Anda di halaman 1dari 7

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

PANITIA MATEMATIK KALI KE-2/2017


SK LELAKI JALAN BATU

TARIKH : 13 APRIL 2017


HARI : KHAMIS
MASA : 1.30 PM-3.00 PM
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK LELAKI JALAN BATU

Kehadiran :

1. Pn.Norziha Bt. Othman - Pengerusi


2. En.Muhammad Syafiq B. Che Morat - Ketua Panitia Matematik
3. En.Kamarul Aizat B. Kamaronzaman - Setiausaha
4. En.Hendra Shahril B.Haron - Guru Pemulihan

1.0 Pengerusi (Pn.Norziha Bt. Othman)


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Panitia
Matematik kerana menghadiri mesyuarat panitia yang kedua pada
tahun 2017.

Tindakan : Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Ke-1 Tahun 2017


2.1 Encik Muhammad Syafiq B. Che Morat mencadangkan agar minit
mesyuarat ke-1 diterima dan disahkan.

2.2 Encik Kamarul Aizat B. Kamaronzaman mengesahkan agar minit


mesyuarat ke-1 diterima dan disahkan.
Tindakan : Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT


Tiada perkara berbangkit
4.0 ANALISIS UJIAN BULANAN TAHUN 5 dan 6

TAHUN 5 :

BILANGAN LULUS = 9 ( 43 % )

BILANGAN GAGAL = 12 ( 57 % )

FAKTOR KEKUATAN : Terdapat beberapa orang murid yang hampir mendapat A


memang berpotensi untuk mendapat A dalam UPSR.

FAKTOR KELEMAHAN: Seramai 12 pelajar yang telah gagal. Kelemahan murid


adalah belum menguasai kemahiran matematik dan tidak menghafal.
Kekurangan latihan tubi dan sering tidak hadir ke sekolah adalah faktor
penyumbang kepada murid-murid ini gagal. Latihan yang dibuat hanya semasa
waktu kelas dan tidak membuat kerja rumah dan juga latihan di rumah. Terdapat
3 orang murid yang masih lemah dalam kemahiran asas matematik.

TAHUN 6:

BILANGAN LULUS = 17 ( 74 % )

BILANGAN GAGAL = 6 ( 26 % )

FAKTOR KEKUATAN: Terdapat beberapa orang murid yang menghampiri untuk


mendapat A dan telah menguasai kemahiran Matematik dengan baik.

FAKTOR KELEMAHAN: 3 orang murid masih lemah dalam kemahiran asas. 2 orang
murid menunjukkan sikap tiada minat dalam mata pelajaran Matematik.
Seorang murid kerap tidak hadir ke sekolah. 4 orang murid kerap kali tidak
menyiapkan kerja sekolah.

Tindakan : Makluman

5.0 PROGRAM YANG SEDANG DIJALANKAN UNTUK MURID TAHUN 5

5.1 Buku formula dimana murid menuliskan formula-formula yang penting.

5.2 Latihan buku motivasi.

5.3 Latihan kemahiran asas yang dibuat salinan untuk murid.

5.4 Latihan yang berbentuk UPSR khas untuk murid-murid yang mendapat
A dan B dan berpotensi.
Nama MURID: Wan Zahidi, Aiman Najmi, Abdul Haziq, Muzaffar, dan Hazim

5.5 Ujian sifir dalam kelas.

5.6 Pra ujian sebelum exam.

5.7 Program SCRUB untuk Luqman, Hakimi, Amirul, Ariffin, Iqbal dan Paisal.
Buku Khas yang mengandungi kemahiran asas.

Tindakan : Ketua Panitia, Guru Matematik Tahun 5

6.0 PROGRAM YANG SEDANG DIJALANKAN UNTUK MURID TAHUN 6

6.1 Pembacaan sifir di perhimpunan: Murid telah diberikan masa untuk


menghafal sifir sehingga cuti pertengahan tahun.Selepas itu, guru
bertugas akan memanggil murid secara rawak untuk melafazkan sifir yang
ditanyakan.

6.2 Latihan DIDIK dijalankan semasa kelas tambahan.

6.3 Program 5 minit dalam kelas : Guru menanyakan formula-formula


penting dalam kelas .Usaha ini dapat membuatkan murid supaya
menghafal semua formula penting .

6.4 Buku formula sebagai rujukan.

6.5 Program SCRUB : Latihan matematik asas dalam bentuk buku diberikan
kepada murid dan sepatutnya murid buat semasa masa free.

6.6 Latihan soalan berbentuk UPSR (Set-set soalan): Fokus kepada kertas 2
kerana pelajar harus menguasai soalan soalan kertas 2 yang banyak
menguji kemahiran mengira sebelum dapat menguasai kertas 1.

6.7 Klinik matematik pagi tidak mendapat sambutan daripada murid


scrub.

6.8 Program Rebonding: Latihan tambahan untuk meningkatkan


kemahiran murid cemerlang iaitu 9 orang murid dimana soalan yang susah
dipilih dan guru membimbing pelajar yang tidak dapat buat semasa waktu
rehat.

Tindakan : Ketua Panitia, Guru Matematik Tahun 6


7.0 LANGKAH MENGATASI

7.1 TINDAKAN SUSULAN / LANGKAH MENGATASI (TAHUN 5)

7.1.1 Lebih banyak motivasi perlu diberikan kepada murid-murid yang gagal.
Lebih banyak soalan kemahiran asas berbentuk (drilling) harus diberikan
kepada murid yang telah gagal. Seterusnya, ujian yang berasaskan topik
akan diberikan untuk mengesan kelemahan pelajar. Murid-murid juga harus
dipanggil secara individu untuk memperbaiki kelemahan mereka.

7.1.2 Shahfie, Syamin, Saiful, Taufiq, Paisal, Danial dan Amirul dipanggil secara
individu kerana amat lemah dalam kemahiran asas matematik.

7.1 TINDAKAN SUSULAN / LANGKAH MENGATASI (TAHUN 6)

7.2.2 Lebih banyak motivasi perlu diberikan Effendy, Ikmal, Danish dan Nazifi .
Lebih banyak soalan kemahiran asas berbentuk (drilling) harus diberikan
kepada murid yang telah gagal. Seterusnya, ujian yang berasaskan topik
akan diberikan untuk mengesan kelemahan pelajar.

7.2.3 Kelas Tambahan Khas perlu diberikan kepada pelajar yang mendapat
Gred C untuk mengukuhkan kemahiran mereka dengan meningkatkan
pemahaman mereka dan cara atau kaedah yang digunakan untuk
menyelesaikan soalan yang berbentuk penyelesaian masalah.

Tindakan : Guru Tahun 5 dan Tahun 6

8.0 LINUS

8.1 Saringan LINUS pertama telah dijalankan dengan berjaya. Berikut


adalah rumusan hasil Ujian Saringan 1 (2017).

TAHUN 3 : NUMERASI

Menguasai 19

Tidak Menguasai 1

8.2 Tindakan susulan oleh Guru LINUS akan terus memberi bimbingan
secara one-to-one.

Tindakan : Makluman
9.0 HAL-HAL LAIN
9.1 Ketua panitia memaklumkan bahawa bahan bantu mengajar
matematik boleh dipesan menggunakan nota minta.
9.2 Semua murid harus mempunyai borang hafalan sifir dan dilekatkan
pada buku latihan Matematik untuk tujuan hafalan setiap minggu.

Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 tengah hari.

Disediakan oleh,

___________________________

(KAMARUL AIZAT BIN KAMARONZAMAN)


SETIAUSAHA,
PANITIA MATEMATIK,
SK LELAKI JALAN BATU.
SEKOLAH KEBANGSAAN LELAKI JALAN BATU
JALAN RAJA LAUT
50350 KUALA LUMPUR
TEL/FAX: 03-26985272

KEHADIRAN KE MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KE-2 2017

TARIKH : 13 APRIL 2017


HARI : KHAMIS
MASA : 1.30 PM-3.00 PM
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK LELAKI JALAN BATU

BIL NAMA KEHADIRAN

Pn.Norziha bt Othman
1
(PENGERUSI)

Encik Muhammad Syafiq b. Che Morat


2
(KETUA PANITIA)

Encik Kamarul Aizat b. Kamaronzaman


3
(SETIAUSAHA)

Encik Hendra Shahril B.Haron


4
(GURU PEMULIHAN)
SEKOLAH KEBANGSAAN LELAKI JALAN BATU
JALAN RAJA LAUT
50350 KUALA LUMPUR
TEL/FAX: 03-26985272

JEMPUTAN KE MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KE-2 2017

TARIKH : 13 APRIL 2017


HARI : KHAMIS
MASA : 1.30 PM-3.00 PM
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK LELAKI JALAN BATU

Agenda Mesyuarat:

1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Ke-1 Tahun 2017
3. Perkara berbangkit
4.Analisis Ujian Bulanan Tahun 5 dan Tahun 6
5.Program yang sedang dijalankan untuk murid Tahun 5
6.Program yang sedang dijalankan untuk murid tahun 6.
7.Tindakan susukan/Langkah mengatasi
8.LINUS
9.Hal hal lain

BIL NAMA KEHADIRAN

Pn.Norziha bt Othman
1
(PENGERUSI)

Encik Muhammad Syafiq b. Che Morat


2
(KETUA PANITIA)

Encik Kamarul Aizat b. Kamaronzaman


3
(SETIAUSAHA)

Encik Hendra Shahril B.Haron


4
(GURU PEMULIHAN)

Anda mungkin juga menyukai