Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA LAWATAN PENANDA ARAS PPDa KE SMK BATU LIMA,

GURUN, KEDAH.
14 SEPTEMBER 2017 / KHAMIS

1.0 PENGENALAN
Usaha meningkatkan pencapaian prestasi sekolah merupakan isu utama bagi sekolah-
sekolah yang ingin mencapai aspirasi yang telah digariskan dalam Kementerian
Pelajaran Malaysia. Selaras dengan itu, usaha mendapatkan idea dan inspirasi
langkah-langkah meningkatkan prestasi perlu dilaksana dengan mengadakan Program
Lawatan Penanda Aras Pendidikan Pencegahan Dadah ke SMK Batu Lima.

Sehubungan dengan itu, usaha murni ini diharap akan dapat disandarkan sebagai
langkah utama merencana kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum
setanding dengan sekolah-sekolah yang telah berjaya meletakkan kecemerlangan
sebagai agenda utama mereka.

Lawatan penanda aras ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan perkhidmatan
PPDa antara kedua-dua buah sekolah , malahan perkongsian idea yang bernas agar
dapat membantu kedua-dua buah sekolah mencapai kecemerlangan dan kemenjadian
murid.

2.0 MATLAMAT
Merencana, merancang dan mengembeling tenaga dengan kebijaksanaan intelektual
membangun potensi pelajar dengan cara kolaborasi pintar untuk memacu
kecemerlangan pelajar.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Berkongsi idea dan kepakaran dengan menggabungjalin kejayaan sekolah lain
agar dapat diolah dan disesuaikan untuk memacu kecemerlangan pelajar

3.2 Merancang dan menyelaras semula program kecemerlangan pelajar agar


potensi pelajar akan dapat ditingkatkan dengan perancangan semula yang
lebih bersesuaian.

3.3 Memurni budaya kerja cemerlang di kalangan guru-guru agar dapat memacu
kecemerlangan pelajar dengan cara yang bersesuaian dengan minat dan
keperluan mereka.

1
4.0 SASARAN
- Semua Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah dan Bimbingan Kaunseling
(10 orang guru)
- Pembimbing Rakan Sebaya (30 orang)

5.0 TARIKH PERLAKSANAAN:

Tarikh : 14 September 2017


Masa : 7.30 pagi 2.00 petang
Tempa t: SMK Batu Lima ,Jalan Jeniang, Gurun, Kedah

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA:

Pengerusi : Pn Norani Binti Abdllah (PENGETUA)

Timb.Pengerusi : Pn May Khor Guat Sim ( PK HEM )

Naib Pengerusi 1 : Pn Romlah Binti Din ( PK PENTADBIRAN

Naib Pengerusi 2 : Pn Hartini Binti Abd Rahman (PK KOKURIKULUM)

Naib Pengerusi 3 : En Mohd Zaki Bin Awang ( PK PEND KHAS)

Penyelaras : Tn Haji Hasan Bin Mat ( KAUNSELOR)

Setiausaha : Pn Fatin Hanim Binti Rosdi (KAUNSELOR)

Naib Setiausaha : Pn Roshaidar Binti Abdullah ( KAUNSELOR )

Bendahari : Pn Norhidayah Binti Amin (KAUNSELOR )

Ahli JawatanKuasa : Pn Ooi Phaik Choo

: Pn Thamarai a/p Suppiah

: En Annuar Bin Ishak

2
6.0 TENTATIF PROGRAM:

HARI / TARIKH MASA PENGISIAN


KHAMIS / 14 7.30 PAGI Bertolak ke SMK Batu Lima ,JalanJeniang,Gurun.
SEPTEMBER 8.30 PAGI Dijangka sampai di SMK Batu Lima
2017 8.30 PAGI Taklimat dan perkongsian kecemerlangan
10.30 PAGI sekolah, asrama serta Bilik Pameran PPDa
10.30 PAGI Minum Pagi
11.00 12.00 Lawatan ke Asrama SMK Batu Lima
T/HARI
12.00 Lawatan ke Bilik PPDa dan sekitar kawasan
1.00PETANG sekolah
1.00 Bertolak balik ke SMK Bakar Arang,Sungai
PETANG Petani

7.0 BELANJAWAN

BIL PERKARA HARGA KEPERLUAN JUMLAH


SEUNIT
1. Cenderahati RM22.00 2 unit RM 44.00
2. Pengangkutan (petrol) RM300.00 1 Bus RM 300.00

JUMLAH RM 344.00

8.0 PENUTUP
Semoga lawatan penanda aras ini dapat memberikan satu implikasi yang positif
kepada unit pendidikan pencegahan dadah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bakar
Arang terutamanya dari segi sahsiah dan kecemerlangan pelajar. Malah lawatan
penanda aras ini juga diharap dapat membantu menyumbangkan ilmu dari segi
pengurusan fail.

DiSediakan Oleh, Disah Oleh,

.. ..
(FATIN HANIM BINTI ROSDI) (NORANI BINTI ABDULLAH )
Guru Bimbingan dan Kaunseling Pengetua SMK Bakar Arang

Anda mungkin juga menyukai