Anda di halaman 1dari 23

1.

Mendaki bukit sungai abu


Tiba di atas terlelap pula
Bagaimana hati tak terharu
Nampak janda dah elok pula

Seseorang yang telah menceraikan isterinya, apabila melihat keelokan jandanya ingin
merujuk kembali

2. Berserah berkerlipan
Beruja berpegang ekor
Berpesan berturut
Bertaroh berpemalami

Orang yang tidak percaya akan seseorang yang disuruh buat kerja diikuti kerjanya

3. Disuruh pergi
Dipanggil datang
Berkerja kerana perintah
Berhenti kerana tegah

Orang yang patuh taat menurut perintah

4. Mengaji daripada alif


Membilang daripada esa
Sakit bermula, mati bersebab
Hujah berpokok, kata berpangkal

Seseorang yang buat kerja ikut peraturan

5. Berdiri sama tinggi


Duduk sama rendah
Bersukat sama paras
Bertimbang sama berat

Dua orang yang sama taraf, elok budi perkerti, berilmu

6. Jika sengaja bercekak pinggang


Tinggallah rebana, beralih ke gelanggang
Tak tahu pipit tak tahu enggang
Yang rapat kelak menjadi renggang

Seseorang yang sengaja mencari perbalahan, pergaduhan di antara rakan taulan dan
akhirnya mendapat kesan buruk

7. Ke gunung emas pasir baiduri


Ke padang zamrud habis diedari
Terbang bangau sepanjang hari
Ke tasek juga akhirnya dicari
Walau pun berdagang jauh mencari ilmu, kekayaan, pengalaman sampai masanya balik juga
ke negeri asalnya, kekampong halamannya

8. Menunduk kepala menghadap raja


Bertentang muka menghadap kawan
Bercekak pinggang menghadap lawan

Seseorang yang tahu tertib, peraturan, keperluan majlis memasuki majlis dengan penoh
tertib

9. Merajok kepada yang kasih


Manja kepada yang sayang
Meminta kepada yang ada
Berkaul kepada yang keramat

Perbuatan yang menjadi kepada yang sesuai tempatnya atau orangnya

10. Mestika embun tinggi harganya


Dikulum anak raja naga
Tak termasok pada sangka
Mata tidor bantal berjaga

Seseorang perempuan berketurunan mulia berkahwin dengan keturunan yang sama tetapi
membuat kejahatan apabila suami tiada
2. 11. Minum serasa duri
Makan serasa lilin
Tidor tak lena
Mandi tak basah

Kemusykilan yang terbuku dalam hati tiada penyelesaian. Sesuatu yang sukar untuk diambil
keputusan atau diselesaikan

12. Peria,
Jika ditanam di atas batas sakar
dibaja dengan madu
disiram dengan manisan
diletakkan di atas tebu sekalipun
apabila masak buahnya pahit juga

Orang berketurunan jahat diberi pangkat, kemuliaan jahat juga budinya

13. Pesan dituruti


Pataroh dimalami
Berserah berkehendak hati

Seseorang memeberi kepercayaan kepada orang lain tetapi tidak sepenuhnya, masih
diraguinya

14. Pipit tuli makan berhujan


Tak ditahan padi habis
Hendak dihalau kain basah

Menyerah sesuatu kerja kepada yang degil, jika dibiarkan rosak kalau ditegor tak diikuti

15. Sayang emak sayang sahaja


Sayang bapa menambah harta
Sayang saudara sama ada

Tahap kasih sayang antara emak, bapa dan saudara mara. Kasih sayang emak sama sahaja
di antara anak-anaknya, kasih sayang bapa mencari harta untuk anak-anaknya dan
sementara anak-anak tidak menghabiskan hartanya sementara saudara mara pula bila sama-
sama berharta barulah kasih sayang wujud

16. Sehari kahwin sehari tua


Sehari beranak sehari gila

Ragam manusia, apabila berkahwin tidak lagi digelar anak muda. Apabila mendapat anak
kelakuannya bermain dengan anaknya seolah-olah seperti orang gila

17. Sayangkan kain buangkan baju


kerana baju panjang lima
Sayangkan lain buangkan aku
kerana aku orang dah lama

Kiasan isteri apabila suami ingin kahwin lain dan tidak mahu dimadukan.

18. Semberip pahar hidangan ratu


Isinya sudah disisa hantu
Tidak disangka sampai begitu
Manikam boleh kehilangan mutu

Isteri orang besar menduakan suaminya

19. Sudu-sudu di tepi jalan


Dipanjat kena durinya
Disinggong kena rebasnya
Ditakek kena getahnya

Orang yang cerdik, mahir tahu sahaja membuat kerja

20. Bersunting Bunga kedudok


Berdiri tak sama tinggi
Duduk tak sama rendah

Orang mulia beristeri hina, masok majlis orang berbangsa jadi rendah tarafnya, masok
majlis orang kebanyakan menjadi hina pula
3. 21. Umpama buah belolok
Tercampak ke laut tak dimakan ikan
Tercampak ke darat tak dimakan ayam

Orang yang tidak berguna di sisi masyarakat

22. Dengar cakap enggang


Makan buah belolok
Dengar cakap orang
Terjun masok lubok

Mendengar perkatan dari orang yang tak bertimbang rasa kita yang menyesal

23. Dedalu api hinggap ke pohon kayu


Hinggap ke batang, batangnya mati
Hinggap ke ranting, rantingnya patah

Orang jahat berkawan dengan orang baik akhirnya rosak orang yang baik

24. Dibakar tak hangus


Direndam tak basah
Dijemur tak lekang
Dipancong tak putus

Tidak boleh dipengapakan orang yang keras lagi berkuasa dari kita

25. Di mana api padam


Di situlah puntong tercampak
Di mana periok pecah
Di situlah tembikar tinggal

Orang kebanyakan atau orang miskin berdagang di negeri orang jika mati di situlah
dikuburkan

26. Duduk di tapak-tapak tangga


Mandi di hilir-hilir orang
Berdiri di luar-luar gelanggang
Berkata di bawah-bawah
Berjalan di kemudian-kemudian

Jika berdagang ke negeri orang hendaklah berperangai lemah lembut, jangan langgar
hukum atau adat, merendah diri dan jangan bergadoh

27. Empat ganjil, lima genap


Kendor berdenting-denting
Tegang berjela-jela

Orang yang berlainan faham daripada kebanyakan orang dan suka berbantah

28. Gajah mati meninggalkan tulang


Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan nama

Orang kaya mati meninggalkan harta, orang miskin atau orang kebanyakan mati
meningalkan nama disebut orang juga

29. Gelagat rambutan jantan


Orang berbunga dia berbunga
Orang berbuah dia tidak

Orang yang sentiasa bernasib malang walau pun dia berusaha seperti orang lain tetapi tidak
juga beroleh faedah

30. Kain rabak tegal dek lenggang awak


Baju rabek tegal dek lenggok awak
Kopiah pesok tegal dek lomjak awak

Seseorang yang bermegah-megah atau melakukan sesuatu melebihi daripada patut akhirnya
mendapat kesusahan
4. 131. Hulu baik pandai bertenggang
Hulu malang salah gelagat
Hulu mujur pandai bertengkar
Hulu baik pandai memakai

Bertindak secara bijak bila berhubung dengan orang lain

132. Orang pembengis besar hutangnya


Orang penderas lekas kena
Orang pencemas mati jatuh
Orang pendingin mati hanyut

Jika bertindak tergesa-gesa tanpa berfikir pasti akan kecundang

133. Urat dipupuk dengan tengguli


Pucuk direndam dengan gula
Namun peria pahit jua

Sesuatu benda atau seseorang kekal dengan sifat asalnya

134. Hujan tak sekali jatuh


Simpai tak sekali erat

Sesuatu kerja itu tidak dapat diselesaikan serentak. Kemewahan itu diperolehi secara
beransur-ansur

135. Tiada puji yang membawa kenyang


Tiada umpat yang membunuh

Jangan hiraukan pujian atau cemuhan kerana tidak membawa faedah.

136. Tak ada periuk mangkuk menjerang


Tak ada kait topang dipakai

Buatlah dengan apa yang ada dan sentiasa mencuba hingga berjaya

137. Tersentuh lebih daripada kena


Tersinggung lebih daripada jadi

Hendaklah sentiasa peka terhadap kesan tindakan yang diambil dan petanda-petanda yang
boleh menjadi petunjuk kepada kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku.
5. You might also like:
6.
7. G-Force (2009)
8.
9. Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan?
10.
11. 16 Tanda-Tanda Kanser Yang Tidak Patut Diambil Mudah
12.
13. FACTS
14.
15. Ajaibnya Air Mata Manusia
16.
17. Linkwithin
18. Dicatat oleh julaiha amir di 6:00 PG
19. Label: BIDALAN MELAYU LAMA
20. J u m a a t , 2 4 A p r i l 2 0 1 5
21. BIDALAN MELAYU LAMA SIRI 13

22.
23. 121. Tertidur terlalu mati
Bersembunyi terlalu hilang
Angan lalu faham tertumbuk

Orang yang tahu hendaklah memberi khidmatnya kepada masyarakat yang memerlukan

122. Tambah air, tambah sagu


Tambah tetamu, tambah makanan

Lebih banyak dibuat lebih banyak pendapatan, lebih banyak pendapatan lebih banyak yang
diperlukan, tanpa kesudahan.

123. Tentang air lepaskan tuba


Tentang ikan yang akan mati
Tentang ukur maka dikerat
Tentang rasuk pasang rangka
Tentang kasau letak atap

Buat sesuatu kena pada tempatnya

124. Terpijak pada arang hitam telapak


Terpijak pada kapur putih telapak
Terseludup padfa galah panjang bongkok punggung

Salahlaku akan diketahui jua kerana perasaan bersalah tergambar di kelakuan seseorang

125. Tersisih antah dan beras


Berbeza kumpai dan kiambang

Seseorang yang sama ada cerdik atau sebaliknya akan dapat dibezakan oleh orang banyak

126. Terapung sama hanyut


Terendam sama basah
Tertelungkup sama makan tanah
Tertelentang sama minum embun

Ahli-ahli dalam kumpulan hendaklah bersatu padu dan bersama-sama menghadapi


kesukaran

127. Tinggi kerana dianjung


Besar kerana ditambah
Tumbuh kerana ditanam

Seseorang pemimpin menikmati penghormatan dan sanjungan kerana orang banyak bersedia
mematuhi arahannya.

128. Tuah kerbau gemuk


Tuah jelapang berisi
Tuah manusia maufakat

Kebergunaan sesuatu atau seseorang itu bergantung kepada sifat-sifatnya

129. Setiap ketuk berundang-undang


Dalam setiap kerut budi merangkak

Seseorang pemimpin itu hendaklah memberi tumpuan kepada isu-isu yang penting dalam
masayarakat.

130. Ular dipalu jangan mati


Pemalu jangan patah
Tanah dipalu tidak berlekuk

Keputusan yang dibuat hendaklah adil


24. You might also like:
25.
26. Glory glory Man Utd Mister Potato is bringing you to ...
27.
28. Supernatural Season 6 Ep4
29.
30. Burning Bright (2010)
31.
32. Muhammad: Legacy of a Prophet [2002]
33.
34. Pelbagai Barang Dari Emas Di Seluruh Dunia
35.
36. Linkwithin
37. Dicatat oleh julaiha amir di 6:00 PG
38. Label: BIDALAN MELAYU LAMA
39. K h a m i s , 2 3 A p r i l 2 0 1 5
40. BIDALAN MELAYU LAMA SIRI 12

41.
42. 111. Kerja yang elok diperderas
Kerja yang buruk diperlambat

Kerja yang lebih elok dan memberi manfaat kepada semua didahulukan.

112. Lepas ditangan jangan diharap


Orang pulang jangan dinanti
Mulut manis jangan didengar

Jangan lekas percaya kepada janji atau kata-kata manis

113. Patah tongkat bertelekan


Patah hulubalang bersiak
Patah sayap berparoh

Menunaikan kewajipan bersungguh-sungguh (siak- hulubalang paling rendah pangkatnya)

114. Minta berisyarat


Beragih berambilan

Meminta pertolongan hendaklah berisyarat iaitu membawa buah tangan. Bermurah hati pula
dengan ambilan atau bertujuan dibalas di kemudian hari.

115. Makin berpeluh makin berkayuh


Makin letih makin berlumba

Terus berusaha tanpa menghiraukan penat lelah

116. Sumur jernih yang disauk


Sayak landai yang dipakai
Jalan pasar yang dirempuh
Lebuh lebar yang diturut

Adat resam dan peraturan masyarakat hendaklah dipatuhi

117. Tabiat pantang berubah


Biasa jadi perangai
Telah tua jadi pakaian

Kelakuan yang buruk itu jangan dibiasakan kelak menjadi kekal sebagai perangai seseoramg
118. Tersentuh lebih daripada kena
Tersinggung lebih daripada jadi

Hendaklah sentiasa peka terhadap kesan seseuatu perbuatan dan menjangkan


kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku

119. Tak lekang kerana panas


Tak lapuk kerana hujan
Dianjak tidak layu
Dicabut tidak mati

Adat besifat teguh dan mampu bertahan dan mengelak perubahan

120. Takut pada ular


Terkejut kepada bengkarung

Jika mempunyai perasaan takut kepada orang berkuasa perasaan takut juga kepada orang
bawahannya, penolongnya dan kaum keluarganya
43. You might also like:
44.
45. Keajaiban Air Zam Zam
46.
47. Kuburan Paling Ramai Di Dunia
48.
49. Kajian Saintifik Buktikan Sembelihan Cara Islam Adalah ...
50.
51. Petua Imam Syafi'e
52.
53. Wasiat seorang nenek.....
54.
55. Linkwithin
56. Dicatat oleh julaiha amir di 6:00 PG
57. Label: BIDALAN MELAYU LAMA
58. R a b u , 2 2 A p r i l 2 0 1 5
59. BIDALAN MELAYU LAMA SIRI 11

60.
61. 101. Mencencang berlandasan
Melompat bersetumpu
Menjunjung bersenggulung

Jika hendak mengerjakan sesuatu, sediakan alat syaratnya terlebih dahulu.

102. Kuat ikan kerana sirip


Kuat burung kerana sayap
Kuat ketam kerana sepit

Tiap-tiap seseorang sedikit sebanyak ada kuasanya atau kelebihannya


103. Jika menebang menuju pangkal
Jika melanting menuju tangkai

Berbuat sesuatu hendaklah dengan maksud dan tujuannya

104. Belayar bernakhoda


Berjalan dengan yang tua
Berkata dengan yang pandai

Segala pekerjaan baik dikerjakan dengan pimpinan orang yang telah berpengalaman.

105. Hulu mujur pandai bertengkar


Hulu baik pandai memakai

Orang yang pandai hidup dan pandai membawa diri dalam pergaulan selalu selamat dan
disukai ramai (hulu mujur ialah ahli nujum atau pandai untung; hulu baik ialah penghias
atau pandai dandan)

106. Dek lama lupa


Dek tua mamai
Dek ramai cacau
Dek banyak ganggu

Perilaku manusia berubah-ubah disebabkan keadaan.

107. Dukun sehembus


Bidan seurut
Mualim sekitab

Ilmu pada sesuatu peringkat atau taraf itu adalah satu tujuannya. Kalau hendak berubat,
bersalin atau berilmu, janganlah terlalu memilih guru atau pakar sebab semuanya adalah
diiktiraf.

108. Elok bahasa bagi bekal hidup


Elok budi bagi bekal mati
Elok bangsa bagi bekal merantau

Kehalusan bahasa dan tingkahlaku seseorang itu dipuji semasa hidup, tetapi budi pekerti
dan amal soleh akan dikenang manusia setelah mati.

109. Kerja beragak tak menjadi


Kerja beransur tak bertahan

Kerja yang dibuat secara beransur-ansur lebih cepat daripada yang ditunda

110. Kerja orang muda bergegas


Kerja orang tua berjudai

Kerja orang muda dilakukan secara tergesa-gesa, manakala orang tua membuat kerja
lambat tetapi tak berhenti-henti
62. You might also like:
63.
64. Supernatural Season 6 Ep3
65.
66. The legendary One has arrived.
67.
68. What? Only RM 53/month for an iPhone 4 postpaid plan?
69.
70. kapten power....
71.
72. CSI: Las Vegas season 10 Ep11
73.
74. Linkwithin
75. Dicatat oleh julaiha amir di 6:00 PG
76. Label: BIDALAN MELAYU LAMA
77. S e l a s a , 2 1 A p r i l 2 0 1 5
78. BIDALAN MELAYU LAMA SIRI 10

79.
80. 91. Sekali merengkuh dayung dua tiga pulau terlampau
Sekali mebuka peti dua tiga hutang langsai

Gunakan masa dengan bijak. Beberapa kerja boleh dibuat serentak.

92. Sakit ditawar


Deman diseka
Luka dibalut

Sesiapa yang melakukan kesalahan/kejahatan hendaklah memperbaiki/meperbetulkannya.

93. Salah ditimbang


Hutang dibayar
Pinjam dikembalikan
Diberi mendapat sahaja

Sesorang harus menerima padahnya jika ia membuat kesalahan

94. Salah rupa salah tampan


Salah duduk salah tegak
Salah lihat salah pandang

Perbuatan yang menyalahi adat buat apa pun tidak akan diterima oleh masyarakat

95. Semut dipijak tak mati


Alu tertarung patah tiga

Sesorang ketua hendaklah berhemah dan berlemah lembut dengan pengikutnya namun
hendaklah tegas bila perlu
96. Sempit lalu
Longgar ditokok

Seseorang yang bersifat luwes tidak mudah diperdayakan

97. Seruas tebu yang berulat


Seruas yang dibuang

Tindakan yang berpatutan dengan kesalahan, lakukan dalam kesederhanaan dan tidak
melampaui tahap kesalahan yang dilakukan

98. Sumbing-sumbing dititik


Patah-patah dikimpal
Rimbun-rimbun ditutuh
Buruk-buruk dibaharui
Robek-robek ditumpang

Tiap-tiap yang rosak diperbaiki begitu juga peraturan atau keadaan hendaklah mengikut
zaman.

99. Sambil menyerodok bergalas lalu


Sambil menyelam minum air
Sambil berdiang nasi masak
Sambil duduk meraut ranjau
Sambil berjalan meninjau jarah

Elok buat dua tiga pekerjaan sekali lalu, walaupun dalam keadaan lapang (jarah ialah
penyamun atau perompak)

100. Tembaga menunjukkan senam


Besi menunjukkan karat
Keris menunjukkan pamur
Manikam menunjukkan cahaya

Baik orang mahu pun barang mempunyai tanda-tanda atau sifat-sifatnya yang menunjukkan
baik atau buruknya.
81. You might also like:
82.
83. The smell of fresh baked goods' gonna swoon you.
84.
85. Room In Rome (2010)
86.
87. 3 golongan dilindungi dan diberi rahmat oleh Allah
88.
89. Deadliest Catch seasons 5 ep13
90.
91. SURGERY IN DIALYSIS PATIENTS
92.
93. Linkwithin
94. Dicatat oleh julaiha amir di 6:00 PG
95. Label: BIDALAN MELAYU LAMA
96. I s n i n , 2 0 A p r i l 2 0 1 5
97. BIDALAN MELAYU LAMA SIRI 9
98.
99. 81. Yang dimakan rasa
Yang dilihat rupa
Yang didengar bunyi

Apa sahaja yang dibuat, buatlah dengan baik.

82. Yang lurus jadi tangkai sapu


Yang bongkok jadi tangkai bajak
Sepotong kecil jadi papan tuai
Yang kecil jadi pasak sunting
Kepeningan jadi kayu api
Abunya jadi pupuk padi

Setiap orang ada sumbangannya kepada masyarakat tidak kira sama ada ianya ada
kelemahan atau kekuatan.

83. Yang membunuh memberi bangun


Yang mencanang yang merampas
Yang berhutang yang membayar

Undang-undang hendaklah adil, mereka yang bersalah hendaklah dihukum setimpal dengan
kesalahannya.

84. Nanang seribu akal


Hening hulu bicara
Fakir pelita hati
Dengan sabar kebenaran datang

Berfikir sebelum bercakap. Jika tiada yang hendak dicakapkan lebih baik berdiam diri.

85. Penghulu lantai negeri


Cerdik pandai pagar kukuh
Alim ulama suluh bendang
Bunda kandung hiasan kampong

Penghulu tegak di pintu adat


Malim tegak di pintu agama
Manti tegak di pintu susah
Dubalang tegak di pintu mati

Setiap anggota masyarakat hendaklah tahu peranaan masing-masing dan laksanakan dengan
penuh tanggongjawab.

86. Panjang mahu dikerat


Senteng mahu disambung
Singkat mahu diulas
Kurang mahu ditambah
Setiap orang hendaklah menerima kelemahan diri dan bersedia menerima nasihat orang lain

87. Resap air ke permatang


Resap minyak ke kuali
Yang mengebat tali
Yang membungkus daun

Ahli sekeluarga biasanya tolong menolong apabila mendapat kesusahan terutamanya apabila
berhadapan dengan ancaman luar

88. Rumah bertungganai


Kampong ada tuannya
Negeri berpenghulu
Rantau beraja

Setiap organisasi ada ketua atau pemimpinnya

89. Sabut nyata terapung


Kalau untung batu jelas terbenam
Ikhtiar memilih
Untung menyudahi

Menjadi tanggongjawab setiap orang berusaha sekuat yang mungkin. Namun kesudahannya
ditentukan oleh Allah

90. Sekali memberi tahu


Kedua memberi ingat
Ketiga membuat jeran

Seseorang itu haruslah diberi peluang untuk memperbaiki kelemahan/keburukannya


sebelum dihukum
100. You might also like:
101.
102. 10 GANGGUAN SYAITAN KETIKA SOLAT
103.
104. Abnormal labour (Prolonged Labour)
105.
106. Gua Krubera, Gua Yang Paling Dalam Di Dunia Sehingga ...
107.
108. Info Kesihatan: Minum Teh Boleh Elak Kanser
109.
110. Pilih Jodoh Bertudung Atau Yang Menutup Aurat?
111.
112. Linkwithin
113. Dicatat oleh julaiha amir di 6:00 PG
114. Label: BIDALAN MELAYU LAMA
115. A h a d , 1 9 A p r i l 2 0 1 5
116. BIDALAN MELAYU LAMA SIRI 8
117.
118. 71. Tidur menelentang menghitung kasau
Menelungkup menghitung lantai
Menghereng menghitung dinding

Setiap perbuatan hendaklah dirancang dan dilaksanakan dengan rapi agar berjaya.

72. Laut dalam boleh diukur


Bumi luas dapat digali
Bukit tinggi dapat diruntuh
Lurah dalam dapat ditimbusi

Semua yang susah dapat diselesaikan, yang kusut dapat dileraikan jika semua mahu
berusaha bersungguh-sungguh

73. Melompat sama patah


Merunduk sama bongkok
Mendapat sama melaba
Kehilangan sama rugi

Jika merantau bekerjasamalah dan tolong menolong dengan teman seperantauan untuk
kebaikan bersama.

74. Memahat menuju batas


Melempar menuju tampuk
Menebang menuju pangkal

Sesuatu pekerjaan itu hendaklah dibuat mengikut aturannya

75. Mencari tuah ke yang menang


Mencari contoh ke yang selesai
Mencari teladan ke yang baik

Hendaklah membentuk diri dari model yang baik, jangan mengikut contoh yang tidak baik

76. Mendapat sama berlaba


Kehilangan sama ruginya
Yang ada sama dibahagi

Berkongsilah hasil usaha bersama.

77. Mengebat sekebat erat


Melangkah selangkah sampai
Berkata sepatah sedang

Apabila sesuatu itu dipersetujui hendaklah ditunaikan


78. Hendak makan isi durian
Hendak mendapat madu lebah
Sakit senang perlu dirasakan

Tidak ada kejayaan tanpa bersusah payah atau bekerja keras

79. Hendak tahu tentang kayu besar


Lihat ke pangkalnya
Hendak tahu tentang ombak besar
Lihat ke pasirnya

Jika hendak mengenali seseorang bergaullah dengannya

80. Yang buta pengembus lesung


Yang pekek pemasang bedil
Yang lumpuh penghuni rumah
Yang patah pengejut ayam
Yang bingung disuruh-suruh
Yang cerdik bawa beria
Yang kaya tempat bergantung

Setiap orang ada sumbanganya di dalam masyarakat oleh yang demikian sentiasa hormatilah
keupayaan dan kelemahan seseorang.
119. You might also like:
120.
121. Agora 2009
122.
123. The Crazies [2010]
124.
125. Anda Pasti Tidak Tahu Sebenarnya Di India Ada 2 Taj Mahal
126.
127. From Paris With Love (2010)
128.
129. Awek "Mengulum"
130.
131. Linkwithin
132. Dicatat oleh julaiha amir di 6:00 PG
133. Label: BIDALAN MELAYU LAMA
134. S a b t u , 1 8 A p r i l 2 0 1 5
135. BIDALAN MELAYU LAMA SIRI 7

136.
137. 61. Besar jangan melanda
Panjang jangan melindis
Cerdik jangan menjual
Luas jangan menutup

Yang berkuasa jangan menyalahgunakan kuasa.


62. Gayung bersambut
Kata berjawab
Himbau bersahut

Bertindaklah mengikut apa yang diperlakukan oleh orang kepada kita.

63. Gunung timbunan kabut


Lurah timbunan air
Laut timbunan ombak
Bukit timbunan angin

Sebagai seorang pemimpin adalah menjadi tanggongjawabnya menyelesaikan segala


masalah orang yang dipimpinnya.

64. Ingat-ingat sebelum kena


Melantai sebelum lapuk
Jerat seperti jerami
Musang berbulu ayam

Seseorang hendak sentiasa siap siaga, selalu bersedia menghadapi sesuatu yang tidak
dijangkakkan.

65. Hinggap mencekam


Terbang menumpu
Air akan pulang ke air
Minyak akan pulang ke minyak

Apabila merantau carilah saudara mara, suku sakat, kaum keluarga agar dapat tempat
pergantongan apabila dilanda kesusahan.

66. Jalan dialih orang yang lalu


Cupak dibuat orang yang berjualan
Adat dialih orang yang datang

Adat dan kelaziman boleh diubah oleh orang yang datang jika tidak dikawal

67. Kata dubalang kata tegas


Kata guru kata pengajar
Kata orang banyak kata bermacam-macam makna

Masing-masing dengan gelagatnya. Dubalang menguatkuasa undang-undang/peraturan. Guru


mendidika dan memberi contoh yang baik. Orang kebanyakan selalunya mengelirukan.

68. Kata manti kata berulang


Kata alim kata hakikat
Tegak dengan adat kepalang sahaja
Lipat pakaian dengan maufakat

Jika sesorang yang diberi kuasa tidak mampu melaksanakanya hendaklah mengambalikan
kuasa itu kepada yang memberikannya.

69. Kata takbur kata tak lalu


Kata riang kata takbur
Kata bersindir melukai

Tidak semua kata-kata menyanjung boleh diambilkira dalam membuat keputusan. Begitu
juga kata-kata mengeji lebih banyak merosakkan keputusan.

70. Kalau puntung tidak bersilang dengan tungku


Tentu api tidak menyala
Nasi ditanak tidak masak

Perbezaan pendapat adalah baik dan diperlukan untuk mengambil keputusan yang
dipersetujui semua.
138. You might also like:
139.
140. Sutures (2010)
141.
142. Storage 2009
143.
144. Anak yang derhaka!!!!!!!!!!
145.
146. Pasal Bekerja
147.
148. Totally Spies The Movie (2009)
149.
150. Linkwithin
151. Dicatat oleh julaiha amir di 6:00 PG
152. Label: BIDALAN MELAYU LAMA
153. J u m a a t , 1 7 A p r i l 2 0 1 5
154. BIDALAN MELAYU LAMA SIRI 6

155.
156. 51. Apa yang ditanam itulah yang tumbuh
Biji ditanam akan berbuah
Batang ditanam akan berisi

Apa yang dikerjakan itulah hasilnya dan jika tekun serta bersabar akhirnya akan berjaya.

52. Kerana siangan padi menjadi


Kerana dilambuk tanaman elok
Kerana dipupuk segala subur
Kerana diair tanaman tumbuh

Setiap sesuatu itu hendaklah dikerjakan dengan cara yang betul. Setiap amanah hendaklah
dipelihara dan ditunaikan sebaik yang mungkin

53. Di mana air disauk


Ranting dipatahkan
Langit dijunjung
Bumi dipijak
Di situ adat diturut, lazim dipakai
Apabila merantau ikut adat resam setempat, sentiasa merendah diri dan memberi
sumbangan yang sewajarnya.

54. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung


Di mana sumur digali di sana air disauk
Di mana negeri dihuni di sana adat dipakai

Apabila merantau hormatilah adat resam setempat. Sentiasa berbuat baik, merendah diri
tidak sombong dan buat kebajikan.

55. Diperhias andaian rundingan


Diperbanyak ragam cakapan
Padi diikat dengan daunnya

Seseorang harus berupaya mengurus diri sendiri apabila di perantauan. Boleh bertutur dan
mengutarakan hujah untuk kepentingan diri.

56. Dilayangkan pandangan ke yang jauh


Ditukilkan pandangan ke yang dekat
Dipalingkan pandangan ke yang samping

Perhati apa yang ada di sekeliling dan sentiasa berwaspada

57. Disusun jari yang sepuluh


Dihujamkan lutut yang dua
Ditekukkan kepala yang satu

Tingkahlaku yang sentiasa menunjukkan hormat pada tempatnya.

58. Ditimbang dengan akal budi


Dipakai rasa dan perasaan
Ditimbang dengan nyawa badan

Apabila bertindak dengan orang lain gunalah perasaan dari dalam hati bagi menentukan
betul atau salah. Pertimbangan yang dari hati ke hati itulah yang menambat orang sayang
dan hormat kepada kita.

59. Bersilat di pangkal pedang


Bergelut di hujung keris
Berkata selalu berumpama
Berunding selalu bermisalan

Bertindaklah dengan cara berhemah agar dapat melindungi atau mempertahankan diri
daripada mereka yang mempunyai niat buruk terhadap kita.

60. Baik negeri kerana penghulu


Baik masjid kerana tuanku
Baik tepian kerana yang muda
Baik kampong kerana yang tua
Baik rumah kerana bunda kandong
Penghulu sebuah hokum
Ulama sama kitab
Orang tua seundang-undang
Ahli masyarakat (organisasi) yang menentukan kehidupan yang tenteram, aman, selesa
tinggal dalam sesebuah masyarakat (organisasi). Mereka yang berpengaruh bersetuju
mengenai pengurusan kehidupan dalam masyarakat (organisasi) tersebut .
157. You might also like:
158.
159. Tanda dan Simptom Badan Berasid
160.
161. Sifat-Sifat Munafik
162.
163. Chuck season 3 Ep 4
164.
165. Mengapa Arak Di Haramkan Di Dunia Tetapi Di Halalkan Di ...
166.
167. Ritual Mencungkil Mata di India
168.
169. Linkwithin
170. Dicatat oleh julaiha amir di 6:00 PG
171. Label: BIDALAN MELAYU LAMA
172. K h a m i s , 1 6 A p r i l 2 0 1 5
173. BIDALAN MELAYU LAMA SIRI 5

174.
175. 41. Timun pada dia pisau pada dia
Hiris tebal tak siapa menegah
Hiris nipis tak siapa menyuruh

Seseorang yang mempunyai kuasa penoh ke atas seseorang lain di bawahnya.

42. Yang bulat datang berguling


Yang pipeh datang melayang
Yang jauh menjadi dekat

Orang yang bertuah itu apa yang dihajatinya mudah dapat

43. Yang pandai mengatakan tak tahu


Membanyakkan ragam
Yang bodoh mengaku pandai
Terendam karam

Orang yang pandai mengata tak tahu itu mengada-ngada melambatkan kejayaan sesuatu
kerja sementara yang bodoh mengaku pandai akan menyebabkan kerja itu rosak.

44. Berunding dengan orang pandai


Bak santan dengan tangguli
Berunding dengan orang pander
Bak alu pencungkil duri

Memilih orang yang sesuai membuat sesuatu kerja itu pasti akan berjaya sementara
menyerahkan kerja kepada yang bukan ahlinya mengundang kegagalan.
45. Biduk didayung menentang ombak
Layar dikembang menentang angin
Nakhoda yang awas di kemudi
Pedoman nan usah dilepaskan

Seorang pemimpin hendaklah mengambil kira pandangan, nasihat dan pengetahuan orang
bawahannya agar keputusan yang dibuat jitu dan adil

46. Berjenjang naik


Betangga turun
Naik dari jenjang yang di bawah
Turun dari tangga yang di atas

Lakukanlah sesuatu itu mengikut peraturan, adat resam dan kebiasaan. Jangan menetang
arus atau kebiasaan.

47. Cerdik jangan membuang kawan


Gemuk tidak usah membuang lemak
Tukang nan tidak membuang kayu

Jangan memperkecilkan orang lain kerana hanya dengan menganggap bahawa orang lain
tidak penting

48. Kalau rajin kepandaian datang


Kalau malas buruk tersua
Hari pagi menanti petang
Insaflah diri dan usia

Kerja bersungguh-sungguh kerana masa sentiasa beredar. Peluang tidak menanti kita. Usia
tidak sentiasa muda

49. Akar terjumbai tempat siamang bergayut


Dahan menjulur tempat tupai menegun
Baner menimbun tempat anai-anai bersarang

Seseorang yang cuba menapikan kesalahannya dengan berdolak dalih berkemungkinan akan
membuka tembelangnya sendiri.

50. Alang tukang binasa kayu


Alang cerdik binasa adat
Alang alim rosak agama
Alang pandai rosak negeri

Di dalam sebarang kerja, perilaku yang cuai disebabkan kurangnya berfikir, latihan atau
pertimbangan akan menyebabkan kerosakan atau kemusnahan yang teruk.
176. You might also like:
177.
178. Sanggup hilang " DARA " hanya nak membuktikan cinta pada ...
179.
180. Accidents Happen (2009)
181.
182. 10 tabiat yang menyebabkan kerosakan otak
183.
184. Ambillah Pengajaran Bukan Dipersoalkan Kebenarannya ...
185.
186. KITA TIDAK SIBUK , TETAPI MENYIBUK
187.
188. Linkwithin
189. Dicatat oleh julaiha amir di 6:00 PG
190. Label: BIDALAN MELAYU LAMA
191. R a b u , 1 5 A p r i l 2 0 1 5
192. BIDALAN MELAYU LAMA SIRI 4

193.
194. 31. Kalau tak berlela baik merela-rela
Kalau tak bersenapang baik bagi jalan lapang
Kalau tak upaya kerja tiada jaya
Kalau tak berberas kerja tiada deras
Kalau tak berwang ke mana pergi terbuang
Kalau tak berduit ke mana-mana pergi tercuit-cuit

Orang miskin atau lemah janganlah banyak kehendak atau mengada-ngada

32. Ke laut meracek ikan


Tersenyum siput
Ke hutan memancing punai
Tersenyum badak

Tiap-tiap perbuatan itu biar dengan aturannya jika tidak akan menjadi sia-sia dan
ditertawakan orang sahaja.

33. Kok cerdik hendakkan rundingan


Kok bodoh disuruh arah
Kok pekak pembakar meriam
Kok buta menghembus lesong
Kok tepok penghalau ayam
Kok pendek tinjau meninjau
Kok kurap pemikul buluh

Adat perpatih kepada lelaki yang diterima jadi menantu. Tiap-tiap orang yang diterima itu
ada sifat-sifat yang berguna

34. Laki pulang kelaparan


Dagang lalu ditanakkan
Anak diriba diletakkan
Kera di hutan disusui

Perihal kemurahan yang berlebihan bukan pada tempatnya pada hal dalam kemiskinan.

35. Umpama lembu begal


Dikemudiankan dia menyepak
Didahulukan dia menandok
Orang yang serba salah hendak diperbuat, jika dijadikan ketua dia zalim, jika dijadikan
orang bawahan dia mencela dan mencerca

36. Rumbun bakar berpuntong suluh


Curi samun tertetas dinding
Upas racun bersisa makan

Sebarang perbuatan itu akan meninggalkan buktinya atau kesannya.

37. Seutas rotan ditarik


Bergegar hutan belukar
Rioh rendah kera dan lotong

Jika seseorang itu dianiayakan marahlah kaum keluarganya dan sahabat handainya.

38. Siang terkenang-kenang


Makan tak kenyang, tidor tak lena
Mandi tak basah, berminyak tak licin

Seseorang yang mencintai seseorang atau mengingati sesuatu sentiasa teringat-ingat orang
berkenaan atau benda tersebut

39. Siapa menjala siapa terjun


Siapa berhutang siapa membayar
Siapa salah siapa bertimbang
Siapa membunuh siapa kena bunuh

Siapa buat dialah tanggong

40. Terkilan-kilan di hati


Terkerlang-kerlang di mata
Terasa-rasa bak duri dalam daging

Sentiasa berbuku dalam hati tak puas rasanya jika tidak dikeluarkan terutama hal-hal yang
menyebabkan seseorang itu kecil hati