Anda di halaman 1dari 5

5 Panduan Belajar Bisnes eBay Tanpa

Kos
November 01, 2011 Penulis: Aqif Azizan

Kategori: Online

FacebookTwitter
Pertengahan tahun 2010, laman lelongan online seperti eBay, Mudah.my dan Lelong menjadi tempat untuk
penjual memperdagangkan produk-produk mereka. Terdapat variasi produk yang dijual. Antaranya adalah
rumah, gajet, baju dan pelbagai lagi.

Pada September 2008, lebih daripada 45,000 pengguna laman web eBay di United Kingdom
berjaya membina empayar perniagaan menerusi laman web lelongan online terbesar di dunia ini.

Angka ini dijangka akan meningkat secara drastik akibat sambutan yang menggalakkan oleh kedua-dua
belah pihak iaitu:

Pihak penjual Mempercayai kaedah untuk menjual secara online.


Pihak pembeli Mempercayai proses transaksi jualan secara online.
Sebagai pengguna internet, ini adalah peluang keemasan untuk kita mempelajari cara untuk
berniaga menerusi laman lelongan online khususnya eBay. Di eBay, ia ibarat pasar malam yang sudah
mempunyai ratusan juta pembeli.

Cuma kita sahaja perlu menyediakan produk yang selaras dengan permintaan pasaran. Ini bermakna, kita
tidak perlu mengeluarkan kos masa, tenaga dan wang bagi melakukan promosi dan pemasaran.

Ikannya sudah ada, tinggal umpan sahaja yang perlu dimasukkan ke dalam kolam.
Persoalannya, bagaimana untuk kita mempelajari cara yang betul bagi memulakan perniagaan eBay?
Kerana syarat dan polisi menggunakan laman lelongan ini sungguh ketat. Pada bila-bila masa sahaja akaun
kita boleh dilupuskan tanpa sebarang sebab.

5 Panduan Belajar Bisnes eBay


eBay Education Specialist, Noorizam Shah menyatakan, Ada banyak cara untuk mempelajari bisnes
eBay. Ada yang percuma, ada yang berbayar. Ia bergantung pada keupayaan dan kemampuan diri kita
untuk memilih ilmu yang kita inginkan.

Beliau menyenaraikan 5 panduan bagi mereka yang ingin mempelajari selok-belok perniagaan
eBay dengan cara yang betul, tanpa perlu mengeluarkan wang untuk memperolehnya.

#1 Belajar Menerusi Forum eBay

Proses pembelajaran menerusi forum lebih bersifat terbuka. Di mana orang yang
berpengalaman menjalankan bisnes eBay akan berkongsi secara konsisten, tanpa meminta sebarang
pembayaran.

Tugas kita adalah mengambil ilmu-ilmu asas mengenai bisnes eBay seberapa banyak yang kita perlukan.
Antara ilmu asas dalam bisnes ini adalah:

Cara untuk membuka akaun eBay.


Cara untuk mengintegrasikan pembayaran menggunakan Paypal.
Asas mengenai bidaan (auction).
Bagaimana untuk mencari idea bagi menjual produk yang mempunyai permintaan tinggi.
Penggunaan forum melibatkan kepantasan kita untuk mengambil topik yang kita perlukan. Dalam masa
sama, kita boleh bertanya terus menerusi thread-thread sekiranya ada persoalan. Antara forum mengenai
bisnes ebay adalah Wangcyber dan di laman web eBay sendiri.

#2 Blog Peniaga eBay

Blog adalah medium terkini yang dapat memudahkan kita memahami sesuatu topik dengan lebih
terperinci. Kerana perkongsiannya khusus daripada seorang individu sahaja.
Pengusaha bisnes eBay tempatan yang terkenal seperti Noorizam Shah, Najib Asaddok, Eruwan Gerry dan
ramai lagi mempunyai blog mereka sendiri. Layari laman blog mereka dan baca entri-entri berkaitan
dengan bisnes eBay.

Jika ada pertanyaan, boleh berhubung dengan mereka menerusi ruangan Hubungi yang disediakan dalam
blog itu.

#3 Sesi Perjumpaan Santai

Usahawan-usahawan eBay biasanya akan memilih satu tarikh bagi berjumpa dengan grup-grup mereka.
Tujuannya adalah untuk berkongsi ilmu dan berbincang mengenai idea-idea baru seperti:

Idea pemasaran.
Idea produk baru.
Idea untuk mengembangkan bisnes eBay.
Apabila mereka mengumumkan perjumpaan santai menerusi emel, Facebook atau blog, ambil kesempatan
ini untuk berjumpa dengan mereka. Ia tidak memerlukan sebarang kos. Hanya keinginan dan kesungguhan
diri untuk belajar mengenai perniagaan eBay.

#4 Muat Turun Ebook Percuma

Penerbitan digital memudahkan mana-mana pemilik bisnes untuk menjenamakan diri mereka
sebagai pakar bidang tanpa sebarang kos. Penyebaran ebook-ebook percuma adalah salah satu daripada
teknik yang berkesan.

Lakukan kajian menerusi enjin carian untuk mendapatkan panduan memulakan perniagaan eBay secara
percuma. Rata-rata perkongsian berbentuk asas diberikan secara percuma oleh usahawan eBay.

#5 Intip Ilmu Menerusi Facebook

Penggunaan laman sosial seperti Facebook memudahkan kita untuk merapatkan jurang komunikasi
bersama usahawan eBay yang lain.
Langkah pertama adalah menambah usahawan-usahawan eBay seperti Noorizam Shah di ruangan
Facebook kita. Kemudian sentiasa membaca perkongsian-perkongsian beliau di Facebook secara percuma.

Lebih menarik, sekiranya ada soalan, ajukan terus pada ruangan komen atau mesej. Kebiasaannya respon
yang diterima lebih pantas berbanding emel atau blog.

Panduan Percuma vs Panduan Berbayar


Percuma tidak semestinya teruk, berbayar tidak semestinya bagus. Kedua-duanya mempunyai kelebihan
dan kekurangan tersendiri. Tugas kita adalah memilih mengikut keupayaan dan mempunyai kesungguhan
untuk mempelajari bisnes eBay.

PS: Tuan Noorizam Shah baru sahaja melancarkan Video Lubuk Duit yang disasarkan khas untuk kita
yang berminat untuk memulakan perniagaan eBay. Katanya,

80% sasaran pemilik DVD ini adalah mereka yang ingin memulakan perniagaan di Ebay.