Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Dalam era globalisasi ini, pendidikan adalah amat penting kepada masyarakat, bangsa
dan negara. Masyarakat hari ini sering menganggap pendidikan adalah berkaitan dengan kanak-
kanak, remaja, ataupun golongan muda, mereka sering menganggap golongan dewasa atau warga
emas tidak perlu mempunyai pendidikan. Ternyata tanggapan mereka adalah salah sama sekali,
pendidikan bukan hanya untuk golongan muda sahaja, malahan pendidikan juga boleh diterapkan
oleh semua peringkat umur, hal ini dikatakan demikian kerana, setiap hari adalah satu
pembelajaran dan setiap hari juga kita akan menambah ilmu dan pengetahuan yang baru.
Pembelajaran sepanjang hayat adalah satu langkah yang proaktif untuk melahirkan seorang
modal insan yang berguna. Persoalannya apakah kepentingan pendidikan kepada mayarakat,
bangsa dan negara?

Antara kepentingan pendidikan kepada masyarakat adalah pendidikan merupakan suatu


keperluan dan menjadi sesuatu yang amat penting untuk melahirkan seorang insan yang mampu
untuk berfikir dengan kritis dan inovatif serta berkebolehan untuk memimpin negara satu hari
nanti. Dengan adanya masyarakat yang berilmu, maka kehidupan mereka akan menjadi lebih
baik. Masyarakat akan terhindar daripada perkara-perkara yang negatif dan tidak mudah untuk
ditipu oleh anasir-anasir jahat. Di samping itu, kehidupan masyarakat yang berilmu dan
berpendidikan akan menjadi lebih baik dengan adanya pekerjaan yang berkualiti dan boleh
menjana kehidupan yang lebih baik.

Selain itu, pendidikan amat penting kepada bangsa, hal ini dikatakan demikian kerana,
dengan adanya pendidikan, rakyat yang berbilang kaum di negara ini dapat memahami dan
mempelajari tentang budaya kaum masing-masing, serta dapat bekerjasama, hormat
menghormati dan saling bertolak ansur antara satu sama lain. Penubuhan sekolah-sekolah
kerajaan juga dapat memberi impak yang positif, hal ini kerana, masyarakat telah di dedahkan
dengan perpaduan antara kaum sejak di bangku sekolah lagi. Hal ini secara tidak langsung dapat
megelakkan daripada berlakunya pergaduhan dan perbalahan antara kaum. Oleh itu, dengan
semangat perpaduan kaum yang telah di terapkan oleh pendidikan maka negara akan menjadi
aman dan harmoni.

Akhirnya, kepentingan pendidikan kepada negara ialah pendidikan dapat melahirkan


pemimpin yang berwibawa. Pendidikan juga dapat melahirkan tenaga kerja yang profesional
dalam pelbagai jenis sektor secara tidak langsung ianya dapat membangunkan negara. Dengan
adanya tenaga pakar yang lahir dari kalangan rakyat tempatan matlamat negara akan semakin
hampir untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Tenaga kerja profesional yang
lahir dari kalangan rakyat juga sudah pasti akan mendapat tempat untuk bekerja dan sekaligus
tidak akan bergantung kepada tenaga kerja luar yang hanya akan merugikan negara dengan aliran
wang keluar. Justeru jelaslah bahawa pendidikan amat penting untuk memastikan negara menjadi
sebuah negara yang maju suatu hari nanti.

Kesimpulannya, pendidikan merupakan perkara yang penting dan harus di titik beratkan
oleh kerajaan dan setiap masyarakat untuk memastikan negara tidak ketandusan golongan cerdik
pandai yang berwibawa untuk memimpin negara ke arah sebuah negara yang maju di masa akan
datang yang semakin mencabar.

Anda mungkin juga menyukai