Anda di halaman 1dari 1

DOA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Kami tautkan dua tangan kami dan memohon kehadratMu agar acara yang meriah ini , yang menjadi
kemuncak pencapaian anak-anak kami sepanjang tahun 2015 akan mendapat rahmat serta inayah
daripadaMu.

Ya Allah, Betapapun engkau telah memilih anak-anak kami menjadi anak yang cemerlang pada hari ini,
namun kami akan sentiasa memohon agar engkau jadikan mereka anak yang sentiasa cemerlang di
dunia dan gemilang di akhirat , anak yang taat pada perintah Allah dan perintah rasulNya, patuh pada
suruhan ibubapa, menghormati guru-guru dan rakan-rakan mereka.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,


Pada hari yang barakah ini, kami ungkapkan rasa syukur kami dengan memuji-muji kebesaran dan
keagunganMu . Engkaulah Tuhan semesta alam. Tuhan yang menentukan segala-galanya. PadaMu Ya
Allah kami bergantung harapan dan memohon pertolongan buat diri dan keluarga kami. Kami juga tidak
lupa Ya Allah memohon agar Engkau limpahkan rahmatMu kepada guru-guru yang telah bersusah payah
mendidik anak-anak kami sehingga mereka berjaya.

Ya Allah Ya Zaljalali Wal Ikram


Kami akhiri doa kami dengan satu kesepakatan, bahawa kami akan sentiasa bekerjasama dengan pihak
sekolah untuk sama-sama menyumbang buah fikiran dan tenaga bagi mendokong cita-cita murni
memartabatkan agama ,bangsa dan Negara supaya menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai