Anda di halaman 1dari 11

TEKS JURUACARA SINERGI GRADUASI PRASEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2017

Mengumumkan ketibaan
Puan Hajah Khalijah Attan,
Guru Besar
Sk Tun Dr Syed Nasir

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria

Ke pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan Alunan madah yang indah.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera

1
TEKS JURUACARA SINERGI GRADUASI PRASEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2017

Sireh berlipat sireh pinang,


Sireh dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Berbahagia,
Pn Hajah Khalijah Attan
Guru Besar SK Tun Dr Syed Nasir
Yang berusaha,
En. Zaharuddin Bin Yahya
Yang DiPertua Majlis Permuafakatan Prasekolah
SK Muzaffar Syah.
En. Mohd Shahiruddin Bin Sani
Yang DiPertua Majlis Permuafakatan Prasekolah
SK Tun Dr Syed Nasir.

Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru, Ahli jawatankuasa majlis


permuafakatan, ibubapa, para pelajar yang diraikan serta hadirin yang
dikasihi sekalian
Bersyukur kita kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin kasih-NYA, kita
dapat berkumpul di pasaraya ini bagi menjayakan Majlis Sinergi
2
TEKS JURUACARA SINERGI GRADUASI PRASEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2017

Graduasi Prasekolah Daerah Kota Tinggi bagi tahun 2017. Majlis


merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan
kepada tetamu kehormat kita pada hari ini
Puan Khalijah Bt Attan
Guru Besar
Sk Tun Dr Syed Nasir
Kerana sudi hadir dalam Sinergi Graduasi PraSekolah Daerah Kota
Tinggi pada tahun ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua
tetamu, ibu bapa serta hadirin sekalian. Semoga dengan kehadiran
semua, majlis ini akan lebih bermakna dan berseri.
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan nyanyian lagu bangsa Johor.
Hadirin dan hadirat mohon berdiri.
Sayang Kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali,
Selamat Datang kami ucapkan
Moga diiringi restu Illahi.

Daun pandan si daun palas,


Tumbuh melata di tepi kali,
Sinergi Graduasi 2017,
Para pelajar kami hargai.

3
TEKS JURUACARA SINERGI GRADUASI PRASEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2017

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat Yang Maha Esa.

Bagi memulakan dan memberkati majlis, marilah kita sama-sama


menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan
mendapat rahmat. Untuk itu majlis mempersilakan
En. Mohd Shahiruddin Bin Sani
Yang DiPertua Majlis Permuafakatan Prasekolah
SK Tun Dr Syed Nasir.
Untuk memimpin bacaan doa
Dipersilakan.
Amin amin ya Rabbalalamin.

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa itu
tadi.

Duduk sekawan sigadis jelita,


Lagak bagai para pahlawan,
4
TEKS JURUACARA SINERGI GRADUASI PRASEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2017

Tampillah tuan kami meminta,


Madah ucapan kata laluan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


En. Zaharuddin Bin Yahya
Yang DiPertua Majlis Permuafakatan Prasekolah
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan


yang telah disampaikan oleh En. Zaharuddin Bin Yahya sebentar tadi

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan mandat diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
Hadirin sekalian,
Bagi meneruskan majlis Sinergi Graduasi Prasekolah Daerah Kota
Tinggi 2017, majlis dengan hormat takzimnya mempersilakan
Pn. Khalijah Bt. Attan, Guru Besar Sk Tun Dr Syed Nasir

5
TEKS JURUACARA SINERGI GRADUASI PRASEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2017

Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya dan seterusnya


merasmikan Majlis Sinergi Graduasi Prasekolah Daerah Kota Tinggi
bagi tahun 2017.

Pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan perasmian


yang telah disampaikan oleh Tuan Hj. Zainuddin bin Zainal Abidin

PERSEMBAHAN MURID SKMS


Dipersilakan kumpulan zapin dari SKMS untuk membuat persembahan

Berkebaya batik berwarna merah,


Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran,

Para hadirin sekalian,


Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil graduasi kepada murid
Prasekolah Budi SK Tun Dr. Syed Nasir.
untuk menyampaikan hadiah. Majlis dengan segala hormat
mempersilakan.

6
TEKS JURUACARA SINERGI GRADUASI PRASEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2017

(RUJUK LAMPIRAN 1 SENARAI NAMA DI BAHAGIAN BELAKANG)

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil graduasi kepada murid


prasekolah Jasa SK Tun Dr Syed Nasir

(SILA RUJUK LAMPIRAN 2 DI BAHAGIAN BELAKANG)


Pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada

Kerana telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pelajar

Tumbuh cemara tampaknya megah,


Tempat singgahan kawanan ketilang,
Bakti ditabur keringat di kerah,
Budimu disanjung jasamu dikenang

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil graduasi kepada murid
prasekolah SK Muzaffar Syah.

7
TEKS JURUACARA SINERGI GRADUASI PRASEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2017

Untuk itu, majlis dengan segala hormat mempersilakan,

untuk menyampaikan sijil kepada para graduan


(SILA RUJUK LAMPIRAN 3 DI BAHAGIAN BELAKANG)

Dari Johor ke negeri Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriah majlis,
Semoga hadirin terhibur hati.

Para hadirin sekalian,


Marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan dari Prasekolah
Sk Tun Dr Syed Nasir. Dipersilakan
Demikianlah tadi persembahan yang mencuit hati dari anak-anak
prasekolah dari SK Tun Dr Syed Nasir.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah tokoh prasekolah.


Bagi menyempurnakan majlis dipersilakan

untuk menyempurnakan majlis seterusnya

8
TEKS JURUACARA SINERGI GRADUASI PRASEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2017

(SILA RUJUK LAMPIRAN 4 DI BAHAGIAN BELAKANG)

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha yang gigih
dan berterusan. Ia juga tidak mengenal erti jemu dan letih untuk
mendapatkan sebuah kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, wajarlah
sekiranya kita menyediakan sedikit penghargaan kepada para pelajar
yang telah berjaya mencapai kecemerlangan di sekolah.
Semoga ia akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjuang
dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


Pn Khalijah Bt Attan
Guru Besar Sk. Tun Dr Syed Nasir
atas kesudian menyempurnakan majlis Sinergi graduasi Prasekolah
Daerah Kota Tinggi tahun 2017

Seterusnya, dipersilakan

Sebagai tanda penghargaan dan Terima Kasih dari kami warga


______________ di atas kesudian Puan hadir bersama-sama
meraikan dan memeriahkan majlis pada hari ini.

9
TEKS JURUACARA SINERGI GRADUASI PRASEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2017

Terima kasih diucapkan..

Gembira mereka menerima hadiah,


Lagak gayanya menjulang piala,
Anugerah cemerlang berlangsung susah,
Kini majlis hampir ke penghujungnya.

Subur padi Allah kurnia,


Hidup mula di dalam air,
Sudah menjadi lumrah dunia,
Setiap yang bermula akan berakhir.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.
Dari Kluang ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
Lain masa bersua lagi.

10
TEKS JURUACARA SINERGI GRADUASI PRASEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2017

Akhir kata Kami sudahi dengan wabillahitaufiq walhidayah


Assalamualaikum W.B.T

11