Anda di halaman 1dari 2

Ikhtiar hidup

Survival Hutan.

Kalau kita terperangkap atau tersesat di dalam hutan berhari hari, masalah utama adalah terputusnya atau kehabisan
makanan. Itu memang biasa sebab kita tak bawa banyak stok, hanya ngam ngam untuk beberapa hari.

Jadi bila terjadi begini ,ada yang panik dan terpaksa berlapar .
Sebenarnya itu bukanlah masalah besar di hutan Malaysia . Ada banyak sumber makanan yang sangat mudah didapati, cuma
kita kena kenal dan tahu macam mana nak ambil.
Yang biasa kebulur di dalam hutan ni adalah orang orang yang tak biasa atau tak ambil tahu tentang khazanah hutan.
Sebenarnya ada banyak yang boleh di makan sekadar mengelakkan kelaparan .
Maka sebab itulah kita kena ambil tahu sedikit sebanyak , kot kot satu hari nanti kita yang mengalaminya.

Di bawah ini saya senaraikan beberapa sumber makanan yang sangat mudah ditemui di dalam hutan Malaysia .

1.Pokok Pisang Hutan


Ada beberapa part yang boleh dimakan iaitu :
a) Jantung.(boleh direbus).
b ) Umbut (teras di tengah batang ).Boleh di rebus.
c) Umbut di pangkal. Kat pangkal tu ada bonggol dekat akar tumbuh macam keladi . Bersihkan , siang buang kulitnya dan
rebus (macam keladi ) Rasanya pun boleh la tahan , lebih kurang macam keladi tapi tak lah sedap sangat.

2.Pokok Tepus.
Pokok tepus ni rupanya macam pokok kantanjuga .Banyak terdapat di dalam hutan.
Kat atas tanah dipangkal pokok tepus ni ada pucuk muda baru tumbuh macam sulur kantan juga. Potong sampai ke
bawahnya dan rebus. Rasa macam umbut atau asparagus.Bolehla tahan.

3.Buluh.
Yang ini semua orang tahu , di pangkal pokok buluh ada rebung yang baru tumbuh, jadi kita ambil kita rebus , makan.

Ke tiga tiga spesis pokok ini memang banyak dan mudah di dapati di hutan Malaysia. Jadi kalau kita kenal 3 jenis pokok ni
pun , Insyallah kita boleh survive dan tak akan kebulur.

Untuk rebus pula , potong ruas buluh (macam buluh lemang la ) . diangkan kat api macam bakar lemang.

Sumber air, ambil dari jeram tapi di kawasan tengah yang arusnya laju. Itu lebih selamat. Jangan ambil air jeram di bahagian
tepi takut dah tercemar . Kalau tak nak rebus , panggang pun boleh.
Sebenarnya tumbuhan ni semua elok kita masak dulu untuk matikan enzimnya .Kalau makan mentah , ada orang yang tak
tahan boleh sakit perut kerana kesan enzim ni lah. Enzim ni namanya "lipase" dan boleh menyebabkan sakit perut.

Contohnya petai. Kalau kita makan mentah ,kadang kadang boleh sakit perut (orang kata angin ). Tapi sebenarnya itulah
kesan enzim. Sebab tu orang dulu dulu dia bakar dulu atau rebus dulu petai , tujuannya adalah untuk mematikan enzim ni.

Jadi kesimpulannya, kat hutan Malaysia ni , kita tak perlu pun makan ular ka, bewak ka, mengkarung ka, katak ka macam
omputih tu ... ada banyak lagi benda lain yang boleh di makan.

NIPAH

Semua orang tahu bahawa pokok nipah ini banyak gunanya.


Daunnya dibuat atap.
Buahnya yang muda boleh dimakan.
Mayangnya boleh menghasilkan nira dan cuka nipah.

Ada lagi satu yang jarang orang tahu iaitu batangnya .


Yang berguna adalah bahagian bawah batangnya (pelepahnya).
Ramai orang tak tahu batang nipah boleh menghasilkan garam.
Caranya :
1.Buang kulit luarnya dan ambil bahagian dalamnya yang lembut
(empulurnya). Perahkan.airnya (macam mesin tebu la). Air perahan ini dimasak hingga kering dan akan terhasilah garam.
2.Longgokkan batang nipah banya banyak,jemur hingga kering , kemudian bakar hingga jadi abu. Kumpulkan abunya dan
larutkan dalam air. Buang sampah yang terapung dan tapis dengan kain. Air yang dah ditapis ni dimasak hingga kering dan
ia akan menghasilkan garam.

Ini adalah salah satu cara membuat garam yang diamalkan oleh orang tua tua zaman dulu.

Di Riau , Indonesia , masih ada orang buat hingga sekarang.