Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN AU KERAMAT

MINIT MESYUARAT UNIT PPDa BIL 1/2017

Tarikh :10hb Mac 2017

Masa :1.30 petang

Tempat :Bilik Mawar, SKAUK

Pengerusi :Puan Norfouwiza bt Jalani

Kehadiran(Bilangan) :13 orang guru

Turut Hadir (Jika ada):

1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1 Puan Nor Fouwiza selaku pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK
kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat pada kali ini.
1.2 Puan Nor Fouwiza juga berharap program PPDa kali ini berjalan lancar dan mengikut
perancangan. Beliau juga berharap agar murid di sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan
dadah.

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS


2.1 Dibentang oleh Pn.Norafida binti Abdullah Aziz
2.2 Dicadang untuk disahkan oleh En.Mohamad Hidayat bin Saidi
2.3 Disokong untuk pengesahan oleh Pn.Suraimi bt Youp

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada perkara berbangkit

4.0 AKTIVITI TAHUNAN PPDa 2017


4.1 Puan Norafida selaku setiausaha unit PPDa mengedarkan takwim unit PPDa SKAUK dan
menerangkan aktiviti yang dirancang pada tahun ini ialah:
4.1.1 Program 5 Minit
4.1.2 MInggu PPDa
4.2 Untuk program 5 minit bacaan semasa perhimpunan telah disusun dalam jadual dan guru
membaca info yang disediakan dalam buku semasa perhimpunan. Guru yang bertugas
membaca info berkenaan juga boleh melatih murid untuk membuat persembahan seperti
sajak, nyanyian, lakonan dan sebagainya. Bahan yang berkaitan juga ada disediakan.
4.3 Untuk minggu PPDa yang akan berlangsung dari 13hb Mac 2017 hingga 17hb Mac 2017,
setiausaha telah menyediakan kertas kerja serta ahli jawatankuasa bagi aktiviti-aktiviti
yang akan dijalankan. AJK unit PPDa boleh merujuk lembaran yang diberikan.
4.4 Pengerusi berharap semua program yang dirancang memberi manfaat kepada semua
murid dan mendapat kerjasama daripada semua guru.

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Pengerusi juga memaklumkan bahawa pertandingan sudut atau lorong PPDa peringkat
negeri belum diputuskan lagi.
5.2 Untuk Karnival PPDa seperti yang tahun-tahun lepas seperti menghantar murid untuk
pertandingan sajak, melukis poster dan juga kebiasaanya pasukan tarian belum lagi
diketahui.Jika Karnival PPDa akan diadakan, pengerusi berharap agar sekolah dapat
menghantar wakil ke pertandingan tersebut.

6.0 PENUTUP
6.1 Mesyuarat unit ditangguhkan pada pukul 2.30 petang

Disediakan oleh,

(NORAFIDA BINTI ABDULLAH AZIZ)

Setiausaha,

Unit PPDa,

Sek.Keb.AU Keramat.