperkenalkan sebagai sokongan kepada kelompok dalam Pangkalan Data di

lokaliti penawaran Skim Ar Rahnu agar memanfaatkan Skim Ar Rahnu sebagai sumber

modal untuk memulakan perniagaan secara keci-kecilan. Galakan tertentu seperti

memberi pembiayaan melebihi daripada kemudahan yang dimanfaatkan daripada Skim

Ar Rahnu diberikan kepada peserta skim ini yang terdiri daripada Komuniti SABAR

(diberi keutamaan) dan Kumpulan Sasar (Target Group) yang lain.

Skim ini bertujuan membantu menambah keperluan modal perniagaan Penerima

Manfaat Skim Ar-Rahnu bagi memajukan perniagaan mereka di mana mereka akan

30
mendapat keperluan perniagaan melebihi daripada kemudahan yang dimanfaatkan

daripada Skim Ar-Rahnu dan dikenalpasti tiada sumber tambahan yang mampu

diperolehi segera.

Sehingga kini 10 anggota Kelab MASA telah dikenalpasti untuk dibantu melalui

skim ini.

BILANGAN
BIL SEKTOR PERNIAGAAN
PESERTA
1 Perkhidmatan 4
2 Pemborongan / Peruncitan 4
3 Pembuatan 1
4 Pembinaan/Kontraktor 0
5 Pertanian / Penternakan 1
Jumlah 10
Jadual 2.5 : Bantuan Skim Galakan Usahaniaga Printis

iii.Skim Anugerah Jejak Jaya

Skim ini diperkenalkan sebagai Motivasi kepada kelompok di dalam Pangkalan Data di

lokaliti penawaran Skim Ar Rahnu agar memanfaatkan Skim Ar Rahnu sebagai sumber

modal untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan melaksanakannya

sehingga berjaya. Skim ini hanya akan dilaksanakan kepada Penerima Manfaat Skim

Ar Rahnu berasaskan kejayaan menggunakan kemudahan prestasi tertentu dan kejayaan

yang dicapai adalah tanpa sokongan daripada Skim Galakan Usahaniaga Printis.

Penerima manfaat Skim ini akan mendapat sejumlah sumber modal tambahan untuk

perniagaan.

Sehingga kini 10 anggota Kelab MASA telah dikenalpasti untuk dibantu melalui

skim ini.

BILANGAN
BIL SEKTOR PERNIAGAAN
PESERTA
1 Perkhidmatan 2
2 Pemborongan / Peruncitan 4
3 Pembuatan 32
4 Pembinaan/Kontraktor 0
31
5 Pertanian / Penternakan 3
Jumlah 41
Jadual 2.6 : Bantuan Skim Anugerah Jejak Jaya

iv.Skim Sahabat Emas Ar Rahnu

Skim ini diperkenalkan sebagai mengiktiraf individu yang benar-benar memanfaatkan

Skim Ar Rahnu sebagai saluran menjayakan kegiatan produktif khususnya perniagaan

sekaligus diharapkan ia boleh menjadi motivasi kepada Peniaga Kecil yang berdaya

maju. Selaras dengan kewujudan skim ini satu Pengkalan Data Keusahawanan (PDKU)

akan diwujudkan bagi memastikan perjalanan skim ini berjalan dengan lancar.

Skim ini ditawarkan kepada Anggota Kelab MASA, berasaskan syarat berikut:

- Didaftarkan dalam Pengkalan Data Keusahawanan.

- Menggunakan kemudahan Skim Ar Rahnu untuk menjayakan perniagaan sendiri

disamping berupaya membantu individu yang lain sama ada dalam bentuk

menyediakan peluang pekerjaan mahupun peluang perniagaan baru di lokaliti

penawaran Skim Ar Rahnu. (Pengurusan akan menentukan kriteria kejayaan

sesuatu projek.)

- Bilangan sekitar 10 orang (bagi satu PKY) setahun (had bilangan mereka yang

layak adalah tertakluk kepada jumlah keseluruhan penerima manfaat yang layak

daripada keseluruhan PKY).

- Kemudahan yang akan diberikan kepada Sahabat Emas Ar Rahnu ialah jumlah

pinjaman 100% daripada nilai sebenar emas (Nilai Marhun).

Sehingga kini 10 anggota Kelab MASA telah dikenalpasti untuk dibantu melalui skim

ini.

BILANGAN
BIL SEKTOR PERNIAGAAN
PESERTA
1 Perkhidmatan 16
2 Pemborongan / Peruncitan 8
3 Pembuatan 3
32
4 Pembinaan/Kontraktor 5
5 Pertanian / Penternakan 1
Jumlah 33
Jadual 2.7 : Bantuan Skim Sahabat Emas Ar Rahnu

v.Pelbagai Kadar Khas kepada Golongan Miskin dan Golongan Kurang Bernasib

Baik.

Kadar Khas ini diperkenalkan kepada Golongan Miskin (termasuk golongan termiskin)

dan Golongan Kurang Bernasib Baik, yang menggunakan kemudahan kredit Skim Ar

Rahnu di bawah Koperasi YaPEIM. Kadar Khas ini diperkenalkan dengan

membangunkan Pangkalan Data Kemiskinan (bagi Isirumah Miskin dan Termiskin

(PDK) dengan kerjasama Pejabat Zakat atau Baitul Mal Negeri-negeri atau /dan

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) dan Pengkalan Data Golongan

Kurang Bernasib Baik (PDKBB) (yang melibatkan Ibu Tunggal, Anak Yatim,

Kelompok Kurang Upaya). Kadar yang diperkenalkan ini diselaraskan dengan Kadar

Garis Kemiskinan Negara (Malaysia) di mana ianya berupaya menarik minat kumpulan

sasar terbabit, selain daripada itu kadar ini jauh lebih rendah daripada kadar yang

dikenakan oleh pajak gadai konvensional.

Kadar Khas ini bertujuan membantu golongan sasar ini mendapat kemudahan

tunai bersifat segera dengan kos yang rendah dan tidak membebankan terutamanya bagi

tujuan yang produktif dalam meningkatkan taraf kehidupan masing-masing melalui

aset/harta milik mereka sendiri.

Sehingga oktober 2011 bilangan penerima manfaat dari Skim ini berjumlah 1%

daripada bilangan penggadai yang bergadai melalui Skim Ar Rahnu YaPEIM.52

52
Ibid. Mokhtar Abdul Razak, h.12
33
BAB 3

DAPATAN KAJIAN / ANALISA KAJIAN

Analisa Soalan Bahagian A : Demografi responden (mengetahui latar belakang


responden)

Bagi menganalisis berkaitan demografi responden, beberapa soalan telah dikemukakan.


Hasil dari soal selidik yang dikembalikan adalah seperti berikut :-

11.1%

88.9 %

Carta 3.1 : Menunjukkan Jantina Responden

Taburan carta di atas mendapati bahawa responden adalah terdiri daripada 88.9 peratus
perempuan dan 11.1 peratus lelaki.

34
11.1 %
14.8 %

74.1 %

Carta 3.2 : Menunjukkan Umur Responden

Carta di atas menunjukkan bahawa rata-rata responden adalah berumur dalam


lingkungan 29-32 tahun iaitu sebanyak 74.1 peratus diikuti 25 28 tahun sebanyak 14.8
peratus dan 11.1 peratus dari linkungan muda 21 24 peratus.

40.7 % 59.3 %

Carta 3.3 : Menunjukkan Status Perkahwinan Responden

Carta di atas menunjukkan 59.3 peratus responden masih belum berkahwin manakala
selebihnya telah berumah tangga iaitu sebanyak 40.7 peratus.

35
14.8 % 11.1 %

74.1 %

Carta 3.4 : Menunjukkan Pendapatan Reponden Sebulan

Carta di atas menunjukkan pendapatan bulanan responden adalah sebanyak RM 1,001-


RM2,000 iaitu sebanyak 74.1 peratus diikuti 14.8 peratus mendapat RM2,001-RM3,000
dan 11.1 peratus mendapat sebanyak RM1,000.

25.9 % 22.2 %

7.4 %

44.4 %

Carta 3.5 : Menunjukkan Taraf Pendidikan Terkini Responden

Taraf pendidikan terkini responden seperti yang ditunjukkan dalam carta di atas adalah
seperti berikut, 44.4 peratus memperolehi diploma, 25.9 peratus adalah pemegang ijazah
sarjana muda, diikuti 22.2 peratus SPM dan selebihnya sijil kemahiran iaitu sebanyak
7.4 peratus.

36
3.7 %

11.1 %

85.2 %

Carta 3.6 : Memaparkan Jawatan Terkini Responden

Carta di atas menunjukkan jawatan responden, iaitu sebanyak 3.7 peratus menjawat
sebagai Ketua Penaksir / Eksekutif Cawangan, 11.1 peratus Penolong Penaksir
Cawangan dan selebihnya iaitu 85.2 peratus mejwat lain-lain jawatan melibatkan
Pegawai Penilai (Quality Control),Penaksir Cawangan, Pembantu Pengurus, Pemantau
Zon Selatan dan Pembantu Audit

37
Analisa Soalan Bahagian B :Pengetahuan tentang pelaksanaan skim mikro kredit

ar Rahnu yang dilaksanakan oleh YaPEIM.

Bagi analisis berkaitan soalan kenapa anda memilih untuk bekerja di sini, pengkaji

menggunakan carta bar bagi menunjukkan perbezaan antara faktor-faktor yang

disenaraikan.

90

80
Ikut Kawan
70
Minat
60
Suka-Suka
50 Tawaran gaji

40 Suasana Kerja
Dekat Dengan Rumah
30
Tiada Sebab
20 Hilang Minat Untuk Belajar

10 Dipanggil Interview

0
Sebab Pemilihan Kerja Di ar Rahnu YaPEIM

Carta 3.7 : Faktor Tarikan Untuk Bekerja di Ar Rahnu YaPEIM

Carta bar di atas menunjukkan faktor yang mendorong responden bekerja di Ar Rahnu

YaPEIM adalah kerana suasana kerja Islam (Islamic environment) iaitu sebanyak 81.5

peratus diikuti faktor kebetulan dipanggil interview dan diterima bekerja sebanyak 48.1

peratus dan faktor paling rendah ialah ikut kawan dan suka-suka sebanyak 11.1 peratus

38
Bagi menjawab soalan bagaimana skim mikro kredit ar Rahnu YaPEIM ini boleh

menjadi wahana (medium) dakwah, pengkaji telah menyenaraikan beberapa faktor

untuk dipilih oleh responden, carta bar di bawah menerangkan faktor-faktor tersebut.

70

60

50 Skim Ar Rahnu itu Sendiri


Imej Islam
40
Kelab Maya Sahabat Ar Rahnu
30 Skim Galakan Usahaniaga
Skim Anugerah Jejak Jaya
20
Skim Sahabat Emas Ar Rahnu

10 Kadar Yang Fleksibel

0
Faktor Skim Mikro Kredit Ar Rahnu YaPEIM Wahana
Dakwah

Carta 3.8 : Faktor yang ditawarkan Dalam Skim Mikro Kredit Ar Rahnu YaPEIM

Carta bar di atas, menunjukkan faktor yang difikirkan mampu menjadi pemangkin

(catalyst) kepada persediaan menjadikan skim mikro kredit Ar Rahnu YaPEIM sebagai

wahana dakwah. Faktor paling tinggi ialah skim Ar Rahnu itu sendiri iaitu sebanyak 63

peratus diikuti imej Islam yang dipertonjolkan sebanyak 59.3 peratus, faktor kadar yang

dikenakan fleksibel yang dikhaskan kepada golongan tertentu juga boleh dijadikan

faktor utama iaitu sebanyak 55.6 peratus. Faktor yang paling rendah ialah melalui skim

Anugerah Jejak Jaya iaitu sebanyak 14.8 peratus.

39
Bagi menjawab soalan apakah faktor utama penyumbang kepada kejayaan skim mikro

Kredit Ar Rahnu YaPEIM yang begitu mendapat perhatian ramai, pengkaji telah

menyenaraikan beberapa faktor yang menjadi daya penumbang. Carta bar di bawah

menerangkan faktor-faktor tersebut.

90
Caj Perkhidmatan / Upah
80
Simpan
70 Konsep al wadiah yad
dhamanah
60
Dijamin selamat
50
Tiada unsur riba
40

30 Tempoh bayaran balik

20 Tiada unsur penipuan

10
Boleh menjadi ahli Kelab Maya
0 Sahabat Ar Rahnu YaPEIM
Faktor Tarikan Kepada Ar Rahnu YaPEIM

Carta 3.9 : Memaparkan Faktor Tarikan Masyarakat Ke Ar Rahnu YaPEIM

Carta bar di atas menunjukkan faktor utama penyumbang kepada kejayaan skim mikro

kredit Ar Rahnu YaPEIM yang mendapat perhatian ramai. Responden telah memilih

faktor yang paling berkesan ialah dengan mengenakan caj perkhimatan / upah simpan

yang rendah iaitu sebanyak 77.8 peratus, diikuti faktor tiada unsur riba dalam

perkhidmatan yang disediakan sebanyak 70.4 peratus dan faktor tempoh bayaran balik

yang munasabah juga mampu menyumbang iaitu sebanyak 59.3 peratus. Manakala

maktor terendah ialah tawaran menjadi kelab maya sahabat Ar Rahnu iaitu sebanyak

14.8 peratus.

40
Analisa Soalan Bahagian C:Persepsi responden terhadap elemen dakwah dalam
skim dan kesediaan untuk menjayakannya

Bagi mendapatkan informasi berkaitan persepsi responden berkaitan elemen

dakwah yang terdapat dalam skim yang diperkenalkan, pengkaji telah

mengemukakan beberapa bentuk soalan dan analisa penuh adalah seperti yang

tertera di bawah :

1. Anda telah diberi pendedahan sepenuhnya tentang skim Ar Rahnu

3.7%

29.6%

66.7%

Carta 3.10 : Peratusan Pendedahan Terhadap Skim Ar Rahnu

Carta di atas menunjukkan peratusan responden diberi pendedahan tentang Skim Ar


Rahnu iaitu Sebanyak 66.7 peratus responden bersetuju dan hanya 3.7 peratus tidak
setuju.
41
2. Anda betul-betul faham dengan konsep Ar Rahnu yang diperkenalkan

7.4%
14.8%

77.8%

Carta 3.11 : Peratusan Pemahaman Terhadap Konsep Ar Rahnu Yang Diperkenalkan

Carta di atas menunjukkan sebanyak 77.8 peratus responden bersetuju bahawa mereka

betul-betul faham dengan konsep Ar Rahnu yang diperkenalkan, diikuti 14.8 peratus

amat bersetuju dan 7.4 peratus tidak bersetuju dan perlu diberi pendedahan lagi.

42
3. Anda benar-benar faham tentang istilah-istilah yang digunakan

7.4%
11.1%

81.5%

Carta 3.12 : Peratusan Pemahaman Tentang Istilah-Istilah Yang Digunakan

Carta menunjukkan respenden bersetuju dengan kenyataan bahawa mereka benar-benar

faham dengan istilah-istilah yang digunakan iaitu sebanyak 81.5 peratus, 7.4 peratus

amat bersetuju dan selebihnya tidak bersetuju iaitu sebanyak 11.1 peratus

43
4. Ar Rahnu boleh menjadi medium dakwah

3.7%

29.6%

66.7%

Carta 3.13 : Peratusan Kepercayaan Terhadap Skim Mikro Kredit Ar Rahnu Sebagai
Wahana Dakwah

Carta di atas menunjukkan peratusan responden yang bersetuju dengan kenyataan

bahawa Skim Mikro Kredit Ar Rahnu ini boleh menjadi medium dakwah iatu sebanyak

66.7 peratus, amat bersetuju 29.6 peratus dan 3.7 perastu tidak bersetuju

44
5. Dengan skim asas dan skim sampingan yang ditawarkan, Ar Rahnu
YaPEIM amat berdaya saing

29.6% 70.4%

Carta 3.14 : Peratusan Skim Mikro Kredit Ar Rahnu Berdaya Saing

Carta menunjukkan skim asas dan skim sampingan yang ditawarkan oleh YaPEIM amat

berdaya saing iaitu sebanyak 100 peratus bersetuju melalui pecahan berikut, setuju 70.4

peratus dan amat bersetuju sebanyak 29.6 peratus.

45
6. Skim Ar Rahnu YaPEIM mempunyai masa depan yang amat cerah
dalam menangani masalah kemiskinan ummah

7.4%

29.6%

63%

Carta 3.15 : Peratusan Kepercayaan Bahawa Ar Rahnu Mempunyai Masa Depan Yang
Cerah

Carta menunjukkan responden percaya bahawa Skim Ar Rahnu YaPEIM ini

mempunyai masa depan yang amat cerah dalam menangani masalah kemiskinan ummah

iaitu sebanyak 63 peratus bersetuju, 29.6 peratus amat bersetuju dan selebihnya 7.4

peratus tidak bersetuju.

46
7. Upah simpan yang berpatutan merupakan faktor penarik utama

3.7%

7.4%

25.9%

63%

Carta 3.16 : Peratusan Faktor Penarik Utama Masyarakat Kepada Skim Ar Rahnu

Carta menunjukkan kenyataan berkenaan upah simpan yang berpatutan menjadi faktor

penarik utama kepada masyarakat adalah seperti berikut 63 peratus bersetuju, diikuti

25.9 peratus amat bersetuju dan selebihnya tidak bersetuju iaitu sebanyak 11.1 peratus

47
8. Perwatakan petugas kaunter mampu menjadi dakwah bil hal

3.7%

7.4%

25.9%

63 %

Carta 3.17 : Peratusan Perwatakan Petugas Kaunter Menjadi Dakwah Bil Hal

Carta di atas menunjukkan faktor perwatakan petugas semsa bertransaksi dengan

pelanggan samaada dari segi pertuturan, bahasa badan yang digunakan, tingkah laku

petugas Ar Rahnu YaPEIM mampu menyumbang kepada dakwah bil hal iaitu sebanyak

63 peratus bersetuju, 25.9 peratus amat bersetuju, 7.4 peratus tidak bersetuju dan 3.7

peratus amat tidak bersetuju.

48
9. Imej Islam yang diterapkan mampu memikat kumpulan sasar dalam
misi untuk berdakwah

7.4%
18.5%

74.1%

Carta 3.18 : Peratusan Penonjolan Imej Islam

Carta memaparkan peratusan responden yang bersetuju dengan kenyataan imej Islam

yang diterapkan mampu memikat kumpulan sasar dalam misi untuk berdakwah iaitu

sebanyak 74.1 peratus 18.5 peratus sangat bersetuju dan 7.4 peratus tidak bersetuju.

49
10. Uslub (metode) yang diterapkan mampu untuk menjadikan skim Ar
Rahnu sebagai wahana dakwah

7.4 %
3.7%

88.9%

Carta 3.19 : Peratusan Uslub Sedia Ada Yang Diterapkan Dalam Skim Ar Rahnu
YaPEIM

Kajian menunjukkan bahawa uslub (metode) yang diterapkan kepada petugas Ar Rahnu

YaPEIM mampu untuk menjadikan skim Ar Rahnu sebagai wahana dakwah iaitu

sebanyak 88.9 peratus, 7.4 peratus sangat bersetuju hanya 3.7 peratus tidak bersetuju.

50
BAB 4

RUMUSAN DAN CADANGAN

Bab ini akan membincangkan segala hasil dapatan kajian dan jugan

perbincangan hasil kajian bagi mengenalpasti objektif yang telah ditetapkan pada awal

kajian ini akan dapat dipenuhi. Secara keseluruhannya, kajian ini memenuhi objektif

umum kajian iaitu mengenengahkan isu berkaitan mikro kredit Ar Rahnu sebagai

wahana atau medium dakwah. Secara khususnya mengenalpasti saranan Islam ke atas

pelaksanaan ar rahnu berdasarkan sumber utama al-Quran dan al Hadis, mengkaji

sejarah keterlibatan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dalam

pelaksanaan mikro kredit Ar Rahnu, mengenalpasti manhaj / uslub dakwah dalam

pelaksanaan Ar Rahnu YaPEIM dan meneroka kesedaran dan kesediaan petugas-petugas

Ar Rahnu YaPEIM berperanan sebagai dai melalui dakwah bil hal.

Bab ini juga merumuskan hasil kajian yang telah dijalankan dan cadangan-

cadangan yang boleh dijadikan panduan kepada pihak yang ingin menjalankan kajian

yang sama pada masa akan datang. Ianya juga dapat digunakan oleh agensi yang terlibat

secara langsung dengan skim ini untuk meningkatkan kesedaran bahawa disamping

memikirkan keuntungan semata-mata, disana wujudnya suruhan dakwah yang wjib

ditunaikan.

4.1 Kesimpulan Kajian

4.1.1 Pencapaian Objektif

i) Objektif 1 : Mengali saranan Islam ke atas pelaksanaan Ar Rahnu

berdasarkan sumber utama al-Quran dan al Hadis. Hasil Kajian

mendapati bahawa petugas di kaunter Ar Rahnu YaPEIM telah diberi

pendedahan dan pemahaman yang secukupnya berkaitan konsep,

istilah dan cara perlaksanaannya. (rujuk carta 3.10, 3.11 dan 3.12)

51
ii) Objektif 2 : Mengkaji sejarah keterlibatan Yayasan Pembangunan

Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dalam pelaksanaan mikro kredit

Ar Rahnu. Hasil kajian menunjukkan petugas Ar Rahnu YaPEIM

percaya bahawa skim yang diperkenalkan ini berdaya saing dan

mampu menangani masalah kemiskinan ummah. (rujuk carta 3.13

dan 3.14).

iii) Objektif 3 : Mengenalpasti manhaj / uslub dakwah dalam

pelaksanaan Ar Rahnu YaPEIM. Hasil kajian menunjukkan bahawa

Skim Ar Rahnu yang ditawarkan oleh YaPEIM mempunyai metod

dakwah didalamnya. (rujuk carta 3.7, 3.15, 3.16, 3.17 dan 3.18)

iv) Objektif 4 : Meneroka kesedaran dan kesediaan petugas-petugas Ar

Rahnu YaPEIM berperanan sebagai dai melalui dakwah bil hal.hasil

kajian menunjukkan bahawa petugas Ar Rahnu amat sedar dengan

peranan sebagai seorang duat dalam bidang mereka. (rujuk carta

3.17 dan 3.18).

4.2 Cadangan

4.2.1 Cadangan kepada Pihak Pengurusan YaPEIM

Kajian ini melibatkan petugas-petugas di cawangan Ar Rahnu YaPEIM di seluruh

Malaysia. Mereka merupakan front desk kepada kejayaan skim Ar Rahnu ini. Justeru

itu, pengkaji melalui kajiam ini mencadangkan agar golongan ini diberikan pendedahan

yang secukupnya berkaitan skim yang diperkenalkan selain daripada skim Ar Rahnu itu

sendiri. Ini dibuktikan dengan analisa yang diperolehi menunjukkan bahawa tahap

52
penghayatan atau pemahaman kepada skim hiliran tersebut tidak begitu difahami oleh

petugas-petugas. (rujuk carta 3.8)

Selain itu, pihak YaPEIM juga disarankan agar menerus dan meningkatkan

persekitaran Islam (Islamic environment) yang meliputi segenap aspek termasuklah

aspek transaksi gadaian, aspek kawasan Cawangan Ar Rahnu, perwatakan, pertuturan,

imej petugas dan sebagainya. (rujuk carta 3.7 dan 3.9)

4.2.2 Cadangan kepada petugas Ar Rahnu.

Kajian ini juga mencadangan agar Petugas / Pekerja Ar Rahnu perlu diberikan

penekanan dan kefahaman berkaitan dakwah dan faktornya dalam menjayakan hasrat

menjadikan skim Ar Rahnu sebagai wahana dakwah. Terutama hal-hal yang berkaitan

dakwah bil hal. Kajian menunjukkan responden tidak betul faham dengan konsep

tersebut. (rujuk carta 3.17)

4.2.3 Cadangan untuk kajian masa depan.

Berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan dan bersandarkan kepada kajian masa

lalu maka pihak pengkaji ingin mencadangkan beberapa cadangan yang boleh dilakukan

pada masa hadapan.

i) Kajian seumpama ini perlu diteruskan bagi memastikan perlaksanaan skim

mikro kredit Ar Rahnu ini dapat membantu masyarakat khususnya golongan

bumiputera yang kebanyakkannya berada di bawah paras kemiskinan.

ii) Seterusnya, kajian pada masa hadapan juga boleh dibuat dengan mengkaji

faktor-faktor kejayaan skim-skim hiliran yang lain. Ini akan menggalakkan

pertumbuhan usahawan bumiputra lebih berjaya dalam mengembangkan

perniagaan mereka daripada peringkat perniagaan kecil kepada industri kecil

dan seterusnya kepada usahawan kelas menengah.

53
4.3 Penutup

Secara keseluruhannya, kajian ini bertujuan untuk memberikan gambaran secara jelas

kepada pihak yang terlibat di dalam skim mikro kredit Ar Rahnu ini mengenai selain

menumpukan kepada keuntungan dan pulangan yang diperolehi, di sana terdapat juga

elemen-elemen dakwah yang boleh diterapkan kepada pelanggan skim seterusnya dapat

menunjukkan bahawa Agama Islam merupakan agama yang memberi rahmat kepada

keseluruhan ummah. (Rahmatan lil alamin).

54
RUJUKAN

Buku

Ab. Aziz Mohd. Zin (1997), Pengantar Dakwah Islamiah, Penerbit Universiti Malaya.

Abdul Ghafar Hj Ismail, Ar Rahnu : Ke Arah Pengukuhan Kerjasama Serantau


Pengalaman Malaysia, Kuala Lumpur: YaPEIM

Abibullah Hj Samsudin (2002), Skim Ar Rahnu : Satu Model Mikro Kredit Di


Malaysia, kertas kajian yang dibentangan dalam Konvensyen Ar Rahnu Serantau
2002, bertempt di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2002.

________________ (2010), Kajian Keberkesnan Skim Ar Rahnu Dalam Memantap


dan Memperkukuh Usahawan Kecil Di Negara-Negara Serantau, Kertas Kerja ini
telah dibentangkan Sempena Persidangan Sekretariat Ar Rahnu Serantau 2010 pada 10-
12 Oktober 2010 Di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.

Ahmad Azhar Basyir, (1987), Garis Besar Sistem Ekonomi Islam,Yogyakarta :


Universitas Gadjah Mada

Ahmad Mahdzan Ayob (1997), Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi, Kuala Lumpur :


Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Amran Bin Mahmud (1995), Peranan YPEIM Dalam meningkatkan Ekonomi Umat
Islam : Satu Kajian Kritis Tentang Keberkesanannya, (Kajian Ilmiah, Fakulti
Syariah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

Emory, C. William (1985), Business Research Method. 3rd. Edition. Homewood,


Illiois: The Irwin in Information and Decision Sciences.

H.M. Arsyad Thalib Lubis (1975), Ilmu Fiqih (Ibadat, Muamalat, Marakahat dan
Jinayat), Medan : Firma Islamiayah

Idris Awang, (2009), Penyelidikan Ilmiah : Amalan Dalam Pengajian Islam,Selangor


: Kamil & Shakir Sdn. Bhd.

INPUT YaPEIM (2011), Prosiding Bengkel Serantau Inovasi Pelaksanaan Ar Rahnu


2007 Cet. 2, Kuala Lumpur : YaPEIM.

_________________ (2010), Kompilasi Prosiding Konvensyen Ar RAhnu Serantau


2002/2004, Kuala Lumpur : YaPEIM

I_________________ (2011), Kertas Kerja Bengkel Serantau Inovasi Ar Rahnu 2011,


Kuala Lumpur : YaPEIM

Jamaluddin Abdullah Bin Yusof az Zailaiy (1995), Nasib ar Rayatu fi Takhrij


Ahadith al Hidayaat, Beirut : Dar al Hadis.

55
Mohd Hassan Mohd Osman (2007), Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan
Usahawan Kredit Mikro Di Negeri Johor, Fakulti Pengurusan Dan Pembangunan
Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003), Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.
Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Sharif Baharuddin, Skim Ar Rahnu : Ke Arah Pengukuhan Kerjasama


Serantau, Kuala Lumpur : YaPEIM.

Mokhtar Abdul Razak (2007), Pakej Mikro Kredit Berasaskan Ar Rahnu, Prosiding
Bengkel Serantau Inovasi Pelaksanaan Ar Rahnu 2007, Kuala Lumpur

____________________ (2011) Program Mikro Kredit Ar Rahnu Sebagai Pemangkin


(Catalyst) Pembangunan Sosial Ekonomi Ummah : Tinjauan, Pengalaman Institusi
Pelaksana, Kertas Kerja ini dibentangkan pada Bengkel Serantau Inovasi Ar Rahnu
2011 bertempat di Hotel Awana Porto Malai, Pulau Langkawi pada 21-22 November
2011.

Noorzan Mohd Noor (2010), Writing Research & Thesis Proposal: Guidlines &
Examples. Shah Alam: UPENA.

Sidek Mohd Noah (2002), Reka Bentuk Penyelidikan: Fasafah, Teori dan Praktis.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed (2001), Penulisan Tesis dalam Bidang Sains Sosial Terapan.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Sakaran, Uma (1984), Research Method for Managers: A Skill-building Approach.


New York: John Wiley & Sons.

Zaimah Ramli (2010), Pengurusan Kredit Mikro Di Kalangan Wanita, Jurnal e-


Bangi, 2010,Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.

Zamalia Mahmud (2008), Handbook of Research Methodology A Simplified Version.


Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

YaPEIM (2011), Profil Korporat YaPEIM

Berita Harian, Jun 17, 2010 Ekonomi.

Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur : DBP, 2010.

Kamus Munjid Fi al-lughah wa al-alam, Cetakan ke-37, Beirut 1998.

56
Laman Web / Internet

Global Development Research Center, http://gdrc.org/icm/concept.html, 18 November


2011.

Dewan Bahasa Dan Pustaka, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sebagai. 18


November 2011

Grameen Bank http://www.grameen.info.org/index.php?option=com_content


&task=view&id=28&Itemid=108, 30 Nov 2011.

http://www.islamweb.net/ newlibrary/display_book.php? idfrom=3572 &idto=3670 &


bk_no = 9 &ID=515 19 November 2011

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, http://www.kpkt.gov.my/kpkt,


Sejarah Am Perniagaan Pajak Gadai Di Malaysia, 05 Disember 2011

Takaful Ikhlas, http://www.takafulikhlas.com.my/malay/GUI/pdf/Keadilan_kontrak_


Islam.pdf, 30 Nov 2011

57

Anda mungkin juga menyukai