Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PELANCARAN NILAM SKSB 2017

TARIKH

26 Febuari 2017

MASA

7.30 Pagi

TEMPAT
Dewan Mesra Rakyat SK Seri Banang

ANJURAN

Pusat Sumber Sekolah


1.0 PENDAHULUAN

Suatu tamadun atau bangsa yang bertamadun hanya dapat dibina melalui masyarakat
yang mengamalkan budaya ilmu. Pendekatan yang terbaik untuk membina bidang ilmu
sesebuah negara dan menjana perkembangan mental seseorang ialah melalui amalan
membaca yang berterusan dan bukan hanya berorientasikan peperiksaan.

Kajian literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia 1996 mendapati kebanyakkan rakyat
Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Kajian juga mendapati keutamaan
pelajar membaca ialah untuk tujuan pembelajaran dan sedikit untuk bacaan pada waktu
senggang. Suatu pendekatan yang wajar dilaksanakan untuk memupuk tabiat
membaca ialah dengan menubuhkan Program NILAM. NILAM adalah akronim daripada
Nadi Ilmu Amalan Membaca.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998 yang mewajibkan bahawa
Program NILAM wajib dijalankan di semua sekolah di seluruh Negara.

2.2 Program NILAM adalah usaha KPM bagi membina tabiat membaca seterusnya
mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat
Malaysia.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membina tabiat membaca murid-murid SK Seri Banang secara berterusan dan
berkekalan dalam membantu dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi
akademik murid-murid dan sekolah.

3.2 Murid-murid dapat menilai bahan bacaan yang dibaca dan memindahkan
maklumat yang berkaitan dalam rekod bacaan Nilam yang khusus.

3.3 Menggalakkan penggunaan pusat sumber sekolah melalui pembacaan.


3.4 Melahirkan semangat kerjasama di antara semua warga SK Seri Banang untuk
menjadikan Program NILAM sebagai satu program yang unggul dan gemilang.

4.0 TEMA

Budaya Membaca Budaya 1 Malaysia

5.0 NAMA PROGRAM


Majlis Pelancaran Program Nilam SK Seri Banang Tahun 2017

6.0 TARIKH DAN TEMPAT


6.1 Tarikh : 26 Febuari 2017 (Ahad)
6.2 Tempat : Dewan Mesra Rakyat, SK Seri Banang

7.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid SK Seri Banang

8.0 AKTIVITI/ PENGISIAN PROGRAM


Aktiviti galakan membaca sempena Program NILAM akan dijalankan sepanjang
tahun. Antara aktiviti yang dicadangkan adalah :

1. Membaca buku dan membuat catatan dalam Buku Rekod Bacaan NILAM
2. Promosi Buku Baharu
3. Aktiviti galakan membaca di kantin dan foyer sebelum perhimpunan pagi,
semasa rehat dan semasa waktu balik.
4. Kempen Menderma Buku
5. Penganugerahan kepada pembaca terbanyak bulanan
6. Penganugerahan kepada peminjam buku terbanyak bulanan.
7. Anugerah Tokoh Nilam peringkat sekolah.
8. Minggu Pusat Sumber

9.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Encik Zainuddin Bin Shamsuddin

Naib Pengerusi 1 : Encik Mahyun Bin Mahmood

Naib Pengerusi 2 : Puan Hajah Fadilah Binti Haji Dahlan

Naib Pengerusi 3 : Tuan Haji Hairurazi Bin Adam

Setiausaha : Puan Badliza Binti Halim

Naib Setiausaha : Puan Nornazlia Binti Abdul Rashid

10.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MAJLIS PELANCARAN PEMBUGARAN


PROGRAM NILAM

Tugasan Nama Guru

Penyelaras Keseluruhan Puan Nornazlia Binti Abdul Rashid

Disiplin Murid Guru Bertugas Mingguan

Pengacara Majlis Puan Nornazlia Binti Abdul Rashid

Jurugambar Puan Norazah Binti Yaakop

P.A. Sistem Encik Mohd Azri Bin A. Hamid

Gimik Pelancaran Puan Ruhayati Binti Rubai

Cik Wan Norazlin Binti Wan Ibrahim


Persembahan Murid Puan Bau Chiu Ching (BI)

Puan Suhaili Binti Taslim (BM)

Banner & Backdrop Pn Shahriah Binti Marzuki@Marzukon

Encik Zainalabidin Bin Ahmad

Hadiah & Dokumentasi Pn Badliza Binti Halim

Pn Hajah Rohayati Binti Ishak

Disiplin Murid Encik Mahathir Bin Abu Bakar

Puan Nur Illiani Binti Ramlan

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Item Harga Seunit Jumlah


1. Banner Pelancaran Program Nilam RM55 RM55
2. Bunting Pelancaran Program Nilam RM16 RM71

Peruntukan Pusat Sumber (PCG)/ Sekolah

12.0 TENTATIF PROGRAM

Hari : Ahad
Tarikh : 26 Febuari 2017
7:20 pagi Persiapan Perhimpunan Rasmi
7:30 pagi Perhimpunan Bermula

- Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Johor, Lagu Sekolah

- Ucapan Guru Bertugas Mingguan

- Ucapan Penyelaras Program Nilam

- Ucapan Perasmi Pelancaran Program Nilam


- Gimik Pelancaran

- Persembahan Murid

- Penganugerahan Button Badge Rakan Pembaca

- Sesi Bergambar

- Nyanyian Lagu Nilam dan Membaca Satu Amalan


8:40 Majlis bersurai murid masuk ke kelas

14.0 PENUTUP
Semoga dengan adanya majlis pelancaran ini dapat menyemarakkan lagi minat murid
untuk menyertai Program NILAM serta dapat menjadikan Tabiat Membaca Sebagai
Satu Amalan.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Disahkan Oleh:

....................................... ....................................... ........................................


(Nornazlia Abdul Rashid) (Badliza Binti Halim) (Zainuddin Shamsuddin)
Penyelaras NILAM Guru Perpustakaan & Media Guru Besar SKSB

Anda mungkin juga menyukai