Anda di halaman 1dari 2

Kita sering kali akur tentang kepentingan menguruskan kewangan dengan bijak kerana

remaja kini mempunyai sumber kewangan yang terhad. Namun mereka haruslah
mendisiplinkan diri bagi memastikan setiap perancangan yang dibuat dapat
dilaksanakan. Berikut merupakan beberapa tip yang boleh dijadikan panduan dalam
merancang kewangan.

1. Pastikan setiap kali menerima gaji bahagian wang yang hendak dijadikan
simpanan disimpan dalam akaun khas. Cuba elakkan dari berbelanja
menggunakan kad kredit, jika masih tidak dapat mengawal diri, cuba sedaya
upaya melangsaikan hutang-hutang dengan cepat dan batalkan kad anda serta
merta.

2. Rancang kewangan anda dengan teliti. Wujudkan pelan perbelanjaan peribadi


khas yang meliputi perbelanjaan harian, mingguan, bulanan sehinggalah
perbelanjaan tahunan. Kenalpasti mana keperluan dan kehendak. Utamakan
perbelanjaan keperluan dahulu sebelum berbelanja untuk kehendak.

3. Kawal perbelanjaan ikut kemampuan dan pendapatan. Terima hakikat memang


ada barang-barang atau perkara-perkara yang tak mampu miliki. Jangan terikut-
ikut gaya hidup orang lain yang boros dan mewah.

4. Elakkan diri dari berhutang kecuali untuk membeli benda seperti kereta dan
rumah. Jika tidak mampu, disarankan supaya anda menangguhkan dulu hasrat
sehingga anda benar-benar mampu.

5. Amalkan sikap menyenaraikan barangan yang hendak dibeli sebelum melangkah


pergi ke pusat membeli belah bagi mengelakkan anda dari membelanjakan wang
untuk barangan yang tidak penting.
6. Pastikan anda mempunyai tabungan khas bagi digunakan ketika kecemasan dan
untuk perbelanjaan-perbelanjaan mahal seperti pergi melancong atau beli barang-
barang idaman. Selagi tabung tak capai sasaran, tangguhkan hasrat untuk
perbelanjaan tersebut.

7. Adalah penting bagi anda memiliki insurans yang bersesuaian dengan anda atau
keluarga. Pastikan peruntukan yang cukup disediakan bagi tujuan ini kerana apa
yang pasti, malang tidak berbau.

8. Orang muda suka beli kereta. Memiliki kereta akan meningkatkan kos belanja
dengan mendadak. Kalau nak beli kereta juga, kumpul duit untuk deposit dalam
jumlah yang besar terlebih dahulu. Pilih kereta yang mampu sahaja. Kalau ada
kereta dan peluang, boleh jana pendapatan tambahan sebagai pemandu E-hailing
seperti UBER DAN GRAB.

9. Berbanding membeli kereta, jauh lebih baik jika merancang untuk beli rumah
terlebih dahulu. Boleh mulakan dengan rumah yang murah dahulu seperti rumah-
rumah lelong dan second-hand. Apabila kedudukan kewangan dah mantap, boleh
cari rumah idaman pula. Rumah-rumah yang lama boleh dijual atau disewakan.

Anda mungkin juga menyukai