Anda di halaman 1dari 4

BIDANG 1 (PERKEMBANGAN DIRI)

NILAI

- Amanah

- Harga diri

- Bertanggungjawab

- Hemah tinggi

- Kasih sayang

-Keadilan

- Rasional

SITUASI

Edward berasal daripada sebuah keluarga yang sederhana. Kehidupan Edward sekeluarga bergantung
kepada pendapatannya kerana ayahnya telah lama meninggal dunia. Edward terpaksa menanggung 5
orang adik beradiknya. Edward bekerja sebagai seorang posmen. Dia merupakan seorang pekerja yang
bertanggungjawab, rajin, beretika dan penuh dedikasi. Rakan-rakannya menyenangi Edward kerana dia
seorang yang taat pada keluarga dan mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok dan
mengambil minuman keras. Dia juga telah di anugerah sebagai pekerja contoh.

Edward kerap melakukan kerja lebih masa untuk menampung kos sara hidup keluarganya. Hal ini
menyebabkan dia sering keletihan dan tidak bermaya untuk melakukan kerja. Beban kerja yang
ditanggung oleh Edward menyebabkan dia cuba untuk mencari suplemen tambahan yang boleh
mengekalkan kecergasannya.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, rakan Edward telah menawarkan sejenis serbuk putih yang
kononnya sejenis ubat yang boleh mengembalikan kecergasan diri. Tanpa berfikir panjang, Edward telah
mengambil ubat tersebut. Edward tidak tahu bahawa rakannya seorang pengedar dadah dan serbuk
putih yang diberikan adalah sejenis dadah . Pada awalnya dia amat kagum dengan keberkesanan ubat
tersebut.

Namun tidak lama kemudian, Edward mula merasakan ubat tersebut tidak lagi berkesan pada dirinya
dan memaklumkan hal tersebut kepada rakannya. Rakan Edward menyarankan agar dia mengambil dos
yang berlebihan dalam bentuk suntikan. Selepas pengambilan suntikan tersebut Edward semakin
ketagih. Ada kalanya jika kesempitan wang dia akan berkongsi jarum suntikan dengan rakannya.

Kesan daripada itu dia mula malas dan selalu ponteng kerja. Lebih parah lagi, surat-surat yang
sepatutnya dihantar olehnya telah dibuang ke dalam gaung. Edward juga telah mula mengabaikan
keluarganya. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua ke tanah, perbuatan Edward telah
diketahui oleh majikannya. Dia telah dibuang kerja dan ditahan oleh pihak polis kerana tidak amanah.
Setelah dibicarakan Edward didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara. Dia juga turut menerima
rawatan pemulihan semasa berada di penjara. Melalui pemeriksaan kesihatan yang dilakukan, dia
didapati positif HIV. Edward telah menyedari akan kesalahan yang dilakukannya dan dia meminta maaf
kepada majikan dan semua pihak yang terlibat. Edward menyesal dengan apa yang telah dia lakukan
sebelum ini. Dia berazam untuk membina hidup yang baru.

B1D1E1

1) Senaraikan etika kerja yang dimiliki oleh Edward


a) rajin

b) bertanggungjawab

B2D1E1

2) Terangkan kepentingan amalan sikap amanah sebagai seorang posmen.


- dipercayai dan disenangi oleh majikan
- boleh mendapat pengiktirafan

B1D1E1

3) Senaraikan cara hidup sihat yang diamalkan oleh Edward.


- tidak merokok
- tidak mengambil minuman keras

B2D1E2

4) Jelaskan kesan cara hidup sihat.


- emosi tenang dan ceria
- memiliki tubuh badan yang sihat
- minda yang cerdas

B1D1E1

5) Nyatakan tanggungjawab utama yang dipikul oleh posmen


- menghantar surat dengan selamat kepada penerima

B2D1E2

6) Jelaskan ganjaran/kesan yang dapat diperoleh oleh Edward setelah melaksanakan kerja
dengan baik
- dia disenangi oleh majikan
- mendapat anugerah pekerja contoh

B1D1E2

7) Tuliskan cara Edward mengakui kesilapan diri


- memohon maaf kepada majikannya

B2D1E2

8) Terangkan faedah apabila seseorang dapat mengakui kesilapan diri


- dapat mengeratkan hubungan
- dapat mengembalikan imej yang baik

B1D1E2

9) Nyatakan cara keadilan yang diamalkan oleh kerajaan dalam kes Edward
- dipenjarakan setelah didapati bersalah
- menerima rawatan kesihatan percuma

B2D1E1

10) Edward menerima rawatan kesihatan secara percuma daripada hospital kerajaan
walaupun dia seorang banduan. Beri pandangan anda?
- Kerajaan mengamalkan nilai keadilan tanpa mengira kedudukan

B1D1E3

11) Bagaimana Edward mendapat HIV positif?


- berkongsi jarum suntikan

B2D1E2

12) Lengkapkan rajah di bawah

Cara mengelakkan diri daripada jangkitan


HIV/AIDS

Berkongsi jarum suntikan


Tidak mengamalkan seks
rambang
B1D1E3

13) Tuliskan tindakan tidak rasional yang dilakukan oleh Edward


- mempercayai kata-kata rakan tanpa menilai baik buruknya

B2D1E1

14) Terangkan kesan tindakan tidak rasional yang dilakukan oleh Edward
- terlibat dalam pengambilan dadah

Anda mungkin juga menyukai