Anda di halaman 1dari 1

ISMAIL BIN MOHAMAD & FATIMAH BINTI MOHAMAD

Lot 172 Kg Sura Tengah


23000 Dungun
Terengganu
No Telefon : 09-8455971 @ 0199533626
_________________________________________________________________________________________
BAHAGIAN OPERASI DOMESTIK,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur. 15 November 2017

Tuan,
RAYUAN UNTUK MENDAPATKAN PENEMPATAN HAJI BAGI TAHUN HIJRAH 1439 H / 2018 M

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.


2. Maklumat saya dan isteri adalah sebagaimana berikut :

NAMA NO AKAUN NO KAD PENGENALAN


ISMAIL BIN MOHAMAD 630501059207176 520527-11-5189
FATIMAH BINTI MOHAMAD 630501059207846 560110-11-5278

3. Dukacita dimaklumkan, kami belum berkesempatan mengerjakan haji kerana masih belum tiba masa yang
ditetapkan oleh pihak lembaga. Dengan ini kami merayu kepada pihak tuan untuk mendapatkan tempat haji pada
tahun hadapan berdasarkan sebab-sebab berikut:

3.1 Kami berdua tidak pernah menunaikan lagi rukun Islam kelima dan menjadi impian kami untuk ke
sana kerana usia kami yang semakin meningkat ini akan menghalang kami daripada mengerjakan ibadat
haji dengan sempurna sekiranya kami tidak dapat menunaikannya dalam masa yang terdekat.

3.2 Kami telah mengikuti kursus asas haji selama 5 tahun di Masjid AnNaim, Dungun, Terengganu.

3.3 Duit dalam akaun Tabung Haji sudah mencukupi untuk menunaikan fardu haji.

4. Kami betul-betul merayu dan amat berbesar hati serta amat bersyukur kepada Allah sekiranya rayuan ini
diterima dan diberi peluang untuk menjadi Duyufur Rahman pada tahun hadapan. Kami bersedia untuk ke tanah suci
dalam masa 24 jam sekiranya dipanggil untuk ke sana namun, kami berharap pihak tuan akan memberitahu
keputusan rayuan ini lebih awal, supaya kami dapat melengkapkan persediaan untuk menunaikan ibadat haji.

5. Semoga rayuan ini mendapat pertimbangan dan perhatian pihak tuan dan kerjasama daripada pihak tuan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.
Yang Benar,

....................................................
ISMAIL BIN MOHAMAD

..........
FATIMAH BINTI MOHAMAD

Anda mungkin juga menyukai