Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah, Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan

menjayakan MAJLIS RESTU ILMU sempena pepriksaan Pt3 yang akan berlangsung..

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya pada pagi ini kami berkumpul kerana-Mu, Kami berkumpul untuk
mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu Ya Allah Ya Zal Jalaliwal Ikram, Maka ampunkanlah dosa
kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat Islam yang berada di bumi Mu ini.

Lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-
Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau haramkan kepada kami.

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha ini)anak-anak didik kami akan menjadi
insan yang cemerlang, insan yang disegani dan dihormati, sama ada dalam aspek akademik mahu pun
keperibadian.

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram, Kami memohon kekuatan kehadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami
yang hadir pada pagi ini, akan dapat melaksanakan segala kebajikan Dan amalan soleh.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kami mohon perlindungan daripada Mu agar terhindar dan dijauhkan daripada
melakukan kesilapan dalam segala urusan khususnya semasa menjawab soalan peperiksaan PT3 ini.

Anda mungkin juga menyukai