Anda di halaman 1dari 2

SITI NUR ADIBAH BT MOHD SHAFIE E20161015245

Ringkasan Bab

Bab ini menerangkan dan membincangkan maklumat tentang pemerhatian, perekodan


dan penilaian yang sewajarnya dilaksanakan ke atas kanak-kanak. Penulis juga menegaskan
bahawa kebolehan dan keupayaan kanak-kanak dalam melaksanakan sesuatu aktiviti
pembelajaran lebih wajar dianggap sebagai satu perkembangan atau peningkatan dalam
kemahiran atau tingkah laku. Jadi, penulis memulakan penjelasan mengenai bagaimana
pemerhatian yang betul perlu dilakukan sebelum melakukan penilaian ke atas kanak-kanak.
Secara ringkasnya, pemerhatian yang dilakukan perlu melibatkan tiga proses utama iaitu
observing, recording dan interpreting. Melalui pemerhatian yang dijalankan dengan betul,
barulah penilaian yang dibuat ke atas kanak-kanak akan lebih jelas dan guru akan lebih
memahami kanak-kanak.

Penulis juga menerangkan tentang keperluan penilaian dilakukan serta jenis penilaian
yang terlibat seperti penilaian sumatif, penilaian formatif, penilaian autentik dan penilaian
standard. Kemudian, penulis menerangkan tentang pemilihan jenis alat perekodan autentik
tertentu bergantung kepada keperluan sesuatu maklumat itu direkodkan. Hal ini kerana, setiap
tingkah laku dan perkembangan kanak-kanak perlu direkodkan secara sistematik dan
berturutan. Penulis juga amat menitikberatkan agar semua guru memahami sepenuhnya
tentang fungsi bagi setiap jenis alat perekodan agar tindakan seterusnya dapat dilakukan bagi
menjamin kebajikan dan pencapaian positif kanak-kanak. Antara contoh alat perekodan
tersebut adalah seperti Rekod Pemerhatian Naratif yang terdiri daripada Rekod Berterusan
dan Rekod Anekdot.

Selain itu, Rekod Pemerhatian Berstruktur yang terdiri daripada Rekod Persampelan
Masa, Rekod Persampelan Peristiwa, Rekod Senarai Semak, Rekod Skala Pemarkahan dan
Rubrik. Kemudian, rekod yang ketiga iaitu Rekod Pemerhatian Elektronik yang terdiri
daripada gambar, video serta audio. Dalam pada itu, keperluan pengumpulan hasil kerja
kanak-kanak juga diketengahkan dan bagaimana ingin memastikan proses pengumpulan
bukti perkembangan mereka dapat disusun secara kemas juga diterangkan iaitu dengan
menggunakan Portfolio. Langkah-langkah bagi penyediaan Portfolio sama ada secara manual
atau elektronik juga diterangkan dengan jelas oleh penulis. Sistem- sistem penilaian lain
seperti Sistem penilaian autentik, Rekod Pemerhatian The High/Scope Child (COR), Sistem
Work Sampling, Sistem The Ounce Scale serta Sistem Teaching Strategies Gold juga
diterangkan dengan lebih lanjut bagi memberi maklumat kepada guru untuk menggunakan
dengan betul bagi peringkat umur kanak-kanak serta domain perkembangan tertentu.

Seterusnya, penulis menerangkan tentang kepentingan mewujudkan Public


Documentation ke atas kanak-kanak serta keluarga serta perkaitan antara penilaian autentik di
prasekolah dan penilaian secara gred di sekolah rendah. Penulis juga membuat penerangan
mengenai penilaian standard dan jenis-jenis alat penilaian dan ujian yang terlibat bagi
kategori ini. Contohnya, Screening Instruments, Developmental Assesments, Diagnostic Tests
dan Readiness and Achievements Tests. Setiap satu jenis alat penilaian dan ujian ini
mempunyai keperluan yang tertentu untuk diaplikasikan ke atas kanak-kanak seperti untuk
mengesan jika terdapat kanak-kanak yang berkeperluan khas serta menilai kemahiran,
prestasi, pengetahuan dan kebolehan yang telah wujud dalam diri mereka sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran.

Isu yang wujud dalam penilaian standard ini juga didedahkan oleh penulis dalam bab
ini seperti terdapat kongkongan ibu bapa dan polisi yang menginginkan jaminan bahawa
pendidikan yang diterima oleh kanak-kanak akan membolehkan mereka bersaing dengan
rakan sebaya atau dalam sebuah komuniti yang lebih luas. Hal ini mampu memberikan
tekanan yang besar kepada kanak-kanak kerana mereka dipaksa untuk melalui fasa
perkembangan yang melebihi kemampuan mereka. Akhir sekali, penulis menitikberatkan
tentang perkongsian maklumat penilaian yang diperolehi bersama keluarga kanak-kanak serta
mengenai kerahsiaan maklumat penilaian yang perlu dijaga oleh guru serta pendidik agar
tidak mendatangkan akibat yang buruk kepada kanak-kanak serta keluarga mereka.

Anda mungkin juga menyukai