Anda di halaman 1dari 1

Laporan Lawatan ke Zoo Negara

Pada 10 Januari 2015, Persatuan Bahasa Melayu SJK(C) Foon Yew 2


telah mengadakan lawatan ke Zoo Negara. Lawatan ini disertai oleh 30 orang
ahli persatuan dan diiringi oleh 4 orang guru pengiring.
Pada awal-awal pagi, kami berkumpul di dewan sekolah. Pada pukul
8.00 pagi, Guru Besar memberikan taklimat kepada kami. Selepas itu, kami
pun bertolak ke Zoo Negara dengan menaiki bas yang disewa.
Kami mengambil masa selama 1 jam untuk tiba di destinasi. Seorang
pegawai Zoo Negara yang bernama Encik Lim telah menyambut kami dengan
tangan terbuka. Encik Lim ditugaskan untuk memberikan penjelasan tentang
haiwan-haiwan yang terdapat di zoo.
Kami berpeluang melihat banyak haiwan yang istimewa. Antaranya
termasuklah landak, cipan,tupai ,badak sumbu ,serigala dan
sebagainya.Kami berasa kagum seperti rusa masuk ke kampung.
Pada hari itu, kami juga menyaksikan pertunjukan monyet. Pertunjukan
itu sungguh menarik hati kami. Kami memberikan tepukan yang gemuruh.
Suasana di sana sangat meriah. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk
mengambil gambar dengan monyet yang comel itu. Pada pukul 3.00 petang,
kami pun berehat sambil makan makanan di sebuah restoran.
Menjelang waktu petang, kami pun pulang ke sekolah. Kami berasa
gembira kerana telah memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan.

Disediakan oleh, 20 JANUARI 2015.


________________
(TAN MENG KEONG)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Foon Yew 2.