Anda di halaman 1dari 15

KEMAHIRAN MEMBACA

Definisi

Membaca adalah salah satu masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah
pembelajaran. Bacaan juga merupakan sebagai punca utama kegagalan kanak-kanak di
sekolah. Malah dikatakan juga bahawa kegagalan membaca akan membawa kepada perlakuan salah
laku, cemas, kurang motivasi, dan perasaan rendah diri (Mercer, 1992). Membaca adalah kemahiran
yang kompleks dan banyak definisi diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Secara asasnya,
membaca mengandungi dua proses asas, iaitu nyah kod (decode) dan pemahaman. Proses nyah
kod melibatkan pemahaman tentang hubungan antara huruf-huruf dan menterjemahkan perkataan
tulisan kepada bentuk yang sama dengan bahasa lisan. Oleh itu, kemahiran nyah kod
membolehkan seseorang menyebut perkataan yang ditulis dengan betul. Manakala poroses
pemahaman pula membolehkan seseorang memahami makna sesuatu perkataan atau makna
perkataan mengikut konteks.

Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Harris dan Sipay (1980)
menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang
lambang-lambang bercetak atau bertulis. Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan
sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang
mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah
diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya
(Marohaini Yusoff, 1999). Dua definisi yang diberikan ini sudah cukup untuk menjelaskan bahawa
kemahiran membaca adalah satu proses yang kompleks.

Berdasarkan definisi-definisi membaca yang ditelitinya, Marohaini Yusoff (1989) telah merumuskan
proses membaca seperti berikut:

1. Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua
komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran
mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.

2. Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman


selain pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya,
untuk menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu dapat
menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna
perkataan-perkataan yang dibacanya.

3. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa yang dibaca.

4. Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan pengalaman lalu yang
akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya.

5. Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti


berikut:

a) mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat..


b) mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna.
c) menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia ada di kepala.
d) mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan,dan ayat sehingga menjadi sebuah idea yang
kengkap.
e) mencuba menghuraikan idea kepada orang lain.

4. Melihat kepada susun tugas dalam proses membaca, dapatlah dikatakan bahawa membaca adalah
satu proses yang memerlukan pemikiran yang aktif.

Berdasarkan definisi membaca dan rumusan yang dibuat berkaitan dengan proses membaca, dapatlah
dimengerti bahawa membaca adalah kemahiran yang kompleks yang melibatkan beberapa kemahiran
lain.

5.1.2 Proses Membaca

Daripada definisi-definisi yang dibincangkan di atas, ternyata bahawa membaca adalah proses
yang kompleks yang yang terdiri daripada gabungan beberapa proses yang kompleks, iaitu proses
sensori (kederiaan), proses pengamatan, proses bahasa (linguistik), dan proses kognitif. Setiap proses
memainkan peranan penting dalam proses membaca secara keseluruhan.

i. Membaca sebagai proses sensori (kederiaan)

Deria atau panca indera adalah pintu masuk berbagai rangsangan ke otak untuk diproses. Dua deria
yang terlibat secara aktif dalam proses membaca adalah penglihatan dan pendengaran. Kedua-dua
deria ini berhubung rapat antara satu sama lain dalam proses membaca.

a) Deria penglihatan

Proses membaca berlaku apabila lambang-lambang dilihat dan disalurkan ke otak untuk diproses bagi
mendapat makna sebenar. Bagi individu yang bermasalah penglihatan (buta) deria penglihatan
akan digantikan dengan deria sentuhan.

b) Deria pendengaran

Seseorang memerlukan pendengaran yang baik untuk membolehkannya membaca


dengan baik. Seseorang perlu mendengar dengan baik mesej yang diterima supaya ia dapat
menghasilkan semula mesej itu dengan jelas dan tepat. Keadaan ini tidak berlaku kepada individu
yang mengalami masalah pendengatan.

ii. Membaca sebagai proses pengamatan

Pengamatan adalah satu proses menimbulkan makna kepada tugas-tugas panca indera berdasarkan
pengalaman lalu dan pengamatan ini berhubung rapat dengan pemikiran. Dalam bacaan,
pengamatan membolehkan seseorang mengenal dengan tepat lambang-lambang dan
mengaitkannya dengan bunyi-bunyi dan juga makna. Pengamatan dalam bacaan adalah seperti (1)
mendiskriminasi iaitu mengecam dan juga membezakan, (2) figure ground iaitu mengenal objek-
objek, bentuk, atau corak-corak, (3) ingatan, iaitu mengingat kembali apa yang dilihat atau didengar,
dan (4) turutan, iaitu seperti memahami giliran dan urutan.
iii. Membaca sebagai satu proses bahasa

Bacaan adalah sebagaian daripada kemahiran bahasa (language arts) iaitu yang bermula daripada
mendengar, bertutur, membaca, dan seterusnya menulis. Membaca dapat membantu manusia
berkomunikasi dan berhubung sesama mereka melalui sistem lambang-lambang tulisan yang mereka
cipta.

iv. Membaca adalah satu proses kognitif

Membaca bukan hanya melibatkan proses mekanis tetapi juga melibatkan proses kognitif atau berfikir
pada semua peringkat membaca seperti mengecam, mendiskriminasi, dan memaham. Oleh itu
kecerdasan seseorang akan mempengaruhi kemajuannya dalam membaca.

Faktor-faktor yang Berkaitan Dengan Membaca

Kesediaan Membaca

Kesediaan adalah faktor penting sebelum seseorang kanak-kanak menguasai


sesuatu kemahiran. Seorang kanak-kanak tidak boleh terus berjalan sekiranya otot-
otot anggota kakinya cukup kuat untuk berdiri dan seterusnya berjalan. Oleh itu bagi
menyediakan kanak-kanak berjalan, dia akan memulakan dengan merangkak,
duduk, bangun, berdiri, bertatih, dan barulah berjalan. Begitu juga
dengan membaca, seseorang kanak-kanak harus mempunyai keadaan
perkembangan yang diperlukan terlebih dahulu sebelum kemahiran membaca
diperkenalkan diajar kepadanya.

Kebolehan membaca kanak-kanak wujud sekiranya kanak-kanak itu memahami dan


bertindak secara bersesuaian apabila melihat perkataan-perkataan yang
ditulis. Maksudnya kanak-kanak mesti berkeupayaan memahami konsep iaitu
(1) semua benda mempunyai nama, (2) nama benda boleh ditulis dalam
perkataan, (3) , kedua-duanya saling bertukar, dan (4) simbol-simbol perkataan boleh
dibaca (Mechado, 1985).

Kanak-kanak boleh cepat membaca sekiranya mereka hidup dalam persekitaran yang
intelektual yang sentiasa berfaedah dengan tulisan seperti buku, surat khabar, dan
sebagainya, kanak-kanak yang kaya dengan pengalaman persekitaran seperti ke
pasar raya, ke pameran atau ke pusat-pusat peranginan, dan juga kanak-kanak
mempunyai banyak peluang untuk berinteraksi dengan orang lain.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca kanak-kanak adalah:

i. keadaan fizikal
ii. pengalaman dan persekitaran
iii. emosi, motivasi, dan sahsiah
iv. kecerdasan
v. pengamatan
vi. penguasaan bahasa

Keadaan fizikal merujuk kepada keadaan mata, telinga, dan organ pertuturan yang
sempurna.

Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman bermakna


akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. misalnya
mendengar cerita, lawatan ke perpustakaan atau ke kedai buku, ibu bapa yang
kerap berbual dengan anak mereka, dan sebagainya.

Keadaan rumah tangga yang dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan
emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa
boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak.

Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat mempengaruhi


kemahiran membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai
kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang
sebaya dengannya.

Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat, iaitu


daya diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran. Semasa membaca
kanak-kanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf.

Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar


kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa
adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan, kehendak ,dan
sebagainya semasa berkomunikasi.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan juga guru untuk memastikan
kanak-kanak sudah mempunyai kesediaan membaca yang mencukupi sebelum mula
mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kebolehan Membaca

Kemahiran membaca adalah satu proses kognitif yang kompleks. Oleh itu faktor-
faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca juga adalah rumit dan saling
mempengaruhi. Kesedaran tentang faktor-faktor yang mempengaruhi bacaan ini
akan dapat membantu guru merancang pengajaran bacaan untuk murid-
muridnya. Menurut Marohaini Yusoff (1999) faktor yang mempengaruhi bacaan
terbahagi kepada dua kategori besar, iaitu:

i. faktor yang ada pada diri murid atau pembaca


ii. faktor yang ada pada bahan bacaan.

Peringkat-peringkat Mengajar Bacaan


Pengajaran bacaan yang dijalankan boleh guru bahasa tertumpu kepada dua
kemahiran iaitu bacaan secara kuat (bacaan mekanis) dan bacaan secara senyap
(bacaan mentalis/akaliah). Kemahiran membaca kuat lebih menumpukan kepada
kemahiran sebutan, intonasi, dan gaya membaca (membaca berita). Manakala
bacaan senyap merupakan kemahiran membaca untuk memaham dan juga
kepantasan membaca petikan sesuatu bahan.

Mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak hendaklah dibuat secara


berperingkat-peringkat supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca
dengan baik. Kamarudin Hj. Husin (1988) membahagikan pengajaran bacaan
kepada lima peringkat:

i. peringkat menyediakan murid


ii. peringkat mendirikan asas
iii. peringkat melatih membaca dan memaham
iv. peringkat melatih membaca untuk hiburan atau mencari maklumat
v. peringkat membina dan mengukuhkan sikap gemar membaca.

Apabila kanak-kanak memasuki tahun satu persekolahan, guru perlu menyiasat


terlebih dahulu tahap kesediaan murid terutamanya penguasaan bahasa dan juga
emosi murid. Pengetahuan guru tentang tahap kesediaan membaca murid dan juga
kemahiran sedia ada murid akan dapat membantu guru untuk menyediakan murid
bagi pelajaran membaca.

Peringkat mendirikan asas bacaan sangat penting dalam pengajaran kemahiran


membaca kepada murid-murid. Pada peringkat ini guru perlu
menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dan juga bahan bacaan yang sesuai.
Bahan bacaan yang digunakan hendaklah ringkas, menarik, dan
bermakna. Kemahiran asas bacaan bermula dengan mengenal abjad, suku kata,
perkataan, frasa, dan seterusnya ayat. Pada peringkat ini juga galakan dan dorongan
perlu diberikan kepada murid secara berterusan.

Peringkat seterusnya adalah melatih membaca dan memaham. Pada peringkat ini
bahan bacaan yang digunakan hendaklah dipilih dengan baik. Selain menekankan
aspek sebutan dan kelancaran, guru juga mula menekankan
aspek pemahaman. Kebiasaan murid membaca nyaring boleh dikurangkan kepada
bacaan senyap secara beransur-ansur. Soalan-soalan guru berkaitan bahan yang
dibaca akan membantu murid membina kemahiran memaham.

Setelah kanak-kanak sudah boleh membaca dengan lancar dan seterusnya


memahami isi bahan yang dibaca, mereka akan menggunakan kemahiran ini untuk
memilih bahan bacaan lain untuk mencari maklumat dan juga untuk mengisi masa
lapang. Guru boleh membantu kanak-kanak dengan mengajar mereka kemahiran
mencari maklumat di pusat sumber dan juga internet.

Akhir sekali adalah peringkat membina sikap suka membaca. Sikap suka membaca
hendaklah dipupuk di peringkat sekolah lagi supaya sebati dengan jiwa kanak-
kanak. Kebiasaannya sekolah kerap mengadakan pertandingan membaca, pameran
buku, peraduan mengarang, dan sebagainya.

Pemulihan Bacaan

Menguji Kemahiran Membaca

Membaca adalah salah satu kemahiran bahasa yang penting dikuasai oleh kanak-
kanak supaya mereka dapat mencapai kemajuan dalam pelajaran dan juga kualiti
kehidupan mereka. Sebab itulah sekiranya seorang murid gagal membaca dengan
baik selalunya dikaitkan dengan kegagalan pengajaran guru dan juga pendidikan di
sekolah berkenaan. Sebab itu guru perlu didedahkan kepada alat, kaedah dan teknik
menguji kemahiran bacaan terutamanya ujian bacaan secara diagnostik. Ujian
diagnostik bacaan akan dapat membantu guru mengesan kesukaran-kesukaran
khusus bacaan murid.

Ujian bacaan perlu diberikan kepada murid supaya guru dapat mengesan secara
objektif kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam proses
membaca. Bermula dari sinilah guru akan dapat merancang aktiviti-aktiviti pengajaran
pemulihan bacaan. Murid yang bermasalah dalam bacaan tidak boleh dibiarkan
berterusan dengan masalah membacanya kerana akan memberi kesan terhadap
pencapaiannya dalam pelajaran secara keseluruhan.

Ujian bacaan hendaklah dijalankan secara berterusan supaya maklumat yang


diperolehi dapat memberi gambaran sebenar kelemahan murid. Masalah bacaan
sebenar murid penting supaya guru dapat menilai semula rancangan pemulihan
bacaan dan boleh membantu guru menentukan objektif pengajaran bacaan
seterusnya. Kaedah dan teknik mengajar membaca perlu dipelbagaikan bagi
mengelak kebosanan.

5.3.2 Ujian Bacaan Nyaring

Terdapat berbagai-bagai jenis ujian bacaan yang boleh dilaksanakan guru kepada
murid-muridnya. Namun begitu ujian bacaan nyaring merupakan langkah pertama
untuk mengesan kesukaran-kesukaran secara khusus dalam bacaan secara
diagnostik. Berdasarkan kajian-kajian lepas, Abdul Aziz Talib (1989) telah
menyenaraikan kesukaran-kesukaran dalam kawasan-kawasan yang perlu
ditubuhkan dalam sesebuah ujian bacaan:

1. Peringkat huruf (abjad)

a) Huruf kecil (a-z)

i. mengenal bentuk huruf


ii. mengenal nama huruf
iii. mengenal bunyi huruf
b) Huruf besar (A-Z)

i. mengenal bentuk huruf


ii. mengenal nama huruf
iii. mengenal bunyi huruf

c) memadan huruf besar-huruf kecil

d) Diskriminasi penglihatan

i. huruf-huruf yang berdekatan bentuk


ii. huruf besar dalam perkataan
iii. huruf-huruf kecil dalam perkataan

e) Diskriminasi pendengaran

Huruf-huruf yang berdekatan bunyi foniknya

f) Pembalikan huruf (reversals)

i. huruf besar
ii. huruf kecil

2. Peringkat Perkataan

a) membatang suku kata terbuka


b) membatang suku kata tertutup
c) membatang suku kata yang mempunyai gugusan konsonan

3. Peringkat Perkataan

a) pembalikan perkataan
b) membezakan bunyi fonem /e/ dan /a/ dalam perkataan
c) membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata terbuka dalam
perkataan
c) Membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata tertutup dalam
perkataan
d) Membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata yang
mengandungi gugusan konsonan dalam perkataan
f) Kekeliruan antara ejaan dan sistem bunyi Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris dalam perkataan
g) Menyebut perkataan dasar dan perkataan berimbuhan

4. Peringkat Frasa

Membaca frasa-frasa sebagai satu unit makna/pemikiran.

5. Peringkat Ayat

a) Membaca ayat-ayat pendek


b) membaca ayat-ayat panjang
Daerah-daerah kesukaran yang disenaraikan di atas hendaklah diuji melalui item-item
soalan yang dibina oleh guru yang dibina secara berasingan. Guru boleh
menggunakan kad-kad ujian bagi setiap daerah kesukaran yang hendak diuji dan tidak
perlu dijalankan serentak bagi kesemua tajuk.

Dalam ujian bacaan nyaring, murid diminta membaca petikan dengan kuat dan guru
merekod kesalahan kesalahan yang dilakukan murid. Abdul Aziz Talib (1989)
menyenaraikan jenis kesilapan yang perlu direkod seperti berikut:

a) membuang/meninggalkan (omission) bunyi huruf/perkataan /imbuhan yang


ditinggalkan
b) Ulangan (repetition) - mengulang-ulang perkataan/suku kata
c) Gantian (substitute) - bunyi huruf/perkataan diubahgantikan
d) Tambahan (insertion) bunyi huruf/imbuhan/perkataan ditambah
e) Pembalikan (reversals) - huruf/perkataan/frasa dibaca secara terbalik/songsang.

Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang


dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga
perlu merekodkan masalah-masalah atau tingkah laku yang ditunjukkan semasa
murid membaca, iaitu:

a) membatang suku kata terlebih dahulu


b) bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan
c) membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan
d) membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak
e) tidak boleh membaca langsung.

Maklumat lain yang perlu direkodkan guru adalah sekiranya murid mempunyai
kecacatan yang boleh menjejas bacaannya seperti gagap, sengau, pelat, telor,
masalah penglihatan, dan masalah pendengaran.

Latihan:

Bincanhgkan bagaimana bacaan ujian nyaring boleh membantu guru mengetahui


tahap penguasaan lisan kanak-kanak?

5.3.3 Prinsip-prinsip pengajaran Pemulihan Bacaan

Segala maklumat yang guru perolehi membolehkannnya merancang rancangan


pengajaran pemulihan bacaan untuk muridnya. Margaret et.al., 1989) telah
menyarankan beberapa prinsip pengajaran pemulihan bacaan yang boleh dijadikan
pegangan oleh guru dalam membantu muridnya membaca.

Guru haruslah memulakan pengajaran pada tahap yang sesuai. Keputusan ujian
diagnostik bacaan dapat membantu guru mengenal pasti daerah kelemahan dan
tahap bacaan murid.
Murid perlu diberi tangungjawab terhadap pembelajaran mereka. Murid akan dapat
belajar dengan lebih baik sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Gunakan bacaan nyaring dan bacaan senyap mengikut kesesuaian. Gunakan setiap
jenis bacaan ini mengikut keperluan murid. Bacaan senyap sangat berkesan untuk
mengajar murid mengawal proses bacaan mereka sendiri. Manakala bacaan nyaring
pula sangat berkesan untuk meningkatkan kemahiran sebutan dan kelancaran
bacaan.

Latihan:

Guru dapat mengesan kelemahan bacaan muridnya melalui pemerhatiannya di dalam


proses pengajaran bacaan di dalam kelas. Jelaskan petunjukp-petunjuk yang guru
perhatikan untuk mengetahui kelemahan bacaan muridnya?

Komponen Pengajaran Pemulihan Bacaan

Sepanjang sesi pengajaran bacaan guru disarankan mengikut langkah-langkah


pengajaran yang meliputi komponen-komponen bacaan berikut:

Komponen-komponen
Pengajaran Bacaan

Bacaan peringkat Pengajaran Menyemak Bacaan


pengajaran berfokus semula bebas

Bacaan peringkat pengajaran bermaksud murid membaca bahan bacaan mengikut


tahap pembelajaran mereka. Di sini mereka akan menjumpai perkataan-perkataan
baru dan juga konsep-konsep baru di bawah bimbingan guru yang akan membantu
menyelesaikan masalah dan juga membantu mereka menguasai bahan bacaan
dengan baik.

Pengajaran berfokus dilaksanakan bergantung kepada keperluan murid. Guru


mungkin akan memperuntukkan sedikit masa untuk membantiu murid tertentu
membaca dengan memberi fokus kepada aspek tertentu dalam bacaan. Cara ini akan
membantu murid memfokus kepada aspek bacaan yang mereka hadapi kesukaran.

Menyemak atau meneliti semula dilakukan untuk membantu murid untuk mengingat
semula perkara yang telah dipelajarinya. Sedikit masa yang diperuntukkan digunakan
untuk mengingat semula seperti makna perkataan dan bahan bacaan yang telah
dipelajari sebelum itu.

Bacaan bebas adalah untuk membentuk sikap membaca yang kekal, iaitu murid
mendapati membaca dapat memberi maklumat, dan menyeronokkan. Pada peringkat
ini murid digalakkan memilih bahan bacaan mereka mengikut tahap bacaan bebas
mereka iaitu dapat membaca sendiri tanpa bimbingan guru.

Latihan:

Pada pendapat anda apakah aktiviti pengajaran bacaan yang sesuai digunakan oleh
guru bagi setiap peringkat bacaan?

Kesimpulan

Kemahiran membaca sangat penting dikuasai oleh kanak-kanak kerana melalui


pembacaan mereka dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran,
meluaskan pengetahuan, mencari dan mengumpul maklumat-maklumat yang
diperlukan dan lain-lain lagi. Guru memainkan peranan penting dalam mengajar
kanak-kanak kemahiran membaca. Oleh itu guru perlu nmenggunakan pelbagai
kaedah dan teknik pengajaran bacaan supaya kemahiran membaca dapat dikuasai
dengan baik. Ujian-ujian pemahaman bacaan perlu dijalankan secara berterusan
bagi mengetahui dan mamantau pencapaian murid dalam bacaan.

Rumusan

1. Secara asasnya, membaca mengandungi dua proses asas, iaitu nyah kod
(decode) dan pemahaman.

2. Proses nyah kod melibatkan pemahaman tentang hubungan antara huruf-


huruf dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentuk yang sama
dengan bahasa lisan.

3. Manakala poroses pemahaman pula membolehkan seseorang memahami


makna sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.

4. Membaca adalah proses yang kompleks yang yang terdiri daripada


gabungan beberapa proses yang kompleks, iaitu proses sensori (kederiaan),
proses pengamatan, proses bahasa (linguistik), dan proses kognitif.

5. Seseorang kanak-kanak harus mempunyai keadaan perkembangan yang


diperlukan terlebih dahulu sebelum kemahiran membaca diperkenalkan
diajar kepadanya.
6. Faktor yang mempengaruhi bacaan terbahagi kepada dua kategori besar,
iaitu (1) faktor yang ada pada diri murid atau pembaca dan (2) faktor yang
ada pada bahan bacaan.

7. Kamarudin Hj. Husin (1988) membahagikan pengajaran bacaan kepada lima


Peringkat, iaitu menyediakan murid, mendirikan asas, melatih membaca
dan memaham, melatih membaca untuk hiburan atau mencari maklumat, dan
peringkat membina dan mengukuhkan sikap gemar membaca.

8. Ujian bacaan perlu diberikan kepada murid supaya guru dapat mengesan
secara objektif kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam proses
membaca.

9. ujian bacaan nyaring merupakan langkah pertama untuk mengesan


kesukaran-kesukaran secara khusus dalam bacaan secara diagnostik.

3.0 JENIS-JENIS BACAAN


Secara luaran kita mungkin mengatakan bahawa bacaan itu
adalah membaca, menukar grafik kepada makna dan seterusnya memahami
keseluruhan apa yang dibaca. Sebenarnyabacaan boleh dibahagikan kepada beberapa
jenis seperti:
1. Bacaan Mekanis
2. Bacaan Mentalis
3. Bacaan Intensif
4. Bacaan Ekstensif
1. Bacaan Mekanis

Bacaan mekanis adalah bacaan kuat yang mementingkan sebutan huruf dan bunyi
dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Bahan bacaan
yang digunakan dalam bacaan mekanis terdiri daripada perkara yang mudah difahami
dan tidak membebankan fikiran.

2. Bacaan Mentalis

Bacaan mentalis atau dikenali juga sebagai bacaan akaliah merupakan bacaan secara
senyap. Aspek-aspek kefahaman diberikan penekanan, sementara aspek-aspek sebutan,
nada, tekanan dan intonasi tidak ditekankan dalam bacaan ini.

3. Bacaan Intensif

Bacaan intensif ialah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan


kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan
tepat. Di samping itu, bacaan intensif memberi tekanan kepada kajian-kajian terhadap
ciriciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian
bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan bacaan intensif biasanya
memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam
menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid.

Konsep-konsep bacaan intensif:


1. Bacaan intensif merupakan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha
melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa murid di bawah pimpinan
guru.
2. Bacaan intensif memberi asas untuk pengajar memberi penjelasan atau
keterangan mengenai struktur yang sukar dan juga memberi asas untuk
memperkembang perbendaharaan kata.
3. Bacaan intensif dikaitkan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa iaitu susunan
kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh murid dalam
bacaannya
4. Bacaan intensif mengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa
dalam pertuturan dan tulisan.
5. Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap amat penting.
4. Bacaan Ekstensif

Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang
dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya memberi tumpuan kepada beberapa
aspek terutamanya menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah
kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca,
membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting.
Mengikut kebiasaannya, melalui bacaan ekstensif ini murid akan dapat kepuasan dan
keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.

Konsep bacaan ekstensif;

1. Bacaan ekstensif merupakan satu kegiatan membaca yang dilakukan oleh murid
di luar kelas secara bersendirian tanpa bimbingan guru.
2. Bahan bacaan harus luas, bukan sahaja sesuai dari segi perbendaharaan katanya
tetapi juga sesuai dengan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita
murid itu.
3. Bahan bacaan ekstensif harus daripada bahan-bahan yang berbeza.
4. Bacaan ekstensif mengandaikan murid membaca sesuatu bahan tanpa
menghadapi kesukaran dan melalui bacaan ekstensif ini murid mendapat
kepuasaan, seronok dan terhibur.
Bacaan ekstensif mempunyai peranannya yang tersendiri khususnya dalam
pembelajaran bahasa. Antara peranannya ialah;
1. Meningkatkan pemahaman murid terhadap bahan bacaan.
2. Meningkatkan ketrampilan berbahasa dalam kalangan murid. Dalam hal ini,
bacaan ekstensif dapat membantu murid untuk mengenal perkataan dan
mengenal simbol-simbol yang terdapat dalam bahan bacaan.
3. Mendedahkan murid kepada aspek-aspek bahasa.
4. Menambahkan kosa kata. Kajian menunjukkan kanak-kanak tidak banyak
mengetahui atau menguasai kosa kata melalui pembelajaran secara formal.
Sebaliknya, penguasaan kosa kata banyak diperoleh melalui bahan bacaan.
Malah, penguasaan kosa kata melalui bacaan dapat membantu kanak-kanak
memahami kosa kata berkenaan.
5. Membantu murid dalam penulisan. Kajian mendapati kanak-kanak atau murid
yang banyak membaca dapat menulis dengan baik. Perkara ini berlaku
disebabkan oleh penguasaan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki oleh murid
berkenaan yang akhirnysa dapat disalurkan dalam penulisan mereka.
6. Memotivasikan murid untuk membaca. Bahan bacaan yang digunakan untuk
bacaan ekstensif sebaik-baiknya bersesuaian dengan keperluan, minat dan cita
rasa murid. Perkara ini perlu diberi perhatian sebagai usaha untuk menarik minat
dan motivasi murid untuk membaca.
7. Mengukuhkan pengetahuan bahasa yang telah dipelajari. Aspek-aspek
bahasa yang telah dipelajari sebelumnya di dalam bilik darjah dapat diberi
pengukuhan dan penekanan serta dapat diaplikasikan dalam pembelajaran
bahasa pada masa yang akan datang.
8. Menyakinkan murid untuk membaca teks yang panjang.Pada kebiasaannya,
pengajaran bacaan yang dilakukan di dalam kelas kebanyakannya menggunakan
teks yang pendek dan ringkas, serta tumpuan yang terhad kepada aspek
tatabahasa dan kosa kata. Sebaliknya, bacaan ekstensif memberi keyakinan
kepada murid untuk menerokai aspek-aspek bahasa yang lebih mencabar.
9. Meningkatkan kemahiran dalam membuat jangkaan.Bacaan ekstensif
kadangkala melibatkan pengetahuan lepas yang dimilki oleh murid. Pengetahuan
ini banyak membantu murid dalam membuat jangkaan terhadap sesuatu kejadian
atau situasi yang terdapat dalam bahan bacaan. Perkara ini akan memudahkan
murid untuk memahami dan membuat tafsiran terhadap bahan bacaan yang
dibaca dengan lebih mudah dan cepat.
Ciri-ciri pendekatan bacaan ekstensif
1. Murid membaca seberapa banyak buku yang termampu. Bacaan boleh dilakukan
di dalam atau di luar kelas.
2. Menyediakan bahan bacaan yang pelbagai topik. Perkara ini penting bagi
menggalakkan murid membaca dengan pelbagai tujuan dan pelbagai cara.
3. Murid memilih sendiri bahan untuk dibaca dan seterusnya murid juga dibenarkan
menghentikan bacaan sekiranya bahan bacaan berkenaan didapati tidak menarik.
4. Matlamat membaca untuk keseronokan, mendapat maklumat dan pemahaman
secara umum. Matlamat ini dikenal pasti melalui keaslian bahan dan minat murid.
5. Membaca dilakukan mengikut kehendak murid itu sendiri. Dalam hal ini, latihan
yang sedikit ataupun tidak ada latihan diberikan selepas bacaan.
6. Bahan bacaan bersesuaian dengan ketrampilan berbahasa murid khususnya dari
pada aspek kosa kata dan tatabahasa. Penggunaan kamus sebaik-baiknya
dielakkan bagi memastikan bacaan berjalan lancer tanpa gangguan.
7. Bacaan dilakukan bersendirian secara senyap dan mengikut kemampuan sendiri.
Murid akan menentukan di mana dan bila mereka akan membaca.
8. Kelajuan bacaan ditingkatkan terutamanya apabila menmbaca bahan bacaan
yang mudah difahami.
9. Guru memandu murid ke arah mencapai matlamat program, menjelaskan kaedah,
memastikan bahan yang dibaca oleh murid dan membimbing murid agar mendapat
manfaat daripada bacaan berkenaan.
10. Guru menjadi model kepada murid dengan menunjukkan manfaat yang diperoleh
daripada bahan bacaan.

4.0 KAEDAH PENGAJARAN BACAAN


KAEDAH ABJAD

1. Menurut Azman Wan Chik (1993), kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-nama huruf yang digunakan
di dalam tulisan Melayu iaitu A, B, C, hingga Z.
2. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf secara mengikut turutan bermula dari A hingga Z.
3. Teknik pengajaran dimulakan dengan guru menunjukkan kad abjad kepada murid dan guru menyebut terlebih
dahulu abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid.
4. Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk mengenalpasti
dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan guru.
5. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan.
6. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenalpasti dan menulis abjad-abjad yang telah diajar.
7. Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. Guru akan memilih murid secara rawak
dan meminta murid tersebut mengambil kad kad di papan hitam berdasarkan apa yang disebut oleh guru.
8. Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing. Guru akan menyebut abjad
manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku.

KAEDAH SUKU KATA

1. Suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan kehadiran vokal.


2. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.
3. Dalam Bahasa Melayu, terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan huruf vokal
dipanggil Suku Kata Terbuka.
4. Suku kata yang lain adalah Suku Kata Tertutup kerana diakhiri dengan huruf konsonan. Beberapa jenis suku
kata :
(a) Kata tunggal satu suku kata. Contoh : K + V + K
(b) Kata tunggal dua suku kata. Contoh : V + KV (ibu, ela), V + VK (air, aib), V + KVK (adat, emas), VK + KV
(anda, unda), VK + KVK (untuk, entah), KV + KVK (bukan, dekat).
(c) Kata tunggal tiga suku kata. Contoh : KV + V + KV (biasa, cuaca), KV + V + KV (kaedah).
(d) Kata tunggal empat suku kata. Contoh : KV + KV + KV + KV (panorama)

KAEDAH PANDANG SEBUT

1. Kad gambar, kad huruf, kad suku kata dan kad perkataan boleh digunakan di peringkat awal pengajaran untuk
memperkembangkan kemahiran membaca.
2. Murid sendiri akan memegang kad-kad tersebut dan menyusunnya supaya menjadi perkataan yang bermakna.
3. Sentuhan secara fizikal mendorong murid mengingati pelajaran dengan mudah dan berkesan.
4. Kaedah ini memnetingkan dua perkara iaitu:
(a) Membunyikan perkataan rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar; dan
(b) Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.
5. Manakala kad perkataan pula boleh digunakan bagi melatih murid untuk menyebut perkataan yang
dipaparkan oleh guru (secara flashcard) secara cepat dan pantas tanpa perlu mengeja terlebih dahulu. Ini bagi
mempertingkatkan keupayaan murid untuk membaca.

KAEDAH FONIK

1. Menurut Azman Wan Chik, kaedah fonik adalah untuk mengajar murid melihat hubungan antara simbol
(huruf) dengan bunyi supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baharu
yang mereka jumpa.
2. Bunyi-bunyi huruf diajar. Ertinya lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Contoh : a dibunyikan
aaaa.., u dibunyikan uuuu..
3. Setelah tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya, ba, da, tu dan
sebagainya.
4. Seterusnya, digabungkan suku kata ini menjadi perkataan seperti baba, batu, ibu dan sebagainya.

KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA

1. Kaedah ini menggabungkan kemahiran membunyi beberapa huruf, suku kata dan membaca perkataan,
rangkai kata, ayat (yang bermakna) dalam satu atau dua pelajaran.
2. Gabungan ini dibuat secara sistematik.
3. Tiap-tiap pelajaran berikutnya, beransur-ansur memperkembangkan kemahiran sebelumnya.
4. Pada akhir tiga atau empat pelajaran saja, murid-murid sudah boleh membaca beberapa perkataan dan rangkai
kata yang mudah. Contohnya murid boleh membaca sendiri buku-buku cerita.

Anda mungkin juga menyukai